Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tinggal 2013..


2013 meninggalkan kenangan terindah yang takkan dilupakan..
Selamat bersalin anak kedua pada bulan Mac..
Dan lengkapkan salasilah keluarga kecil aku..
Syukur..

2013 juga membuka lembaran baru buat aku kerana dapat bertukar kerja di KL..
Alhamdullilah penantian selama 1 tahun 5 bulan termakbul jua..
Hampir 4 bulan di sini aku dapat memyesuaikan diri..
Tiada lagi kelam kabut di pagi hari..
Paling besh perjalanan hanya memakan masa 5 minit..
Banyak benda boleh dimanfaatkan terutama dengan anak-anak dan suami..


Rasa-rasanya 2013 yang bakal berlalu tiada kenangan yang pahit..
Rumahtangga yang dibina hampir 3 tahun berjalan dengan lancar..
Bertikam lidah kadangkala itu ada..
Tapi adatlah kan..
Namun semuanya itu mematangkan aku dalam melayari alam hidup berkelamin..
Dikurniakan suami yang memahami ,bertanggungjawab dan tidak banyak songeh sudah cukup memadai..
Masih dan akan terus belajar untuk menjadi ibu yang terbaik di alam fana..
Dan semoga kasih sayang kami suami isteri berkekalan hingga akhir nafas..



Diharapkan 2014 menjanjikan seribu kegembiraan,ketenangan dan kebahagiaan..
Tekad mahu lebih bersabar dengan karenah anak-anak..
Siri percutian akan diteruskan tapi dalam situasi berjimat,hahaha..
Marilah kita menyambut Tahun Baru ini dengan hati yang lapang..
Tingkatkan sifat mahmudah begitu jua dengan amal ibadat..
Semoga Allah memberkati hidup kita dan mempermudahkan segalanya..
Ameen..!!!

SELAMAT DATANG 2014..!!!






Dadih Buatan Zura..!!


Tak pernah dalam sejarah popluck aku merajinkan diri membuat sesuatu..
Yang aku tahu bawa buah saja..
Bukan apa waktu itu banyak sangat halangannya..
Ditambah dengan kemalasan diri sendiri,hahahha...


Jadi,untuk popluck hari ini aku cuba-cubalah resepi yang baru..
Kenalah ada pembaharuankan..
Makanya,terhasillah dadih beraneka warna buatan zura :)
Inipun baru berani bagi orang lain..
Sebelum ini tukang komen rasa adalah Wan dan Eky..
Aku belajar buat dari google juga..
Tak susah manapun nak buat manisan ini..
Senang dan mudah..
Lagipun sapa-sapa pun boleh makan..



Isnin, 30 Disember 2013

Jumaat, 20 Disember 2013

Cerita Hari Jumaat..!!


Hati rasa gumbira sebab minggu depan akan bercuti selama seminggu..
Makanya gigih jugalah aku menghabiskan kerja yang tertunggak..
Tak mahu ada "panggilan" tatkala sedang bersantai bersama keluarga tersayang..
Tak kemana pun..
Saja melapangkan masa lebih sedikit dengan anak-anak..
Hanya aku yang cuti panjang..
Wan kena kerja..
Sadiskan bunyinya..
Takpelah Emak kan ada..
Sambil-sambil tue dapatlah bawa Opah Eky dan Raiqa bersiar-siar..
Ke mana destinasinya belum ada dalam senarai..
Tunggu dan lihat sajalah..


Rezeki tengahari tadi..
Ada orang belanja makan Pizza Hut..
Then, lepas solat Jumaat dijamu pula dengan KFC..
Bos aku yang belanja..
Memang dilimpahi dengan makanan lah hari nie..
Syukur Alhamdullilah..!!

Esok dan Ahad akan ke Sabak Bernam..
Menghadiri pernikahan sepupu belah aku..
Tak sabar rasanya nak masuk kampung,hahahah..
Jadi malam ni harus berkemas apa yang patut..
Harap-harap anak-anak aku dapat sesuaikan diri..
Dan paling penting tak meragam..!


Okie..bai~~~~

Khamis, 19 Disember 2013

Tips Mencukupkan Gaji..!!



Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif ..

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!


2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2.


Moga ada manfaat..!!



