Jumaat, 6 Julai 2012

mimpi yang kelakar ye!!



"pagi tadi awak ada usap-usap rambut saya ke?"

"yelah, nak gerak awak bangun sebab tengok muka awak tidur kerut-kerut dahi, tapi awak buka mata sekejap je pastu pejam balik.."

"saya mimpi awak kahwin tigaaaaa...!!!!"

"cun tak bini yang lain tu?" beria muka dia bertanya.

"TAK."


jarang sangat aku mimpi yang bukan-bukan...
apatah lagi yang pelik-pelik...
nak kata tak basuh kaki tak mungkin juga...
sebab sebelum tidur menjadi kemestian untuk aku gosok gigi dan basuh kaki...
cuma kadang-kadang terlupa baca doa tidur dan mengucap...
masa mengandung dulu  tiap-tiap hari aku amalkan...
cuma mimpi malam tadi membuatkan aku bangun dalam keadaan terpinga-pinga...

dalam kereta aku ceritalah apa yang berlaku dalam mimpi aku...
mula-mula wan senyum saja...
tapi makin lama senyum itu melarat ke ketawa yang berdekah-dekah...
katanya mimpi aku itu sangat kelakar...
oh...namun bagi aku mimpi kahwin TIGA itu tak kelakar langsung....:)

1 ulasan:

mama leen berkata...

hihi.. siap tanya tu.. huhu..
tapi kalau mimpi suami belikan baju maknanya sesuatu... hehe