Isnin, 29 Ogos 2011

selamat hari raya


dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua kaum keluarga,sanak saudara serta teman2 yg mengenali saya sama ada secara langsung atau tidak...maafkan kekhilafan saya sama ada dari segi pertuturan mahupun perbuatan...semoga aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita semuanya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

ikhlas,
ridzuan,baizura&rifqi

Jumaat, 26 Ogos 2011

kenapa jadi begini?


aku betul2 frust sangt ini...sebab gambar2 dalam hp lama aku,nokia n82 telah hilang entah kemana...
teramatlah sedih lebih2 lagi bayak gambar2 kenangan....
dah setahun hp tue tersadai rosak dan baru2 ini aku pergilah baikinya...
dengan niat mahu menyimpan gamabar2 tersebut dalam pen drive...
oh......sedih tak terhingga...a

bayak sangt gambar2 aku dari zaman muda sampailah sudh kahwin.yng paling sedih gambar semasa zaman bercinta ada tersimpan didalamnya...
aku baru hendak pergi cuci gambar2 kami untuk dijadikan kenangan...
apalah nasib baik....

pasrah sajalah.....

Khamis, 25 Ogos 2011

pembantu rumah vs emak sendiri


lagi 2 bulan aku akan masuk kerja...kira2 bulan 10 baru lapor diri...
jadi soal penjagaan anak adalah topik yg sedang kami bincangkan...
aku dalam dilema kerana mak aku beria2 mahu menjaga rifqi semasa kami bekrja...manakala wan pula mahu mengupah orang gaji sahaja...
maksdnya orang gaji yg diupah akan bekerja dari jam 7 pagi hinggalah 6 petang...
orang gaji tersebut pernah bekerja dengan kelurga beliau...
jadi tiada masalah lah...sebab sudah mengenali wanita tersbut...

orang kata lebih baik ibu kita sendiri yg menjaganya...bayak kelebihannya terutama dari segi upah la...
olh kerana rifqi adalah cucu sulung maka emak dengan rela hati mahu menjaganya...
itu satu cadangan yang baik......sekurang2nya apabila emak jaga taklah aku risau sangt....cucu sendiri kan?
tetapi bagi pihak aku pula rasa kesian la...mana hendak buat kerja rumah lagi...hendak jaga cucu lagi..melayan setiap kerenah lagi....uh...nampak macam senang...sian menyusahkan emak saja...orang tua perlukan rehat,nak beribadat,keluar bersosial bersam2 kawan...ini bila ada cucu maka terperaplah emak di rumah saja....tak ke kesian tue????????

tentang pembntu rumah yg wan cadangkan itu pun aku setuju juga..takut pun ada,hehehe...yelah,anak orang tak sama macam anak sendiri...yang paling aku suka bila ada pembantu rumh semua kerja beres...balik kerja cuma perlu masak saja....sapa yang tak suka kan?sebab kebyakkan kawan2 aku selalu mengadu apabila balik rumah saja terus ke dapur...malamnya pula membuat kerja2 rumah yang tertangguh....mahu tak letih dibuatnya....huhuhu.....benda2 macam ini kerna dipikirkan semasak2nya...banyak kes yg melibatkan bayi kecil sekarang ini membuatkan aku seriau sikitlah....bukan tak percaya pada orang lain cuma mengambil sikap berhati2....mencegah itu adalah lbh baik kan?

kedua2 cadangan ini aku setuju...paling aku setuju adalah menggaji pembantu rumah..waktu kerja anjal yg diberikan wan sangt pratik...cuma apabila memikirkan soal anak aku kena berfikir sedalm2nya...tidak mahu kelak akan menimbulkan masalah....oh ada lagi masa 2 bulan untuk membuat keputusan...semoga Allah memberi jalan untuk aku ...insya-ALLAH

notakaki:cadngn wan yg terakhir adaalah berhenti kerja dan tumpukan perhatian pada rumah tangga...yang itu,susah sikitlah...sebab bila kerja baru ada duit sendiri,heheheh


manusia macam ini pun ada....


aku tujukan coretan ini buat seorang minah yg datang dari mana..tiba2 mengeluarkan kenyataan yg tak berasas sungguh...malas sebenarnya aku hendak melayan org2 yg begini...tetapi makin aku diam makin mnjadi2 pula taringnya..
aku tak kisah jika ada sesiapa yg mahu memberi apa2 komen sama ada di facebook atau blog cabuk aku ini....sebb setiap komen atau pandangan selalunya aku akan terima dengan hati yg terbuka...dan aku sering sematkan dalam diri untuk berfikiran positif...bak kata pepatah,yg baik aku amik teladan manakala yg buruk aku buang jauh2...malas hendak fikir...buat semak kepala otak sahaja!!!!!!!!!!!

namun apa perasaan korang kalau pendapat itu berbaur personal....membuta tuli memberi kenyataan yg langsung tak masuk akal...niat memberi nasiat itu memang elok tapi biarlah kena pada tempatnya...yang hendak menyentuh hal2 peribadi orang apa kes.......kawan aku sendiri pun tak pernah mengeluarkan kenyataan macam itu...inikan orang yg langsung aku tak kenal rapat..(kenal jugaklah tapi belum dikategorikan sbg kawan lah,hhahaha)..tegur pun tak pernah,cuma berbalas senyuman sahaja tapi acapkali bagi komen2 kebanyakkan berbaur peribadi....

yang aku angin tue,siap komen,"laki awak muka boleh tahanlah tetapi kenapa anak awak tidak ikut muka laki awak ye"...yang nie aku boleh bersabar lagilah....lalu aku membalas,"tanyalah Tuhan"...

mungkin agaknya jawapan aku tue tak memuaskan hati dia dan ini balasannya....
"malang sungguh kan laki awak tue...sian dia"....hati yg semenangnya tgh bengkek terus jadi marh ..berbakul2 makian keluar dari mulut aku...tak pasal2 kurang pahala pada bulan baik ini....mental agakanya minah ini...kalau dia ada kat depan aku mahupun aku bagi satu hadiah tamparan wanita..tak berakal langsung....bulan2 puasa ini ada juga orang yg bermulut longkang....selama ini bila minah ni bagi komen aku diam je...namun makin diam makin naik tocang...yang aku tak paham tue apa masalah dia dengan aku yer...kalau tak puas hati jangan jadikan aku pelepas marah kamu tue....bukan aku tak tahu yg kamu tue frust sebab cinta tak berbalas...jenis perempuan apa kamu ni pun tak tahulah....hendak kata bekas gf jauh panggang dari api....tak habis2 menimbulkan ketegangan...aku bukanlah jenis perempuan yg terhegeh2 berebutkan lelaki...kalau si laki2 tak mahu jgnlah buat muka tak tahu malu...banyak laki kat luar sana yg ganteng2 boleh jadi laki kamu....tak faham konsep jodoh ditangan Tuhan agaknya...

