Jumaat, 29 Jun 2012

masanya telah tiba!!!


minggu-mingu terakhir bulan jun aku lalui dengan tenang...
apa yang dirancang dapat dilaksanakan...
segalanya mengikut seperti dalam kertas kerja...
rasa bertuah sebab wan turut membantu...
tidaklah aku keseorangan merencanakan agenda untuk bulan julai...

malam ini aku dan wan akan naik keretapi untuk ke thailand...
memang sengaja kami pilih pengangkutan ini...
menggembara,melancong dan menimba pengalaman...
itu yang dapat aku rangkumkan...
peluang melancong berdua akan dipergunakan segalanya...
mahu lupakan segala yang pahit-pahit...
cipta memori indah di kala masih ada kesempatan ini...
nanti bila anak sudah 2 atau 3 orang entah bila peluang ini akan datang...
sebak meninggalkan anak ada mestilah ada...
akan tetapi hati harus kental...
fikir yang baik-baik saja...
Insya-Allah Yang Maha Esa akan memudahkannya...

masih datang kerja hari ini...
tengahri akan half-day...
urusan pertukaran wang masih belum dibuat lagi...
baki masa yang ada mahu dihabiskan bersama si kecil...
tak puas bergomol sepanjang minggu ini dengan dia...
iqi seakan memahami yang mama dan babah mahu bercuti...
langsung tidak meragam atau menunjukkan perilaku yang pelik...
gembira dan aktif seperti biasa...

"berseronoklah sepuas-puasnya..."
itu pesan emak malam tadi...
terharu bila mendengar ayat tersebut..
tak putus-putus aku panjatkan kesyukuran kerna mendapat seorang emak yang begini...
memahami kehendak dan minat anak menantunya ini...
emaklah yang terbaik dalam dunia dan akhirat...
pengorbanan emak mana mungkin dapat kita membalasnya...
ada hikmah apa yang berlaku tahun lepas...
ayah pergi buat selamanya secara tiba-tiba...
kehadiran cucu nan satu itu boleh dianggap penawar duka buat emak...
biarlah berapa lama dia mahu berdamping dengan cucu aku tiada masalah...
aku tahu emak aku berfikiran terbuka...
sikit pun tidak pernah dia cuba merebut kasih sayang itu dari aku...
sayangnya tertumpah atas ikatan kekeluargaan...

keseronokan bercuti mengatasi segalanya...
teruja hinggakan kadang-kadang terlupa apa yang berlaku sekeliling...
benar kata orang,keluarga adalah segalanya...
jatuh bangun sakit maung hanya keluarga yang akan berada di sisi...
keajaiban yang tiada siapa mampu menandingi...
begitu juga dengan keluarga sebelah mentua...
semuanya sangat baik...

doa mereka yang tersayang sudah cukup memadai...
rumah tangga ini dibina atas dasar cinta...
benih cinta yang ada dan bakal mendatang penyeri hidup berkelamin kami...
bahagia itu tak perlu ditunjuk...
hanya kami yang dapat merasakan...
kini aku sedar bahawa mendung yang pernah aku lalui dahulu telah digantikan dengan mentari...
sangat terang sinar itu hinggakan sukar diungkapkan...

terima kasih Tuhan atas segalanya!!!

Khamis, 28 Jun 2012

selamanya SEPANYOL!!!


hip,hip horeey!!!


tak sia-sia bangun 3.00 pagi tonton perlawanan bola sepak antara sepanyol dan portugal...
seperti dijangka pasukan kesayangan telah melangkah ke final...
riang ria walaupun terpaksa bersengkang mata...
bukan selalu pun,apalah sangat tidur tue...


tak kisahlah menang melalui penalti janji MENANG...
tak boleh terlalu suka sangat kerana lawan final tentu kuat kan?
aku layan bola biasa-biasa saja...
tidaklah fanatik macam wan...
pasukan kegemaran dia adalah itali...
pagi ini giliran jerman dan itali pula...
sama-samalah kita nantikan siapakah lawannya sepanyol...

hampir terbabas bangun pagi tadi...
sempat tengok separuh masa kedua saja...
terima kasihlah kepada suami tersayang yang mengejutkan sang isteri...
jika tak,terlepaslah peluang emas itu...
bertemankan kopi panas,nugget dan kentang layanlah kami secara berduet hingga ke titisan terakhir penalti...
perlawanan tamat kira-kira jam 5.45 pagi...
terus gosok baju dan ke bilik air...
siap-siap pergi kerja...

habis berkemas baju untuk dibawa bercuti terus aku tidur...
mujurlah iqi tiada masalah lelapkan mata malam tadi...
sebelum itu,balik saja kerja terus bawa dia jalan-jalan...
tak jauh pun,hanya jaya jusco...
beli stok pampers dan susu sepanjang ketiadaan aku dan wan nanti...
sedih sebenarnya mahu tinggalkan dia di sini...
tapi aku percaya opahnya pasti akan menjaga dia dengan sebaiknya...
maklumlah hero kecil itu cucu kesayangan opah...
jadi,tak ada hal punyalah!!!

apa yang aku harapkan percutian ini menjanjikan kegembiraan buat kami berdua...
serius,aku sangat rindukan snokling...

janji wan bila iqi sudah 2 tahun pasti akan dibawa sekali...
sabar itukan indah...
setuju!!!

Rabu, 27 Jun 2012

WW-muka yang ntah apa-apa!!






notakaki:tak tahulah kenapa muka aku boleh jadi begitu...dan inilah berat badan aku yang terkini!!

4 kunci kena ada sebelum kahwin!!!


sebelum kahwin arwah ayah aku kenakan 4 kunci syarat kepada wan...
tidaklah arwah itu memilih...
cuma mahu memastikan agar bakal menantunya mempunyai pendapatan yang tetap...
bukan jua mahu bermenantukan orang berada...
kerana duit bukanlah segalanya...
senang cerita,sediakan payung sebelum hujan...


1. Kunci kete - Ada
2. Kunci pejabat - Ada
3. Kunci simpanan - Ada la sikit.haha.
4. Kunci umah - Sudah ada juga

kriteria yang arwah ayah tanyakan pada aku sebelum setuju menjadi wali...
Alhamdullilah pilihan nan satu ini mendapat restu...
walaupun bukan bergaji besar...
tetapi segala keperluan setiap bulan boleh dikatakan amat memuaskan...
kami telah bincang segala bil-bil,duit rumah mahupun kereta dibayar oleh wan...
sementara aku pula hanya menguruskan hal dapur...
jika keluar tengok pada keadaan juga...
tak salah sesekali sang isteri yang belanja suami...
inilah yang dinamakan tolak ansur...

bila ada anak masih sama konsepnya...
hujung bulan dibagi sejumlah wang nafkah untuk membeli susu dan pampers anak...
jika ada lebih kira dianggap itu duit nafkah untuk aku...
senang dan mudah sebenarnya cara kami ini...
syukur setakat ini segala keperluan isi rumah cukup...
hendak kata hasil jimat tidaklah pula...
cuma kiranya mahu membeli apa-apa perabot kena rancang awal...
tetapkan harganya dahulu dan pada gaji seterusya kami kongsilah duit...
buat masa ini hanya bilik tidur iqi saja yang masih belum ditatarias...
almari dan kabinet awal-awal lagi sudah beli...
katil kena tunggu bila dia sudah boleh tidur sendiri,hahahha....

panjang pula mukadimah pagi ini...
ops...lagi 2 hari cuti-cuti berdua...
tak sabar sungguh...




