Jumaat, 30 Disember 2011

mari layan drama Dingin Lavenda....

malam ini marilah sama2 kita layan drama ini pula...
dari tahun 2011 ini aku telah menjadi peminat cerita melayu..
sama ada menarik atau tidak aku layankan sahaja...
sambil tengok tivi bolehlah melipat baju...
beres satu kerja yang memang aku tak suka buat,heheehhehe!!!!!


setakat ini memang aku boleh layan cerita ini...
aku suka tengok lakonan Eira Syazira tue...
ayu dan manis sekali dia memakai tudung...
Zarina Zainuddin tak perlu dipertikaikan lagi...
aku rasa dia tersangatlah sesuai bawa watak antagonis...
terkesanlah lakonan para pelakon dalam drama ini...

chewahhhhhh......

apapun selamat menonton!

cuti oh cuti....

cuti selama 3 hari ini kami masih belum ada agenda lagi..
sepaptutnya esok dan ahad akan ke Port Dickson...
family day dibuat pada waktu itu...
wan pula ada perlawanan bolanya..
jadi apapun kena tunggu esoklah bagaimana perancangan cuti kami bertiga...
jika lewat habis maka ahadnya ada agenda lain pula...
mungkin akan bercuti di Ipoh kerana ingin melihat rumah yang satu lagi...
sambil2 itu bolehlah pusing2 di bandaraya tersebut...
hal tidur tidak menjadi masalah kerana bapa saudara wan memang tinggal di Ipoh...
2 hari pergi pun sudah mencukupi...

cuti kali ini aku tujukan untuk si kecilku itu...
suka bebenar iqi apabila di bawa berjalan2...
kesian lah pada iqi kerana asyik duduk rumah sahaja...
perlu juga didedahkan dengan dunia luar kepadanya...
nanti tidaklah kekok dia apabila berjumpa dengan orang...

dan aku pula buat masa ini belum ada perancangan untuk ke mana2...
sebab sejak menanggung kerja aku rasa sangat penat...
ikutkan hati mahu sahaja rehat sepuas2nya di rumah...
banyak benda sebenarnya boleh dibuat apabila lepak di rumah...
semua kerja2 rumah dapat dibereskan dengan cepat...
tetapi apabila ada anak semuanya berubah 360%...
kena juga meluangkan lebih masa untuk hero ku itu...
dan yang penting kualiti masa itu dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin...
sesibuk manapun kami berdua soal anak memang menjadi perkara utama...
tidak kisahlah bercuti di mana2 pun asalkan bertiga sudah menggembirakan...
sejak ada anak semuanya menjadi indah...
betul kata orang anak pengikat kasih suami isteri...
aku bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan kehidupan kami bertiga...

sebenarnya hajat di hati memang hendak cuti panjang pada akhir tahun ini...
tetapi memandangkan aku baru sahaja cuti bersalin maka hasrat terpaksa ditangguhkan...
lagipun cuti aku hanya tinggal nyawa2 ikan sahaja...
harus simpan untuk cuti kecemasan...
jadi untuk tahun 2012 menjadi hasrat aku mahu bercuti bersama wan dan iqi...
tetapi sebelum itu,laluan harus diberikan kepada kami suami isteri untuk melancong ke Singapura...
niat hendak ke Universal Studio Singapura untuk berbulan madu pula terpaksa ditunda kerana kesibukan wan...
ingatkan hujung tahun 2010 mahu pergi tetapi sekali lagi ianya terbantut...
kerana ketika itu aku sedang mengalami 'morning sickness'....
dan aku berharap sangat tahun 2012 ini dapatlah kami ke sana....

untuk si kecilku itu aku memang berhajat mahu membawa dia melancong..
tetapi buat masa ini masih samar2 lagi destinasinya...
tunggulah umurnya setahun dan boleh berjalan baru best melancong nanti...
buat masa ini hanya melancong dekat2 sahaja mampu aku lakukan....
rasa seperti malas hendak ke pusat membeli belah tanpa arah tujuan...
nantikan sahaja apabila anakku itu sudah mulai pandai berjalan...
satu Malaysia akan aku dan wan jelajah bawa iqi,heheheh.....

selamat berhujung minggu!!



kejutan yang membahagiakan.....

Assalammualaikum...

pulang2 sahaja ke rumah semalam wan telefon katanya sudah ada di rumah...
terkejut juga sebab jarang dia akan balik awal...
katanya tidak perlu masak sebab dia sudah tapau makanan...
bagus sangat memahami agenda aku untuk tengok episod akhir Tentang Dhia...
buka sahaja pintu rumah ada satu bungkusan dan sekeping kad bertulis untuk NOR BAIZURA aka ZUERA dia atas meja makan...
terus buka bungkusan itu dan rasanya mahu menjerit apabila mengetahui isi kandungannya...
tak sangka penghujung tahun baru ini dapat hadiah dari seseorang yang istimewa....

memang tidak pernah termimpi akan mendapat kejutan yang sebegini...
dan seingat akulah inilah kali pertama aku alaminya...
pada orang lain apalah sangat tetapi pada aku ianya mempunyai makna yang besar...
tetiba rasa hendak menangis apabila sedang menulis entry ini...



yuhuuuuuu inilah hadiah kecil dari Encik Mohd Ridzuan....
gembira teramat sangat hinggakan banyak kerja hari ini pun tidak dihiraukan...
sukaaaaaaaa bangat!!!

"kepada suamiku terima kasih atas pemberian kamu itu...saya sangat2 menghargainya..akan saya jaga ianya seperti nyawa saya sendiri...
sayang kamu banyak2!!!!"

Khamis, 29 Disember 2011

lalallala......

Carta Hati-Najwa Latif

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lagu yang seakan2 seperti kisah antara aku dan wan...
memang fotocopy betul,hahahhahaha

sempoi!!!

Gemersik Kalbu pula!!!

episod akhir Dhia akan tamat pada hari ini...
tak sabar rasanya mahu tahu kesudahan hidup Dhia....
adakah bahagia akan menjadi milik dianya sebaliknya?
dan balasan apa yang akan mak mertua Dhia dapat?
harus pulang awal dan lupakan seketika hal2 kerja rumah...


tamat sahaja drama Dhia akan menyusul pula drama baru...
drama Gemersik Kalbu adalah adaptsi dari novelis Anis Ayuni...
seingat aku memang pernah novel ini aku baca...
masih ada di rumah emak...
tetapi memandangkan banyak sangat novel yang aku baca jadi aku lupa tentang jalan ceritanya...
biasalah kan sudah lama sangat novel ini...


Sinopsis:

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..

macam biasa drama TV3 memang mantap!!!

Rabu, 28 Disember 2011

cara aku berdiet....


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang seangkatan dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan yang seangkatan dengannya.

3.) Elakkan Gula, gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:-

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai. asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.
makan malam sebelum jam 9 malam. ...
paling penting:JANGAN PONTENG MAKAN!


inilah contoh diet yang aku jadikan panduan...
sebenarnya terpulang kepada kita untuk melakukan diet sebegini...
namun ada syaratnya di mana cara terbaik ialah kesederhanaan ketika mengambil apa juga makanan...
kalau dulu makan nasi 3 kali sehari kini belajar hadkan kepada 1 kali sehari...
jika dulu biasa makan 2 pinggan nasi sekarang hadkan kepada setengah pinggan...
banyakKan lauk berunsurkan sayur dan sup..
lakukan secara perlahan-lahan dan jadikan sebagai cara hidup kita..
jika malas hendak bersenam perbanyakkan berjalan dan menaiki tangga di pejabat...

hasilnya pasti berkesan
percayalah!!!

penyakit yang sering dihadapi wanita...

Lima penyakit utama wanita

Fibroid

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.

Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus...

notakaki:sember dari google...

akhirnya......berjaya juga!!






hari ini aku sangat gembira kerana sudah mampu menyarung kemeja seperti di atas...
agak frust juga memula dulu apabila baju itu tidak muat dipakai...
berbaloi2 juga usaha aku berdiet selama sebulan ini...
namun begitu tidak boleh terlalu cepat berpuas hati...
masih ada lebihan2 lemak yang harus dinyah kan lagi,ehhehehehhe

usaha tangga kejayaan....

betul tak?????

selamat tinggal 2011.....

hari ini kembali kerja seperti biasa...
oleh kerana aku sedang menanggung kerja rakan sepejabat maka ke hulur hilirlah aku...
sekejap di meja sendiri selepas itu beralih ke meja satu lagi...
dan kerana itulah tepat jam 10.00 malam mataku sudah layu.
tidur sehingga tidak sedarkan diri sampailah esoknya...
begitulah rutin harian aku yang sudah boleh dihafal....
namun aku bersyukur kerana sehingga kini telah diberikan kesihatan yang baik...

entry aku kali ini agak carca marba sedikit...
maklumlah tirai 2011 akan berlalu dalam 3 hari sahaja...
dan bermulalah fasa 2012 yang akan dilalui oleh aku,wan dan iqi..
tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang aku anggap manis2 belaka...


1 tahun 2 bulan menjadi suri di hati Encik Mohd Ridzuan segalanya berjalan dengan lancar...
belum cukup setahun usia perkahwinan kami telah dikurniakan anugerah yang amat terindah sekali...
yang lebih menggembirakan ianya anak lelaki seperti yang didambakan oleh wan...
setakat ini iqi membesar dengan baik dan kesihatannya berada pada tahap yang memuaskan...
keletahnya sangat menghiburkan hati kami berdua...
hari2 dirasakan sungguh sempurna sekali...
yang lebih manis sekali apabila kami bertiga telah berkelah di Port Dickson sempena ulang tahun pertama perkahwinan dan 3 bulan usianya si kecilkku itu...


Alhamdullilah akhirnya berjaya juga kami membeli rumah teres di Ipoh...
semuanya berkat usaha wan...
syukur sangat2...
mungkin dalam tempoh 10 tahun akan berpindahlah kami di sana...
harus menyelesaikan beberapa perkara dahulu di sini...
dan aku pun belum bersedia mahu berhijrah ke Ipoh itu lagi,hahahhaha....
maklumlah aku masih punyai emak dan adik2 yang belum berumahtangga...
tidak puas lagi bermanja dengan emak,huhuhu...

sementara itu,tugasan di pejabat tiada apa2 masalah
semuanya dapat aku atasi walaupun kadang2 ada tekanan yang mencabar kesabaran diri...
teman2 sepejabat datang dan bertukar bersilih ganti namun aku tetap setia di sini...
walaupun jarak rumah dan pejabat bagai langit dan bumi tidak pernah terlintas di fikiranku mahu bertukar...
suasana kerja di sini membuatkan aku gembira...
mempunyai teman2 yang satu kepala....
dan yang penting bos aku memang sangat2 sporting...
sangat memahami hati para pekerja terutamanya yang sudah berkeluarga ini...
jika aku ke tempat baru mungkinkah akan dapat suasana yang sebegini????

tahun 2011 juga telah meninggalkan satu impak yang besar kepada kami sekeluarga...
pemergian arwah ayahku pada 15.11.2011 sangat mengejutkan...
tiada siapa sangka secepat ini arwah pergi buat selama2nya...
walaupun pahit namun kami redha atas ketentuan-NYA...
ayah pergi dengan keadaan yang tenang,gembira melihat anak2 telah berjaya dan yang penting dapat menatap wajah cucu sulung..
semuanya telah tersurat sejak Luh Mahfuz lagi...
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Amin...

sebenarnya aku tidak percaya pada konsep azam2 ini...
dikhuatiri tidak mencapai sasaran kecewalah pula...
namun aku telah sediakan senarai2 kecik untuk tahun hadapan...
mahu lebih mencuba masakan yang lebih gempak lagi,heheheheh
selepas itu hendak pergi melancong bersama wan...
harus mendapatkan berat badan yang lebih ideal lagi...
dan apabila cukup setahun umurnya iqi mahu mengadakan majlis hari jadi sama ada di rumah ataupun di KFC..

ini sahajalah perancangan untuk tahun hadapan...
ringkas,padat dan mudah sekali kan?
pada aku.oklah tue!!!!!!!!

inilah bahagia yang aku cari selama ini...

terima kasih Allah atas segalanya!!