aku buat blog buat dia boleh kata aku saja2 hendak menunjuk2....hei,aku rasa blog aku inilah blog yang paling sempoi dan tidak secara keseluruhan menceritakan mengenai diri aku dan keluarga...tidak semua apa yg aku lakukan aku tulis setiap inci di sini...yang penting2 saja aku coretkan....tengok pada tulisan aku pun menggambarkan yg aku ini sangt2 baru dalam dunia blog..aku pun sudah ingtkan pada diri sendiri supaya tidak berlebih2an apabila menulis...kena ada tapisan...mana yg aku rasakan perlu dikongsi akan aku coretkan..jadi tidak timbul isu demikian ye cik kak...

peringatan untuk si minah itu,setiap komen kamu saya tidak amik pusing langsung..
tapi bila kamu menyentuh soal anak itu yg membuatkan saya marah...anak adalah anugerah dari Allah...seburuk mana pun dia tetap anak saya...kalau kamu merasakan yang kamu sangt hebat,teruskan angan2kan kamu itu...saya sejujur2nya tidak berniat mahu melepaskan geram di sini namun cara kamu amat tidak beretika..jangan busuk hati dengan apa yg orang miliki...kamu bernasib baik saya tidak memalukan kamu dengan tidak mempamerkan post2 kamu sebelum ini..saya bukan jenis orang begitu...cermin diri kamu itulah sebaik2 nasihat dari saya...bersihkan jiwa kamu nescaya kamu akan beroleh ketenangan...sekian terima kasih!!!!!

notakaki:aku sudah pun menyahkan minah tu dr list FB aku...tapi jika dia masih mahu teruskan mengomen di blog ini suka hati dialah....ada aku kesah!!!!

Rabu, 24 Ogos 2011

jiwa-jiwa.....

100 kali kau benci padaku
1000 kali ku suka kepadamu
100 kali kau marah padaku
1000 kali ku sabar sikapmu

100 kali kau sayang padaku
1000 kali ku suka kepadamu
100 kali kau setia padaku
1000 tahun kau ku tunggu


notakaki:terjumpa kata2 ini semasa mencari cas kamera dalam laci...kata2 ini ditulis oleh wan semasa mula2 perkenalan...tergelak seorang2 apabila membacanya..kenangan mengusik jiwa!!!!

Selasa, 23 Ogos 2011

hidup umpama roda!


hidup ini kadang2 boleh diumpamakan seorang roda...sukar untuk dijangka apa yang akan berlaku pada masa depan...kdang2 amat takut untuk menghadapi pancaroba yang pelbagai rencah ini...tetapi bukanlah namanya kehidupan jika tidak diuji dengan pelbagai2 cabaran...agak sukar untuk mentafsirkan perjalanan hidup yg terkadang membuatkan aku berfikir adakah segala kegembiraan ini akan selamanya milik aku?
ah.....persetankan semua ini!!buat ketika ini aku bersyukur kerana berjaya menempuh segala rintangan dan dugaan dengan jayanya...walaupun terkadang semacam mahu tergelincir tetapi hati aku sangt cekal untuk menghadapi semuanya itu...terima kasih kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada aku menikmati kebahagiaan yang sedang aku lalui ini...doa aku tidak putus2 agar kebahagiaan ini berkekalan...

aku sangt bersyukur kerana dipertemukan dengan suami aku sekarang ini...bukan mahu memuji secara berlebihan tetapi itulah yng aku rasakan...dia menerima segala kelebihan serta kekurangan aku seadanya...kesabaran beliau amat2 menyentuh hati aku kadang2..susah senang kami lalui bersama2...namun biarlah semua kisah cinta antara aku dan beliau menjadi rahsia kami sahaja...apa yang penting semoga jodoh kami hingga ke akhir hayat....lebih2 lagi dengan kehadiran anak diharapkan kasih sayang antara kami semakin bertambah...INSYA-ALLAH!!!!!!

assalammualaikum....

Khamis, 18 Ogos 2011

sedangkan lidah tergigit


aku percaya yg hidup sebagai suami isteri ini kalau tak bergaduh tak sah kan...
tipulah kalau sebagai suami isteri tak pernah melatah atau tercuit sedikit pun..
takkan sepanjng masa berlagak tenang seolah2 tiada apa yg berlaku...
pada hemat aku gaduh dalam rumahtangga itu adatlah..sedangkan adik beradik yg sedarah sedaging boleh bergaduh inikan pula teman sebantal...
kadang2 apabila berselisih pendapat ini boleh mengeratkan hubungan suami isteri...
tetapi biarlah secara sihat dan tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..
aku bangkitkan isu ini sebab ada segelntir dari isteri2 apabila bergaduh dengan suami,maka akan terpaparlah catatan di dinding facebook menceritakan tentang masalah mereka...

"suami saya tidak pandai mengambil hati saya.."

itu antara contoh luahan isteri jika berlakunya pergaduhan suami isteri...
sebenarnya banyak lagi contoh2 yang berlaku di depan mata....aku rasa korang mesti pernah melihat situasi begini....kdg2 hairan dengan sikap para isteri yg seolah2 mahu membuka aib suami...memanglah hati tengah marah...mendidih bagaikan minyak yg panas namun haruskah meluahkan perasaan untuk tatapan umum...itu belum lagi komen2 yg tidak bertauliah...sangt2 memalukan....

pada aku,eloklah hal2 sebegini dibawa berbincng...jika rasa tidak puas hati luahkan dari hati ke hati apabila semuanya telah reda....bertentang mata luahkan isi hati,ketidakpuasan yng bersarang di hati...kalau pendam2 pun tak guna...sebab kita orang perempuan ini apabila segalanya telah terluah sekurang2nya rasa lega sedikit....seperti rasa hilanglah beban di dada,hehehhe
alternatif lain adalah dengan cara teknologi sekrang samada sms atau email saja kepada suami anda itu,heheheheh....apa saja yg dirasakan sesuai manfaatkan lah selagi tidak mengaibkan diri sendiri mahupun kelurg..cra begini kan bagus seperti dituntut dalam agama...bukan dengan mencanangkan di laman2 sosial..tidak salah berteknologi tetapi biarlah kena pada tempatnya...

aku kalau bergaduh2 manja dengan wan selalunya akan gunakan kaedah bersms....aku luahkan segalanya sampai sejelas2nya...apabila semuanya sudah jelas barulah lega hati aku sedikit...apabila sampai di rumah aku buat seperti tiada apa yg berlaku...kami akan menjalani rutin harian sperti sedia kala...isu2 semalam tidak akan diungkit....tetapi selalunya sebelum tidur aku akan minta maaf di atas apa yg telah berlaku...begitu juga dengan wan...selagi tak minta maaf hati aku tak tenang....apapun,pergaduhan antara suami isteri adalah normal...tetapi biarlh pergaduhan itu yng kecil....kdang2 pergaduhan itu merangkumi banyak aspek..antaranya berkaitan hal rumah,hal anak,hal mak mertua dan perlbagai2 lagilah...tetapi biarlah diakhir pergaduhan ia menjadikan kita seorang yg sabar dan matang...anggap saja itu semua asam garam dalam rumah tangga...sedangkan lidah tergigit inikan suami isteri...yang penting kasih sayang antara suami isteri tidak akan pudar apabila bergaduh2 manja ini,hhheheheh

renung2kanlah....

yang baik jadikan teladan manakala yg buruk jadikan sempadan!!

