Isnin, 9 Julai 2012

seminggu saja lagi!!!


fokus aku seminggu ini seratus peratus untuk majlis hari jadi iqi...
segala juadah makanan,goddies,hiasan dan tetamu telah beres diselesaikan...
cuma aku harapkan majlis kecil ini berlangsung dalam suasana yang baik...
makanan cukup serta orang yang datang pulang dengan kenyang dan gembira...
nama pun majlis hari jadi iqi maka aku mensasarkan untuk budak-budak...
rasanya biasa-biasa saja...
tiada apa yang mahu didebarkan...
sebab sudah biasa buat makan-makan,kakakka...

wan akan ke johor rabu sampailah jumaat...
jadi aku kena pastikan mood dan kesihatan iqi berada dalam keadaan baik...
cabarannya menjaga iqi kini adalah di mana dia sudah lancar berjalan...
semalam satu lagi skill terbaru iaitu berlari...
walaupun sesekali terjatuh aku sangat bangga...
tak sangka secepat ini perkembangan dia...
gigi iqi tetap maintain dengan 5 batangnya...
mulut masih membebel dengan bahasanya sendiri...
lebih suka berjalan...
rimas jika didukung...
dan bermulalah era kejar mengejar dia kini...
seronok okie:)






Tiada ulasan: