Rabu, 29 Februari 2012

melankolik...



kalau benar hubungan itu melukakan
kenapa kata cinta di permulaan
kalau benci jadinya di pengakhiran

jika begini sakitnya cinta
pasti ku curah segala rasa
hanya pada DIA
yang pastinya tiada melupakan
dan tiada mengabaikan
tapi sentiasa menenangkan

terlanjur air mataku murah
biarkan saja ia turun
bagai hujan mencurah-curah

jangan dihapus
jangan disapu
jangan diusap

ia ingin lepas bebas
mengalir puas
hingga terhenti sendiri
dan bagai terbit mentari
hati aku jadi cerah kembali
dengan seikhlas hati
ku hadiahkan satu senyuman
untuk mu sang arjuna

APPLE I-PAD yang dinanti!!



Apple inc telah menghantar jemputan tetamu dari seluruh dunia bagi menghadiri satu perasmian model baru mereka 7 mac nanti...
sudah pasti di dalam senarai model yang akan keluar dan sedang kecoh diperkatakan ialah Ipad 3...
akan tetapi naluri peminat gadjet seluruh dunia sudah dapat hidu akan Ipad 3 akan dilancarkan...
siap kaji apa perubahan yang bakal disediakan pada benda alaf baru ini kelak...
Ipad 3 dikatakan tidak banyak bezanya dengan Ipad 2 cuma ada beberapa function yang mungkin dinaik taraf untuk keperluan manusia hari ini...


notakaki:apple sudah menjual 55 Juta Ipad di seluruh dunia dengan hasil USD 35 Billion!!

WW2!!


WW!!!



sakitnya hanya sementara tapi nikmatnya berganda-ganda!!


pernah tengok perut perempuan yang mengandungkan anak kembar?
dasyat!!!
perut sudah sampai ke dada...
lebarnya jika hendak lalu dekat pintu harus jalan mengereng...

tapi demi anak seorang ibu itu tetap gagah...
tidak kira berat mana sekalipun dia tetap membuat segala rutin harian seperti biasa...
hebatkan kegagahan seorang ibu?
dan selayaknya syurga itu di bawah telapak kaki ibu..
itu belum lagi rasa sakit semasa hendak bersalin...

sepupu lelaki aku dapat anak pertama di awal subuh semasa hari tunang aku...
selepas selamat isterinya melahirkan anak lelaki mereka di hospital ampang terus dia ke dewan tempat aku bertunang...
dan kemudian dia menangis di hadapan ibunya lalu meminta ampun...
hal ini juga disaksikan oleh aku sendiri...

MAHU TAHU KENAPA????

kerana di depan matanya sendiri dia melihat betapa susah,sakit dan jerih perit isterinya melahirkan anak mereka...
ketika itu jugalah dia terbayangkan sewaktu ibunya melahirkannya dulu...
sudah tentu sama juga keadaannya...
hatinya begitu tersentuh...
menurut ceritanya tiba-tiba dia rasakan satu perasaan yang begitu halus...
itulah kebesaran Allah kepada umat-NYA yang bernama lelaki...

jadi sang suami sekalian,janganlah kata tanggungjawab seorang isteri itu lebih mudah berbanding kamu yang wajib memberi nafkah...
usah sebab itu tugas seorang isteri,kamu biarkan dia buat seorang diri...
bantulah apa yang terdaya dibuat...


notakaki:semasa mengandunglah kemalasan memasak melanda diriku...namun kini tiada lagi!!!

Selasa, 28 Februari 2012

meneran!!!!


PERTAMA
aku nasihatkan supaya mengambil injection untuk tahan sakit...
ianya bukan epidural...
injection itu akan buat kita rasa mengantuk yang sangat-sangat.
jadi bila kontraksi datang sahaja kita akan sedar dan bila tak ada kontraksi kita akan tidur.
masa mula-mula bukaan aku 2cm terus doktor bagi injection itu...
maaf aku lupa namanya!!!!

KEDUA
jangan meneran semasa sakit kontraksi...
ada beberapa kes yang mereka meneran awal jadi bila sudah tiba masa mereka sudah tiada kudrat hendak meneran lagi dan terpaksa di vakum...

KETIGA
apabila sudah cukup bukaan 10cm jangan sesekali angkat punggung...
nanti banyak pula jahitan yang terpaksa dijahit...
kesannya akan terasa apabila hendak membuang air...

KEEMPAT
jangan menjerit kerana akan kurang tenaga...
teruskan teran dan teran...

KELIMA
jangan tarik nafas sedalam-dalamnya semasa meneran sebab nanti kepala baby akan masuk ke dalam semula...
caranya,TERAN-BREAK-HEMBUS NAFAS!!!

KEENAM
berusaha,tawakal dan push sehabis mungkin...

rasa hendak bersalin memang seakan-akan mahu buang air besar...
atau sama seperti kena sembelit...
susahkan?
tapi bila sudah keluar rasa lega dan gembira!

kontraksi lebih sakit dari bersalin...

percayalah!!

peringatan untuk diri sendiri!!!!


"usah terlalu kerap menceritakan kebahagian rumahtangga kepada umum di laman sosial..kelak akan memberi binasa.."

ini adalah bait-bait yang keluar dari emak aku...
ringkas namun banyak pengertian di dalamnya...
emak memang tahu aku punyai facebook dan blog...
tidak sangka yang dia mengucapkan tahniah kepadaku kerana masih tahu lagi batasan dalam berblogging...
seperti entry-entry aku sebelum ini yang aku lebih sukakan konsep sederhana...
hal-hal berkaitan peribadi mahupun keluarga yang penting sahaja yang aku paparkan...
tidak segala aktiviti seharian akan aku ceritakan di sini...
aku masih memegang prinsip itu...

usah riak dan takbur dengan bahagia yang kita ada sekarang...
sama ada kita bahagia atau sebaliknya janganlah dicanang kepada satu dunia...
ada perkara dalam hidup yang tidak semuanya kita harus cerita...
perlukah kita menulis tentang apa yang anak-anak kita lakukan setiap hari...
simpanlah memori itu untuk tatapan kita sahaja...
ada permintaan yang boleh kita turuti...
dan ada ketikanya permintaan yang tidak munasabah haruslah ditolak secara berhemah...
kita juga yang membuka pekung sendiri maka usah salahkan orang lain jika memberi komen-komen berbaur negatif...
tegurlah secara baik dan bukannya menghentam orang itu...
yang penting kaji apa kesilapan diri kita dahulu...

masa depan tiada siapa yang tahu akan berlaku...
jadi bersyukur dan berdoalah hari-hari yang kita masih bahagia setakat ini...
serta doakan juga agar bahagia itu kekal sampai mati...

manusia berubah.
kena ingat itu...

mungkin dari baik jadi sampah.
mungkin juga dari sampah jadi ustaz,ustazah!!!!

selagi boleh elak,elakkanlah!!!