Notakaki : Alhamdullilah,inilah yang aku amalkan..Ada benar kata Ustaz..

Jumaat, 13 Disember 2013

Weekend Come Again..!


As-salam..

Hari nie baru boleh tarik nafas dalam-dalam..
Bermula dari Isnin hingga semalam sibuk dengan Seminar Konservasi di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS)..
Peranan tak sebesar mana..
Cuma AJK Protokol saja..
Oklah,sekurang-kurangnya dapatlah kutip pengalaman baru..

Dalam sibuk-sibuk dapatlah juga luangkan masa masak malam tadi..
Itupun sebab Wan yang minta..
Teringin makan masakan isteri katanya,hahahha
Makanya semalam rajinkan diri ke dapur..



Satu untuk hidangan orang dewasa..
Dan satu lagi untuk anak-anak..
Alhamdullilah licin dimakan oleh mereka..
Gembira bukan kepalang aku tau..
Hilang segala kepenatan yang bersarang selama 4 hari nie..

Sepatutnya hari ini aku ada kursus di IPPTAR..
Penceramahnya adalah Ustaz Kazim..
Rugikan tak pergi..
Tapi apa nak buat..
Penyakit 'M' tiba-tiba menyerang aku pagi tadi..
Lagipun nak selesaikan tempahan makanan dan LO untuk mesyurat minggu depan..
Tengahari nanti mahu ke klinik..
Batuk tak surut-surut sejak minggu lepas..
Seksa menahan tekak yang perit nie..
Harap-harap dipermudahkan segala urusan..

Cuti tahunan aku masih berbaki 6 hari..
Niat memang nak ambil cuti hujung bulan nie..
Habiskan sampai tahun baru..
Dan bolehlah pergi jalan-jalan lagi..
Hooreeey..!!


Aku dah beli DVD Upin Ipin dalam 5 keping..
Jadi weekend ni bolehlah tengok sampai lebam..
Petangnya Wan cadang nak bawa anak-anak ke taman..
Setuju tanpa bantahan..


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YE!!

Selasa, 10 Disember 2013

Kisah Aku dan Wan..!!


Bila aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hati Wan..
Emak adalah orang yang paling terkejut..
Teringat reaksi muka dia bilamana hal ini aku khabarkan..
Terkejut habis..
Yelah,tak ada angin ribut tetiba ada orang nak masuk minang..

Masa dalam perkenalan baik aku dan Wan langsung tak pernah terfikir hala tuju hubungan kami..
Sebabnya,kami lebih kepada hubungan kawan..
Percaya atau tak,kami hanya jumpa di kedai makan kawasan rumah aku saja..
Tak ada istilah dating-dating ye..
Seingat akulah ketika itu aku sangat sibuk dengan hal kerja..
Wan pula jenis yang akan tanya khabar melalui sms saja..
Jarang sekali bercakap di telefon..
Dan situasi itu berlaku dalam tempoh 5 bulan..

Aku pun tak pasti bila berputik dalam taman ada bunga..
Ianya berlaku secara spontan..
Makin lama berkawan dapatlah aku kenal serba sedikit tentang Wan..
Dari situlah  aku belajar lah mengenai peel,perangai dan minat dia..
Dia satu-satunya kawan lelaki yang aku kira paling rapat..
Aku seperti biasa menjadi diri sendiri..
Tak ada sorok-sorok..
Rasanya lebih selesa begitu..
Tak perlu kontrol ayu sangat..



Namun aku akui agak senang berkawan dengan dia..
Orangnya pendiam dan tak banyak songeh..
Kadang-kadang dia lah tempat aku mengadu..
Tak kisah apa jenis rungutan dipinjamkan telinga untuk mendengar keluh kesah aku..
Makin kelamaan hubungan kami menjadi rapat..
Dari kawan naik taraf kepada couple..
Serius tak lama mana pun gelaran tue bertahan..
Bulan 1 tahun 2010 dia lamar aku..
Tak ada bunga atau coklat..
Waima ayat-ayat kiasan..
Direct terus cakap nak masuk meminang..
Hebatkan,kakakaka!!