Rabu, 17 Ogos 2011

sebulan sudah kamu ya!!!!!!


khamis ini genaplah sebulan umurnya rifqi...
perkembangan rifqi dalam masa sebulan ini sama seperti bayi2 lain...
melihat rifqi membesar di depan mata amatlah menyeronokkan...
lebih2 lagi sekrang dia sudah pandai gelak dan pergerakkan tngan dan kaki beliau semakin aktif...
rifqi sangt2 kuat menyusu...apabila bangun saja tidur menjadi kemestian pada aku menyusukannya...
konsep aku dalam penyusuan adalah pada siangnya aku memberi susu formula jenama dugro dan pada malam harinya pula aku menyusukannya melalui susu ibu....
memang umur seperti rifqi tidak digalakkan memberi susu formula tetapi apakan daya kdg2 susu ibu tidak dapat menampung keperluan rifqi...
maka aku terpaksa mencari alternatif lain agar rifqi dapat menyusu dengan sepuas2nya...
namun aku bersyukur setakat ini rifqi dapat menerima kedua2 susu ini....



kepada kamu wahai anakku,MUHAMMAD RA'IF RIFQI...membesarlah kamu dengan sihat dan aktif...
kehadiran kamu menceriakan kehidupan mama dan babah...
mama dan babah sangt2 sayangkan kamu!!!!!
muahssssss

wajah kesayangan daku...

hohoho ayat macam poyo je kan????
tadi masa belek gambar2 kat hp lama terjumpalah satu gambar yg amat aku suka...
gambar yg ditangkap oleh aku ketika si empunya diri menjalani latihan futsal...
kenapa aku suka gambar ini kerana itulah aksi candid dari empunya diri di mana bagi saya ianya satu aksi yg menarik,hhahha

(tolong kawal perasaan kamu ye zuera)

janganlah ada pula yg mengatakan aku mahu menunjuk2...sekadar mahu menjdikan ianya satu kenangan kepada diri sendiri dan blog aku yg tidak seberapa ini

saya masih belajar kalau salah tolong tunjukkan ye
:):):)



Selasa, 16 Ogos 2011

kerja itu satu ibadah....


sedar tak sedar hampir 5 tahun aku bekerja di opis aku sekarang ini....
untuk pengetahuan inilah kerja aku yang pertama setelah tamat belajar du UITM
bekerja di jabatan yang bergelumang dengan wang ringgit makanya hari2 kerja aku berkaitan dengan cek...
selain itu ada juga kerja2 sampingan lain yang masih berkaitan dengan wang...
apabila hari2 tengok wang beribu2 terkadang tergerak di hati,"alangkah bagusnya jika aku kaya sebegini...untungnya jadi org kayakan"??????
ah...bukan duit aku pun tapi duit kerajaan....
tidak perlulah aku huraikan tugas aku dengan secara mendalam sebab ianya agak susah untuk diperjelaskan,hehehe

pelbagai kenangan pahit manis payau kelat sepanjang aku bekerja di sini
dari seorang yang zero,tidak tahu apa2 banyak yang aku pelajari sepjg bekerja di sini....
tunjuk ajar yg diberikan oleh bos dan bekas bos juga telah mematangkan aku dalam menghadapi tugasan....
alhamdullilah aku gembira bekerja disini....
hubungan aku dengan teman2 sepejabat juga sangat baik..kesimpulannya aku tiada apa masalah sama ada dalam tugasan mahupun dengan teman2 yang lain...
kalau ada tergigit lidah itu biasalah...percanggahan pendapat dalam bekerja adalah sesuatu yg normal...namanya pun sedang bekerja kan?????
walaupun bos bersilih ganti namun aku suasana kerja di sini...
tidak terlalu bising dan sesak seperti di bahagian2 lain....
bos2 pun sangat baik dan boleh bertolak ansur dalam beberapa hal...

cuma apabila sudah mempunyai anak ini aku rasa seperti mahu bertukar tempat kerja dengan rumah aku...
maklumlah jika berlaku apa2 senang untuk bertindak..
buat masa ini itu masih di peringkat cadangan lagi...
hal ini pernah aku utarakan kepada wan dan beliau tiada mempunyai apa2 bantahan...
dengan kesibukan wan membuatkan aku terfikir untuk bertukar di kuala lumpur...
apabila sudah masuk kerja selepas berpantang akan aku buat surat permohonan bertukar....
sedih memang sedih tetapi apa mahu buat...segalanya dilakukan demi anak kan?kerja di mana2 sahaja asalkan pandai membawa diri...
semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah...

AMIN!!!!!





notakaki:inilah gambar aku apabila ada event di pejabat....dan saja letakkan gambar2 ini sebagai semangat kepada diri sendiri untuk kembali seperti di atas,haahhahah








berpantang itu terkdng menyeronokkan!!!!!


assalammualaikum...
sedar tak sedar cuma tinggal lagi 2 minggu kita akan beraya....
pejam celik pejan pantas sungguh masa berlalu...
meskipun aku sedang berpantang namun aku juga turut merasai kemeriahan berpuasa itu...
berpantang itu juga boleh dikategorikan seperti berpuasa juga kan?
cuma cara dan situasi yang berbezala...
bercerita tentang berpantang tidak banyak yang aku boleh kongsikan kerana boleh dikatakan yang 90% konsep berpantang yang aku ikuti...
aku masih bertungku,memakai bedung,berpilis dan berurut seperti kebanyakan wanita selepas bersalin...
dari segi pemakanan pula aku tidak mempunyai sebarang masalah...
dari zaman sebelum kahwin hinggalah kini apabila menyentuh tentanh bab2 pemakanan memang aku agak berhati2 juga...
aku bukanlah jenis yang suka makan sangt...apa yang disediakan oleh emak aku terima seadanya..
emak juga sudah sedia maklum tentang menu2 dalam pemakanan kecuali aku dari dulu memang elergik dengan makanan2 laut seperti sotong,udang dan ketam...
ubat2 tradisional yang aku amalkan adalah tablet pati ikan haruan sahaja....
akar2 kayu untuk diminum memang aku tidak berminat untuk menelannya....
aku cuma mengambil ubat gamat untuk disapu dibahagian jahitan itu sahaja...
alhamdullilah semakin lama jahitan itu semakin pulih...
betul lah kata orang bersalin secara normal proses penyembuhannya tidak mengambil masa yang lama....sakitnya cuma sekejap sahaja jika dibandingkan dengan pembedahan....
apapun aku bersyukur segalanya berjalan dengan sebaiknya...

semasa berpantang ini aku telah diperingatkan supaya menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal...
tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa berfikiran positif...
pada minggu pertama berpantang aku akui yang aku sangt tertekan...
sudahlah ketika itu sedang sakit,rifqi pula tidak mahu tidur pada malamnya....puas sudah diberi susu dan dipujuk supaya tidur namun matanya tetap berjaga...
oh sangt mencbar ketika itu dengan keadaan yang sebegitu ditambah pula kekurangan mndapat rehat...
tidur pula sekejap2 sahaja kerana diganggu oleh rengekan rifqi di malam hari....
namun aku sangt2 bersyukur kerana emak dan adikku turut sama membantu...
dari hari ke hari aku belajar menyesuaikan diri dan alhamdullilah sehingga kini boleh dikatakan aku berjaya mengharunginya....
aku sentiasa tanamkan dalam diri yang aku mampu lakukan walaupun wan tiada di sisi...
orang kata,apabila suami berada di sisi maka datanglah kekuatan untuk mengharungi segala kepayahan semasa berpantang....
ah apalah sangat hendak difikirkan tentang hal ini kerana aku harus memahami situasi wan
faktor kerja dan kekangan masa membuatkan wan jarang bersama aku dan rifqi....
namun setiap hari sebelum berniaga wan akan datang meluangkan masa sekurang2nya 2 jam menjenguk kami...
bersyukur sangt2 kerana masih boleh berjumpa,bercerita dan meluahkan segalanya walaupun cuma seketika....

baiklah semua sekian sahaja coretan aku...
sebenarnya idea aku mencurah2 namun kemalasan untuk menaip membantutkan untuk bercerita lagi...

selamat malam.....



Jumaat, 12 Ogos 2011

kembalikan ia seperti dulu




misi aku pada tahun ini adalah mengembalikan zaman kegemilangan aku seperti gambar di atas ini,hhahahah
aku begitu teruja mahu keadaan seperti sedia kala....
untuk itu,aku mempunyai beberapa rancangan ke arah itu....
buat masa ini aku tidak mahu berkata apa2 tentang misi itu tetapi akan aku ceritakan apabila hasilnya telah aku perolehi...
nanti kalau tak jadi malu pula aku...
biar menampakkkan hasil barulah aku coretkan....
cuma langkah pertama yang aku sedang lakukan makan nasi sehari sekali sahaja...
semoga misi aku ini menjadi kenyataan...

sekian.....

notakaki:aku juga tidak mahu minum ais selama setahun ini....amacam?

raya di mana?



rentetan dari kedegilan aku melanggar pantang pergi membeli belah akhirnya mendapat bantahan dari kawan2,huhuhu....

kenapalah aku ni degil sangtkan??

dari dulu sampailah sudah menjadi ibu itulah salah satu perangai yg tidak boleh diubah....
makanya aku beralah sahajalah....nasihat mereka ada juga benarnya.....
habiskan saki baki pantang kemudian barulah berpeleseran sepuas2nya...
terima kasih kawan atas nasihat korang!!!!
muahssssss

berbalik tajuk di atas, raya pada kali ini agak berlainan dari org lain...
memandangkan raya kedua baru pantangku berakhirnya maka rancangan asal terpaksa dirombak...
mengikut plan awal,raya pertama kami akan terus meluru ke teluk intan,perak(kampung wan)
sepanjang berkahwin aku tidak berkesempatan berkunjung ke sana atas sebab2 tertentu(ramai yang sedia maklum keadaan aku ketika itu)
jadi raya kalilah masa yang sesuai untuk berkunjung ke rumah sanak saudara wan seterusnya memperkenalkan orang baru dalam keluarga kami.

rancangan yang diubah itu tetap sama cuma kami akan pulang pada raya ketiga...
pada raya pertama dan kedua aku kan masih berpantang lagikan?
makanya aku berayalah di rumah emak aku.....mungkin akan keluar sebentar untuk ke kubur arwah emak mertua pada raya pertmanya....
raya kedua juga masih di rumah emakku....
dan raya ketiga balik terus menuju ke destinasi seperti yg dirancang.........
mungkin akan berada di sana dalam tempoh 2 atau 3 hari begitulah
rancangan seterusnya masih belum ada dalam list lagi
tunggu sahajalah..
aku sangt2 teruja meraikan hari raya bertiga.......

raya korang di mana pula??

Khamis, 11 Ogos 2011

Jika isterimu menangis di hadapanmu..


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

notakaki:kiriman seorang teman di email....kata2 yang memberi erti yg mendalam...semoga kita mendapat manfaanya!

siang tidur malam berjaga!!!!



salam khamis...
ke-bluran telah melanda aku hari ini kerana satu malam aku tidak boleh tidur....
rifqi tengah malam tadi telah mengajak aku bermain2 dengannya....
aduhai anak.....sabar jelah kan?
pelbagai2 cara aku gunakan untuk menidurkannya tetapi semua gagal......
susu ibu+susu formula telah aku berikan tetapi tidak berjaya........akhirnya aku pasrah dan bermain2lah dengan dia....
yang anehnya rifqi tidak menangis pun malah semakin dilayan semakin ligat pula matanya hendak pejam....
fenonema tidur siang dan berjaga waktu malam telah aku lalui selama rifqi dilahirkan di dunia ini...
mula2 dulu aku akui yang rungutan sentiasa meniti di bibirku...pernah suatu hari aku menangis kerana esakan rifqi yang tidak henti2 membuatkan aku tertekan....
tetapi kini aku sudah boleh memahami keadaan bayi kecil seperti rifqi....
apabila siang hari sahaja selepas 2 jam aku akan mengejutkan rifqi dari tidur...
yang itu petua dari mak aku....

tidak mengapalah rifqi,selagi termampu mama layanlah kamu...

sepanjang menjadi ibu aku dapat rasakan suatu kelainan yang tidak mampu gambarkan...
agak susah untuk diterjemahkan dengan kata2...walaupun tidak cukup tidur namun ianya pengalaman yang sangt2 manis...
rengekan,tangisan,kemanjaan kamu wahai anakkum muhammad ra'if rifqi sentiasa indah di hati mama...
membesarlah kamu rifqi dengan sihat dan cergas...........


notakaki:puasa tinggal lagi 2 minggu makanya tinggal lagi 2 minggu kita mahu berhari raya...yeah....suka,suka,suka!!!!





