Selasa, 24 Julai 2012

berniaga sangat bagus!!!


petang semalam singgah sekejap di bazar ramadhan desa pandan...
mahu menjenguk kawan-kawan berniaga katanya wan...
selain itu memberi sokongan moral..
ada 3 kawan dia yang membuka gerai yang berbeza...
gerai tebu digantikan dengan gerai jual minuman soya dan sirap bandung...
yang kedua pula adalah gerai ayam percik madu dan air sirap laici...
manakala yang terakhir memang best sebab mamat ni jual bunga api...
hasil tinjauan dapatlah diskaun untuk ayam percik,air soya dan sirap bandung...
juga dapat rembat bunga api,hehehehhehe...
itupun setelah diberi potongan harga oleh empunya bos...



kata wan tahun ini agak kurang meriah bazar ramadhan itu...
makin sedikit pula gerai yang berniaga...
tak tahulah sebab apa...
mungkin faktor masa dan wang agaknya...
berniaga kecil-kecilan ini nampak saja mudah...
tapi penatnya hanya tuan tanah yang tahu...


jadi tak kiralah apapun perniagaan yang dilakukan biarlah JUJUR...
tak suka peniaga yang mengambil kesempatan...
kalau mahu maju dalam perniagaan hati kena bersih...

setuju!!!




Tiada ulasan: