Khamis, 30 Januari 2014

Ke Muzium Lagi..!


As-salam semua..


Semalam lepas makan tengahari sempat curi masa ke Muzium Negara..
Kali ni ke Pameran Orang Asli..
Masuk adalah percuma..
Di sini ditunjukkan susur galur mereka..
Cara kehidupan dan ekonomi masyarakat pribumi ini..
Adat resam dan agama yang diamalkan..
Paling menakutkan bilamana tengok ukiran topeng yang dihasilkan..
Mujurlah malam tadi tak mimpi yang bukan-bukan :)








Kesudahan lawatan diakhiri dengan membasahkan tekak dengan aiskrim..
Memang nikmatlah..!!

Isnin, 27 Januari 2014

Happy Besday Mum..!!!


As-salam...


Sambutan Hari Lahir Emak kami sambut semalam..
Buat secara kecil-kecilan saja..
Panggil jiran terdekat yakni kawan-kawan Emak..
Majlis bermula kira-kira jam 6.00 petang..
Dan tetamu akhir balik pada pukul 10.00 malam..







Eky sangat kelakar..
Majlis belum mula dia dah suruh Opah potong kek..
Tak menyabar langsung nak makan..
Opah macam biasalah demi cucu ikutkan saja..
Kek ini perisa durian..
Tajaan khas kawan Opah iaitu Makcik Faizah..
Menu utama adalah mee rebus..
Tetamu yang datang tidak dibiarkan pulang dengan tangan kosong..
Emak sedekahkan bubur lambuk..
Syukur rezeki lebih awal tahun ini..

Alhamdullilah ianya berjalan dengan baik..
Dan paling penting Emak gembira kami pun turut rasa demikian..


SELAMAT HARI LAHIR EMAK..WE LOVE U FOREVER AND EVER...MUAHHSSSS..!!!

Jumaat, 24 Januari 2014

Jumaat Sudah..!!


Assalam semua..

Semalam hari gaji kan..
Jadi lepas kerja terus makan luar..
Saja bawa anak-anak menghirup angin malam..
Destinasinya ke Kenny Rogers Roaster..
Hari tu masa pergi Taman Equine makan juga..
Nak kata gian tidaklah..
Cuma makanan ini sesuai dengan tekak Eky dan Raiqa..
Begitu juga dengan Mama dan Babahnya,hahahhaha..


Gunalah baucer yang dapat masa makan tempoh hari..
Tapi kali ni tak dapat pula baucer macam nie..
Katanya,hanya tempat-tempat yang terpilih saja..
Okie,tak kisahlah janji kenyang sudah..
Chill..


Hujung minggu memang tak ada rancangan lagi..
Rasa mahu duduk rumah..
Masak yang sedap-sedap..
Tengok tivi sambil layan anak-anak..
Then,tidur secara berangkai anak beranak..
Tapi adakah akan menjadi realiti
Kita tengoklah kesudahannya nanti..


K,bai~~~

Khamis, 23 Januari 2014

Macam - Macam Hal..!!


Sayu hati bila baca mengenai budak perempuan umur 2 tahun kena bunuh..
Apa punya kategori manusia macam nie..
Menurut laporan awal semuanya angkara pengaruh dadah..
Sadis sungguh bila melibatkan hal kanak-kanak..
Semoga hukuman setimpal menanti pembunuh adik Nursyafiqah..
Yang pasti syurga menanti anak kecil ini..


Foto nie masa cuti Thaipusam..
Lepak kat Kidzoona di Equine Park..
Seronok tengok anak-anak bergembira di sini..
Gelagat yang mencuit hati..
Mujurlah masa pergi tak ramai orang..
Adalah dalam 2 jam berkampung di sini,hahahah...

Okie..wassalam..!!



Selasa, 21 Januari 2014

Mari Ke Muzium..!!


Semalam lepas makan tengahari Wan bagi idea lepak kat Muzium Negara..
Sebagai isteri yang baik aku menurut saja,hahahah..
Kebetulan masa pergi tue ada pameran adat resam Melayu..
Macam orang disorongkan bantal..
Maka kami ambillah peluang tue..

