Jumaat, 28 September 2012

hari ini hari yang paling seronok


mulakan hari ini dengan hati yang riang ria...
maklumlah minggu depan akan cuti panjang...
haruslah ada rasa gembira tak kepalang...
pergi kerja dihantar oleh suami tersayang...
anak tinggal sekejap dengan emak...
banyak yang kami bualkan dalam kereta...
namun yang menarik perhatian aku adalah apa yang akan aku lakukan sepanjang cuti ini..
takkan mahu terperap saja di rumah...
katakanlah ra'if rifqi sudah sembuh dan alahan aku berkurangan haruslah merancang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat...
ditambah pula inilah masanya untuk kami meluangkan masa bersama...
yang itu memang aku setuju sangat-sangat...
tetapi biarlah keadaan kesihatan aku dan iqi benar-benar pulih barulah aktiviti percutian dapat dilaksanakan....

apapun aku ucapkan terima kasih kepada sang suami di atas kesudian dia bercuti menjaga anak bersama aku...
walaupun aku tahu kerja dia banyak tapi segala keringat dia aku hargai...
menjaga dua orang yang "sakit" memang menuntut kesabaran...
paling best dapatlah merasa air tangan sang suami...
begitulah hidup berumahtangga kan?
segala suka duka dikongsi bersama...

bulan oktober adalah bulan cinta untuk aku dan wan...
masuk tahun kedua semuanya baik-baik saja...
masih bercinta,masih berlawak jenaka bergelak ketawa jua masih berdebar bila bertentang mata...
dua tahun dibangunkan di sebelah lelaki yang dicintai apa yang mampu aku katakan...
Alhamdullilah masih lagi merasai nikmat bercinta walaupun sudah ada anak sorang...
dan harap-harap keindahan itu akan berkekalan sehingga akhir nafas...
perkuatkanlah jodoh kami Ya Allah...
Amin!!!

Khamis, 27 September 2012

cepat-cepat sembuh ye hero kecil!!!



gambar ra'if rifqi 3 minggu lalu...
keluar saja wad terus dia kena cacar air...
jadi terpaksalah babah dia jaga dia sepanjang minggu ini...
minggu depan pula giliran mamanya pula...
panjang juga percutian aku kali ini...
merasalah aku menjadi surirumah sepenuh masa...
memang tak sabar sebenarnya,hehehe...

harapan aku mahu lihat ra'if rifqi sihat saja...
nanti bila sudah sembuh bolehlah bawa dia jalan-jalan..
tak gitu???

Rabu, 19 September 2012

lega selega-leganya!!!


lega di hati bila permohonan untuk cuti tanpa gaji selama 2 bulan diluluskan...
walaupun bukan secara rasmi sekurang-kurangnya aku mampu tersenyum...
inilah keputusan terhebat yang pernah aku lakukan...
alahan kali kedua ini memang mencabar diri...
lebih-lebih ianya berjangkit kepada ra'if rifqi...
sebagaimana batuk yang telah aku alami sebulan begitu jugalah dengan hero kecil...
episod kemuncak tatkala dia tiba-tiba muntah ketika sedang tidur malam ahad lepas...
aku berpendapat puncanya tentulah dari ibunya...
agak mustahil batuknya tidak hilang sedangkan sudah beberapa doktor kami temui...
merujuk kepada doktor pakar pediatrik aku kena tidur berasingan dengan hero kecil...
dan itulah yang sedang aku dan wan lakukan...

hasil perbincangan itulah kata sepakat yang aku dan wan capai...
tenang rasanya setelah semuanya hampir selesai...
duit tidak menjadi keutamaan buat aku kini...
kesihatan diri dan anak adalah paling berharga...
setuju!!!

Jumaat, 14 September 2012

salam jumaat yang permai!!


assalamualaikum dan selamat pagi...=)


saja mahu berkongsi kata-kata ustaz don yang dimabil dari fb beliau...

" Rezeki ni ibarat air di lautan. Kalau kita masih risaukan rezeki orang lain lagi banyak dari kita, fikirkanlah mampu ke kita nak minum semua air di lautan?
Hatta kalau semua orang di dunia ni minum sampai kekenyangan pun nescaya takkan habis air di lautan Allah. Begitulah jua akan rezeki. Bersyukurlah nescaya Dia akan tambah nikmat-Nya pada kita semua .."

renung-renungkan dan selamat beramal...

Isnin, 10 September 2012

perubahan itu sungguh menenangkan jiwa!!


kadangkala apa yang berlaku itu ada hikmahnya...
tak sangka langsung aku mampu mencipta perubahan untuk diri sendiri...
perkembangan yang pada aku banyak mendatangkan kebaikan...
betul kata wan mula-mula agak payah...
tapi lama kelamaan ianya akan jadi mudah bila mana dilakukan secara berdikit-dikit...
harus kuatkan semangat dan cekalkan hati...
syukur hampir 5 bulan ini segala yang dinamakan "perubahan itu" berjalan dengan baik...
mana-mana nasihat yang aku rasakan berguna aku manfaatkan...
manakala yang sebaliknya aku buang jauh-jauh...
kena selalu positifkan diri...

aku percaya sekiranya apa yang dilakukan di jalan-NYA pasti beroleh kesenangan...
jika dahulu bila ada sesuatu yang berlaku cepat benar aku melatah...
mengomel sambil membebel tanpa meng-insuranskan mulut...
tapi kini Alhamdullilah dapat juga aku kawal nafsu amarah itu...
kehadiran anak telah mengubah pendirian aku selama ini...
paling utama aku belajar tentang erti KESABARAN...
setiap hari ada saja benda baru yang aku pelajari...
ianya seolah-olah satu semangat baru dalam diri aku...
sejujurnya aku seronok melalui kehidupan seorang isteri dan ibu...


acuan masing-masing adalah berbeda...
role-model anak-anak adalah kedua ibu bapanya...
sebelum menuding jari mencari salah orang kaji kelemahan diri...
aku jua manusia yang khilaf...
banyak sebenarnya ilmu yang harus aku pelajari...
sama ada dunia atau akhirat ianya perlu diseimbang...
terima kasih Tuhan kerana menjodohkan aku dengan seorang lelaki yang telah membimbing aku ke arah kebaikan...
bukan mengangkat suami sendiri tetapi ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga...
masih berpijak di bumi yang nyata selagi kebahagian itu masih menjadi milik kita hargailah sebaiknya...
betul tak...:)


Khamis, 6 September 2012

mesti kuat dan jadi kuat!!!


3 hari cuti sebab kurang air dalam badan buatkan aku lemah selemahnya...
namun aku tahankan saja sebab ianya bersifat sementara...
kali ini aku ke klinik kita saja...
malas mahu ke klinik kesihatan kerana doktor asyik bekalkan ubat asid folik...
naik loya tekak aku bila telan...
hari pertama ke sana doktor suruh buat ujian air kencing...
hasilnya memdukacitakan di mana banyak air yang hilang...
yelah dari jam 4.30 pagi sampailah 3 petang 9 kali aku muntah...
oh...inilah alahan yang paling teruk aku rasakan...
ditambah pula dengan sakit kat perut...
yang mampu aku lakukan adalah baring,tidur,baring dan tidur semula...

MC 2 hari aku gunakan untuk berehat sepuas-puasnya...
air garam yang doktor berikan memang mujarab...
selera makan pun semakin ada...
nasihat doktor agar usah terlalu aktif...
dikhuatiri menjejaskan kesihatan si ibu dan anak...
okie...itu harus diambil berat...

untuk buka buku merah aku rasa mahu buat di klinik kesihatan presint 3...
temu janji seterusnya pada 20/0/2012 jam 8.00 pagi...
harap-harap semuanya berjalan dengan baik...
seperti biasa check up bulanan pasti aku akan buat di klinik panel...
tapi bergantung juga pada tahap kesihatan aku dan orang dalam perut ini...

masih terlalu awal memperkatakan di mana akan aku bersalin...
cuma aku mengharapkan dapat bersalin secara normal lagi...
selepas bersalin aku sudah membuat rancangan untuk menanam implan...
ini adalah semata-mata untuk menjarakkan kehamilan yang ketiga...
apapun kita hanya merancang namun segalanya di tangan Yang Maha Esa...
aku percaya ada sesuatu yang menarik sedang menanti kami sekeluarga...
dalam kepala aku cuma fikirkan yang positif saja...
tak kira apa yang akan aku tempuhi sewajarnya rasa syukur harus dipanjatkan...
rezeki bakal memperolehi cahaya mata kali kedua adalah yang terindah sekali...

bersusah payah dahulu,bersenang-senang kemudian...
di kala usia muda inilah segala tenaga harus dicurahkan...
bila anak sudah besar mudah mengendaliannya...
apa yang penting kerjasama suami isteri...
memang terasa nikmat hidup berkeluarga ini...
segalanya dikongsi bersama-sama...
anaklah pengerat yang paling kuat sekali...

moga-moga kegembiraan ini kekal hingga hujung nyawa...
doa-doakan lah ye kawan-kawan!!!

Rabu, 5 September 2012

Selasa, 4 September 2012

jom balik banting!!!



sabtu lepas sempat balik ke kampung bapa mertua...
ada kenduri kahwin anak sepupu wan..
sambil tu berkonvoilah kami dalam 6 buah kereta...
seronok sangat...
maklumlah sejak kahwin dan punyai anak inilah kali pertama ke sini...
rumah adik beradik bapa mertua bersebelahan saja...
senang bebenar kan?
jadi sambil menyelam minum air...
beraya+seisi berkenalan+kutip duit raya untuk hero kecil...
sebagai menantu paling muda aku diperkenalkan kepada mak-mak dan pak-pak sedara sebelah wan...
kelakar bila mengenangkan sebab baru sempat bersua muka...
nanti bila ada kelapangan kami datang lagi ye!!!






sekian!!!


notakaki:foto masa jalan-jalan di JB masih belum ditransfer...tunggu mood mari...buat masa ini tengah sibuk melayan loya-loya dan pening...harap maklum!!