bila ada salah seorang orang yang rapat dengan aku kahwin dengan suami orang..
aku rasa seperti naik berang sedikit...
mahu rasanya memberi hujah yang panjang sambil meminta dia berfikir implikasinya..
payah juga kalau hati dah suka dan berkenan...
cakap sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
orang-orang yang tengah mabuk cinta memang begitu...

merampas hak orang lain dengan cara tidak betul adalah sangat tidak baik bagi aku...
apabila lelaki yang kepunyaan orang,kahwin lain dan memberi alasan isterinya begini dan begitu,aku anggap itu hanyalah satu alasan paling murah...
janganlah memburuk-burukan isteri yang tidak berdosa...
kasihanilah isteri yang telah banyak berkorban itu...
mentang-mentanglah lepas punya dua tempat boleh singgah,selepas itu buruk-burukkan wanita yang pernah kau megahkan dahulu...
kenapa tidak terus terang sahaja yang kau memang hendak tambah lagi satu...

aku malas mahu cerita panjang pasal hal ini sebab aku bukan boleh langgar takdir yang Tuhan tetapkan...
cuma yang aku kesalkan adalah cara lelaki ini yang membelakangkan keluarga kawan itu...
sayang apa namanya jika pengecut bertentang mata...
takut menghadapi badai yang akan melanda diri mereka berdua ini...
bagaimanalah perasaan emak dan ayah apabila mendapat tahu yang anaknya itu sudah sebulan kahwin di thailand...
pasti remuk hati mereka kan????

berani buat berani tanggung!!!!


notakaki:cerita di atas adalah benar sepertimana yang diceritakan empunya diri kepada diriku..langsung tiada tokok tambah...dan kepada kawanku itu semoga jalan yang kamu pilih ini memberi kebahagian untuk kamu...Amin!!!!

obsesi......hentikan sahajalah!!!!


lelaki suka,
perempuan jual mahal...
sebab susah nak dapat...

berbanding,
perempuan yang mudah didekati...
sebab senang nak dapat...

lelaki suka,
perempuan yang open-minded, chill dan kool...

berbanding,
perempuan yang obses...
asyik nak berkepit dan mengada-ngada...

Kenapa?

bagi mereka yang terlalu obses dengan pasangan, lebih baik limitkan keadaan...
sedar tak, dengan terlalu obses, agung dan taksub pasangan kamu jadi rimas?
jadi berilah peluang kepada pasangan kamu itu bernafas untuk seketika...
selagi dia masih tahu batasannya itu sudah dikira mencukupi...

apa-apa pun dalam rumahtangga letakkan kepercayaan pada petak pertama...
tanpa percaya bagaimana dapat kekalkan hubungan dan keserasian...
bergaduh hari-hari itu kan memualkan?

usah terlalu obses...

sumpah,sungguh merimaskan!!!

Isnin, 27 Februari 2012

ini betul-betul penat!!!!


penangan cuti hujung minggu yang terasa kepenatannya...
manakan tidak bermula hari sabtu membawa ke ahad berjalan dari pagi sehinggalah malam...
si kecil yang gembiranya bukan main kepalang...
walaupun ruam-ruam di mukanya belum pulih tetapi itu tidak menghalang kami untuk membawa dia keluar...
kata doktor tiada apa-apa yang perlu dirisaukan...
perkara biasa untuk budak yang mahu membesar...
cuma harus lebih berhati-hati selepas ini kerana kulit budak sangat sensitif...
okey...habis di situ!!

bermula sabtu pagi terus memecut menuju ke gombak...
bapa saudara wan mengadakan majlis kesyukuran meraikan kepulangan anaknya yang telah tamat belajar di ireland...
kesempatan yang ada digunakan untuk bertemu dengan sanak saudara sebelah wan...
sembang punya sembang tidak sedar jam sudah pukul 3.00 petang...
makanya harus meminta diri kerana ke rumah teman wan di puchong...
jamuan makan-makan sempena cukur jambul anaknya...
sebelum pulang sempat jugalah aku mandikan iqi di rumah kawannya wan itu...
sampai di rumah kira-kira jam 9.00 malam...
dan iqi pula sudah tidur kerana keletihan bermain-main dengan kawan-kawan baru...

peluang yang ada aku ambil untuk menyiapkan kerja-kerja rumah seperti membasuh serta melipat baju...
masakkan bubur untuk bekalan iqi keesokan harinya...
selesai sudah semua kerja-kerja dalam jam 12.00 tengahmalam...

keesokkan pula,dalam jam 10.00 pagi begitu ke tesco untuk membeli barangan dapur...
harus pergi awal kerana mahu mengelak dari kesesakan umat manusia,hehehe...
iqi seperti biasa sekarang mana mahu lagi duduk dalam stroller...
jadi terpaksalah aku dan wan bergilir-gilir mendukung...
selesai urusan,langsung ke restoran bapa mertuaku di ampang kerana beliau mengajak anak menantu serta cucu makan tengahari bersama...
aktiviti seperti ini memang sudah menjadi kelaziman beliau lebih-lebih di hari minggu...
sambil berborak-borak kami menjamu selera...
semuanya hasil air tangan beliau...
terasa kemeriahannya apabila berkumpul sebegini...
banyak benda yang dibualkan sambil makan...

ketika itu hujan turun dengan lebatnya...
maka rancangan untuk berkaraoke terpaksa dilewatkan...
semua telah bersetuju untuk ke rumah bapa mertuaku terlebih dahulu bagi berehat-rehat sambil membersihkan diri...
untuk makluman,jarak restoran ke rumah bapa mertuka hanya mengambil masa selama 10 minit...
selepas waktu asar maka berangkat kami ke pusat karaoke...
mujurlah ketika itu ada bilik untuk satu keluarga...
semuanya ditaja khas oleh bapa mertuaku...
maka bergembiralah kami anak beranak sepuas-puasnya...
masing-masing tidak melepaskan peluang menunjuk bakat dalam bidang nyanyian...
dan aku sangat bersyukur kerana iqi tidak meragam...
teramat riang bermain-main dengan sepupu-sepupu yang sudah berpangkat abang dan kakak...
bapa mertuaku mem-booking selama 5 jam untuk kami seisi keluarga...
bagus juga pusat karaoke kerana menyediakan ruang solat untuk pelanggannya...
satu usaha yang sangat murni!!!!!!

tidak terasa langsung masa pantas berlalu...
dalam jam 10.00 malam berakhirlah perjumpaan kami...
walaupun kepenatan tapi kami sangat puas...
seperti kata bapa mertuaku anak beranak bila berkumpul sehari memang tidak mencukupi...
kena ubah rancangan pada masa akan datang di mana 2 hari lepak di rumah beliau...

pulang sahaja ke rumah terus tidur sehingga terlewat bangun pagi ini,hehehee...

inilah baru dinamakan kepenatan terlampau!!!

adios...

Khamis, 23 Februari 2012

cerita bersalin versi zura!!!


di atas permintaan ramai entry ini ditujukan untuk menjawab pertanyaan teman-teman pengalaman aku bersalin...
aku akan ceritakan seringkas yang termampu...
diingatkan bahawa ini adalah kisah benar...
semoga kalian mendapat manfaatnya...

MALAM SEBELUM KEJADIAN

semasa hendak masuk tidur wan menegur aku kenapa begitu air banyak di atas cadar...
kuantiti sangat banyak dan aku yakin ianya bukannya air kencing...
terus ke tandas dan didapati air tersebut berwarna putih serta terdapat titisan darah...
tidaklah aku panik kerana dari pembacaan sudah maklum yang ianya air ketuban...
tanpa berlengah aku terus membersihkan diri begitu juga dengan wan...
mujurlah semua pakaian aku dan bakal bayi telah disediakan...
kira-kira pukul 2.00 pagi menuju terus ke hospital ampang...
sesampai sahaja terus mendaftar di kaunter pendaftaran dan kami disuruh naik ke tingkat 4...
aku telah dibawa ke sebuah bilik untuk diperiksa oleh doktor...
kata doktor tersebut bukaan aku sudah 2cm...
sementara menunggu adanya wad kosong aku telah mengajak wan ke MCD berhadapan dengan hospital tersebut...
nasib baik doktor perempuan itu sporting...
dalam jam 5.00 pagi barulah ada katil kosong...
kerana penat maka tertidurlah aku...
wan pula pulang ke rumah emakku untuk memberitahu hal ini...

SEMASA KEJADIAN

aku terjaga dari tidur kerana dikejutkan oleh jururawat yang hendak memeriksa tekanan darah...
dia tanya aku juga ada terasa sakit tak?
dan aku cuma menggelengkan kepala...
SERIUS!!!
langsung tiada...
sesudah membersihkan diri aku bersarapan sambil berborak dengan pesakit-pesakit lain...
aku ditempatkan seramai 4 orang...
pada awalnya wan meminta 1 bilik 2 wad katil  tetapi memandangkan hanya wad ini yang kosong maka aku pasrah...
aku mulai terasa sakit kira-kira jam 9.30 pagi...
sakit yang pada mulanya 10 minit telah berselang seli menjadi 5 minit...
terus aku panggil jururawat...
dan setelah menyeluk jururawat memberitahu bukaan adalah 5cm...
aku diberikan ubat bontot dan diarahkan membuang air besar...
maaflah ketika ini aku tiada rasa seperti mahu membuang kadar hajat besar...
air ketuban mengalir dengan banyak beserta dengan darah...
aku ingatkan dengan berbaring maka sakitnya aku berkurangan...
namun ianya sia-sia sahaja...
lalu aku berjalan-jalan dari hujung ke hujung wad...
dalam setengah jam begitu kesakitan itu semakin kerap datang...
menjerit aku menahan kesakitan...
dalam suara yang terketar-ketar aku menelefon wan...
nasib baiklah wan sudah berada di lobi hospital...
dalam pada kesakitan itu sempat jugalah aku membaca surah yassin...
10 minit kemudian wan masuk ke wad dan cuba menenangkan aku...
sempat juga aku memohon maaf jika ada melakukan kesilapan...
sakitnya kontraksi itu hanya Allah sahaja yang tahu...

jururawat datang dan menyeluk sekali lagi...
dan kali ini terus dibawanya aku ke dewan bersalin kerana bukaan telah mencapai 9cm...
sepanjang perjalanan menuju ke dewan bersalin fikiran aku kosong...
wan menyakinkan aku semuanya akan baik-baik sahaja...
aku mengangguk faham dan menyerahkan segalanya kepada Illahi...
aku masuk dewan bersalin dalam jam 10.30 pagi...
jam bertentangan dengan katil...
jururawat menyuruh aku bertenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya...
adalah dalam 5 minit begitu doktor fauziah masuk...
terus dipanggilnya wan untuk menemani aku...
di kiri dan kanan aku adalah dalam 3 orang doktor pelatih...
siap minta izin wan untuk melihat proses bersalin
doktor mengarahkan aku teran apabila terasa sakit sahaja...
kali pertama teranan aku gagal kerana tidak tahu cara-cara yang teranan yang betul...
aku cuba untuk kali kedua namun gagal juga...
begitu juga dengan kali ketiga...
puas diajar namun tetap keadaan yang sama...
mujurlah doktor,doktor pelatih dan jururawat memberi semangat...
wan pula tidak putus-putus memberi perangsang supaya terus berusaha...
kata wan kepalanya sudah nampak...
mendengar kan sahaja, pada teranan keempat aku kerahkan segala tenaga meneran dengan sehabis daya...
tepat jam 10.49 pagi tanggal 18/7/2011 dengan berat 2.64kg penantian selama 9 bulan berakhir apabila terdengar tangisan bayi...
singgah di dahiku satu kucupan oleh wan kerana berjaya  melahirkan hasil benih cinta antara kami...
diletakkan bayi itu atas dada aku seketika sebelum diambil untuk dibersihkan...
dan aku bersyukur kerana bayi itu lahir dengan selamat dan sempurna fizikalnya..
.
sementara menunggu aku dijahit wan keluar untuk proses mendaftar wad selepas bersalin...
sekali lagi aku bersyukur kerana jahitan aku tidak banyak...
sumpah waktu ini walaupun sakit dijahit tidak aku rasa langsung...
kegembiraan mengatasi segalanya...
setelah bayi ku itu dibersihkan wan terus mengazankannya...
dan itulah kali pertama aku melihat air mata wan...
air mata kesyukuran katanya...
kemudian kami terus dibawa oleh jururawat ke wad selepas bersalin...
kutatap wajah comel anakku dan seakan-akan tidak percaya yang aku sudah menjadi seorang ibu...
tenang sahaja wajahnya dalam dakapan ku...
sepatutnya petang itu aku sudah boleh discaj wad...
tetapi memandangkan aku tidak membawa guarantee letter maka pihak hospital harus mengesahkan dengan tempat aku bekerja...

maka duduklah aku satu hari satu malam bersama bayi lelaki itu...
Alhamdullilah,kupanjatkan doa kerana dipermudahkan urusan semasa bersalinkan Muhammad Ra'if Rifqi...
dan paling berterima kasih kepada wan kerana sudi menemaniku menempuh detik terindah itu...
kata wan sampai bila-bila pun tidak akan dilupakan...
pengalaman yang akan diingati hingga akhir hayatnya...
syukur kehadrah Illahi semuanya berjalan dengan lancar...
Amin!!!


notakaki:kegembiraan berganda-ganda oleh kerana dapat bersalin normal seperti yang diimpikan!!

warehouse di sana sini!!!!!


alahai banyak pula warehouse minggu ini...
satu peluang keemasan yang harus direbut...
sekurang-kurangnya terisi jugalah hujung minggu kami sekeluarga dengan adanya aktiviti sebegini...
dan ianya juga merupakan terapi untuk aku,hehehhe...

jadi aku senaraikan warehouse yang akan diadakan...
jika ada yang berminat harus rancang jadual terlebih dahulu...
yang penting bawalah suami bersama-sama supaya dapat membantu menjaga anak sewaktu kita sedang memilih barangan...