Osbon dan Boboi jadi pilihan!!!!


diam tak diam sudah sampai minggu terakhir untuk Program Maharajalawak Mega pada jumaat ini...
sekali lagi Stadium Melawati,Shah Alam bakal menjadi saksi kepada siapa yang bakal menjadi sang juaranya...

jadi 2 kumpulan yang menjadi pilihan aku untuk menjadi juara ialah :-

* KUMPULAN BOBOI

kumpulan yang menjadi pilihan untuk menjadi juara Maharajalawak Mega...
setiap minggu persembahan dari Boboi sememangnya membuatkan penonton tak kering gusi untuk ketawa...
gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sememangnya sesuatu yang luar biasa..
mereka dianggap sebagai pasangan yang sangat ideal..!!

* KUMPULAN OSBON

terdiri daripada otai lawak Os dan Abon...
kumpulan ini dianggap pesaing kepada Kumpulan Boboi untuk bergelar juara Maharajalawak Mega...
perningkatan persembahan dengan idea-idea terkini setiap minggu menjadikan mereka antara pilihan untuk menjadi juara..!

siapa pula pilihan kalian????

marilah sama2 kita saksikan nanti!

Selasa, 27 Disember 2011

kesakitan yang sukar dibendung lagi...

Asslammualaikum...

dari malam tadi perutku ini memulas2...
sudah berapa kali masuk tandas pun tak tc ahu....
ingatkan pagi tadi akan baik tetapi makin menjadi2 pula...
lantas terus ke Klinik Medik mendapatkan rawatan...
Alhamdullillah ubat yang diberi amat berkesan...
cirit birit telah berhenti dan perutku kembali normal seperti sedia kala...
hasil apabila berjumpa dengan doktor adalah aku mendapat MC,hehehe..
berat masil kekal pada kiraan 58kg...
kira oklah tu sebab 3 hari balik kampung makan sahaja kerja aku...
jadi selepas ini sesi diet kembali lagi....
tiada istilah putus asa walaupun belum mencapai piawaian yang sebenar...
harus belajar bersabar dan berusaha lebih gigih lagi...

sempat juga aku cucuk 5 bulan untuk si kecikku itu...
berat terkini Iqi adalah 7.1 kg...
hairan juga aku apabila melihat hasilnya itu...
sebab fizikalnya memang kecik...
kata orang mewarisi dari babah dia...
keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan perkembangan Iqi....

moga pada bulan2 yang seterusnya hero kecikku itu akan membesar dengan baik dan sejahtera!!!!!

adios.............

Isnin, 26 Disember 2011

Cinta Ini...

Cinta Ini-Siti Nurhaliza

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

best pula lagu siti ini....

layanzzz

damainya desa ku ini...

salam semua..

kami sekeluarga masih berada di kampung arwah ayahku di Melaka..
masing2 masih tidur disebabkan kepenatan melayan tetamu malam tadi...
Alhamdullilah,majlis tahlil arwah ayah berjalan dengan baik...
terima kasih diucapkan kepada orang2 kampung yang merewang semalam...
meriah dan terasa seperti keluarga sendiri...
ramai juga kawan2 arwah yang datang pada majlis tahlil tersebut...

sesekali tinggal di desa memang menyeronokkan...
sudah lama tidak mendengar ayam berkokok...
kicauan burung yang mendamaikan...
teruja Iqi apabila kami apabila melihat kambing dan lembu...
mulutnya bising dan bercakap dengan bahasanya sendiri...
gelak tawanya sangat menghiburkan...
tiada apa2 masalah pun sepanjang Iqi berada di kampung...
nampak dia begitu seronok tinggal di sini....

petang semalam aku balun rambutan sampai tidak ingat dunia...
maklumlah orang bandar apabila balik ke kampung semuanya mahu di makan,hehehhehe
sampaikan pagi ini perut memulas pun tidak di endah...
bukan selalukan dapat peluang begini...

apabila berada di sini aku dapat rasakan seolah2 arwah ayah turut ada sama...
terngiang2 lagi gelak tawak beliau...
gelak tawa serta gurauan beliau...
bak kata orang semuanya masih di ingatan...
walaupun suasana riuh apabila semua saudara mara balik namun kesedihan itu tetap ada...
lebih2 lagi apabila menziarahi kubur arwah...
jelas terpancar pada raut wajah emak dan adik2 ku kesedihan yang tidak dapat dibendung...
walaupun mereka cuba menahan air mata dari menitis namun akhirnya tumpah jua...
begitu juga dengan aku....
pemergian yang amat berat untuk kami sekeluarga tetapi sebagai hamba-NYA kami redha...
mungkin mengambil masa juga untuk melupakan apa yang terjadi ini...
doa kami semoga arwah tenang dan damai di alam sana...
hanya iringan doa yang mampu kami berikan untuk arwah ayah yang tercinta...

