Jumaat, 14 Disember 2012

HARIMAU MALAYA kalah...terima sajalah!!!


berbulu jugalah tengok aksi diorang semalam...
tak ada semangat melawan langsung...
malas mahu komen lebih-lebih...
sebab aku percaya pada rezeki...
sudah takdirnya begitu...
terima kekalahan dengan hati yang terbuka...
adat perlawanan ada kalah dan juga menang...
kepada yang kutuk tak ingat dunia tue HENTIKANLAH...
dapat dosa kering saja...

EPL sedang rancak berlangsung...
jadi mari kita memeriahkan suasana...
setuju!!!

Khamis, 13 Disember 2012

sudah 27 minggu...!!!


okey,kandungan aku sudah 27 minggu...
ada lagi 3 bulan akan hadirlah "orang baru"...
kehadirannya amat dialu-alukan...
jika benar hasil 3D adalah perempuan...
rasa syukur kupanjatkan...
lengkaplah sepasang zuriat yang diimpikan...
kalau sebaliknya tiada rasa kesal pun...
aku dan wan terima dengan hati yang terbuka...

hujung bulan ini lagi sekali mahu scan...
menambahkan lagi kepastian kami suami isteri...
jadi bolehlah memula aktiviti membeli belah barangan "orang baru"...
topup mana yang perlu sajalah...
iqi punya pun masih ada lagi...
jimatlah sikit...

sejak akhir ini kegilaan aku menambah beli baju iqi semakin menjadi-jadi...
maklumlah tengah sale di sana sini...
pelaburan yang lebih banyak di anakku dan mothercare...
pantang nampak terus aku sambar...
terasa puas dapat membeli sesuatu untuk anak...
barang mainan pula aku perhatikan iqi lebih sukakan bola dan kereta...
namanya pun anak lakikan...
perkara normallah tue...
hadiah masa harijadi dia pun masih banyak lagi...
jadi rasanya biarlah aku hentikan dulu pembelian barang mainan buat seketika...

berbalik pada asal,Alhamdullilah kandungan aku baik-baik saja...
menjadi bahagia bila si kecil bergerak-gerak dalam perut...
belum ada tanda-tanda kaki bengkak...
perut pun agak kecil berbanding yang pertama dulu...
berat tak payah cakaplah...
dari 56 kg kini yang terbaru 64kg...
naik mendadak yang amat sangat...
tapi agak menghairankan sebab selera makan aku agak kurang...
aku lebih gemar minum air masak...

air selusuh belum minum lagi...
tunggulah kandungan masuk 8 bulan baru minum...
masih berkira-kira sama ada mahu bersalin di hospital ampang atau bertukar angin di hospital lain...
pada aku tak kisahlah bersalin di mana-mana asalkan semuanya selamat sudah kira baik...
pengalaman bersalin di hospital ampang memang tiada masalah...
doktor dan jururawat semuanya okey...
bab makanan tak boleh komen lebih-lebihlah...
harus sedia maklum orang lepas bersalin mana boleh makan sedap-sedap...
aku berharap dapat bersalin secara normal...
apapun tunggu dan lihatlah kemuncaknya nanti...
kita hanya merancang tapi takdir penentu segalanya...
tak gitu.....chewah!!!!!


alkisah di hospital pantai!!!


bebudak zaman nie kalau main sukan memang lasak sangat...
sampai boleh tercedera lah...
masuk hospital pula tue...
nasib baiklah cuti sekolah...
tidaklah terjejas pelajaran...

alkisahnya begini,semalam selepas kerja terus ke hospital pantai di bangsar...
melawat syazwan, anak buah yang usianya 16 tahun...
lagi besar dan tinggi dari aku yang dipanggil mak uda...
buku lali terkehel sebab diterjah semasa main futsal...
kena "minor operation" dan harus lebih banyak berehatlah...
mujurlah kecederaannya tidak serius...