Rabu, 10 Ogos 2011

pantang macam nie ke?


hai...
siang tadi aku telah melanggar pantang bagi orang bersalin
sebabnya aku dengan beraninya telah pergi membeli belah ke sogo,hahhaha
baru 3 minggu berpantang aku sudah mulai rasa kebosanan duduk di rumah....berlagak seolah2 diri itu sudah sihat sepenuhnya(memang sudah sihat sebenarnya)...nasib baik wan telah mengizinkan aku pergi ke sana dengan syarat balik sebelum pukul 5....terima kasih kepada emak kerana sudi menjaga rifqi sepanjang pemergianku ke sogo...sangat2 gembira apabila dapat membeli belah...itulah terapi yang terbaik untuk aku..

sampai sahja di sogo,aku terus ke meluru ke tingkat 4 untuk mencari barangan untuk rifqi...hasil selama 2 jam di situ,dapatlah juga aku sambar beberapa helai baju dan seluar rifqi...di samping itu juga aku membeli beberapa keperluan barangan baby untuk rifqi...alhamdulillah,ada juga baju rifqi sempena raya ini...untuk raya kali ini baju rifqi tidak aku beli kerana tiada saiz untuknya....nanti apabila rifqi sudah cukup setahun barulah aku belilah...

barangan untuk aku adalah sepasang baju kurung yang dibeli di BUTIK MARI-MARI....hajat di hati mahu terus membeli belah tetapi terbantut sebab hujan turun dengan lebatnya...jadi kesudahannya terus pulang ke rumah...aku selamat sampai di rumah dalam jam 4 petang....
minggu depan giliran aku dan wan akan keluar membeli belah bersama2....rifqi pula seperti biasa emaklah yang akan jaga,hehehehhe

ini adalah gambar terkini aku selepas bersalin....nasib baik baju ini dapat dipakai kembali tetapi masih berusaha untuk meng-slimkan badan terutamanya di bahagian perut dan
pinggul......motivasi untuk diri sendiri,saya boleh!!!!!!!


Selasa, 9 Ogos 2011

terima kasih pak najib..


tadi baca surat khabar tersengih2 macam kerang busuk......
sebabnya PM telah umumkan yang kakitangan kerajaan akan dapat bonus sempena raya ini
ho yeah...terima kasih pak najib atas pemberian bonus ini...
duduk rumah pun dapat duit raya jugak
bertambah-tambah bersemnagtlah mahu membeli-belah walaupun dalam keadaan pantang...
mengikut perancangan kami akan membeli belah seminggu sebelum raya...
destinasinya mana lagi kalau tidak ke jalan TAR...
tempat kesukaan aku,hehehe





90 hari yg perlu dimanfaatkan.

salam selasa semua!!!
dah masuk hari yg kesembilan kita puasakan?
macamana dengan puasa korang????
untuk tahun ini aku awal2 lagi sudah raya terlebih dahulu,hehehhe
masaklah aku hendak ganti puasa selama sebulan....
aduhai.........apa hendah buat...pasrah sahajalah..

umum mengetahui pada bajet 2010 cuti bersalin dari 60 hari telah dipanjangkan selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan...
namun begitu jika ibu2 mahu mengambil cuti 60 hari pun tidak menjadi masalah...sebab cuti bersalin bagi ibu2 yg bekerja dalam sektor kerajaan hanya diperuntukkan selama 300 hari...contohnya,jika aku mengambil cuti bersalin kali pertama selama 90 hari maka baki cuti bersalin aku tinggal 210 hari....jadi dalm hal ini kenalah merancng betul2 kan?

cuti selama 90 hari ini akan aku gunakan sebaik2nya kerana bukan senang mahu mendapat cuti yg panjang begini...
setakat ini aku dan wan belum mempunyai apa2 perancangan ke arah itu...
malah kami belum sempat bertentang enam empat mata bagi membincangkan hal ini...
sejak bulan puasa ini jadual harian wan sangt2 padat kerana beliau sibuk dengan aktiviti perniagaannya di bazar ramadhan....
siangnya beliau bekerja seperti biasa manakala sebelah petang pula berniaga....
sungguh gigih beliau mencari rezeki kan?????ah...biarlah,daripada membuang masa lebih baik mencari rezeki untuk anak bini,hehehhe...jadi bolehlah pergi bercuti sepuas2nya nanti....

sejak bujang lagi aku memnag suka bercuti di pulau sebabnya aku cintakan aktiviti snokling...
rasa tenang sahaja apabila berenang ke dalam dasar lautan sambil menikmati keindahan hidupan laut seperti terumbu karang,tapak sulaiman,pelbagai spesis ikan yang cantik2,rumpai air,kuda laut dan sebagainya...
sambil berenang boleh memberi makanan kepada ikan2...
sangat2 seronok ke sini sebenarnya...lari dari kesibukan ibu kota kuala lumpur...
tetapi sejak berkahwin aktiviti itu terpaksa dikurangkan lebih2 lagi apabila aku sudah berbadan dua
pernah aku cadangkan kepada wan mahu ke destinasi tersebut tetapi wan cakap tunggulah sehingga anak besar...(huhuhu,terpaksa pasrah)
kalau hendak melancong pun syaratnya mestilah ke tempat2 yang sesuai untuk seisi keluarga...
sebenar2nya aku kurang minat bercuti di tempat2 yang selain dari pulau...
aku sendiri pun tidak tahu mengapa minat itu tiada....huhuhu....
oh rindunya hendak bersnokling lagi......



apabila mempunyai anak tempat2 seperti di atas tidak relevan lagi agaknya...
terpaksalah mengetepikan minat sendiri dan mendahulukan anak terlebih dahulu...
justeru itu aku terpaksa mengambil alternatif lain untuk memanfaatkan cuti 90 hari ini...mungkinkah tempat2 peranginan di bawah ini sesuai untuk anak kecil seperti rifqi??
akan aku cadangkan kepada wan untuk pergi melancong sebelum musim piala malaysia bermula...



terimalah pasangan seadanya....

kalau anda gembira tepuk tangan......
(ulanginya sehingga anda bosan,hehehhe)

ops bernyanyi pula aku ini kan....almaklumlah hati sedang berbunga kegirangan di samping orang2 yang tersayang...
entry ini dicoret atas permintaaan teman baikku sendiri, wanie yang ingin mengetahui bagaimana aku menempuh hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pemain bola sepak negeri yang jadual nya agak padat di tambah lagi dengan komitmen beliau pada siang harinya di pejabat.....
sebenarnya wan merupakan pemain yang mewakili kelab SELANGOR PKNS dan ini adalah tahun kedua beliau bermain untuk kelab tersebut
sepinggalan wan selalunya wanie lah yang akan menemani aku dalam tempoh 2 atau 3 hari di rumah...

kenapalah wanie kamu tidak mahu bertanya sendiri kepada temanmmu in secara bersemuka?
mungkinkah kamu malu atau gentar untuk bertanya kepadaku?

tidak mengapalah,untuk kamu aku jawab yang sejujur2nya...lahir dari hatiku yang tulus ihklas ini.....chewah.......


pada peringkat awal perkenalan memang wan awal2 lagi sudah memberitahu tentang hal ini kepadaku...
aku pada dasarnya tidak pernah ambil pusing tentang senario bola sepak malaysia...
jauh sekali menonton perlwanan bola sepak yang membabitkan pasukan negeri dalam liga malaysia ini....
aku hanya saksikan apabila membabitkan perlawanan akhir sahaja...itupun hanya menyaksikan di kaca televisyen...
apabila berkawan dengan wan serba sedikit aku belajar tentang dunia bola sepak...
dari situlah aku didedahkan apa itu liga super dan liga perdana?
bagaimana perkiraan mata membabitkan pasukan?apa itu sepakan percuma?sepakan penalti?sepakan gol dan pelbagai2 lagilah....
selalunya jadual perlwanan adalah sebanyk 2 kali dalam seminggu
latihannnya pula adalah setiap hari bermula dari jam 5 petang hinggalah 7 malam....
kalau hari sabtu dan ahad selalunya latihan dari pagi hingga tengahari....
ahhhh.....letihkan?tapi bagi wan semuanya tidak menjadi masalah.....
beliau telah berkecimpung dalam sukan ini sejak dari bangku sekolah rendah lagi...
wan pernah memberitahu aku yang cita2nya adalah mahu mewakili negara tetapi nasib tidak menyebelahi beliau...
mungkin saingan yg kuat di luar sana yang membuatkan hasrat beliau terbantut...
oleh kerana minat yg mendalam,sehingga kini beliau masih berkecimpung dalam sukan ini...
baiklah......stop cerita bola sepak setkat ini!!!!!

aku teruskan coretan bagaimana aku ditinggalkan berhari2 oleh wan...
baiklah begini,aku mulakan masa peringkat berkawan dan bercinta....
pada ketika itu,agak susah mahu terima la...
pertamanya,dari segi komunikasi terutamanya di telefon...
dengan jadual latihan yang padat,agaknya korang rasa bila waktunya kami bermesej atau telefon????
selalunya waktu pejabatlah masa yang sesuai untuk bertanya khabar,berborak,melaporkan hal2 terkini,mengadu domba dan pelbagai2 lagilah
apabila selepas waktu pejabat hinggalah malam memang sangt2 kesuntukan masa...itupun kdg2 wan curi2 telefon apabila mempunyai kelapangan...
wan lebih sukakan terus telefon dari bersms kerana katanya lebih mudah dan apa yang disampaikan itu jelas...
sehingga kini konsep itu yg kami amalkan walaupun telah menjadi suami isteri...

keduanya,apabila hendak keluar ada hari2 yang tertentu... ini berpandukan jadual perlawanan pasukan...
fuh........yang ini kadang2 boleh mendatngkan pergaduhan kecil antara kami...
cuba bayangkan seminggu tidak bersua muka aku mahulah menghabiskan masa yang lama dengan wan...
tapi sebaliknya yang berlaku,apabila tidak sampai 5 jam kami keluar berdating tau!!!!
kadang2 aku agak jeles lah apabila melihat pasangan lain dapat berjumpa hari2...pergi pada hari minggu tapi aku hanya keluar apabila wan betul2 free
aku sendiri pun tak terkira berapa kali aku mengadukan hal ini kepada wan...
muncung pula akan sedepa ke depan apabila mengenangkan nasib diri....
namun lama kelamaan aku cuba belajar memahami karier beliau sebab itulah minat beliau sebelum mengenali aku...
takkanlah aku begitu kejam mahu beliau berhenti dari arena bola sepak...tak adil kan?
aku mulai memotivasikan diri sendri dan cuba berfikiran positif menerima situasi ini...
dari situ aku belajar bagaimana mengontrol diri dari terus mengomel benda yang sama...
aku belajar bersabar menerima segala kemungkinan yang berlaku apabila aktiviti dating kami terpaksa ditunda saat2 akhir....
yang paling penting,aku harus belajar memahami minat beliau yang terlalu cintakan sukan bola sepak....
itu nasib baik seminggu tidak besua buatnya berbulan2 entah bagaimanakan?
lagilah sunyi hidupku nanti....
sekarang ini semuanya nampak tenang apabila aku sentiasa berfikiran positif,tenang,sabar dan mengamlkan sifat2 mahmudah dalam diri
terima kasih kepada wan kerna banyak bersabar dengan pelbagai2 ragam serta kerenah aku ketika ini...
tidak perlulah aku senarai kerana biarlah ia menjadi rahsia kami berdua....
yang pasti sepanjang tempoh bercinta itu aku boleh simpulkan di mata orang kami bukanlah pasangan kekasih yang idela tpi hati kami tahu sebaliknya...

ketiganya,gangguan2 kecil seperti peminat2 perempuan......
eh....jangan ingat pemain kebangsaan sahaja ada peminat...pemain kelab pun sama juga...
dulu apabila wan bagitau ada perempuan masg atau telefon dia aku tergelak besar tau..
setakat pemain kelab takkanlah ada peminat kot???
namun apabila dia menunjukkan mesej2 dari beberapa kerat peminat perempuan barulah aku percaya....
tak sangkakan penangan pemain bola sepak sangt dashyat....
perasaan aku ketika itu??????
bohonglah kalau aku katakn yang aku tidak mempunyai sifat cemburu tapi wan telah menyakinkan aku bahawa dia masih berpegang pada janji akan setia....
berkali2 beliau nasihatkan aku sentiasa berfikir yang baik2 saja...insya-Allah hubungan akan berjalan lancar...
kekalkan apa yang telah kami amalkan kini...
percaya tak,yang aku tidak pernah sesekali trun padang menyaksikan wan beraksi walaupun sudah bergelar isteri...
bukan tidak mahu memberi sokongan kepada beliau tetapi aku mempunyai prinsip yang tersendiri...biarlah aku memberi semangat dan sokongan di balik tabir belakang sahaja...
kejayaan yang diraih oleh beliau biarlah dikongsi oleh kami berdua sahaja....
aku lebih suka bersikap low profile saja apatah lagi kami mempunyai minat yang berlainan...

benarlah kata orang,selagi namanya manusia kita tidak akan puas dengan apa yang ada walaupun pasangan kita telah lakukan yang terbaik dlm hubungan....
aku rasakan wan setakat ini telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin sebagai suami
walaupun beliau sangt sibuk tetapi jika mempunyai kelapangan kami akan keluar menghabiskan masa bergembira...
aku bersyukur dengan apa yang ada sekrang ini....
walaupun tiada bulan madu selepas berkahwin aku bahagia meniti kehdupan kini lebih2 lagi apabila aku bunting pelamin....
aku sudah punyai rumah sendri,keluarga dan kerjaya jadi apa lagi yang aku inginkan lagi???
oh ya,doaku semoga jodoh aku dan wan kekal sehingga akhir hayat...dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.....dan kasih sayang yang berpanjangan....
apabila mengenangkan pengorbanan wan aku menjadi lebih insaf dan bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan

kepada wanie
apabila kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita semuanya menjadi mudah...
percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya....
dugaan sentiasa datang dan pergi bersilih ganti...harungilah dengan tabah dan cekal
bercinta dan berkahwin merupakan dua situasi yang berbeda...
selagi kita masih tahu tanggungjawab masing2 insya-ALLAH bahagia akan melatari kehidupan kita...
pada aku kualiti masa bersama itu yang pentinng....
manfaatkan lah masa bersama org2 yang tersayang selagi mereka ada lagi....
buangkan perasaan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain jauh2...
realitinya setiap apa yang Allah takdirkan itulah yang terbaik bagi kita....
paling3 penting bersyukur lah sentiasa nescaya kebahagian menjadi milik kita...


kesimpulannya.....
aku sangt bahagia kini!!!!

jgan marah ye sayang ku wanie!!!!!!!

adios










Ahad, 7 Ogos 2011

persiapan raya kami....

salam semua.....
ketika entry ini ditulis rifqi baru sahaja melelapkan matanya....apabila anak sudh tidur baru boleh melakukan kerja-kerja lain....
memasuki umur 20 hari perkembangan rifqi sangt2 baik dan diharapkan dia akan terus membesar dengan sempurna....
dengan keadaan aku yg sedang berpantang ini rutin harian hampir sama setiap hari..
sementara menunggu rifqi bangun aku mandi terlebih dahulu selepas itu bertungku sambil menonton televisyen....
aku jarang berbekung di siang hari kerana kepanasan...(hehehhehe,megda2kan)
selalunya aku lakukan pada waktu malam.....
apabila rifqi bangun sahaja bermulalah episod supermak aku...
cabaran yang paling mencabar ada;ah ketika hendak mandikan rifqi....oh dulu masa mula2 mandikan rifqi aku akui sangt2 takut...
maklumlah bayi sekecil rifqi memerlukan pengawasan yang rapi semasa mandi(poyo je kan)

sbenar2nya aku entry ini aku hendak berkongsi ttg persiapan raya kami...
walaupun masih terlalu awal untuk membicarakan hal ini namun persiapan awal kena dilakukan...
maklumlah 1 bulan 44 hari tidak menjenguk rumah sendiri jadi banyak yang aku kena lakukan...
aku sangt2 teruja menyambut raya kali ini kerana ini merupakan raya pertama aku sebagai seorang isteri dan ibu....
sapa yang tidak excited oi!!!
langkah pertama aku menyediakan kuih raya yang hendak dihidangkan kepada tetamu yg datang...
yang itu tidaklah sukar sebab aku awal2 lagi sudah membuat tempahan....
senang sahaja kan????
bab2 mengemas rumah aku serahkan tugas itu kepada wan untuk diuruskan...
duit raya telah aku sediakan dan hanya tinggal untuk di tukar sahaja....
hooooooo yeah sangt2 genbira mahu menyambut raya kali ini...
tamatnya tempoh berpantang aku adalah pada hari raya kedua....
oh...tidak sabar rasanya mahu bebas dari berpantang!!!!!! dan yang paling best mahu membawa rifqi berjalan di hari raya dan dapat duit raya yang banyak,hehehhehehe

bagaimana dengan persiapan raya korang semua!!!
mesti lebih hebatkan?

salam hari minggu!!!!

Sabtu, 6 Ogos 2011

memang ALLAH sengaja......

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak mengomel itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

malang tidak berbau



Minggu nie banyak plak cerita pasal artis kemalangan.. bermula dengan penyanyi kulit kayu manis Sean Kingston yang terlibat dalam kemalangan jet ski yang beliau tunggangi merempuh jambatan.. keadaan beliau dikatakan masih kritikal tapi selamat.. cam mana tu..?? entah lew.. selamat la kot..

Terbaru pun.. Mr. Bean atau nama asal Rowan Atkinson terlibat dalam kemalangan kereta miliknya.. dengar citer dia tak reti pandu kereta baru yang bernilai hampir RM 3 juta dia sendiri!! lawak siot!! tak kisahla sebab dia memang pelawak..


Kat Malaysia pun ade yang accident gak.. awi rafael penyanyi yang tengah top dengan lagu Pulanglah tu terlibat dalam kemalangan di lebuhraya persekutuan.. pacuan 4 roda triton beliau remuk teruk.. nasib baik dia tak der apa-apa.. huh!!


Terukkan keta dia kena accident....body triton teu kebal agaknya kot!!!!!!!

Khamis, 4 Ogos 2011

cerita bersalin saya....

salam malam jumaat semua...
coretan kali ini aku ingin kongsikan detik2 aku hendak bersalin....

17.07.2011-ahad

hari minggu begini aku jarang keluar sebab mahu mendapatkan rehat yg secukupnya...rutin harian seperti biasa...bangun seawal pagi membuat kerja2 rumah seperti membasuh dan melipat baju,mengemas rumah,memasak dan menonton televisyen...sementara wan awal2 pagi sudah keluar kerana menjalani latihan bola sepak...pada malamnya aku menonton televisyen bersama dengan wan...tiada apa2 perubahan berlaku kepada aku ketika itu...kisahnya bermula apabila kami masuk tidur kira2 jam 12 tengah malam...ketika itu tidak semena-mena air membasahi katil dan aku sangkaan itu adalah air kencing...tapi apabila aku pergi ke tandas didapati air yang aku sangkakan air kencing itu keluar bersama2 dengan darah...ini tidak lain adalah air ketuban lalu aku terus menjerit kepada wan dan memberitahu hal yang sebenar...muka wan masa itu sangt2lah cuak dan mengarahkan aku terus bersiap mandi untuk ke hospital.....setelah siap kami pun terus menuju ke hospital ampang....kami pergi dengan keadaan ynag sangt tenang sebab semua barang2 keperluan bayi dan mamanya telah dipersiapkan awal2 lagi....setelah sampai di hospital terus pergi ke kaunter untuk pendaftaran...selepas selesai urusan di kaunter kami naik ke tingkat 4 dan aku terus diarahkan ke sebuah bilik untuk diperiksa...oh..masa dalam bilik itu perasaan aku sangat tenang cuma yang membuatkan aku rasa sikap cuak apabila doktor mahu seluk melihat berapa bukaan cm aku...selpas itu,doktor memberitahu yang aku kena masuk wad sebab ianya sudah buka 2cm...aku selamat masuk wad dalam pukul 4 pagi...sementara itu wan masih setia menunggu di lobi sebab menanti sebarang kemungkinan berlaku....masuk sahaja wad aku terus tidur sebab sangt2 letih...

18.07.2011

aku bangun dari tidur kira2 jam 8 pagi.....tabiat tidur yang sememangnya tidak boleh dihindari di mana2 sahaja walaupun keadaan genting begini,hahahah.....dipendekkan cerita aku perut aku rasa sakit dalam jam 9 begitulah...masa itu kekerapan sakit itu berselang selama 5 minit....aku cuba bertahan ketika itu...tetapi setengah jam kemudian kesakitan itu semakin lama semakin sakit...jadi aku terus panggil nurse...setelah diperiksa beliau memberitahu yg bukaan sudah 5cm...dan ketika itu aku mengambil peluang ini berjalan2 sedikit untuk meredakan kesakitan....kira2 jam 10 pagi kesakitan itu semakin lama semakin sakit...sakitnya hanya Allah yang tahu...dan aku terus sms wan dan bagitau yang aku rasa sudah semakin dekat untuk bersalin...wan masuk ke wad dan terus memanggil nurse sebab melihatkan keadaan aku yang macam orang tentu arah...kelakar mengenangkan saat2 itu....ketika itu aku dapat melihatkan kecuakkan wan,heheheh....sementara menanti nurse periksa aku sempat meminta maaf kepada wan dan satu kucupan singgah di dahi aku...sangt2 sedih ketika itu dan entah kenapa tiba2 air mata aku mengalir....nurse macam biasa akan menyeluk dan ketika dia memberitahu bukaan sudah 9cm beliau menyuruh aku bersiap sedia ke labour room....semasa proses bersalin aku tidak mengambil masa yang lama untuk meneran...aku masuk labour room dalam 10.30 pagi dan aku selamat bersalinkan rifqi dalam jam 10.49cm...alhamdullilah proses bersalinkan rifqo tidak sesukar seperti yg aku gambarkan...kesakitan nya tidak sesakit semasa contraction....meneran tidaklah sesukar mana sebab doktor dan nurse banyak membantu aku....dan yang paling penting kehadiran wan telah banyak memberi semangat kepada aku...perkataan pertama yang keluar dari mulut aku setelah rifqi lahir di dunia adalah terima kasih Allah....sangt2 indah dunia apabila doktor meletkaan rifqi di dada aku...dan aku dapat tatap wajah anak aku setelah 9 bulan menanti...hilang segala kesakitan yang telah aku lalui...syukur kini telah lengkap keluarga aku...kesimpulannya bersalin adalah tidaklah sesakit seperti yang digambar2kan....dan aku bersyukur kerana proses semasa bersalinkan rifqi dipermudahkan oleh Allah...d
kira2 jam 11.30 pagi aku terus masuk wad dan dibenarkan pulang pada keesokkan harinya...

sekian sahaja coretan bersalin aku..dan yang paling2 penting impian aku untuk bersalin secara normal akhirnya tercapai,hehehe


salam bulan ramadhan!!!!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

setelah 2 minggu kamu di sisi mama

muhammad ra'if rifqi usianya sudah 16 hri...
jadi bermakna tinggal lagi 3 minggu proses pantang aku berakhir....
apabila bercerita ttg pantang terus terang aku katakan ianya sangt membosankan...
sapa yg penah mengalaminya pasti memahami apa yg aku maksudkan...
tapi demi untuk kesihatan jangka pjng maka tiada pilihan selain dari bersabar melalui proses itu...
sebenarnya entry yang ingin aku coretkan adalah bagaimana pengalaman bersalin tapi memandangkan hari ini aku malas hendak taip terhasillah cerita ini,hheheheh

bercerita ttg anak alhamdulillah rifqi setakat ini membesar dengan baik....
tiada bayak kerenah cuma apabila hendak susu rifqi akan merengek
sejujurnya aku memmg hendak susukan rifqi sepenuhnya dengan susu ibu....
namun apalah dayaku kerna rifqi sangt2 kuat menyusu...
orang kata anak lelaki memang kuat menyusu...mula2 aku akan keberatan untuk memberi susu formula...
namun aku harus akur kerna susu ibu tidak mencukupi untuk rifqi....
selepas pantang ini,aku harus cepat2 membeli pam elektrik agar rifqi dapat merasai susu ibu pula dengan sepenuhnya...
untuk makluman rifqi tidak mahu menghisap puting breast jadi sebagai alternatif lain aku gunakan botol untuk menyusukannya...
buat masa ini susu ibu aku perah menggunakan kaedah manual iaitu perah dengan tangan sendiri...
memang agak lenguh tapi apa mahu buat...
tidak mengapa ianya pengalaman yang menyeronokkan..

setelah ada anak barulah aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu itu....
walaupun penat dalam keadaan pantang namun itu bukanlah halangan untuk memberi layanan yg terbaik untuk si kecil ini...
aku harus berterima kasih kepada emak sebab bayak membantu aku...terima kasih mak!!
cabaran yang paling besar adalah ketika awal kelahiran sebab rifqi berjaga pada waktu mlm....huhhhhh sangt2 mncabar mental dan fizikal....nasib baik mak dan adik2 sudi menjaga rifqi secara bergilir2....
sekarang alhamdulillah semuanya berjln lancar...dan yg penting rifqi dpt menyesuaikan diri dengn suasana sekarang
begitulah harapan aku dengan penerimaan rifqi dengan rumah aku nanti.....harap2 tiada apa2 masalah nanti....
secara keseluruhannya,aku sangat gembira menjadi mama...
walaupun pada mulanya agak kekok namun setakat ini berjaya di atasi.....
perasaan wan pula bagaimana?
mestilah tersangat2 gembira sebab impian dia mahu anak laki tercapai....
katanya ada geng main bola apabila rifqi sudah besar...
silap2 boleh gantikan babah dia,hehehe



Isnin, 1 Ogos 2011

ramadhan yang penuh kesyukuran....

assalammualaikum....
hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi semua umat Islam
di kesempatan ini aku hendak ucapkan selamat berpuasa kepada teman2 sekalian....
puasa tahun ini merupakan bulan puasa yang cukup indah untuk aku kerana kali pertama meraikan ibadah ini sebagai seorang isteri dan ibu....pakej 2 in 1....sangat2 bahagia melalui hari2 dengan adanya suami dan anak....walaupun tidak boleh berpuasa penuh sebab sedang berpantang tapi dengan kehadiran cahaya mata amatlah menggembirakan....terima kasih Allah atas segala kurniaan yang tidak terhingga...rasanya tiada apa lagi yang membahagiakan bagi seorang wanita selain dari kehadiran suami dan anak di sisi...hilang segala .semoga puasa kali ini menjanjikan seribu kegembiraan kepada kami sekeluarga....
AMIN!!!!!!!!

notakaki: kepada suamiku,selamat berniaga di bulan puasa ini...walaupun kita akan jarang berbuka bersama2 tapi saya tidak kisah.....doa saya semoga rezeki berniaga kamu melimpah ruah....bolehlah kita raya sakan tahun nie,heheheh!!!!!