Rabu, 19 Oktober 2011

mengapa hospital ampang

sebenarnya cadangan awal hendak bersalin di hospital KPJ...
maklumlah wan ada kad ING dan hospital KPJ termasuk dalam hospital panel syarikat tempat wan bekerja....
hendak juga rasa layanan dan kemudahaan dari hospital ini...
sebab ramai yg canang hospital KPJ sangt bagus kemudahan dari segi peralatan dan layanannya...
cas untuk bersalin normal kad tersebut hanya cover
sebanyak rm3000

tetapi setelah sampai waktu hendak bersalin aku menukar fikiran...
bukan apa adalah lebih baik aku bersalin di hospital kerajaan yg sudah tentunya percuma walaupun terpaksa di bedah....
sebab kadang2 apa yg kita rancang tidak sama dengan ketentuan dari-NYA...
manalah tahu tiba2 berlaku komplikasi di saat akhir mahu bersalin...
berlaku perkara2 yg tidak dingini dan terpaksa menghuni hospital beberapa hari..
dan pasti jumlah cas bayaran akan beribu-ribu lemon harganya...
mahunya menangis kami suami isteri....

bertolak titik dari alasan itu makanya aku telah memilih hospital ampang sahaja....
kerna ramai kawan2 aku yg mencadangkan hospital ini...
lokasinya pun tidak jauh dari rumah aku...
kalau melalui MRR2 hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja...

alhamdullilah,akhirnya aku bersalin jua di hospital ampang...
aku ditempatkan di wad ketiga...
pasrah menerima kerna sedia maklum akan kesesakan wad bersalin setiap hari,masa,minit dan saat...
tak kisahlah janji selesa dan tempat tidur yg selesa aku sudah bersyukur...
segala2nya berjalan dengan lancar...
dan yg paling aku suka impian aku itu bersalin normal tercapai....


prosedur bersalin pun sangat senang...
doktor dan jururawat banyak membantu aku...
terima kasih kepada jururawat2 di sana yg membantu mengajar aku cara2 penyusuan yg betul...

senang cerita,aku sangt berpuas hati dengan perkhidmatan hospital ampang

selepas ini bolehlah bersalin di hospital ini lagi,kakakka!!!!

Tiada ulasan: