Selasa, 10 April 2012

oh...begini rupanya hospital prince court!!


jumaat malam terus ke hospital prince court untuk melawat adik iparku,ikram...
setelah dikenalpasti didapati ada jangkitan kuman pada darah..
uh..menakutkan apabila mengenangkan keadaannya yang tidak boleh bercakap semasa mula-mula masuk ke hosptal...
dan Alhamdullilah masuk hari ketiga dia benar-benar sihat...
umurnya baru 25 tahun ye..
penyakit sekarang ini tidak mengenal usia...
apa yang penting kata doktor adalah amalkan gaya hidup yang sihat seperti rajin bersenam dan menjaga pemakanan harian kita...
jangan bekerja dalam keadaan tekanan...
hal-hal pejabat jangan sampai terbawa-bawa ke rumah...
walau banyak mana pun kerja itu lupakan seketika dan nikmatilah waktu rehat sepuas-puasnya...

teruja apabila melangkah ke hospital prince court ini...
untuk makluman,inilah hospital yang paling mahal di malaysia...
katanya bertaraf tujuh bintang...
masuk-masuk sahaja di lobi kaunter akan ternampaklah kafe seperti starbuck coffee house,secret resipe,coffee bean cafe dan beberapa jenama kafe yang terkenal...
hospital ini lebih menyerupai konsep hotel...
seorang pesakit dibekalkan satu bilik dan satu katil...
layanan pula tak usah dipertikaikan...
setiap kali dipanggilnya jururawat dan doktor harus ada harganya...
kalau tak silap aku harga untuk doktor RM150.00 manakala jururawat RM80.00...
caj untuk pemeriksaan x-ray sahaja sudah memakan RM1000.00...
sementara harga bilik untuk satu malam adalah RM500.00...
deposit yang dikenakan untuk menginap di hospital ini adalam RM5000.00...
baki akan dipulangkan semasa discharge...





yang menariknya,terdapat menu pilihan untuk pesakit dan tetamu...
semuanya ada di dalam buku menu...
harga tersangatlah mahal...
bayangkan sepinggan mee goreng RM28.90 dan secawan teh tarik pula RM10.90...
sementara dessert kami diberi pilahan sama ada mahu aiskrim banana atau bubur kacang durian...
oleh kerana adik ipar mahu belanja maka dapatlah aku merasa masakan dari chef hospital prince court,hehehehe....
waktu lawatan adalah 24 jam...
tiada pemerikasaan ketat kerana setiap blok diawasi oleh polis...
canggihnya hospital ini sehinggakan cctv boleh dilihat diceruk manapun...
aku dipahamkan setiap bilik pesakit ataupun doktor ada cctv kecuali di dalam tandas...
sasaran hospital ini adalah kepada pelancong antarabangsa...
percayalah...kebanyakkan yang menginap adalah orang-orang arab...
ada juga warga tempatan tapi semestinya mereka adalah golongan berada...




hasil 3 hari 2 malam menginap bayarannya adalah sebanyak RM5560.79...
tetapi telah diberikan diskaun sebanyak 25% disebabkan bapa mertua adalah ahli kelab golf perkhidmatan awam malaysia...

tidaklah mahal sangat rupanya caj yang dikenakan...
berkira-kira juga dengan encik suami mahu bersalin di sini...
dan dibalas dengan jawapan senyuman sahaja...
:)

notakaki:adik ipar mendapat MC selama seminggu...terima kasih ikram sebab makan sup ketam yang kak uda buat...tahulah kau nak kahwin tapi janganlah kerja teruk sangat sampai terjejas kesihatan...peace!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalah KPJ..tapi dapat diskaun oklah tu