1 bilik dikongsi 2 orang...
mamat yang sebelah dengar-dengar ada masalah dengan uraf saraf...
kes yang sama iaitu cedera masa main bola...
oh...takutnya dan ngeri...
menarik juga suasana di hospital pantai nie...
hanya ada 7 tingkat saja...
parking ke lobi juga senang dicari...
waktu lawatan 24 jam...
paling best bila bab makan...
setiap kali makan,ada 3 jenis menu yang boleh pesakit pilih...
dan setiap hari menu yang berbeza-beza...
wah,seronoknya jadi orang sakitkan...?

bola dan lelaki memang tidak boleh dipisahkan...
tiba-tiba teringat wan yang pernah aktif bermain bola...
kini semuatinggal kenangan katanya...
tapi tidaklah terus dilupakan sukan no.1 itu...
sesekali ada masa turun padang juga,keluarkan peluh...
aku pun suka kalau iqi mahu ikut jejak babahnya...
famous apa pemain bola nie,hehhheh!!!


notakaki:gambar ihsan mr google!!




positif!!


bila sebut tentang bersangka baik,sejujurnya ianya bukan mudah...
setiap hari kita akan bertemu dengan ramai orang,tak kira yang mengenali kita atau tidak...
makin ramai yang kita jumpa,makin banyak perception yang hadir dalam fikiran kita...
dan kadang-kadang perception itu lahir di luar kawalan kita...
adakah itu normal?
entahlah tepuk dada tanya diri sendiri...

pendapat aku untuk bersangka baik ianya bermula dari dalam diri...
cermin diri sendiri adalah contoh yang terdekatlah...
lihat silap dalam diri yang membawa kita kepada masalah itu dan senaraikan kesilapan tersebut...
cara mudah perbaiki diri sebelum memandang orang lain sebagai punca masalah itu... dengan kematangan dalam diri In sha Allah kita akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang kita hadapi...
ya,memang senang bekata-kata itu dan ini...
tapi hakikatnya agak sukar untuk dilakukan...
apa kata jadikan sebagai satu cabaran kepada diri sendiri...
buat secara berdikit-dikit...
nanti hasilnya pasti memberi kesan yang baik...
teruskan berfikiran positif...

Chill and smile always!

Isnin, 10 Disember 2012

maniskan hidup anda semanis-manisnya!!!


PENGALAMAN!!!

itulah cikgu terbaik dalam dunia setakat ini...

pengalaman membuatkan kita semakin kuat...
pengalaman membuatkan kita semakin tabah...
pengalaman membuatkan kita tak patah semangat...
pengalaman membuatkan kita menjadi berani...
pengalaman mengajar kita apa itu kepayahan...
pengalaman mengajar kita apa itu erti sebenar kegembiraan...
pengalaman juga mampu merubah jati diri seseorang...
dan hanya pengalaman yang mencerminkan keadaan sebenar sebuah kehidupan...



setakat nie aku bersyukur sebab selama 27 tahun hidup aku menghargai erti kehidupan...
kesusahan serta kepayahan aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri.
aku pernah tersungkur suatu masa dulu...
tapi aku bangkit semula dan terus berusaha dengan semua kekuatan yang ada...
percayalah dugaan,kepayahan dan kesusahan itu sebenarnya kegembiraan kita pada masa hadapan...
jangan mengalah,putus asa dan cepat kecewa...
ada pelangi menanti untuk kita nanti...
Insya-Allah...

hidup ada pahit manisnya ye...
tapi kalau kita tahu macamana mahu buat yang pahit jadi manis maka bertambah-tambahlah kemanisan hidup kita...

indah bukan...:)



notakaki:yang ini pemanis dalam hidup aku dan wan!!!

cerita merepek hari ini!!


orang lain dah selesai buat SKT dan LNPT,aku baru terhegeh-hegeh...
kena rujuk dengan orang yang tanggung kerja akulah...
buat masa ini tidaklah sibuk kerja aku...
mana-mana yang diarahkan bos aku ikut saja...
namanya pun "saya yang menurut perintah" atau lebih senang dipanggil SYMP...
jadi waktu bekerja harus begitulahkan...

hujan telah membantutkan program aku untuk berjalan-jalan menghiburkan hati semalam...
namun rasa gembira jugalah sebab sabtu dapat buat rekreasi berkuda di tasik titiwangsa...
tak mahal pun harganya cuma RM1.00 saja...
cuma wan dan iqi saja yang naik...
aku hanya berdiri di tepi pagar sebagai pemerhati...
habis pusing-pusing membuli kuda tetiba wan ajak pergi sunway pyramid...
seperti orang disorongkan bantal aku terus setuju...
tak beli apapun...
hanya cuci-cuci mata saja...
terasa lain pula kompleks membeli belah ini...
itu tandanya memang agak lamalah aku tak jejak kaki kat sini...
ketinggalan betullah,hahhahaha!!!!

1 hari untuk aktiviti bersiar-siar dan 1 hari adalah bersantai di rumah...
bagus juga idea wan...
sekurang-kurangnya tidaklah aku mengadu penat bila mahu kerja keesokkan harinya...
paling penting tak kisahlah di mana atau apapun aktiviti dilakukan asalkan bersama tersayang itu sudah cukup memadai...
setuju tak?


notakaki:1-1 belum cukup selesa buat pasukan harimau malaya...apapun marilah kita doakan buat kejayaan mereka...saya sayang malaysia!!!

Jumaat, 7 Disember 2012

cuti panjang buat apa???


sejak masuk kerja barulah ada peluang untuk ber-ym dan berblogging...
ada yang tanya apa yang aku buat sepanjang bercuti?
seronok tak duduk rumah?
adakah menjadi suri rumah itu memenatkan?
itu antara soalan cepumas yang paling top ditanya...

tujuan asal aku ambil cuti tanpa gaji adalah sebab masalah alahan...
untuk kali kedua nie aku alami muntah yang teruk...
masa kandungan 3 bulan memang aku lembik...
ia berlarutanlah sehingga bulan seterusnya...
ketika itu pula anak aku masuk hospital sebab demam panas...
wan pula terpaksa ambil cuti selama seminggu bagi menjaga iqi...
jadi hasil perbincangan aku putuskan untuk berehat saja di rumah...
aku jumpa dengan bos dan bagitaulah masalah aku...
syukur segalanya dipermudahkan...
lagipun cuti aku memang tinggal nyawa-nyawa ikan saja...
makanya,inilah jalan terbaik yang ada...

1/10/2012 bermulalah kehidupan aku sebagai suri rumah...
minggu pertama adalah minggu suai kenal...
masih bangun jam 6.00 pagi...
mandi,solat,masak air dan kalau rajin buat sarapan...
segalanya berjalan dengan tenanglah...
sebelum anak bangun sediakan makanan tengahari terus...
jika ada kelapangan aku bawalah iqi jalan-jalan kat taman...
bosan saja terus ke jaya jusco ataupun wangsa walk...
dengan keadaan sedang membawa perut aku rasa eloklah pergi tempat yang dekat dengan rumah...
ketika itu Alhamdullilah kesihatan aku dan iqi bertambah baik...
bila wan out-station aku tidurlah umah emak aku...
paling best dapat masak pelbagai resepi yang tak pernah aku cuba...
semuanya bergantung pada kerajinan aku juga ye...


sempat jugalah kami cuti-cuti malaysia bersama...
berkelah di PD dan bagan lalang...
balik kampung di melaka dan menziarahi pusara arwah ayah...
menghadiri perkahwinan kawan di kedah...
sambil tue jalan-jalan sekejap di pulau pinang...
dipendekkan,inilah waktu bagi aku menumpukan sepenuh perhatian pada suami dan anak...
gembira teramat sangatlah...

aku akui menjadi suri rumah bukan kerja mudah...
sama saja seperti wanita yang bekerja...
cuma bezanya tidak perlu berkejar mengejar masa...
melayan anaklah yang paling mengujakan...
setiap masa dapat melihat perkembangan dia membesar...
ada saja keletah dia yang menghiburkan hati...
siang malam asyik berkepit kami dua beranak...
rasa puas bebenarlah...

tak tahu nak huraikan...
sapa yang pernah alami tentu akan mengerti...
silalah cuba ye!!


notakaki:itu foto terkini iqi...sebiji muka babah dia...pasrah sajalah!!!

hidup ini penuh drama


sebenarnya aku ini peminat drama...
aku suka tengok drama sebab banyak episod...
tapi tak adalah sampai beratus episod...
paling banyak pun 30 episod...
lebih daripada itu memang malas nak tengok lagi...

sejak akhir-akhir ini selera aku lebih kepada drama berbentuk misteri,penyiasatan,thriller dan seangkatan dengannya...
aku lebih gemar menonton drama sebegini kerana sifat ingin tahu dan berfikir...
kalau dulu aku layan drama jiwang-jiwang...
tapi aku rasa cukup-cukuplah...