Selasa, 26 Jun 2012

nantikan gegaran geng futsal kami!!!


malam tadi aku pergi bersosial dengan kawan-kawan...
dapat izin terus ke starbuck times square...
asalnya mahu berjumpa hari ahad...
tetapi ditunda kerana aku ada hal lain yang lebih penting iaitu berehat...
penatlah lepas beli barang goodies tak tidur langsung...
layan perlawanan suku akhir euro antara sepanyol dan perancis...
berbaloi berjaga sebab sepanyol menang...horey!!!!!
aku memang peminat tegar sepanyol ye,hehehhe...

okie,berbalik cerita asal...
perjumpaan adalah berkaitan perlawanan persahabatan futsal pasukan kawan aku dengan geng futsal yang lain...
katanya geng satu pejabat...
mujurlah perlawanan suka-suka saja...
dibuatkan pertandingan betul-betul cuak juga...
aku main futsal pun sekadar mengisi masa lapang...
makanya semua telah bersetuju untuk adakan sesi latihan pada hari rabu hadapan...
seperti biasa jam 6.00 petang sudah ada di sport planet ampang...
setakat ini skill dan larian aku agak seimbang...
masih tajam cuma terkadang stamina melecet sedikit...
tak mengapa yang penting aku mencuba dulu...
kena percaya pada kemampuan diri...
kawan-kawan pasti akan membantu aku...
wah...semangat bebenar!!!

sampai rumah dalam jam 8.30 malam...
kawan yang tolong hantar...
iqi telah dimandi dan diberi makan oleh wan dengan jayanya...
gembira saja aku tengok hero kecil itu menonton tivi bersama babahnya...
lega hati ini...
terus beritahu wan tentang hasil perbincangan siang tadi...
dan aku sudah jangka yang wan pasti akan benarkan...
siap mahu ikut sekali anak beranak...
bertambah gembira hati ini bila mendengar kata-kata itu...

lelaki yang bernama MOHD RIDZUAN ini amat memahami minat aku...
apa saja yang terbaik akan mendapat restu darinya...
jadi mengapa dipersiakan peluang yang ada...


harus gigih berusaha...
bukan untuk MENANG tapi membuktikan keupayaan diri...
setuju!!!!

slot hiburan-aku suka dia!!


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


notakaki:mood bunga-bunga riang...tak perlu "sebab" pun kerana hari-hari begitu!!!

slot hiburan-gadis bertudung putih


Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama


notakaki:lagu nie memang besh yer!!

berusaha selagi nafas terhenti...


sejak bersalin sampailah kini aku masih berusaha menurunkan berat badan...
tidaklah aku berdiet secara ekstrem...
cuma caranya adalah menghindari sarapan pagi yang jenis bergoreng...
roti dicicah dengan milo pun kira okielah...
kadang-kadang aku makan telur setengah masak dalam 2 biji...
telah aku lupuskan nasi lemak juga roti canai sejak 9 bulan ini...
air batu dan sejuk berjaya juga aku tak minum...
jika tak berdiet pun minuman sebegitu harus dijauhkan...
sangat tidak baik untuk kesihatan...
kata emak banyakkan minum air kosong ataupun air suam-suam panas...
Alhamdullilah amalan itu telah aku praktiskan...
makin kelamaan ianya sudah sebati...
syukur!!!

waktu tengahari memang aku tidak akan makan...
jika lapar aku alaskan dengan roti ataupun biskut...
kerana pulang saja ke rumah aku akan masak...
lauknya hanya sederhana saja...
janji kenyang perut 2 hero sudah cukup baik bagi aku...
nah...ketika inilah makanan berat yang aku santap...
selalunya aku hanya akan meratah lauk dan sayur...
nasi aku hanya pandang sebelah mata saja...
bilamana ada keraian ataupun makan-makan di luar baru aku makan nasi...
separuh suku aku jamah dan lebihan ada tukang menghabiskannya...

pandangan wan tentang corak makanan aku ini biasa-biasa saja...
tidak pula dia menghalang atau menggalakkan...
cuma sekadar nasihat agar menjaga kesihatan...
jangan terlalu tertekan dengan hal berat badan...
lakukan mengikut kemampuan sendiri...
sangat sempoi lelaki yang bergelar suamiku itu...
pada aku berdiet-diet juga...
tapi kewajipan memasak dan menyediakan makanan harus dilakukan...
aku kira bernasib baik sebab dapat lelaki yang memahami...
tidaklah aku terasa berseorangn dalam usaha murni ini,heheheee...

buat masa ini aku tidak menelan apa-apa multivitamin tambahan untuk tenaga...
cuma aku ikut nasihat emak yang tidak suka anak perempuannya nampak lemah...
menjadi ibu kena kuat...
kuat dari segi fizikal,mental dan emosi..
harus kuat demi anak dan suami...
pahala yang senang diperolehi...
selalu berfikiran positif dan nyahkan ion-ion negatif dalam badan...
jika ada kelapangan aku pergilah berjoging...
dalam sebulan adalah dalam 3 kali aktiviti itu aku lakukan...
naik turun tangga di pejabat masih diamalkan...
aku percaya di mana usaha di situ ada jalan...
mengomel pun tak guna jika tiada usaha dilakukan...
jauh sekali mengharapkan berat badan akan jadi seperti dahulu...
apa yang aku lakukan adalah untuk kesihatan diri...
memang sakit datang dari Allah...
akan tetapi tidaklah Tuhan menyuruh kita mengabaikan kesihatan dengan tidak mengawal nafsu makan...
sunnah makanan yang terbaik adalah Rasullulah sendiri...
berhenti makan sebelum kenyang...
betul tak?

aku gembira dengan apa yang aku buat sekarang...
tiada istilah hati sapa yang harus dijaga...
mendapat sokongan dari yang tersayang sudah cukup membahagiakan...
kurus bukan untuk cantik ataupun menambat hati suami...
biarlah cantik di dalam dan di luar...
selagi nafas belum berhenti di situlah usaha tetap diteruskan...
berusahalah zura selagi yang termampu...
syukur atas usaha ini ada juga penurunan...
dari 65kg dikit-dikit turun lagi 5kg...
dengan berat terbaru pagi tadi sekurang-kurangnya aku mampu tersenyum...
58kg masih tahap yang sederhana...
ada lagi saki baki lemak yang harus dihapuskan,kuikuikuikui..
hingga kini aku masih belum menyarungkan baju kurung lama...
tunggulah bila ianya mencapai sasaran sebenar...:)


ini berdasarkan pengalaman aku sendiri...
lain orang lain kaedahnya...
pendapat manusia memang takkan pernah serupa...
jadi sila hormat hak dan cara orang lain...

sekian...