petang nanti kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur...
terasa cepat masa berlalu...
rasanya mahu duduk lama di sini kerana tersangatlah tenang suasana di desa...
terus lupa pada kesibukan di kota dan pejabat,hahahahha

apapun percutian 3 hari ini walaupun sederhana namun tetap menggembirakan...

bercuti bersama keluarga memang terbaik!!!!!!!!

babai..........

suka tengok pasangan ini....


jawapan kepada jemputan sidang media khas yang dilakukan oleh Yusri & Lisa di Marriot Putrajaya jumaat lepas menjelaskan teka-teki yang bermain selama ini apabila mereka berdua mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Febuari 2012....

majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)....

aku suka tengok pasangan ini kerana cara mereka bercinta sangat low profile...
apabila sudah betul2 mahu bernikah baru mereka mengembar-gemburkan berita tersebut...

tahniah diucapkan kepada Lisa dan Yusri...

semoga pernikahan kalian berjalan dengan lancar...

Amin!!!!!

Jumaat, 23 Disember 2011

teruja mahu pergi ini tempat.....

perghhhhh.......memang cantik siot Universal Studio Singapura (USS) ini....
tak sabar rasanya mahu pergi...
Insya-Allah jika tiada aral sampailah kami pada tahun hadapan...
bila tarikhnya tidak dapat dipastikan...
menunggu jadual perlawanan wan free
memang dalam perancangan tahun hadapan mahu ke sini....
sangat cantik dan mengagumkan....

paparan gambar diselitkan sebagai pembakar semangat,hehehehhe....















sabar itu kan indah!!!

selamat berhujung minggu semua!

wassalam...

layan juga aku cerita ini....


tak pernah terlintas di kepalaku untuk layan drama ini...
tapi suatu hari tu macamana aku boleh terpasang TV9 dan masa itu drama ini sedang ditayangkan...
sambil2 tengah dodoikan iqi terlekatlah aku depan tivi layan cerita ini...
menarik juga tengok lakonan Fauziah Ghous...
memang aku pun memang suka dengan artis wanita ini...
maka bermulalah aku menjadi peminat setia drama ini,hahahha
ianya bersiaran pada hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam...

ini adalah sinopsis ceritanya yang aku copy dari encik google,akakakkakakka

Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu. Tidak pernah ada manisnya bermadu ini. Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila dan dia sentiasa sabar menghadapi Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya didalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesabaran dan kesungguhan Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul Sani benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kutukan, dia nekad cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan.

Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri careernya sebagai pelakun. Eizlan yang selama ini mencintai Karmila menuduh Karmila mata duitan dan perempuan murahan kerana kononnya mempunyai hubungan dengan Tan Sri sebelum ini tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Tan Sri dan Karmila Cuma 3 bulan sahaja. Karmila dengan sengaja mengakui semua itu supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila itu kerana mereka juga sukakan Tan Sri. Seluruh kampung menghina keluarga Karmila kononnya menjual anak tapi mereka menghadapi dengan tabah demi kebahagiaan Karmila. Karmila tidak mampu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana dikhuatiri akan menjejaskan status Tan Sri lalu seluruh keluarga merahsiakan tentang bakal suami Karmila itu.

Sekumpulan Datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pengakuan Karmila itu kononnya Karmila artis materialistik. Mereka berteka teki siapakah bakal suami Karmila itu. Eizlan cuba untuk menghalang perkahwinan itu lantaran dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila dan Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu dan berdepan dengan Tan Sri. Lebih memedihkan bila Tan Sri mengakui perkara itu.


antara pelakon lain adalah Ahmad Tarmimi,Aaron Aziz,Sharifah Aleeya,Ziela Jalil dan ramai lagi pelakon2 hebat....

layanssss!!!!!

cuti kembali lagi....