Ramai juga pelawat yang datang..
Kebanyakkannya dari negara China dan Arab..
Bagus juga sesekali ke sini..
Boleh menambahkan ilmu di dada..





Sebelah pameran nie,aku nampak juga ada Muzium Orang Asli..
Dibuka kepada orang awam secara percuma..
Tengoklah jika ada kelapangan akan melangkah jua..


Okie,babai~~~~

Isnin, 13 Januari 2014

Hari Ni Keja Esok Cuti..


Assalammualaikum..

Isnin kembali lagi dengan mood pelbagai rencah..
Esok cuti lagi..
Haruslah gumbira walaupun 1 hari..
Malas nak ambil cuti awal-awal tahun..
Mahu simpan untuk cuti Hari Raya dan waktu-waktu kecemasan..

Banyak hal terjadi dalam minggu nie..
Dengan kekangan kerja yang adakalanya tinggi menggunung..
Dan sesekali langsung tiada..
Maka duduklah aku di meja sendiri melayan perasaan..
Mahu berborak dengan kawan lain rasa terbatas juga..
Sebab nampaknya mereka tersangatlah sibuk..
Seperti biasa tiada istilah rehat bilamana hujung minggu..
Penat usah cakaplah..
Namun hilang serta merta tatkala melihat keletah anak-anak..


Sejak Wan kena kerja hari Sabtu..
Jadual aku pun berpusing 360 darjah..
Pada hari itulah mahu tidak mahu semua kerja rumah harus dibereskan..
Jarang sekali kami keluar pada hari tue..
Selalunya hari Ahadlah masa untuk bersantai sambil bawa anak-anak bersiar..
Tak tentu arah haluan kami..
Jika tidak ke taman,kami ke pusat membeli belah..
Bukan menghabiskan duit yer..
Cuma lepak di mini permainan hiburan untuk kanak-kanak..
Bayar RM6.00 gasak mainlah sampai puas.


Alhamdullilah perkembangan kedua-dua anak aku cukup memberangsangkan..
Si abang bulan nie dah 2 tahun 6 bulan..
Wow lagi 7 bulan genaplah 3 tahun..
Adiknya pula dah 10 bulan..
Bulan Mac cukup 1 tahun..
Tak terasa masa cepat beredar..
Dalam pada banyak rintangan dan dugaan membesarkan mereka..
Syukur Allah permudahkan segalanya..


Notakaki:Tetiba teringin makan western food..Tengahari nanti akan kuperkenankan permintaan sang perut,hahahah..!!



Jumaat, 10 Januari 2014

Jimat Bukan Kedekut Ye..!!


Ralat sebab tak dapat tengok episod akhir Pencetus Ummah..
Niat asal cuma nak tidurkan Raiqa..
Akhirnya aku juga turut belayar..
Takpelah,Astro ada siaran ulangan..
Jadi kita manfaatkanlah saja..

Bercakap pasal Astro..
Isnin lepas aku sudah potong siaran yang tak relevan untuk ditonton selama ini..
Bil dulu adalah RM87.93..
Channelnya pula terdiri dari Pakej Family,Sport dan Learning..
Memang jarang tengok sebab hujung minggu tak lekat kat rumah..
Apatah lagi hari biasa..
Kini aku ambil Channel yang basic saja..
Dan harganya adalah RM42.95..
Walaupun jimat RM40.00 oklah tue..
Boleh cover beli susu anak-anak..

Alhamdullilah itu langkah pertama ke arah berjimat..
Oleh kerana kami suami isteri suka bercuti..
Makanya kata sepakat telah dicapai....
Lebihkan minat anak-anak dahulu..
Kolam renang haruslah ada..
Baru nikmat bercuti itu dapat dirasai..
Rancangan cuti yang panjang In Shaa Allah lepas raya nanti..
Ke mana destinasi tunggulah nanti yer..

Pada aku dalam situasi ekonomi yang tak stabil..
Dan ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang,bil dan minyak..
Rasanya haruslah memaksimumkan perbelanjaan harian..
Bising-bising pun tak guna..
Sebab dah agak selepas PRU perkara begini akan terjadi..
Pemimpin yang sedia ada pun hanya tahu cakap saja..
Tak tahulah sama ada mereka faham atau buat-buat tak faham dengan masalah rakyat marhaein..
Pendek cerita biarkan mereka dengan labu-labunya..
Marilah kita meneruskan kelangsungan hidup mengikut kemampuan..

Seperkara lagi rezeki datangnya dari Allah..
Dengan syarat kenalah berusaha..
Percayalah jika niat kita baik..
Akan dibalas dengan sewajarnya..

Allah tahu apa yang terbaik untuk umat-NYA..!!







Khamis, 9 Januari 2014

Tabita Kini Dihati..!!


Aku berjinak dengan Tabita sejak 4 bulan lalu..
Memula aku cuma beli yang Set Trial..
Then bila dah nampak hasilnya aku beli yang Set Regular pula..
Boleh bertahan lama sikit..

Pengalaman kali pertama pakai rasa cuak juga..
Sebab muka kita akan mengelupas dan menjadi tegang..
Tapi mengelupas kecil-kecilan..
Ia lebih banyak di bawah mulutlah..
Ada juga pengguna yang pakai tak mengelupas..
Bergantung pada tekstur kulit masing-masinglah..
Mujurlah hal tue berlaku dalam tempoh 2 minggu saja..
Dan sepanjang itulah aku berpantang tak pakai mekap..


Alhamdullilah kulit muka aku bertambah baik..
Tak kusam macam dulu..
Nampak lebih bersih dan glowing..
Nampaknya Tabita sangat serasi dengan kulit muka aku..
Ada jugalah perubahan..
Bukan nak jadi ratu cantik pun..
Atau meminta pujian manusia..
Asalkan menyenangkan di mata suami sudah cukup memadai..
Betul tak..?

In Shaa Allah aku akan terus menggunakan set ini..!
Memang harganya agak mahal..
Tapi jika mendatangkan hasil apa salahnya melabur..

Tepuk dada tanya selera..
Chill..!!







Tips Berbelanja..!!



Notakaki : Tak rugi ikut..!!

Isnin, 6 Januari 2014

Mari Ber-Camping 02


Bangun pagi terus sarapan cekodok..
Hasilnya 3 pinggan habis dimakan oleh Eky dan Raiqa..
Acara mandi manda bersambung lagi..
Adik Raiqa pun join sekali..
Mana boleh tahan tengok dari jauh kan,kuikukkui...















Sementara Eky dan Babah bersukaria di dalam air..
Aku pula uruskan Raiqa..
Bersihkan dia dan lepas tu kasi dia makan sekenyangnya..
Dengan harapan dia akan tidurlah..
Dan bolehlah kemas apa yang patut..
Tapi meleset sungguh..
Jadi layankan saja kerenah si kecik ini..





Sampai rumah jam 3.30 petang..
Penat usah cakaplah..
Namun yang penting anak-anak gembira cukup memadai..

Wasalam~~

Mari Ber-Camping 01


Aktiviti berkelah memenuhi kalendar hujung minggu kami..
Siri percutian yang mencabar terutama bila bawa anak-anak..
Lokasinya terletak di Kuala Kubu Bharu..
Takpelah,sekurang-kurangnya dapat kutip pengalaman..
Tapi untuk edisi akan datang kena tunggu anak-anak besar dulu..:)

Silalah layan gambar pada hari pertama..








Apalah ertinya ber-camping tanpa berenang-renang..
Itulah yang paling ditunggu oleh anak-anak..
Okie,kami pergi 3 sekeluarga dan 1 bujang teruna..
Jadi meriahlah dengan suara kanak-kanak..
Eky seperti kena histeria tatkala nampak air..
Tak menyabar langsung..










Makanan pula kami telah bersetuju bawa yang berprotein..
Ada ayam,ikan,daging,lamb chop dan burger..
Makan begitu saja pun sedap juga..
Mujurlah dapat join BBQ sekejap..
Lepas kasi Eky dan Raiqa makan,dua-duanya merengek manja..
Masuk khemah terus tidurkan mereka..
Sekali dengan Mamanya pun belayar bersama..
Sedar-sedar dah Subuh,hehehehe..










K,Bai~