Isnin, 25 Jun 2012

bermulalah minggu yang pek!!


minggu ini adalah sangat sibuk buat aku,wan dan iqi...
jumaat sampai isnin aku dan wan berada di thailand...
iqi pula dijaga oleh opahnya...
mampukah aku melawan perasaan rindu berjauhan dengan dia,aku sendiri pun tak pasti...
aku harap percutian kali pertama selepas berkahwin menjanjikan keseronokan...
dan paling penting dapat melepaskan gian ber-snokling...

pulang saja dari bercuti persiapan majlis harijadi hero kecil...
buat masa ini hal seperti goodies,menu dan kek telah selesai...
ianya hanyalah majlis kecil yang jemputannya terdiri dari ahli keluarga terdekat dan jiran tetangga...
sabtu malam kami ke NSK selayang membeli barangan goodies secara borong...
serius memang syurga segala barangan borong di sana...
harga memang amat murah dan berpatutan...
terima kasih kepada kawan-kawan yang mencadangkan tempat ini...
mulanya macam mahu pergi ke chowkit ataupun pasar pudu...
tapi bila difikirkan lebih baik pergi tempat yang dekat dengan rumah dahulu...
dan ternyata ianya tidak sia-sia...
syukur sebab dipermudahkan segala urusan...

dekorasi untuk majlis genap setahun iqi sudah ada dalam kepala...
dengan masa yang ada aku rasa cukuplah hiasan secara sederhana...
tiada projek D.I.Y untuk kali pertama ini...
Insya-Allah jika ada rezeki tahun hadapan akan aku gigih lakukan...
rasa lega bila semua kertas cadangan dipersetujui oleh wan...
paling menggembirakan adalah segala kos dan bajet ditanggung beres...
oh...sangat bertuah anak yang bernama MUHAMMAD RA'IF RIFQI itu...

anak aku akan memasuki usia 1 tahun...
serius...tak percaya..:)


notakaki:terima kasih kawan atas semangat kalian yang tidak putus-putus...kita kawan selamanya!!!

Jumaat, 22 Jun 2012

menyelam sambil minum air!!!





apa yang boleh disimpulkan dalam gambar ini adalah pengantin memotong kek sendiri...
selepas itu makan di meja beradab...
pengantin versi moden beginilah...
mujurlah aksi ini tidak mendapat teguran dari mana-mana pihak...
banyak sebenarnya aksi candid tapi nanti-nantilah aku upload...

sayang kalian semua...muahssssssss!!!


notakaki:saja amik cuti hari ini sebab malas...babai!!

Khamis, 21 Jun 2012

tak ada tajuk!


boleh dikatakan jadual harian aku adalah sama...
isnin hingga jumaat adalah waktu bekerja...
pulang saja ke rumah tumpukan kasih sayang pada iqi...
mandikan,masak,bagi makan dan layan kerenah dia...
iqi cuma berminat pada iklan...
lain-lain cerita tak dipandang langsung...
sejak ada kaki kerja dia asyik jalan ke sana ke mari sambil mulut membebel-bebel...
oleh kerana aku dan wan pergi serta balik bersama-sama tiada masalah dalam penjagaan anak...
jam 8.00 malam kedua-dua hero akan makan malam...
pastinya iqi akan disuap oleh aku...
sangat bagus hero kecil ini di mana apa saja yang dimasak akan dimakannya...
malah sejak ini makin berselera sampai kena tambah nasi...
selesai berkemas maka waktu menonton tivi sambil melihat teletah dia...
makin hari aku rasa anak aku makin besar...
sudah panjang akal,sudah pandai merengek bila tak dilayan...
boleh diajak bermain tepuk amai-amai...
bila ditanya siapa namanya iqi,terus diangkat tangan sambil ketawa...
puas bermain dalam jam 10.00 malam dia sudah nampak bulan dan bintang...
bagi minum susu terus pejam mata dengan sendirian...
begitulah hari-hari aku...
sama seperti kaum wanita di luar sana...

jika wan out-station maka aku akan tidur di rumah emak...
memang emak suka bila kami bermalam di sana...
punyai masa yang panjang untuk bermanja-manja dengan opah...
tidur pun dengan opah...
dan si opah dengan senang hari dan riang ria melayan kerenah dia...

kalau cuti hujung minggu pun begitu juga...
1 hari duduk rumah dan 1 hari lagi pergi berjalan-jalan...
jika ada undangan keraian lagi bagus...
tak perlu berfikir arah tujuan...
aku lebih suka membawa iqi bersiar-siar di taman...
kadangkala kami bergilir-gilir menjaga iqi ketika salah seorang berjoging...
aku hanya akan ke pasaraya ketika waktu bekerja saja...
tak kuasa mahu melayan lautan manusia pada hujung minggu...
pergerakan agak terbatas okie...
mana lagi dengan stoller anak...
selepas itu troli lagi...
oh tak sanggup ye!!!

ikutkan hati aku dan wan lebih suka lepak di rumah...
rehat-rehat sambil layan tivi...
kadangkala pasang dvd yang belum tengok lagi...
tetapi sejak ada anak maka kami telah peruntukkan 1 hari untuk membawa iqi berjalan-jalan...
bergantung juga pada situasi dan keadaan...
banyak aturcara yang bakal disusun bilamana iqi sudah setahun...
semuanya selepas hari raya nanti...
memang hajat kami mahu membawa dia melancong luar dari kl...
Insya-Allah jika ada rezeki lebih...

sabtu ini bermula operasi mencari goddies untuk majlis harijadi hero kecil...
kecil-kecilan saja seiring dengan masa dan bajet...
jemputan pun terdiri dari ahli keluarga dan jiran terdekat...
minggu depan memang tak sempat sebab aku dan wan akan bercuti...
horeeyyyy...!!!
masa yang ada harus digunakan...
nanti taklah kelam kabut sangat...
bab makanan sudah selesai...
kek juga telah ditempah...
syukur!!!

aku punyai masa 2 minggu untuk persiapan majlis untuk hero kecil...
mampu atau tak sama-sama kita nantikan...
kerana aku sukakan CABARAN...:)

Rabu, 20 Jun 2012

WW-usaha tangga kejayaan!!






notakaki:sejak sebulan beginilah menu di malam hari...katakan tidak pada NASI!!