Assalammualaikum...

hari yang dinantikan sudah tiba...
jumaat penghulu segala hari...
cuti selama 3 hari ini akan dimanfaatkan sebaiknya...
esoknya akan balik ke kampung arwah ayah kerana ada diadakan tahlil...
terima kasih diucapkan kepada mak lang ku kerana telah menyediakan semua keperluan...
sebelum ke Melaka kami satu keluarga akan ke kenduri kahwin sepupuku di Sungai Besi..
selepas itu kami akan terus pecut balik ke kampung...
kenduri akan diadakan pada hari ahad selepas Isyak...
pada siang hari akan datanglah orang2 kampung untuk seisi rewang beramai2,hahaha....
seronok rasanya apabila membuat kerja secara gotong royong ini...
nampaklah kemesraan dan kerjasamanya nanti...

rasa2nya sampai isninla kami berkampung di sana...
sesekali bercuti di desa juga menarik...
lari sedikit dari kesibukan di kota...
dapatlah juga merasa rambutan kampung,hehehhehe...
menurut kata mak langku sekarang pokok rambutan lebat berbuah...
wah,makin tidak sabar rasanya mahu ke sana!!!


cuti oh cuti.....
memang aku suka...

notakaki:hati berbunga2 kerana semalam dapat berdating dengan wan menonton wayang!

Khamis, 22 Disember 2011

Suri Cruise kanak-kanak paling berpengaruh...

hidup dalam keluarga yang penuh glamor dan mewah sudah pasti menjadi idaman setiap insan....
itulah yang dialami anak kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes...
Akhbar Daily Beast meletakan Suri Cruise sebagai anak selebriti paling berpengaruh di dunia....

untung sungguh kamu kan!


yang ini pula suri yang paling berpengaruh di hati Encik Mohd Ridzuan dan Puan Nor Baizura...
suri yang tiada tandingan dalam mana2 carta sekalipun...


jeng......jeng......jeng......siapakah dia?




sabar ye semua........











jangan marah ye!

duit baru sudah keluar!!

ini adalah contoh duit kertas yang baru siri edisi ketiga...
ianya akan dikeluarkan pada Julai 2012...
nampak cantik dan elegan duit kertas baru ini...
yang menarik sudah ada wang kertas RM20..
suka,suka,suka!!!



juga telah dicetak wang syiling yang berwajah baru...
ada dua warna yang iaitu emas dan perak...
barulah nampak esklusif kan?


rasa sayang pula hendak guna duit baru ini...
seperti mahu menjadikannya sebagai koleksi....

hahhahahhaha....

boleh pula macam tu kan?

notakaki:cuaca yang sejuk membuatkan mata ini mengantuk...hilang mood untuk bekerja,kakakkaka!!!!

Selamat Hari Lahir Tun Mahathir!!!

genap 86 tahun usia mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Dr' Mahathir Mohamad selasa lepas....
seorang negarawan yang kita harus bangga dan hormati...
apa yang telah beliau lakukan semasa mentadbir Malaysia sesuatu yang luar biasa....
Malaysia yang dahulunya antara negara selekeh kini sudah boleh berbangga dengan apa yang dilakukan oleh beliau..
satu demi satu pembangunan yang beliau lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh negara lain....
mentadbir kerajaan dibawah 6 orang Yang Dipertuan Agong selama lebih 20 tahun menjadikan beliau antara pemimpin yang paling lama dan paling berjaya membangunkan negara di kalangan pemimpin-pemimpin dunia yang lain...

jika dilihat dari apa yang telah dilakukan dan dicapai ketika pemerintahanya usah disenaraikan..
sememangnya banyak jasa beliau kepada negara...
kita mungkin susah untuk mendapat negarawan seperti beliau lagi selepas ini....


Mari kita imbas apa yang dilakukan oleh Tun kepada Malaysia :-

* beliau melancarkan projek kereta Nasional pertama negara "Proton"...
sehingga hari ini jenama Proton sudah mula dikenali diseluruh dunia sebaris dengan jenama hebat lain...