MASA

9.00 pagi-7.00 malan

TEMPAT

34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong,Selangor

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

03-8060 0093/03-8060 0095


MASA

10.30 pagi-9.30 malaM

TEMPAT

Kuala Lumpur Convention Centre
Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur

TALIAN YANG BOLEH DIHUBUNGI

03-2333 2888/012-236 2898


berminat juga aku hendak ke warehouse fella design ini...
manalah tahu boleh rembat permaidani yang cantik-cantik...
ditambah dengan harganya yang berbaloi-baloi...
jika pasal deko-deko rumah ini sudah menjadi kegemaran aku...
manalah tahu dapat idea untuk menghias bilik hero kecilku itu...
hendak tunggu promosi dari ikea memang lambat lagi...



PRODUK YANG DITAWARKAN

Furniture
Sofas
Chairs
Curtains
Lightings
Diningware

MASA

9.00 pagi-8.00 malan

TEMPAT

Lot 2791
Persiaran Elektron
Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam
Selangor

TALIAN YANG BOLEH DIHUBUNGI

03- 7842 4025


apalagi..moh la kita serbu!!!!

adik faris telah pergi buat selamanya!!!


Al-Fatihah buat keluarga adik faris nur daniel yang meninggal dunia 10.18 pagi tadi...
ternyata Allah lebih menyayangi anak kecil ini...
maka tamatlah segala penderitaan yang terpaksa ditanggung olehnya selama ini...
dan berbahagialah dia di sana kerana telah tersedia syurga untuknya...




semoga ayahanda dan bonda faris tabah menghadapi ujian Allah ini...

Amin!!!!

Rabu, 22 Februari 2012

doa untuk adik faris...


mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cerita dan nasib adik faris nur daniel...
atas dasar simpati dan hubungan kasih sesama manusia aku cuba paparkan cerita anak kecil ini yang kini bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan...
faris nur daniel yang berusia 6 tahun kini bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen selepas disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah...




hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka yang cintai terlantar menanggung derita...
melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya pasti anak kecil ini berada dalam kesakitan dan ketakutan yang teramat...










kepada mereka yang ingin menyumbang wang boleh dilakukan terus ke akaun Maybank ayah faris...

MAYBANK 1140-1115-2218 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)...

sama-samalah kita berdoa agar Allah memulihkan kesihatan anak kecil ini...
berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul...
semoga kedua-dua ibu dan ayah faris diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang hebat ini...
pasti ada ganjaran yang Allah telah sediakan untuk mereka ini...

Insya-Allah!!!!

RUMAH.......




rumah baru kami yang di ipoh sudah siap dalam 80%...
cuma tinggal kerja mengecat bahagian dapur dan bahagian atas...
entah bila dapat ke sana untuk meninjau hasilnya pun aku kurang pasti...
sentiasa sibuk tidak kira masa dan saat..

jika tidak kerana dek ditipu kontraktor lama sepatutnya kerja-kerja mengecat sudah lama beres...
kalau dingatkan memang bernanah hati ini...
dalam perjanjian cerita lain...
apabila sampai bab mengecat disuruhnya membayar wang tambahan...

aduhai....melayu oh melayu...
menipu sahaja kerjanya!!!!


dipendekkan cerita kami cari sahaja tukang cat yang boleh dipercayai...
mujurlah bapa mertua mencadangkan nama kawannya..
Alhamdullilah kontarktor yang ini boleh bertolak ansur...
harga yang ditawarkan amat berbaloi...

zaman moden ini orang kalau hendak tipu ada perlbagai-bagai ragam...
kes tentang rumah ini memang sudah biasa kita dengar...
rumah yang dijanjikan tidak menepati klasifikasi sebenar...
ada juga yang terpaksa membayar hutang bank sedangkan rumah belum siap...
hartanah makin lama makin melambung...
jadi jika ada duit laburlah untuk memiliki rumah sendiri...
tidak perlu besar asalkan dapat berteduh dan memberi keselesaan sudah memadai...


rumahku syurgaku!!!

ceramah Maulidur Rasul..


bersempena Maulidur Rasul telah diadakan ceramah di pejabatku...
penceramahnya adalah ustaz izhar ariff dari ukm...
untuk maluman uztaz ini adalah mursyid(guru) dalam rancangan imam muda 2...




sebelum itu,kami telah diajak berselawat beramai-ramai...
kemudian telah diperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dari ustaz fadil...
memang menarik dan seronok ceramah yang disampaikan oleh ustaz izhar...
semuanya menyentuh soal akhlak Nabi Muhammad S.A.W...
banyak juga pengajaran dan ilmu yang dapat dikongsi...
majlis tamat tepat jam 1.00 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan...

Alhamdullilah...rezeki dari Allah!!!

Wordless Wednesday:Aku dan Dia!!!




notakaki:curi-curi menangkap gambar si baju kuning!!!!

Oh..Teman!


aku berpegang kepada 4 prinsip berikut dalam berkawan...
prinsip yang tidak pernah merugikan selama 27 tahun aku bernafas...

KEJUJURAN

jika kita mahu teman kita berlaku jujur dengan kita maka seharusnya kita berbuat demikian...
sekali saja kita mengkhianati maka kita tunggu sahaja masanya kita akan dikhianati...

PRIVASI

jika kita tidak suka teman kita melanggar garis privasi yang telah kita buat maka janganlah sekali-kali kita melanggar garis privasi teman kita...
misalnya membuka inbox mesej di handphone...

HARGA DIRI

jika kita tidak suka harga diri kita dijatuhkan di hadapan orang ramai maka janganlah kita sekali-kali menjatuhkan harga diri teman kita di hadapan orang lain...
jika terlebih dalam bergurau cepat-cepat mohon maaf...

KEWANGAN

carilah teman yang sekufu atau pandai membawa diri...
tiada salahnya pipit terbang bersama enggang tetapi ingat pipit tetaplah pipit, enggang tetaplah enggang...
sebanyak manapun si pipit makan tidak akan mungkin menjadi segah enggang...
jadi jika kita si pipit yang ingin berteman dengan si enggang harus pandai membawa diri...
jangan jadi seperti kata orang "biar papa asal bergaya"....



notakaki:jika hendak kelakuan seseorang tanyalah kepada emaknya!!!

jika kau tanya pada rembulan


Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan





Selasa, 21 Februari 2012

bilamana dikatakan sombong????


pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta...
jadi bilamana orang mengecop aku seorang yang sombong maka tidak aku ambil endah langsung...
jauh sekali bermuram durja apatah lagi tersentap...
mahu rasanya tergelak sampai terguling-guling...

setakat ini aku tidak mempunyai apa2 masalah apabila berkomunikasi...
rata-rata kawan-kawan aku semuanya satu kepala....
muka sahaja nampak sombong tetapi perangai gila-gila....
terkadang pandai juga buat lawak secara spontan...
walaupun berumur 27 tahun namun perangai tidak ubah seperti budak belasan tahun...
itu juga yang diakui oleh abang-abang ipar serta ipar duai...
pandangan mereka berbeza ketika pertama kali bersua dan apabila kerap bertemu...
kesemuanya bersependapat mengatakan aku jenis manusia yang sangat sederhana...

istilah sombong itu harus diperbetulkan jika kita tidak mengenali seseorang itu dengan secara dekat...
pendekatan yang mudah adalah dengan melemparkan senyuman...
nescaya senyuman itu akan dibalas dengan secepat kilat...

aku sendiri pun tidak pernah membuat apa2 spekulasi tentang sesorang yang tidak pernah aku kenal....
jika bertembung dengan pekerja lain di sini misalnya hanya senyuman yang mampu aku berikan...
kalau bertegur pun sekadar berbual kosong...
sejak dari dahulu lagi aku jenis yang tidak suka campurtangan hal orang lain...
masing-masing mempunyai cara dan personaliti tersendiri...
jadi aku hormati setiap pendirian mereka itu....

senang cerita selagi orang itu tidak mendatangkan kemudaratan aku tidak kisah...
yang penting sifat hormat menghormati....
usah menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja...
hapuskan prasangka yang sedemikian...
sentiasa berfikiran positif sesama manusia...
betul tak?????



notakaki:menjadi diri sendiri adalah prinsip hidup aku!!!!!

membaca jambatan ilmu.....


hobi yang telah lama aku tinggalkan adalah membaca novel..
setiap sebulan wajib satu novel akan aku beli...
novel pilihan aku biasanya datang daripada penulis-penulis kegemaran aku..
aku sudah sinonim dengan gaya penulisan norhayati ibrahim, ramlee awang murshid,nizam zakaria dan aisya sofea yang sentiasa ada kejutan...
bukan aku tidak mahu keluar dari kepompong mereka...
PERNAH!!
tapi teramat mendukacitakan...

aku cukup tidak gemar jika ada tertera nama-nama watak yang terlalu pelik untuk disebut dan terlalu janggal didengar...
misalnya seperti adrienna arrisya natsya ryan...
walaupun ada nama manusia sebegini,bukankah novel itu satu medium yang paling melekat di hati dan otak para pembaca....
juga merapatkan diri kita dengan penulisnya...

katakanlah watak yang dicipta itu berdarah kacukan,tidak perlulah penulis mahu mencipta nama yang terlalu bombastik...
salah satu watak novel berdarah kacukan yang melekat dalam otak aku sehingga sekarang adalah carl zafran dimana ibunya berbangsa sepanyol dan bapanya berdarah melayu dari novel CINTA PERTAMA... ...
bila aku tersebut carl zafran terus teringat watak-watak lain seperti nurul iman,pak tabib dan sebagainya...
bukankah ini sudah cukup molek...

beberapa penulis yang aku sebutkan namanya merupakan penulis berlainan genre penulisannya...
ramlee awang murshid misalnya cukup sinonim dengan genre thriller....
norhayati ibrahim dan aisya sofea merupakan penulis genre cinta yang penuh pengisian jiwa...
manakala nizam zakaria,aku tidak begitu pasti gaya penulisannya...
akan tetapi penulisan beliau sangat skeptical yakni melangkaui pemikiran penulis-penulis malaysia yang lain....
misalnya,watak yang diberi nama awang vampiro,mata kucing dan seri tertangguh yang bagi aku terlalu sinis serta melangkui kebatasan akal manusia berfikir...

aku suka membuat perbandingan antara karya penulis-penulis novel...
pernah juga aku membeli novel yang aku suka jalan ceritanya...
pada awalnya memanglah menarik....
namun aku berasa hampa bilamana nama-nama watak yang diberikan terlalu bombastik...
malahan olahan dan garapannya terlalu ringan....
situasi perbualan di antara watak-watak seperti dibuat-buat...
manakala perbualan itu sekadar biasa-biasa sahaja....

apa yang aku coretkan disini adalah sekadar pendapat peribadi aku sahaja...
pada hemat aku biarlah wang dikeluarkan itu berbaloi dari pelbagai sudut....
terpulang pada penerimaan masing2 sebab lain orang lain pandangannya...



notakaki:novel seharusnya mempunyai perasaan dan bukannya perasan


okiesss,babai

Isnin, 20 Februari 2012

detik terindah!!!


sungguh indah bila bersama.
ku merasa sungguh bahagia.
ku bersyukur pada yang Esa.
di atas pertemuan ini.

ku berjanji akan setia.
kepadamu yang ku kasihi.
marilah kita bersama.
membentuk cinta abadi.

dan malah apa pun rintangan melanda.
ku harap kita kan tempuhi bersama.
waima kau dan daku berjauhan.

membina mahligai seindah permata.
yang kita impikan berdua selamanya.
agar kita kecapi bahagia.

kemarilah wahai sayangku.
akan ku cium tanganmu.
sebagai tanda kau lah kekasihku.
dunia dan akhirat.

kisah facebook dan twitter!


aku buka akaun facebook dulu sebab aku dah menyampah dengan myspace...
tapi dalam banyak-banyak benda yang paling aku menyampah di facebook bilamana orang-orang yang sudah bergelar isteri tidak menjaga adab dan tatasusila berumahtangga....
umum mengetahui, emosi perempuan ini kadang-kadang tiada batasan....
apabila otak dikawal oleh perasaan, tangan laju saja menaip tentang apa yang dirasakan...
maka terjadilah status yang menampakkan mereka tengah bergaduh suami isteri.
lebih haru bila si isteri menukar relationship status ke IT'S COMPLICATED..

untuk semua para isteri..
tolonglah ya jaga aib suami....
jangan sesekali letak status yang boleh mendatangkan curiga dan fitnah...
dan untuk suami-suami, sila lah nasihat isteri anda supaya lebih berhati-hati dan fikir dulu sebelum menaip....
tidak pun suruh dia buat blog dan privatekan...

ini berkaitan twitter pulak...
bagi sesiapa yang boleh menggunakan ReTweet (RT) tolong jangan RT untuk segala benda yang orang lain tweet...
kadang-kadang orang tweet tentang ketidakpuasan hati mereka di sana dan sila hormat...
ada hal yang boleh kita RT, dan ada yang tidak.

untuk itu aku harap kita semua saling berjaga-jaga dengan ketagihan internet di zaman ini...
lagi-lagi bagi mereka yang selalu buat status tak puas hati dekat bos ke atau apa-apa yang berkaitan pejabat....
orang yang dengki ada di mana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tidak bermaksud begitu pun...


kita semua sedang diperhatikan....

hati-hati!!

motivasi pagi...


sedikit kata-kata motivasi sebagai pembuka minda untuk menempuh ujian yang sudah pasti akan hadir dalam kehidupan ini....


♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

♥ Ya Allah, kembalikan KECERIAAN buat mereka yang kedukaan..
♥ Ya Allah, gantikan TANGISAN mereka dengan senyuman..
♥ Ya Allah, jika ini UJIAN maka berikan mereka kekuatan..


- Ustaz Azhar Idrus







madah berhelah....


jangan mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh..
jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut..
jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur..


cukuplah mencintai seseorang sehujung kuku...
walaupun kecil...
walau selalu di potong..
ia akan selalu tumbuh..


manis sungguh!!




Jumaat, 17 Februari 2012

jumaat yang sibuk.


malam ini ada annual dinner di pejabatku...
jadi untuk memeriahkan suasana aku turut mengambil bahagian...
ops...bukan keseorangan tetapi ditemani rakan2 seseksyen ku...
dari pagi sampailah tengahari berlatih beramai2...
apakah persembahan kami itu?
tunggukan sahaja,hehehe!!!


notakaki:tiba2 hati terasa berdebar..apakah tandanya ye!

Khamis, 16 Februari 2012

15 keunikan Kaabah....


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ end typing.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



sumber:http://scripters.ning.com

my little hero going to 7 months......








7 bulan berdamping dengan kamu sesuatu yang amat mengasyikkan...
Alhamdullilah perkembangan kamu sungguh positif..
makin lama semakin lasak...
aktif tidak kira masa kecuali apabila sedang tidur...
sudah pandai merangkak dan kini sedang belajar untuk duduk...
kadang2 kamu membebel lebih2 lagi jika menonton televisyen...
ada juga terkadang kedengaran kamu memanggil mama dan babah dengan pelat kamu itu...
keletah kamu memang menghiburkan...
doa mama dan babah semoga kamu membesar dengan baik...
sentiasa aktif dan akan terus memberikan senyuman manja...


mama dan babah sayang bangat kamu!!!!!!!


Rabu, 15 Februari 2012

kisah kau dan aku!!!




wanita: saya tidak layak untuk awak.


lelaki: kenapa?


wanita : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…


lelaki : saya tidak pernah beranggapan begitu, apa lagi?


wanita : awak pintar, awak ada banyak peminat.


lelaki : peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

wanita : saya juga tidak dalam ilmu agama.


lelaki : kita boleh mendalaminya bersama-sama.sedang saya ingin menjadi imam bagi awak.maka saya akan mengajarkan awak dan membimbing awak.


wanita: saya tidak cantik...

lelaki : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih
awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak..

wanita : temuilah ayah saya atau wakil keluarga saya untuk menyatakan hasrat dan perasaan awak...


notakaki:sama tapi tak serupa..beginilah kisahnya lamaran encik suami kepadaku!

HATI


Hati
Suci atau kotor
Ada tiga perkara yang perlu kita teliti


Pertama : Sombong
Dosa pertama dari makhluk kepada Penciptanya
Iblis laknatullah
Megah dengan fitrah sang api.


Kedua : Tamak
Dosa pertama Adam dan Hawa
Hanya kerana sebiji buah
Dibuang dari syurga.


Ketiga : Hasad
Dosa pertama manusia di dunia
Kerana dengkinya Qabil
Habil menjadi mangsa.


Sekarang mari kita periksa diri
Apa kita punya ketiga sifat ini?
Jika ada walau sekelumit cuma
Maka masih belum suci lagi hatinya itu......




okie, babai~ :)

ORANG KATA......


orang kata....................
blog ni tempat luahan segala rasa.

orang kata....................
blog ni tempat curah pelbagai cerita.

orang kata....................
blog ni tempat kongsi info bermanfaat untuk semua.

orang kata....................
blog ni tempat tayang muka.

orang kata....................
blog ni tempat buat duit untuk kaya.

orang kata.....................
blog ni tempat caci maki ikut sedap rasa.

tapi bagi aku pula.............
blog ni tempat aku asah bakat di dunia maya.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA......

kalian pula?
apa kalian kata?
blog ini sebenarnya,
untuk apa?


notakaki:hari ini mood ke laut sebab kekurangan mendapat rehat...penat dari segala segi...sekian!!!

KAMU


Bila aku pejam mata,
Aku ingat kamu.
Aku ingat lirik mata kamu.

Bila aku suka,
Aku ingat kamu.
Aku ingat senyum manis kamu.

Bila aku sedih,
Aku ingat kamu.
Aku ingat kata semangat,
Dari kamu.

Bila aku berjalan,
Aku ingat kamu.
Aku ingat tempat,
Yang pernah kita tuju.

Bila aku jumpa DIA,
Aku ingat kamu.
Aku ingat untuk doa,
Buat kamu.

Aku sayang kamu.
Demi DIA,
Pencipta-ku.

Selasa, 14 Februari 2012

moga kita mendapat manfaatnya!!!!

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


ini adalah antara prinsip hidup tan sri mokhtar al-bukhary yang boleh kita jadikan panduan...

adios!!!!

review filem-azura!!

sabtu lepas adikku mengajak keluar menonton wayang dan berkaraoke..
katanya mahu belanja kakak kesayangannya ini..
peluang yang ada tidak harus disia2kan..
iqi seperti biasa opah yang menjaga...
terima kasih ye emak!!!!

niat hendak tengok cerita lain tetapi pawangan sangat penuh...
jadi aku layanlah cerita jiwang ini...
dan adikku itu pasrah sahaja dengan pilihan ku ini...

keseluruhannya filem ini sederhana sahaja...
tidaklah sangat memberi impak dari segi emosi kepada aku...
mujurlah hero dan heroinnya sedap mata memandang...
dari segi lakonan kedua2nya harus belajar lagi...
jalan cerita hampir 90% seperti filem asal...
namun telah digarap mengikut acuan zaman ini...
kredit kepada pemandangan di london dan paris yang tersangatlah cantik...
rasa mahu melancong ke sana pula,hehehhe....

bagi sesiapa yang hendak menonton bagi aku lebih elok menonton filem lain...
sebab pawangan penuhlah yang aku terpaksa tonton filem ini...
entah berapa kali adikku itu menguap..
dan sebagai mengambil hatinya aku belanja makan...
selepas itu kami bersuka ria di karaoke...
horey!!!


notakaki:shah jaszle terlalu jambu untuk memegang watak zack manakala neelofa pula harus diberi pujian..ada potensi untuk menjadi seperti fasha sanda!!!

kahwin juga akhirnya!!!

sebelum itu tahniah aku ucapkan buat abang sham di atas pernikahannya pada 6/2/2012...
baru ahad lepas aku dapat tahu berita ini..
bercampur baur perasaan ini kerana akhirnya tercapai impian abang sham bergelar suami...
yang pasti tertentulah terkejut...
tiada angin,ribut tup2 sudah berdua kini..

banyak kenangan aku dengan beliau...
jika hendak bercerita sampai 7 hari 7 malam belum tentu ada kesudahannya...
abang shamlah yang telah membawa aku ke dunia snokling
dia merupakan guru berenang aku semasa di uitm dahulu..
dari seorang yang zero tentang dunia renang kini semuanya telah menjadi mudah untuk aku...
hampir setiap aktiviti yang melibatkan snokling pasti aku sertai..
dari situlah aku berkenalan dengan mereka2 yang mempunyai minat yang sama....

aku masih ingatlah betapa marahnya dia dengan aku kerana setelah hampir sebulan mengajar aku masih tidak tahu berenang...
katanya jangan membuang duit jika belajar hanya untuk suka2....
kasihanilah kepada ibu bapa yang terpaksa membayar yuran...
jika masih tidak pandai2 eloklah berhenti pada cari minat lain...
aku sendiri pun tidak tahu mengapa bapa aku suruh aku belajar berenang...
memang tiada langsung dalam hati aku untuk memasuki kelas tersebut...
telah banyak kali jugalah aku memprotes namun bapa aku berkeras mahu aku mengikut kelas renang...
sapa yang tidak rasa tercabar apabila sering diherdik di pelajar lain...
dan sejak itu aku bertekad untuk belajar bersungguh2...
aku mahu buktikan kepada semua orang yang aku mampu lakukan...
sedikit demi sedikit gaya renangan asas telah dapat aku kuasai...
namun itu pula menjadi minat aku menjadi atlit walaupun teman2 mengatakan aku ada potensi...
malah aku jadikan ianya sebagai hobi di masa lapang...

terjebaknya aku dalam dunia snokling apabila abang sham kali pertama mengajak aku ke pulau redang bersama rombongannya
siap minta izin emak bapa aku lagi....
maka bermulalah episod perkenalan antara kami...
hairannya kami boleh menjadi rapat tanpa melibatkan apa2 perasaan...
aku hormat dia sebagai abang begitu juga dengan dia...
banyak kali juga kami bertikam lidah dek kerana berselisih pendapat...
tetapi itu tidak pernah menjarakkan hubungan teman tapi mesra kami itu...
kami saling mengenali keluarga masing2...
malah dipanggilnya emakku sebagai mama....
ramai teman2 yang menyangkakan kami sebagai pasangan kekasih tetapi cepat2 disangkal oleh kami berdua...
rapat tidak semestinya bercinta...
langsung tidak terlintas di fikiranku untuk ke arah itu...
bagi aku dunia remaja yang telah mengajar aku tentang erti persahabatan..
mungkin cara aku yang lebih terbuka telah menjadikan sesiapa senang berkawan dengan aku...
aku jenis yang suka berkawan tanpa mengira status dan pangkat...
asalkan masih tahu batasan sebagai perempuan itu sudah memadai...

setelah tamat belajar aku menjadi penganggur seketika...
dan pada masa itulah setiap 2 kali dalam setahun pasti aku akan ke pulau2 mengikut rombongan abang sham...
di situlah berputiknya cinta aku kepada dunia snokling...
dapat aku rasakan ketenangan apabila berada di dasar laut..
sehinggakan aku mengambil kelas skuba....
sungguh indah dan kelakar apabila mengenangkan setiap kenangan manis ketika itu...
menjengah ke alam snokling telah menjadikan aku seorang yang menghargai alam sekitar...
terasa suatu kedamaian yang sukar untuk dihuraikan...
hanya mereka yang mengalaminya yang dapat memahami maksud ku ini...

hubungan aku dengan abang sham tidak pernah terputus waima kini aku suruh berkeluarga...
masih lagi kami bertanya khabar masing2...
jika aku membuat jamuan pasti abang sham akan menghadirkan diri...
teringat lagi betapa terkejutnya dia apabila mengetahui yang aku hendak bertunang...
lebih membuatkan dia terkedu bakal tunanganku itu adalah kumpulan rombongan ke pulau tioman tahun 2009...
tidak pernah langsung aku ceritakan tentang hubungan aku dengan wan ketika itu...
kami simpan serapat2nya kerana mahu memberi kejutan kepada abang sham...
ah.....hampir aku ditempeleng kepala kerana merahsiakan hal itu....

pernah jua aku ajukan soalan kenapa tidak mahu kahwin kepadanya...
dan jawapan yang aku dapat hanyalah senyuman...
katanya belum sampai seru,hahahha!!!
masa berlalu dengan pantasnya...
pejam celik pejam celik dan akhirnya abang ku yang satu itu bertemu jodoh...
situasi yang sama seperti aku dahulu...
diberitahu setelah selamat dia diijabkabulkan...
rasa mahu menjerit kerana mengapa dirahsiakan saat indah itu...
katanya semua berlaku secara spontan...
Insya-Allah bulan 4 akan diadakan majlis sanding sebelah pihak lelaki...
dan aku pasti akan menghadirkan diri.....
sangat pasti!!!!!!


tahniah abangku MOHD NOORHISHAM aka sham di atas pernikahanmu itu...
hingga kini sukar dipercayai yang kamu sudah menjadi seorang suami...
sebagaimana kamu yang telah mendoakan kebahagiaanku lantas perkara sama yang aku lakukan...
tiada kata yang mampu adikmu ini tuturkan hanya beribu kesyukuran dan kegembiraan...

KITA TETAP KAWAN SELAMANYA!!!!!



notakaki:mahu menyelitkan gambar kami tetapi tiada dalam simpanan hp ku...semuanya telah diabadikan di dalam album gambar...kalau ada pun di facebook!!!!!

keputusan penuh grammy award 2012!!!


Album Terbaik: Adele, 21
Rekod Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
Lagu Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
Persembahan Vokal Pop Solo Terbaik: Adele, Someone Like You
Album Pop Terbaik: Adele, 21
Video Muzik Pendek Terbaik: Adele, Rolling In The Deep.
Artis Baru Terbaik: Bon Iver
Persembahan Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik: Tony Bennett & Amy Winehouse, Body and Soul
Album Alternatif Terbaik: Bon Iver, Bon Iver
Lagu Rock Terbaik: Foo Fighters, Walk
Album Rock Terbaik: Foo Fighters, Wasting Light
Persembahan Rock Terbaik: Foo Fighters, Walk
Persembahan Rock Metal Terbaik: Foo Fighters, White Limo
Album R&B Terbaik: Chris Brown, F.A.M.E.
Lagu R&B Terbaik: Cee Lo Green, Fool For You
Persembahan R&B Terbaik: Corrine Bailey Rae, Is This Love
Persembahan R&B Tradisional Terbaik: Cee Lo Green, Fool For You
Album Rap Terbaik: Kanye West, My Beautiful Dark Twisted Fantasy
Persembahan Rap Terbaik: Jay-Z dan Kanye West, Otis
Lagu Rap Terbaik: Jeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones, Warren Trotter & Kanye West, All of the Lights
Kolaborasi Rap Terbaik: Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie, All of the Lights
Album Elektronik Terbaik: Skrillex, Scary Monsters and Nice Sprites
Album Muzikal Teater Tebaik: Robert Lopez, Trey Parker & Matt Stone, The Book of Mormon
Album Latin Pop Rock/Urban Terbaik: Mana, Drama y Luz
Album Tropika Latin Terbaik: Cachao, Last Mambo
Album Country Terbaik: Lady Antebellum, Own The Night
Persembahan Solo Country Terbaik: Taylor Swift, Mean
Lagu Country Terbaik: Taylor Swift, Mean
Anugerah Pencapaian Hidup: Diana Ross

Isnin, 13 Februari 2012

aku suka fesyen tudung itu!!!

sudah agak lama aku perhatikan fesyen tudung dari pereka wanita ini...
stail dia memang awesome...
biarpun nampak ringkas namun punyai gaya yang memukau...
harganya juga alah membeli menang memakai...
yakni ianya berpatutan...
tentang cara pemakaian pula teramatlah mudah...







hana tajima yang berusia 23 tahun adalah gadis kacukan british-jepun..
beliau telah memeluk islam ketika berumur 17 tahun..
telah banyak membuat video cara-cara memakai tudung dan pasmina yang diletakkan di youtube...
sejak dari itu nama beliau meningkat di peringkat antarabangsa malah fesyen tudung hana tajima telah menjadi ikutan wanita islam seluruh dunia...
cayalah!!


notakaki:sebelum beralih arah harus mendapat berat yang ideal barulah nampak anggun,hehehe!!!!

hobi terbaru!!!

Asslammualaikum...

kekangan masa menguruskan rumahtangga membuatkan aku sudah lama tidak keluar menjamu mata di kompleks membeli belah...
cuma akan ke sana apabila mahu membeli barangan dapur..
jika berhajat mahu membeli baju atau seluar baru aku lebih selesa pergi bersendirian...
harus juga menghiaskan diri sendiri walau sesibuk manapun...
dahulu rajin jugalah aku meronda2 di jalan tunku abdul rahman setiap hari sabtu...
selepas itu singgah sebentar di sogo..
dan adalah dalam sehelai dua baju yang aku rembat...
kini semacam dapat aku rasakan hatiku semakin tawar untuk ke sana lagi...
atas dasar apa aku sendiri pun kurang pasti?

jadi untuk itu aku mengambil alternatif baru iaitu membeli secara online...
sebagai permulaan aku bermula dengan membeli tudung...
banyak juga gaya serta rekaan tudung yang menarik minat aku..
ikutkan hati mahu sahaja semuanya aku beli...
rambang mata apabila hendak membuat pilihan mutlak...
perempuan dan shoping mana boleh dipisahkan...
sudah menjadi resmi sejak azali lagi...
hati wanita mana yang tidak mahu bergaya..
alasan tidak punyai masa untuk menjaga penampilan diri memang harus ditolak ketepi..
teknologi yang ada perlulah dipergunakan sebaiknya...
betul tak?

membeli belah secara online ini memang menjimatkan masa...
lebih2 lagi untuk orang seperti aku yang sentiasa sibuk 24 jam...
hanya punyai waktu pada hujung minggu sahaja..
itupun kadang2 sibuk jua dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan teman2...
apa hendak buatkan..
semua dilakukan demi memenuhi masa berkualiti dengan anak dan suami...

semoga hobi terbaru aku ini tidak akan menjadikan aku seorang yang malas untuk keluar ke kompleks membeli belah..
tunggulah sehingga iqi sudah pandai berjalan baru mood itu datang kembali...


notakaki:http://mamaellycollection.blogspot.com dan http://akmalhijab.blogspot.com tempat aku ber-online membeli tudung.!!!!!!!

Ahad, 12 Februari 2012

perginya penyanyi bersuara emas!

penyanyi whitney houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun...
mayatnya itu ditemui mati di biliknya di dalam sebuah hotel...
punca kematian masih disiasat....




apapun takziah diucapkan kepada keluarga mendiang!!!!!!


notakaki: pernah juga menyanyikan lagu "The Greatest Love Of All" tetapi ke laut jua...notnya terlalu tinggi!!

Jumaat, 10 Februari 2012

destinasi terakhir-MANDI MANDA!!

bangun2 sahaja dari tidur kami terus bersiap untuk mandi manda..
bersarapan terlebih dahulu kemudian langsung ke tanjung bidara...
nasib baik sepupuku,nizam sudi menjadi pemandu pelancong..
hanya segulung tikar,mihun goreng dan air sirap menjadi bekalan untuk kami...






rasa seronok apabila melihat iqi berenang...
pada mulanya dia menangis kerana takutkan ombak...
tetapi lama2 makin seronok pula aku perhatikan si kecil ini...
pantang diacah di dalam air terus ketawa...
sampaikan apabila diangkat dari pelambung terus menangis...

alahai iqi!!!

lihatlah aksi si kecik yang teramat teruja sekali di dalam air...










pulang sahaja ke rumah pada petang isnin terus tidur di dalam kereta...
mujurlah perjalanan dari melaka ke kuala lumpur singkat sahaja...
jika tidak kebosananlah wan memandu sorang2...

apapun cuti kali ini amat menggembirakan!

selepas ini bolehlah bercuti beramai2 seperti ini lagi..

ke manakah destinasi seterusnya????

TUNGGU!!!!!

destinasi kedua-A-FAMOSA!




















malamnya pula kami ke A-Famosa...
tidak ada apa sebenarnya di sini kerana kami masuk pun agak lewat..
jadi cuma ada pertunjukkan bunga api dan tayangan filem 4D sahaja...
mujurlah cuma bayar RM10.00 sahaja manakala untuk bayi tiada dikenakan bayaran...
a-famosa ini boleh diibaratkan seperti sebuah fun-fair...
ada permainan untuk mengisi masa lapang...
hajat mahu bermain bowling tetapi memandangkan ramai orang maka terpaksa dibatalkan...
kami menghabiskan masa selama 2 jam di sini...
sebenarnya dari siang lagi ada pelbagai aktiviti untuk para pengunjung...
jika menginap di sini ada potongan diskaun...
selepas ini harus mengambil pakej penuh untuk merasai nikmat bercuti di a-famosa...

walaupun agak kecewa kerana tidak dapat merasai aktiviti menarik yang disediakan namun kami tetap gembira...
senyuman sentiasa terukir!!

haruslah kan????????