Selasa, 19 Jun 2012

dating pergi tengok wayang!!!


cerita yang dipilih adalah JALAN KEMBALI BOHSIA 2...
lain-lain filem semuanya selepas jam 7.00 malam...
sebelum menunggu waktu tayangan lepaklah minum sekejap di food court...
pekena teh tarik dan rojak yang dikongsi berdua...







beginilah gaya santai suami isteri yang pergi berdating...
3 pasangan yang menonton filem ini termasuk kami...
aku bagi 4/5 bintang...
lokanan yang paling best adalah nabila huda...
watak bohsia memang menjadi bebenar...
dialog dalam cerita ini agak kesat sedikit...
tapi aku tak peduli langsung...
dunia mat rempit memang begitu agaknya...
paling kelakar pastinya adalah zizan dan kaza...
asyik tergelak bilamana ada adegan diorang ini...
shamsul yusof pula kali ini lakonan dia ada peningkatan...
mamat yang namanya sofi jikan memang tak payah cakaplah...
setiap kata dialog berbisa siot...
ditambah lagi dengan aksi lalok dia hisap ganja...
terbaik okie..

senang cerita aku amat berpuas hati dengan cerita pilihan wan...
bila akan ke pawagam belum tahu lagi...
semua bergantung pada masa,situasi dan mood masing-masing...

~~~~:)

makanan iqi vs makanan babah!!!


balik dari tengok wayang petang semalam terus ke dapur...
ada 2 hidangan untuk 2 orang yang berbeza...
1 untuk hero kecil dan 1 untuk hero besar...







inilah masakan ala-ala ringkas dari aku...
bukan susah manapun...
iqi langsung tiada selera dengan bubur...
pujuklah macamana pun dia akan memberontak...
jadi gigihlah aku kini menyediakan hidangan untuk dia...
mujurlah dimakannya sampai licin...

untuk babah aku langsung tiada masalah...
mood memasak bergantung kepada situasi dan bahan yang ada dalam peti sejuk...
syukur sebab setakat ini belum terdengar lagi permintaan dari wan untuk aku masak itu dan ini...
apa saja yang aku masak dimakannya hingga menjilat jari habis...


notakaki:oh...minggu depan cuti-cuti malaysia bermula...teruja beb!!


Isnin, 18 Jun 2012

ini cara aku berhibur!!!


sogo sangat ramai dengan umat manusia yang datang dari mana...
tingkat bawah saja yang aku jelajahi...
rembatlah minyak wangi yang tertera tanda diskaun...
tak sanggup bersesak-sesak...
tukar arah tujuan ke taman ampang hilir...
mujurlah jerebu tidak seteruk hari sabtu...
jalan-jalan sambil memimpin tangan hero kecil...
budak bila dapat kaki mana reti duduk diam...
cukup syarat dua pusingan terus ke kedai bapa mertua...
seperti biasa makan dan minum percuma...:)

selepas ini aku dan wan akan pergi menonton wayang...
apa ceritanya belum pasti lagi...
orang ajak jadi jangan lepaskan peluang...
lagipun hari isnin mood bekerja memang zero ye...
sumpah!!!

hiburan cara aku adalah begini...
jika tidak ke karaoke inilah terapi aku...
begitu juga dengan ber-shoping...
pergi sorang-sorang pun tak kisah sebenarnya...
tetapi bila ada orang sudi temankan...
apa salahnya kan...?

adios!!!

lelaki yang bergelar BAPA!



lelaki yang paling agung adalah lelaki yang bergelar BAPA!!!

lelaki yang mula pegang tanggungjawab dan memberi nafkah...
lelaki yang azankan anaknya ketika lahir...
lelaki yang menjaga tiap detik sukar isteri dan anak-anaknya...
lelaki yang jadi imam dan wali perempuannya...
lelaki yang melindung isi keluarganya...
lelaki yang cuba melengkap segalanya..


maka itu kahwinlah dengan lelaki seperti ini...
pasti bahagia sampai ke syurga!!!


notakaki:ranking pertama adalah arwah ayah,BASIR BIN MD ALI..kemudian barulah MOHD RIDZUAN BIN TUSHAN!!!


oh iqi kamu sudah 11 bulan ke?


rai'if rifqi lahir pada 18/07/2011...
dan hari ini 18/06/2012...
maknanya bulan depan dia sudah setahun...
serius,cepat betul masa ye...

rentetan alam rumahtangga aku sangat bagus...
selepas diijabkabul terus mengandung...
belum lagi merasai nikmat apa itu bulan madu..?
bila anak sudah besar baru ada masa untuk itu...
bercuti berdua-duan...
dan harap ianya berjalan dengan baik...
Amin...

tahun lepas kami sambut bulan tahun pertama di port dickson...
menariknya hanya lepak di dalam khemah...
iqi ketika itu 3 bulan usianya...
sangat sempoi tapi meninggalkan kesan yang istimewa...

ada ura-ura mahu meraikan setahun usianya iqi...
namun tarikh yang sesuai belum ditetapkan...
begitu juga dengan tempatnya...
ikut hati mahu buat di rumah sahaja...
jemputan biarlah terdiri dari ahli keluarga dan jiran terdekat saja...
tetapi itu semua masih samar-samar lagi...
belum dibentangkan idea ini kepada wan...
kosnya ditanggung beres...
tentang makanan tiada masalah langsung...
begitu juga dengan tetamu yang akan hadir...
dengan pengalaman mengadakan jamuan makan sebelum itu semuanya dihujung jari saja...

berbalik kepada cerita hero kecil...
11 bulan yang aku dan wan lalui amat menggembirakan...
banyak perkara yang dipelajari terutama sekali erti KESABARAN...
harapan aku agar iqi membesar dengan aktif dan ceria...
menjadi insan yang berguna...
anak yang mampu membahagiakan mama dan babahnya...
dan dapat menjadi contoh terbaik buat "adik-adiknya" nanti...
Insya-Allah!!!


notakaki:tiada gambar terbaru budak kecil itu!!!

kisah ini kisah kita


entah bila kisah saya dan awak bermula...
agak keliru pada mulanya menilai rasa ini...
adakah ini cinta atau mainan rasa...
biar takdir yang tentukan...

bersama awak saya begitu bahagia...
pelbagai rencah yang telah kita rasai...
tidak perlu janji bulan dan bintang...
saya masih bersyukur apa adanya...




terima kasih untuk bahu yang disandarkan...
awak turutkan apa yang saya mahu...
walaupun terkadang di luar kelojikan akal...
namun tetap kita bahagia...

dan sebenarnya kisah bertiga kita sama sahaja...
saya,awak dan arjuna masing-masing mahu bahagia...
terus gembira hingga akhir nyawa....:)

Jumaat, 15 Jun 2012

kasih sayang hidup berkelamin!


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

bola oh bola!!




hampir sebulan ini kisah tentang bola saja...
maka ramailah lahir jaguh bersengkang mata...
tua,muda,remaja,dewasa,pelajar,pekerja,lelaki,wanita dan semua pencinta bola...