* Menara Berkembar Petronas @ KLCC yang menjadi perhatian dunia hari ini adalah ilham Tun untuk menarik perhatian dunia bagi lebih mengenali Malaysia..
sehingga kini KLCC menjadi sebuah pusat perlancongan wajib buat orang luar yang datang ke Malaysia....
dan sehingga kini jugalah KLCC menjadi Menara Berkembar tertinggi dan tercantik didunia....

* pada mula rancangan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang,rakyat sangat marah akan projek yang dikatakan bakal menjadi projek gajah putih ini....
akan tetapi sehingga kini litar ini sudah dikenali di seluruh dunia dan menjadi antara litar perlumbaan terbaik di dunia....
ia juga menjadi satu daya tarikan pelancong permotoran seluruh dunia yang memberi pulangan yang sungguh lumayan setiap tahun....

* Lapangan Terbang Udara Antarabangsa(KLIA) dirasmikan pada tahun 1998 menjadi pintu masuk utama pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia...
ianya mengantikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang..

* Kompleks Sukan Bukit Jalil dibina khusus untuk menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 pada tahun 1998...
mampu memuatkan 100 ribu penonton dalam sesuatu acara sukan...
di sini juga ada Stadium Putra dan Stadium Hoki untuk acara sukan tertutup...

* Pusat Pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia (PUTRAJAYA) merupakan
projek ilham Tun yang paling sukses sekali...
dari tanah kelapa sawit kini Putrajaya menjadi antara lokasi termahal di Malaysia...
ianya merupakan Pusat Pentadbiran Utama Kerajaan dari awal pembukaannya sehingglah kini...

kalau hendak diceritakan jasa Tun M memang terlalu banyak...
sememangnya beliau seorang negarawan unggul yang tiada tolok tandingan...
semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada beliau...
Amin...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-86 Y.BHG TUN DR MAHATHIR!!

Rabu, 21 Disember 2011

dekorasi ruang tamu idamanku....

oleh kerana aku duduk rumah apartmen maka setiap ruang harus dijimatkan...
setakat ini aku sangat berpuas hati dengan konsep hiasan rumah aku...
kebanyakkan idea aku belajar dari majalah Anjung Seri dan Ikea...
namun ada juga hiasan di ruang tamu yang ingin aku ubahsuaikan...
pernah aku katakan pada wan mahu mengecat warna yang baru agar kelihatan lebih cantik dan mantap...
namun katanya tunggu apabila mempunyai masa yang sesuai...







ini adalah contoh konsep ruang tamu yang menarik minat aku...
nampak sederhana namun elegan....
perghhh pasti menarikkan...
jika kita banyak duit impian itu akan kenyataan...
untuk golongan yang sederhana seperti aku ini harus belajar bersabarlah,huhu

bayangkanlah setelah penat bekerja apabila pulang jika melihat rumah yang sebegini pasti tenang sahaja hati....
tak perlu berlebihan dalam menghias asalkan sedap mata memandang sudah cukup...
harus mempunyai ruang untuk anak2 bermain untuk mereka yang berkeluarga...



usah dilupa bajet yang hendak diperuntukkan juga...
kalau mahu ruang tamu yang gempak maka duitnya juga harus gempak...
adalah lebih baik kita buat sendiri dari upah orang lain...
hasilnya pasti memuaskan hati...
waktu beginilah mahu mengasah bakat dalam bidang hiasan dalaman....






setiap orang mempunyai impian untuk mendeko rumah dengan cara tersendiri...
begitu juga dengan aku....
kadang2 apabila memikirkan tentang rumah buat aku teruja mahu menghiasnya..
hahah,rumah sendirikan...

jika mahu maklumat tentang hiasan dalam pergilah ke laman web Ikea...
kat situ pelbagai ilham tentang hiasan rumah yang ada
tiru sikit2 tak jadi masalah pun...
mana tahu apa yang kita hasil itu lebih baik dari yang asal...
betul tak?
apapun tepuk tanya tanya selera....





baiklah itu sahaja dekorasi yang menarik minat aku...
banyak juga pilihan yang aku suka...
walaupun nampak simple namun itulah yang memenuhi citarasa aku....
semoga impian aku untuk mencantikkan ruang tamu tercapai...
yang penting ianya dapat memberi keselesaan kepada kami sekeluarga....

sekian terima kasih!!!