bagi aku CSI MIAMI paling menarik...
masa bujang aku layan jugalah...
sebab aku suka karektor pelakon utama dia iaitu horatio...
bila dah kahwin jarang sekali aku ikut episod ini...
kesempatan cuti tanpa gaji aku tebus balik minat tue...


hidup aku inipun banyak misterinya...
kalau didramakan lagi baguskan,hehehe...
namanya pun hidup kan...
haruslah penuh dramakan...?



notakaki:drama hidup kalian bagaimana pula?

hariku dipenuhi,lalallalalalala!!!


LAGU-BEDROOM SANTUARY

hariku
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan senyumanmu

alangkah indah
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu

hariku
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

alangkah indah
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu


notakaki:lirik ringkas tapi sangat bermakna...

Khamis, 6 Disember 2012

UEM Family Day!


sabtu lepas pergi hari keluarga UEM dan anak-anak syarikatnya...
pada mulanya berbelah bagi sama ada mahu pergi atau tidak...
sebab demam dia belum kebah lagi...
begitu juga dengan batuk dan selsema yang belum ada tanda-tanda mahu sembuh...
jadi kalau masih tak baik-baik juga makanya wan terpaksa pergi seorang sajalah...

sebenarnya acara bermula jam 7.00 pagi...
tapi kami sekeluarga datang dalam jam 10.00 pagi...
parking kereta betul-betul depan amcorp mall...
ramai betul orang masa tue...
benda pertama yang wan buat adalah tebus kupon untuk sarapan pagi...
pakej termasuk untuk anak sekali...
aku apa lagi terus makan tanpa banyak cerita...
kena simpan tenaga okie!!!














paling teruja adalah iqi...
dia mana boleh jumpa padang...
lebih-lebih lagi bila tengok budak seangkatan dia...
banyak juga permainan untuk kanak-kanak disediakan...
tapi iqi sekadar menjadi pemerhatianlah...
belum masanya untuk dia sertai acara-acara tersebut...
ketika ini aku tawakal saja tentang demamnya itu...
namun aku gembira sebab dia berlari-lari keseronokan...
tak seperti orang demam yer...

pengacaranya adalah nabil dan angah raja lawak...
memang kelakarlah mereka berdua nie...
cuaca pun semakin panas...
selepas ambil kupon makan tengahari terus pulang ke rumah...
horeyyyy!!!


notakaki:t-shirt untuk isteri memang ada tapi aku malas pakai,heheheh!!!

harapan menjadi layu!!!


agak kecewa jugalah sebab tak dapat tengok filem "Istanbul Aku Datang"...
minggu pertama tayangan,penuh dengan umat manusia...
jadi aku pergilah minggu keduanya pula...
tetap sama di mana ramai yang beratur di kaunter...
masuk minggu ketiga iqi demam...
wan pula ada kerja di kedah dan pulau pinang...
dan berputih matalah aku sekali lagi...

niat dihati mahu saja beli DVD original...
namun harapan itu tetap menjadi layu...
kalau tengok di rumah memang kirim salam sajalah...
sebab kena tunggu iqi tidur dulu baru boleh tengok dengan aman...
tapi masalahnya anak aku itu tidurnya jam 11.00 malam...
dan ketika itulah mata aku sudah nampak bulan dan bintang...


ramai review filem ini sangat menarik dan sempoi...
masih dalam genre percintaan tapi tidaklah jiwang-jiwang seperti kebiasaan filem melayu...
aku paling menyampah dengan cerita melayu yang terlalu melankolik ini...
rimas dibuatnya...
sabtu ini aku akan langgan cerita ini kat astro first...
tak kisahlah kalau terpaksa tengok tengah-tengah malam...
bukan kerja keesokkan harinya...
lagipun memang sabtu dan ahad ini aku mahu duduk rumah saja...
ada juga wan ajak aku tengok perlawanan bola antara malaysia lawan thailand...
dan semestinya jawapan aku adalah malas...


notakaki:mengantuk sangat ketika ini...tak tahu nak buat apa!!


berjimat dengan penuh bergaya!!!