tetap bersemangat waja walaupun terpaksa bangun pukul tiga pagi demi pasukan yang dipuja...
empat 4 tahun sekali apa ada hal...
betul tak?

aku sokong sepanyol...
dari dulu, kini dan selamanya...
bukan sejak sepanyol juara...
tapi sejak zaman raul, morientes dan mendieta...
buat masa ini tidur aku masih lena diulit intan...
perlawanan peringkat kumpulan lagi pun...
tunggulah suku akhir barulah ada feel tengok...



notakaki:harimau malaya jangan dilupa!




tazkirah untuk diri sendiri!!!


hidup ini persis susun suai gambar yang mana kita padan-padankan...
hingga dapatlah gambar yang sempurna...
pada teorinya mudah...
tapi hakikatnya acapkali kita suaikan gambar yang tidak sepadan...
walau sebanyak mana kita cuba ternyata bukan disitu letaknya...
dan andai kata kita sudah lelah mencuba...

berserahlah!!

redhakan sahaja!!


Allah itu maha mengetahui segala apa yang terbaik buat hambanya..

Khamis, 14 Jun 2012

ada benarnya!!




weekend yang tiada rehat!!!

aduhai,aku sebenarnya mahu duduk rumah cuti hujung minggu ini...
sebabnya penat yang teramat sangat...
masuk bulan jun jadual 2 hari cuti itu amatlah padat...
tinggal lagi 2 minggu masa yang ada sebelum aku dan wan bercuti ke luar negara...
semalam wan bagitau yang sabtu ada kenduri cukur jambul anak kawan dia...
sebelum itu akan ke kepong menghadiri resepsi kawan pejabat aku...
ahadnya pula ada lagi 2 majlis yang berbeza yang perlu dihadiri...

makanya,tidak berasaplah dapur lagi minggu ini...
kredit tambahan juga di mana wan mengajak membeli belah di sogo...
oh gembira rasa di hati...
keluhan penat automatik hilang bilamana mendengar ajakan itu..
rezeki lebih untuk anak dan isteri katanya...
syukur :)


notakaki:alang-alang wan di sarawak aku hanya kirim ikan terubuk masin saja...resepi seperti biasa,cari di encik google,hahahhaha!!!

Rabu, 13 Jun 2012

WW-rindu sama air!!



WW-berdua-duaan!!




hiburan:I Don’t Want To Miss A Thing

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you’re far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure

I Don’t wanna close my eyes
I Don’t wanna fall asleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I’m wondering what you’re dreaming
Wondering if it’s me you’re seeing
Then I kiss your eyes
And thank God we’re together
I just wanna stay with you in this moment forever
Forever and ever

I Don’t wanna close my eyes
I don’t wanna fall sleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing

I don’t wanna miss one smile
I don’t wanna miss one kiss
I just wanna be with you
Right here with you, and just like this
I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time

I Don’t wanna close my eyes
I don’t wanna fall sleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing

I Don’t want to close my eyes
I don’t want to fall asleep


notakaki:lagu tema filem armageddon...cerita yang menyentuh hati dan buat aku mengalirkan airmata...uhuhuhu!!!

WW-buah hati nan satu!!!



Selasa, 12 Jun 2012

majlis tahlil yang ringkas!!!



















lokasi:kampung tanjung rimau,alor gajah...

kejadian:sebelum dan selepas majlis tahlil...

model:zuan,zura,iqi,opah dan mak ngah syu...


hati yang tak dipedulikan!!

bila kita sayang seseorang dengan sepenuh jiwa kita sanggup lakukan apa saja...

"telan yang pahit
terima yang kurang
sanggup berhutang
berkorban masa..."

setiap keputusan dalam hidup kita ini kita yang tentukan...
orang terdekat hanya boleh beri pandangan dan nasihat...
sebab takut kalau apa-apa terjadi di masa akan datang orang terdekat dipersalahkan...
dan lumrahnya memang selalu kita kena jaga hati yang orang yang terdekat itu dulu...

hidup kita ini bertingkat-tingkat...
kadang kita di tingkat atas...
kadang di tingkat tengah...
dan terkadang di tingkat paling bawah sekali...
berada di tingkat paling bawah tidak bermaksud yang kita akan selama-lamanya berada di sana...
umpamanya beginilah,kalau lif rosak untuk naik tingkat atas masih ada tangga untuk dipanjat...
faham tak?

kesimpulannya,usahlah cuba bertindak sebagai mastermind setelah memberi pandangan...
sebab apa yang dilalui orang lain adalah tak sama..
cubalah bagi peluang dia buat keputusan sendiri...
apa yang mampu dilakukan adalah sekadar memberi nasihat...
setuju?


notakaki:apa sahaja keputusan kau kawan aku teguh berdiri di belakang...jangan bimbang..kita kawan selamanya!!

dumex selamanya!!

pernah jugalah aku tukarkan susu dutch lady untuk iqi...
kesannya adalah dia muntahkan balik...
kira-kira dalam 3 hari begitulah keadaannya...
selepas insiden itu aku malas mahu tukar susu lain lagi...
biarlah jenama DUMEX itu menjadi susu rasmi dia...
nampaklah iqi begitu serasi...
paling penting habis diminum sehingga kadang kala mahu ditambah 3 botol...
bila usianya 11 bulan aku telah campurkan sedikit dengan milo...
selalunya aku akan buat masa makan tengahari...
entah boleh atau tidak aku sendiri kurang pasti...
apa yang aku buat adalah mengikut naluri ke-ibu-an ye...

jadi mulai minggu ini hinggalah masa yang akan menentukan inilah susu DUMEX terbaru untuk hero kecil...





seperti biasa ianya mengikut tekak iqi...
setiap 2 minggu pasti aku akan ke kedai 99 ataupun KK untuk membeli stok susu yang baru...
habis satu pek akan aku topup lagi dua pek...
tugas yang 11 bulan aku lakukan dengan girang sekali
:)

sihat vs tak sihat!!!


semalam diri ini diserang 3 penyakit serangkai iaitu selsema,batuk dan demam...
terus ke klinik dan doktor suruh rehat di rumah...
dapatlah aku sehari MC...
selepas itu pulang bersama anak dan suami di rumah sendiri...
kredit untuk wan sebab telah mengambil tugas menjaga anak seterusnya melayan kerenah melasak dia itu..
nikmat tidur yang seolah-olah berada di syurga...
sedar-sedar 2 hero tersayang sudah berada di sebelah...
oh...lagilah terasa indah dunia ini...

dalam jam 5.00 petang bawa iqi ke rumah emak...
misi kami suami isteri adalah berjoging...
harus lawan demam ini dengan mengeluarkan peluh...
ah,demam sipi-sipi saja...
kali ini bertukar tempat dari tasik ke kompleks sukan kampung pandan...