Dipendekkan cerita,bulan 3 tahun 2010 kami bertunang..
7 bulan kemudian selamat bersatu menjadi suami isteri..
10/10/10 merupakan tarikh keramat yang takkan dilupakan..
Kalau Wan tak ingat juga tarikh nie tak tahulah nak cakap apa..
Dan bila dicongak tempoh perkenalan kami tak sampai setahun pun..
Kenapa aku pilih dia biarlah aku simpan dan jawapannnya hanya aku yang tahu,hahahha..


Ini dinamakan rahsia jodoh..
Allah Maha Mengetahui segalanya..
Serius tak pernah sangka akhirnya bertemu jodoh dengan orang KL jua..
Aku akui hidup berkelamin ada pasang surutnya..
Kadang-kadang ada juga tergigit lidah..
Berselisih faham adatlah kan..
Tapi kini bila dah ada anak malas nak gaduh lama-lama..
Diamkan diri dan biarkan ia kembali normal sedia kala..

Alhamdullilah 3 tahun hidup sebumbung semuanya okie je..
Banyak yang kami belajar tentang diri masing-masing..
Mana-mana yang tak baik aku buangkan jauh-jauh..
Sedaya upaya aku mahu menjadi isteri dan ibu yang terbaik bagi keluarga kecil aku..
Yang penting dia boleh terima aku seadanya..
Begitu juga dengan aku..

Harapan aku agar dipanjangkan jodoh kami sehingga akhir nafas..
Dapat membesarkan anak bersama-sama..
Menempuh suka duka tak kira masa susah ataupun senang..
Dan gembira melalui hari-hari mendatang dengan lebih bermakna lagi..
Ameen..!!




Isnin, 9 Disember 2013

Penah Sehh...!!


As-salam..

Hari yang lemau dan tak bermaya..
Kepenatan mungkin sebab hujung minggu tak lekat kat rumah..

Okielah,layankan gambar-gambar terbaru dari kami sekeluarga..
Jalan-jalan adalah aktiviti terkini buat masa nie..
Santai dan menyenangkan hati ye..






Notakaki : Macam biasalah gambar aku memang takkan ada..Pasrah je..!

Rabu, 4 Disember 2013

Hope Ianya Jadi Kenyataan..!!


Benda yang aku rindu pada masa lalu adalah My Figure..
Itulah moment yang terunggul dalam carta hati..
Lepas bersalin anak kedua aku sedaya upaya berusaha ke arah itu..
Makan pun kontrol..
Cuma senaman saja yang ada turun naiknya..
Ikutkan hati nak juga beli alat senam..
Dan letak kat rumah..
Tapi awal-awal lagi Wan tak setuju..
Nanti tersadai macam gajah putih pula..
Okie..pasrah..!!

Ada juga aku rajinkan diri berjoging..
Namun sejak akhir-akhir banyak pula kekangannya
Jadi aku titipkan dalam hati agar belajar BERSABAR..
Nak kata diri ini obses dengan bentuk badan tidaklah juga..
Makan tetap makan ikut masa..
Cuma dari segi kuantiti dikurangkan..
Malam ratah lauk-pauk..
Jika lapar alaskan perut dengan biskut atau roti..

Ada yang cadang supaya ambil supplemen..
Aku orangnya agak culas tang pil-pil nie..
Memula je aku ingat jadual makan..
Lama-lama ke laut juga..
Kan dah rugi,hehehe...


Kali ni agak lambat nampak hasilnya..
Aku rasa ianya ada kaitan dengan pemasangan implan..
Yelah,doktor ada cakap kesan utama selain haid tidak menentu adalah dari segi berat badan..
Jujur aku akui kenyataan itu..
Dan sebab itulah aku cuba melawan arus..
Tak mahu terlalu rela menerima suratan ini..
Cheeewah..

Aku diet nie bukan sebab Wan komen apa-apa..
Dia lagi suruh aku makan banyak-banyak macam Eky :)
Tapi entahlah..
Tabiat apakah yang ingin aku namakan ini pun aku tak pasti..?
Fikirkan positif sudah..
Janji ada dari tiada apa-apa efek langsung..


Notakaki : Itu aku sebelum kahwin..!






C.I.N.T.A

Dalam hidup
Cinta boleh datang dan pergi
Ketawa kerananya
Senyum kerananya
Menangis semahunya
Sakit..!

Bermula dengan persahabatan
Demi sebuah impian
Tak salah untuk kita berkorban
Bila mana hati kita rapat
Menghadapi realiti..!

Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
Kita tetap tak boleh buat penilaian
Terima seadanya..
Redha..!

Bermula dengan persahabatan
Bermula dengan hati
Angan dan mimpi
Mudah lemas bila cintanya lemah
Kita harus kuatkan hati
Percaya naluri..!!

Lafazkan AKU MAHUKAN DIA..!!

Selasa, 3 Disember 2013

Marilah Berjimat Seadanya..!!


Aduh nak mengeluh pun tak guna..
Lepas satu-satu barang naik..
Trend bilamana tamatnya PRU..
Apa yang boleh buat..
Kita pasrah dan mari mulakan langkah berjimat cermat..
Dan aircond pasang bilamana diperlukan saja..
Astro pun aku nak limitkan mana yang perlu..
Bukan tengok sangat pun..
Balik-balik cerita kartun..


Tengah anak-anak belum bersekolah nie aku akan buat simpanan untuk mereka..
Macam Eky aku dah bukakan akaun SSPN untuk dia..
Tolak melalui gaji..
Raiqa pula aku akan mulakan tahun hadapan..
Takpelah,kita simpan sikit-sikit..
In Shaa Allah kalau ada rezeki lebih simpanan akan dinaikkan..

Huh..hidup di KL memang tak boleh demand sangat..
Faham sangat corak kehidupan di bandar metropolitan..
Zaman sekarang adalah zaman duit..
Pergi ke mana-mana perlukan wang..
Pandai-pandailah kita memaksimumkan perbelanjaan isi rumah ye..
Duduk dengan Emak pun mana boleh bergoyang kaki..
Walaupun dia tak pernah minta..
Tangungjawab tetap tanggungjawab..
Bak kata pepatah,orang berbudi kita berbahasa..

Betul tak..?


Notakaki : Gambar tiada kena mengena dengan tajuk..Saja letak sebagai semangat dan pengubat tekanan..!

Isnin, 2 Disember 2013

Imej Baru Eky..!!


Dah lama keinginan menggunting rambut Eky terpendam..
Asyik tertangguh sebab banyak faktor..
Jadi Sabtu lepas bila Wan balik kerja terus suruh dia buat..
Tak perlu bawa ke kedai gunting..
Babah dia yang lakukan sendiri..
Memula je nangis lama-lama diam..
Siap gelak lagi bilamana tengok imej baru kat depan cermin..

Memandangkan rambut dia cepat tumbuh..
Maka Babahnya kasi gunting sampai botak..
Guna alat gunting yang elektronik punya..
Senang dan mudah..

Taaaaaara........



No bad juga hasil tangan Wan..
Lepas nie bolehlah gunakan khidmat suami sendiri,kakakakahhhh..!!



Notakaki : Lega sebab cuti dah diluluskan...!!

Jom Heboh..!!


As-salam semua..


Oleh kerana setiap Sabtu Wan kerja..
Maka aktiviti santai beralih ke hari Ahad..
Kasi dia rehat secukupnya..
Jadi semalam seawal jam 11.30 pagi dah keluar rumah..
Plan mahu pergi Jom Heboh di Bukit Jalil..
Mujurlah parking senang..
Dan menapak pun tak jauh ke lokasi kejadian..
Sampai-sampai orang masih tak ramai lagi..
Banyak juga kedai-kedai yang jual pakaian,makanan,kasut,alat permainan dan sebagainya..
Harga amatlah murah..
Dapatlah rembat beberapa barang yang semuanya kami beli dengan harga RM10.00..


Boleh pula terserempak dengan biras..
Eky dan Raiqa bab berjalan-jalan memang tak ada masalah..
Dalam 2 jam juga kami lepak kat sana..
Sebelum balik kita isi perut dulu..

Sambung perjalanan ke AEON Maluri..
Cari kasut kerja Wan..
Aku tak tahu pula ada sale..
Mujurlah J-Card aku masih valid lagi..
Dapatlah beli sehelai baju untuk diri sendiri..
Dan keutamaan tentulah kepada anak-anak..



Walaupun penat tetap tersenyum..
Sebab dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak..
Terapi terbaik yang sangat awesome..

Setuju..!!