Khamis, 5 Julai 2012

corat coret KRABI:00


masih bercuti dan bersenang lenang di rumah...
jadi pagi ini aku gagahkan diri untuk menulis...
sedaya upaya aku cuba ringkaskan siri percutian ala mengembara aku di krabi...

jumaat 29/6/2012 aku masih ke pejabat...
tengaharinya aku sudah blah...
terus tukar ringgit malaysia ke bhat...
luangkan masa yang tinggal dengan hero kecil...
sayu juga mahu tinggalkan dia tapi aku masih boleh berlagak tenang...
sempat jugalah aku bawa dia ke taman permainan kanak-kanak...
bagi dia main puas-puas supaya boleh lekas tidur...

kami bertolak ke kl sentral jam 8.00 malam dengan menaiki teksi...
mujurlah masa kami berangkat iqi sudah tidur,hehehehh...
ramai benar umat manusia ketika ini...
terus ke pelepasan gate A senandung langkawi...
masa yang ada aku gunakan untuk tapau KFC...
jam 9.00 malam pengumuman dibuat supaya para penumpang mendaftar masuk...
oleh kerana ini perjalanan 12 jam maka aku telah ambil pakej katil...
aku tidur di bawah dan wan tidur di bahagian atas...
secara keseluruhan aku amat berpuas hati...
bilik air pun begitu juga...
nasib baik sepanjang perjalanan perut aku berkeadaan baik...




turun di padang besar untuk pemeriksaan kastam..
sekejap saja imigresen thailand cop pasport...
ada 1 jam untuk tunggu keretapi ke hatyai...
jadi kami lepak di kedai makan untuk bersarapan pagi..
dalam jam 9.00 pagi keretapi pun menyusul...
tidaklah jauh mana pun padang besar dan bandar hatyai...
45 minit kemudian barulah jejak kaki sampai di bumi thailand...
keadaan bandaraya ini dan jalan rayanya lebih kurang seperti kl...
kenderaan pelbagai aneka ada di atas jalan raya...
sementara menunggu minivan ke krabi muncul aku dan wan bersiar-siar sekejap di sini...
memang ramai orang malaysia yang bercuti di hatyai...
pandang kiri dan kanan ramai warganegara 1 malaysia ada...
rasa tidaklah janggal bilamana berada di bumi orang...
ada jugalah rombongan jejaka-jejaka kedah yang bertegur sapa dengan kami...





3 jam dalam minivan ke hatyai apa yang aku buat adalah tidur...
singgah di trang bagi merengangkan otot-otot badan...
niat hati mahu makan tapi terpaksa dibatalkan kerana tiada makanan yang memenuhi selera,kakakkaka...
oleh kerana ini percutian ala-ala pengembaraan maka aku telah setkan dalam otak agar bersabar dalam pelbagai segi...
aku tabik pada pasangan "mat salleh" yang sama-sama dalam van...
lagi dashat beg mereka dari kami yang di kelompok asian ini...
sempat jugalah aku berborak kosong dengan mereka berdua...
katanya mereka dari sabah dan mahu ke krabi...
selepas habis pusing krabi cadangnya hendak melawat pulau pinang...
nah...bayangkanlah betapa kentalnya fizikal mereka...
harus belajar dari mereka ye!!


bagusnya minivan yang aku naik ini sebab dia hantar sampai hadapan hotel...
aku tempah bilik tidur superiom dengan harga RM50 bersamaan 500bht...
murah dan sangat berbaloi-baloi...
tak perlu risau kerana di sepanjang bandar aonang@krabi terdapat banyak pilihan hotel...
murah,sederhana dan mahal semuanya ada mengikut citarasa masing-masing...
bagi aku hotel bajet menjadi pilihan...
lagipun untuk hotel KL HOUSE AONANG ini semua kemudahan amat memuaskan hati...
katil dan bilik mandi aku simpulkan pada ranking 4/5...

pada episod kedua akan aku kongsikan aktiviti kami di malam harinya...
jumpa lagi!!!

1 ulasan:

aris berkata...

tambang van satu kepala dari hatyai ke krabi brape yerkk