sasaran aku adalah berlari sebanyak 10 pusingan...
inilah kali pertama aku demam untuk tahun ini...
rimas bilamana terpaksa menanggung kesakitan akibat mendapat 3 penyakit ini..
jadi penyelesaiannya adalah berlari-lari anak...
usah terlalu dimanjakan sangat badan...
semua itu adalah cadangan dari wan...

kesudahannya memang amat berkesan...
demam beransur-ansur kebah...
begitu juga dengan batuk...
cuma yang tinggal hanyalah selsema...
ahad ini akan turun kembali ke trek olahraga...
amalan sihat ini kena dilakukan setiap minggu...
itu tekad aku :)


notakaki:melangkah saja masuk ke pejabat terasa bahang air-cond...tak suka okie!!

Jumaat, 8 Jun 2012

kenapalah dengan kamu ini iqi~~






yang ralat dalam gambar ini adalah iqi...
apa yang menarik perhatian dia ketika itu aku pun tak tahu...
hanya aku dan wan saja yang pandang kamera...
ianya akan bertambah cun jika iqi memberikan kerjasama...
anak oh anak...

baru perasan gambar ini ye..
selasa aku upload-lah foto kami bertiga di ikea...
adalah 2,3 kawan aku bagitau yang muka kami suami isteri seakan sama...
terutamanya tang senyuman itu...
entahlah aku rasa kadang sama tapi kadang tak sama...
tengok pada keadaan jugalah..

bukan mengangkat diri jauh sekali mengada-adakan cerita...
dalam pada berborak di yahoo massenger sempat juga menyentuh hal wang suami..
kata mereka badan wan tetap maintain...
dan kelihatan wan sungguh hensem...
hahahha tergelak besar aku atas komen itu...
bagi aku wan jatuh pada kategori sedap mata memandang...
itu sahaja...

pada aku apalah sangat ada pada rupa...
yang penting adalah keserasian dan tanggungjawab...
aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan...
selama hidup berkelamin semuanya baik-baik sahaja...
kami menjalani hidup berumahtangga dengan aman sekali...
bergaduh ala manja-manja perkara normal...
saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing...
yang penting rahsiamu rahsiaku juga...

selalu aku ingatkan diri sendiri agar sentiasa bersederhana dalam segala hal...
menjadi prinsip aku di mana hal berkaitan peribadi jarang aku luahkan di mata umum..
jika gembira maka status yang terluah begitulah...
namun masih ada lagi privasi yang tidak harus dikongsikan di khalayak umum...
gambar yang diupload di FB adalah permintaan teman rapat...
mereka turut berbahagia dengan apa yang aku jalani...
semoga pilihan hati ini akan kekal hingga ke nafas terakhir...
dan diharapkan bahagia yang sedang dikecapi berkekalan hendaknya...
Insya-Allah....Amin!!!



notakaki:berbelah bahagi sama ada mahu cuti atau tidak isnin ini...balik dari kapung sudah tentu akan penat,huhuhu..


carca marba punya cerita...


jalan raya agak lengang pagi tadi...
musim cuti sekolah memang begitu...
mulai minggu lepas pergi dan balik kerja telah dihantar oleh wan...
maklumlah seiring dan sejalan...

dalam kereta banyak juga yang kami bualkan...
tentang perjalanan esok hari ke kampung...
tentang perihal dia yang akan ke sarawak selama seminggu isnin ini...
tentang percutian kami hujung bulan ini...
tentang buah hati yang makin melasak...
ah...semuanya mengenai kami anak beranaklah...

sejak ada anak komunikasi di waktu malam agak terhad...
tumpuan seratus peratus untuk hero kecil...
sampai sahaja rumah terus ke dapur...
masaklah hidangan yang ringkas untuk sang suami dan hero kecil...
selepas kedua-dua anak beranak itu makan maka bermulalah operasi melayan hero kecil...
sungguh seronok sebab iqi sudah pandai berjalan...
sangat laju ye...
aku andaikan bila masuk usia setahun pasti sudah berlari...
hahahhahaha,indah bebenar hidup ini...

jadi malam ini akan ke shah alam...
menziarahi keluarga arwah hasanah...
esoknya awal pagi akan bertolak ke kampung...
ahad ada majlis tahlil arwah ayah...
oh...sibuk yang amat sangat sejak masuk bulan jun ini...

buat masa ini belum terfikir akan persiapan raya...
seperti tahun lepas tiada masalah langsung tentang giliran...
mana-mana pun aku tak kisah...
kalau ikutkan hati mahu sahaja beraya di rumah baru kami di ipoh...
duduk lama pun menarik juga...
ronda-ronda di kampung sanak saudara wan...
idea yang bernas...
harus diusulkan kepada sang suami...
tema baju raya masih samar-samar lagi...
bab kuih raya aku nekad tahun ini mahu beli 5 jenis saja...
banyak-banyak pun ada sapa makan pun..
trend kini kerepek-kerepek yang menjadi pilihan...

agak teruja menanti hujung bulan ini...
rasanya biarlah 2 minggu ini berlalu dengan pantas...
pantai sudah memanggil-manggil okie...
:)

Khamis, 7 Jun 2012

terima kasih Tuhan!!


serius aku adalah ibu yang lambat tahu tentang perkembangan pemakanan anak sendiri...
sebelum ini wan pernah beritahu yang iqi sudah kurang mahu menikmati bubur yang dibikin oleh mamanya...
sebab itulah mungkin berat badan iqi naik hanya sekilo sahaja...
sebagai gantinya aku berilah dia makan ayam,roti dan ikan dimakan bersama dengan bubur nasinya itu...
memang aku perasan yang dia kurang menerima bubur...
tetapi bila dibagi ayam,roti dan ikan cepat sahaja mahunya...
malah merengek-rengek minta disuapkan lagi...

dan akhirnya semalam barulah aku sedar yang hero kecil itu mahu mengubah selera makannya...
aku cubalah bagi dia makan nasi berlaukkan ayam masak kicap...
mula-mula aku suapkan ayam sahaja...
selepas itu aku campurlah nasi dan ayam itu sekaligus...
aku ingatkan dia akan muntah balik...
tetapi dari respon di riak muka memang tergambar keriangan...
bertepuk sambil ketawa seolah-olah minta disuapkan lagi...
berbekalkan air ribena maka semalam 2 kali nasi ditambah...
seronok hati aku melihat hero kecil begitu berselera makan malam tadi...

dari kejadian semalam bolehlah aku simpulkan bahawa hero kecil sudah boleh makan makanan ruji...
oh yeah suka bebenar hati ini...
jadi mulai hari ini bermulalah tugas aku mencari resepi di carian google yang bersesuain dengan buah hati tersayang...
yang pasti tugas baru sedang menanti...

terima kasih Tuhan atas petunjuk itu semalam...
syukur sangat-sangat!!

mati itu sangat pasti!!!



malam tadi dapat panggilan dari busu...
anak perempuan mak long habsah meninggal dunia...
katanya meninggal sebab berlanggar dengan treler..
kereta dipandu oleh suaminya...
kejadian adalah pada ahad lepas di lebuh raya tapah...
ketika itu hasanah sedang menyusukan anak bongsunya...
melalui cerita busu hasanah koma...
anak-anak dan suaminya tidak mengalami apa-apa kecederaan...
kisah sebenar masih samar-samar lagi...
insya-Allah esok malam kami sekeluarga akan ke shah alam untuk melawat keluarga serta ibu bapa arwah...

mak long habsah adalah sepupu kepada arwah ayah...
kami tidaklah rapat namun bila ada keraian seperti perkahwinan ataupun kenduri akikah pasti kami akan dijemput...
dan semestinya arwah ayah akan menyuruh kami semua menghadirinya...
kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika majlis pengebumian arwah ayah...
tidak banyak yang kami bualkan cuma berborak kosong...
arwah sangat cantik orangnya...
hampir kesemua 5 beradiknya mengikut rupa bapanya yang seperti orang cina...

jiwa wanita aku tersentuh bilamana mendengar perkhabaran hiba ini...
paling sedih adalah arwah masih mempunyai dua orang anak kecil...
oh..bagaimanalah suaminya mahu menghadapi saat genting ini...
yang pasti akan terpalit rasa bersalah di hati sang suami...
siapa sangka dalam usia yang baru 28 tahun arwah telah dipanggil Illahi...
ajal datang sapa yang mampu menolaknya...

inilah dugaan yang terbesar untuk suaminya...
anak-anak kecil yang masih belum tahu apa-apa itu pasti tercari-cari ibunya...
sungguh tak dapat aku bayangkan bagaimana anak yang masih menyusu itu nasibnya...
perit bila mengenangkan semua itu...
semoga Tuhan memberi kekuatan kepada suami dan anak-anak arwah...


mati itu adalah pasti...
bila dan bagaimana itu rahsia Yang Maha Esa...

sekian...

Rabu, 6 Jun 2012

buah hati sudah 11 bulan!!!


buah hati yang seorang ini semakin melasak...
makin banyak akalnya...
makin faham dan peka dengan keadaan sekeliling...
dan itu membuatkan aku dan wan harus berhati-hati dalam cara percakapan dan tingkah laku...

suka sangat tengok iklan...
tengah menyusu pun boleh berhenti bila iklan...
paling suka iklan uero 2012 yang ada lagu i'm coming home itu...

BABAH = BABA

MAMA = MAMA

selalunya dia suka panggil baba...
hilang huruf 'h' itu..
tapi kalau mama sangat penuh ayatnya...
antara mama dan babah dia lebih rapat malah sangat manja dengan babah...
mungkin mama dia agak garang sedikit...
sekarang ini sedang belajar berlembut dengan hero kecil itu...
tahap kesabaran mama dan babah juga seperti langit dan bumi...
yang itu mamanya iqi harus berguru dengan babah iqi...


sabtu lepas dia demam,selsema dan batuk...
perkara normal yang harus semua ibu bapa lalui...
peralihan ke tangga bulan seterusnya kata doktor...
bila timbang beratnya cuma 9.5kg...
namun sangat positif dari segi ketinggian...
oh..nampaknya anak yang pertama ini mengikut acuan dari babahnya...
pasrah aku menerimanya:)

adios!!

WW-di mana-mana boleh menyanyi!




WW-merenung masa depan bersama!!




WW-pertama kali berbawal!!








notakaki:masa ini kali pertama keluar dating dengan wan...tengok citer kungfu panda!

WW-4 tahun lepas!!!









WW-super gedik!!




WW-sampai begitu sekali tengok awek!!







WW-zuan+zura=iqi




WW-i agree~~~





UERO datang lagi!!!!




uero adalah perlawanan bola sepak antara negara-negara eropah ye...
ianya diadakan 4 tahun sekali...
maka jumaat ini bermulalah kejohanan ini...
pastinya kaki bola yang paling teruja sekali...

mujurlah rumah aku ada dua televisyen...
dan tiadalah istilah perebutan hak menonton siaran kesukaan sendiri...
kepada yang bukan kaki bola layankan sahaja kerenah suami,abang,tunang ataupun pakwe kalian itu...
lelaki dan bola memang tidak boleh dipisahkan...

okie...salam pagi rabu yang dingin!!!

Selasa, 5 Jun 2012

lelaki idaman hati!!


antara rupa dan hati mana menjadi keutamaan...
secara jujur pada aku biarlah ianya seiring...
hati yang baik itu memang sangat perlu dititikberatkan...
manakala rupa tidak menjadi hal utama tetapi biarlah lelaki yang dipilih itu sedap mata memandang...
memilih kena mengikut aturan ukur baju di badan sendiri...
dalam soal mencari lelaki impian biarlah bersederhana...
namun itu tak bermakna harus tangkap muat sahaja...
Tuhan bagi akal jadi buatlah pilihan itu dengan timbang tara yang sewajarnya...

dari dulu lagi aku sukakan lelaki yang tinggi...
kerana aku percaya lelaki sebegini akan terserlah ke-macho-nya...
aku kurang berminat dengan laki-laki yang mukanya kategori comel ini...

yang lain seperti mempunyai kerja yang tetap dan stabil juga aku nilaikan...
tak kisahlah kerja apa sekalipun asalkan boleh menanggung keluarga itu sudah memadai...
berpengetahuan agama terutama dalam soal solat itu cukup-cukup okie lah...
mempunyai aset sekurang-kurangnya kereta...
bonus tambahan jika sudah memiliki rumah sendiri...

boleh dikatakan kriteria itu ada pada wan...
syukur kerana dipertemukan dengan sahabat dunia dan akhirat ini...
keserasian yang amat secocok sekali...
bagaimana gila-gilanya aku begitu juga wan...
masih mengekalkan momentum hubungan seperti biasa...
di mana keluar berdua,berkaraoke,menonton wayang dan berjoging...
tiada had dalam melakukan apa-apa aktiviti waima status sudah bertukar...

aku tidak perlukan ucapan sayang ataupun madah untuk menawan hati ini...
cukup dengan bukti kasih sayang dari tingkah dan perbuatan sepanjang hubungan halal ini...
tidak perlu bersumpah setia menjanjikan bulan bintang...
aku cukup senang dengan apa yang sedang dan akan kami lalui...
walaupun ber-saya awak namun kami tetap bahagia...
sangat bahagia hinggakan sukar diungkapkan...
biar apa sahaja pandangan mata umum terhadap cara kami aku tak ambil pusing...
setiap orang ada cara tersendiri untuk mencipta bahagia...

pendirian aku tetap sama dari dulu...
nombor satu adalah hormatkan suami...
kedua,apa sahaja yang aku lakukan adalah di atas redha suami...
ketiga,menjadi diri sendiri yang tidak melanggar tatasusila mahupun adat resam seorang muslim...

kesimpulannya,sentiasa berfikiran positif dan usah terlalu menyekat kebebasan sendiri selagi ianya masih ada limitasi...acuan kita adalah berbeza..dan silalah hormati hak individu itu.!!

sekian :)




aku mahu kamu tahu!!!


saat kamu katakan kamu mencintaiku...
saat itulah aku memberikan isyarat...
untuk hati,jiwa dan fikiranku...
aku senang dengan tingkah dan caramu itu...

aku mahu bertahan selamanya...
untuk kita akan selalu bersama...
merasa sakit dan kemanisan bersama...
aku ingin kau selalu berada dekat denganku...

selamanya pasti aku milikmu...
janji dipatri setelah ijab itu dikabulkan...
kata nista usah hiraukan...
kita tahu apa yang terbaik untuk kita...

benih cinta lambang ikatan kita...
kita akan besarkan ikut acuan bersama...
percaya padaku seperti mana aku jua begitu...
itu lambang kebahagiaan...


notakaki:sudah lama men-draf baru kini disiarkan...bakat terpendam yang sudah menjadi bakat terendam,huhuhu!!!




kau dan aku adalah satu!!!


bukan ku menggilai rupa parasmu...
bukan ku kejar pangkatmu...
bukan ku hitung berapa banyak hartamu

siapapun kamu..
itu tidak penting bagiku...
cuma hati ini bersuara
bahawasanya kamulah PELENGKAP HIDUP...




selagi aku mampu...
selagi kamu mahu
selagi kita perlu..
percayalah aku tetap milikmu...


notakaki:keserasian itu satu misteri...dari mana ianya datangnya masih menjadi tanda tanya...yang mustahak hidup secara sederhana...berdoa banyak-banyak agar bahagia itu kekal sampai bila-bila!!!

kamulah penjaga hati terhebat!!!


terima kasih awak kerana menjaga hati saya ..
saya yakin pemilik hati saya adalah awak ...
kata-kata awak adalah benar...
saya ikhlas masa memberi hati saya pada awak ...

kadang-kadang hati saya gundah kerana awak ...
tapi lagi hebat awak jugalah penawarnya ...
kadang-kadang saya kecil hati dengan awak ...
tapi lagi hebat awaklah penyerinya semula...

awak buat hati saya teringat-ingat...
awak buat hati saya teringau-ingau...
awak buat hati saya berbunga-bunga...
awak buat hati saya berdebar-debar...

saya bukan mudah berganti hati...
juga bukan mudah ke lain hati...
hati ini untuk awak satu-satunya...
jodoh yang diturunkan sehingga akhir nafas ini...

Isnin, 4 Jun 2012

syoknya di ikea!


memang penuh orang semalam di ikea...
tak sangka lewat-lewat petang pun masih ramai lagi..
cuti persekolahan memang begitu...
namun ianya tidak merimaskan kami sekeluarga...
temankan emak yang mahu membeli karpet dan langsir sebagai persiapan hari jadi...
untuk aku pula hanyalah sekadar membeli lampu bilik tidur,dulang makanan dan beberapa gambar untuk dijadikan hiasan dinding...
walaupun baru baik dari demam iqi tetap lincah...
kegembiraan berjalan-jalan dan menengok ragam manusia sebagai ubat sakitnya itu...







dalam keributan kesesakan orang ramai sempat jugalah kami bergambar...
ini beberapa aksi secara tak sengaja yang berjaya dirakamkan...
kadang-kadang kawan selalu tegur kenapa tidak ber-sedondon satu keluarga...
jawapannya adalah tidak pernah terfikir langsung tentang hal ini,kakakkaka...
tiada paksaan dalam memilih warna-warna tertentu apabila keluar...
hanya waktu-waktu tertentu saja yang kami akan sedondon...
contohnya di hari raya lah...
betul tak?













tidaklah lama mana kami di sini...
dalam 1 jam begitulah...
malas hendak berlama-lamaan...
harus pulang awal kerana esoknya sudah hari isnin...
apapun terima kasih kepada emak di atas kesudiaannya datang ke teratak kecil kami...
respon yang diterima hasil mengecat tempohari adalah positif...
suka okie :)

notakaki:satu keluarga itu merangkumi babah+mama=rifqi!!

aku ada kamu!!


bulan hadapan genaplah setahun usia hero kecil...
sumpah...semacam tak percaya yang detik itu akan dia lalui...
pantas masa berlalu...
malam tadi sedang menidurkannya aku tatap wajah suci itu...
mukanya yang persis wan membuatkan hati aku tiba-tiba sebak...
bukan mahu menangis cuma hati ini terlalu gembira melihat perkembangannya dari bayi hinggalah kini...
satu keajaiban yang sukar dilafazkan...
melihat dia membesar di hadapan mata dengan sihat dan riang...
setiap keletahnya amat menghiburkan kami...
hari-hari ceria selama mana kehadiran dia dalam hidup kami suami isteri...
anugerah terindah sepanjang hayat...



aku tidak menyangka sejauh ini langkah aku...
jatuh bangun kemudian bangkit semula tanpa menoleh ke belakang...
tawa tangis telah menghiasi kalendar hidup aku...
ditemukan dengan sang arjuna yang kuanggap sahabat selamanya...
kekuatan,dorongan serta kesabarannya membuatkan aku bertekad untuk menjadi seorang isteri dan seterusnya mama yang terulung...
selagi masih ada mereka di sisi aku yakin bahagia itu pasti menjadi milik kami sekeluarga...
Insya-Allah!!!

notakaki:prinsip kebahagiaan adalah jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain!!!

Jumaat, 1 Jun 2012

fakta benar mengenai seorang yang bernama AYAH!!


1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).

7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.

11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.

16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.

21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".

26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa seizinnya.

27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

39. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.

30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.

31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

33. Ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

34. Tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.

35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".

36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

38. Ayah bersika keras, bahawa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.

40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya.


notakaki:rindunya pada ayah hanya Yang Maha Esa saja ketahui..damailah di sana wahai ayah yang tercinta...Amin!!!