1. BELILAH WAKTU "SALE"

* dapat jimat sekurang-kurangnya 20% dari harga sebenar barang tersebut...
* sekarang keutamaan aku pada baju bajan iqi...
* sebulan sekali aku akan peruntukkan sekurang-kurangnya 2 helai baju untuk diri
   sendiri..
* bolehlah beli susu dan pampers banyak-banyak...betul tak? 

2. MEMBELI BELAH DALAM KEADAAN PERUT KENYANG

* aku suka pergi membeli belah selepas waktu makan tengahari...
* anak aku bukan jenis reti duduk diam waima di kedai makan...
* susah nak tumpu pada makanan bilamana dia tak mahu duduk atas "chair baby"...

3. BERCUTILAH KETIKA "WEEKDAYS"

* rasanya rata-rata setuju dengan cara aku ini..
* kalau pergi waktu begini tidak perlu bersesak dan berkerumun dengan orang lain...
* jiwa dan fikiran pun tenang...
* harga penginapan pun jauh lebih murah dibandingkan hujung minggu dan waktu cuti
   sekolah...

4. BERKELAH DI SUNGAI LEBIH BAIK DARI KE "WATER PARK"

* tipulah kalau aku kata tak berminat hendak ke "water park"...
* tunggu iqi sudah agak besar sedikit baru aku dedahkan dia dengan "water park"...
* tapi jujurlah aku lebih suka menikmati keindahan alam semulajadi seperti air
   terjun...
* sambil tue boleh berkelah dan ber-BBQ bersama yang tersayang...

5. JANGAN MENANGGUH APA JENIS BAYARAN

* apa jenis bayaran seperti bil air,eletrik,astro,kereta dan rumah diuruskan oleh
   encik ridzuan..
* aku cuma tolong topup sedikit untuk rumah...
* barangan dapur selalunya diuruskan oleh akulah...
* tak banyak mana pun berbelanja di sana...

berjimat memang perlu tapi janganlah terlalu berkira sangat...
itu dinamakan KEDEKUT okie!!!


Selasa, 4 Disember 2012

lagu besh!!!




ANDAI KUBERCINTA LAGI

MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

minggu baru!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

sudah lama tak buat entry baru jadi kenalah bermula cara baik...:)
mulai semalam kembalinya aku bekerja...
jika ditanya tentang perasaan Alhamdullilah ianya baik-baik saja..
maklumlah cuti selama 2 bulan telah aku gunakan dengan sebaik mungkin...
cuma kadang-kadang rasa rindu kat hero kecil...
seperti biasa opah dialah yang mengambil tugas bila aku dan wan pergi kerja...
bukan tidak percaya pada pengasuh atau taska tapi buat ketika ini itulah langkah yang terbaik buat hero kecil...
tunggulah "orang baru" muncul nanti...
mungkin ada penempatan baru untuk mereka...
siapa tahukan???

menjelang berakhirnya 2012 tiada apa-apa aktiviti yang kami rancangkan...
mahu bercuti pun aku rasa malas...
sebab di mana-mana pasti akan penuh dengan orang...
sebarang undangan keraian memang tiada untuk bulan ini.
apa yang ada dalam kepala otak aku cuma mahu berjalan di taman,tasik,padang dan sewaktu dengannya...
iqi tidak sesuai dibawa di pusat membeli belah...
pergerakkannya juga sangat lasak dan aktif...
kegemaran dia sekarang adalah berlari-lari...
aku kan mana boleh tengok rumah bersepah...
jadi jalan terbaik bawa dia ke taman...
senang cerita!!!

okie,kandungan aku sudah masuk angka 6 bulan...
alahan langsung tiada...
belum rasa mengidam nak makan sesuatu...
selera makan agak kurang berbanding hamil kali pertama...
tekanan darah dan kolestrol cemerlang...
petang ini ada check-up dan aku harap segalanya cantiklah...
pengalaman hamil kali kedua sama saja...
keterujaan tetap membara dalam jiwa...
nasihat doktor agar selepas ini harus merancang...
dan memang itulah yang akan aku lakukan...
syukur sebab misi 2 anak sebelum umur 30 tahun hampir tercapai...
dan aku sentiasa mendoakan agar kandungan aku tiada apa-apa masalah...


notakaki:mahu bersalin secara normal lagi!!