Rabu, 8 Ogos 2012

ada apa pada angka???


cantik angka hari ini,080812...
tetiba teringat tarikh nikah aku iaitu 101010...
aku sendiri pun kurang pasti kenapa tarikh itu yang kami pilih...
tiada jawapan yang khusus sebenarnya...
dan tiada makna di sebalik tarikh itu...
mungkin mudah untuk dingati sampai bila-bila...
ya,itu sangat pasti!!!

ada sesetengah orang begitu fanatik dengan nombor...
dikatakan nombor itu membawa tuah...
dan tak kurang juga berpendapat ada nombor yang membawa malang...
entah kenapa mereka berfikiran sedemikian pun aku tak faham...
apalah ada pada nombor?
sama saja bagi aku...
mungkin pada orang yang begini mempunyai jawapan yang tersendiri...
pendapat masing-masing berbeda kan?
jadi hormat sajalah...

namun sebagai orang islam mempercayai nombor adalah syirik...
ianya bertentangan benar...
adakalanya mentaliti manusia di laur dugaan...
mahu kaya cepat dimintanya nombor di kawasan kubur...
memuja benda-benda khurafat...
meminta pertolongan jin dan syaitan...
oh...apakah manusia sudah lupa pada Tuhan...?
entahlah....

tiada jalan pintas untuk kaya selain USAHA...
kalau sudah ditetapkan rezeki begini terima sajalah...
cukup makan,minum,pakaian dan tempat berlindung sudah memadai...
boleh berbelanja mengikut kadar kemampuan sendiri...
mampu berjalan ke sana ke sini pun kira okielah tu...

kaya bukan jaminan kebahagiaan...
biarlah tidak kaya asalkan hidup gembira dan selesa...
setuju...!!!

Tiada ulasan: