Khamis, 27 Oktober 2011

alahai opah!!!

pagi2 lagi emak aku sudah telefon..bertanyakan khabar cucunya yg sorang itu,hahhaa...
ini mesti kes rindu lah...yelah 4 hari tak dapat menatap wajah cucu kesayangannya itu...

sabar ye emak...4 hari tu tak lama pun

mulai hari ini sampai sabtu aku akan berkursus di PD....
oleh kerana aku dapat satu bilik seorang makanya aku bawalah en.ridzuan dan hero kecikku itu...
sambil berkursus sambil bercuti...
inilah dinamakan sambil menyelam minum air,hahahhaha

seronok sangt!!

hari ini aku bawa anakku ke pejabat...
lepas zohor maka berangkatlah kami ke PD....
syukur sebab dia tak banyak meragam...

notakaki:rasa kelakar juga bila subuh2 emak sudah telefon...

alahai cucu opah!!!

FAM oh FAM!!

nampaknya keputusan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan makin mendapat tumpuan.. hari ini pelbagai pihak melemparkan rasa tidak puas hati di atas kenaikan harga tiket perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam sabtu ini....

FAM dikatakan tidak mengambil kira keadaan ekonomi semasa kini dan kepayahan kedua-dua penyokong yang bakal hadir ke Shah Alam nanti.. kenaikan harga tiket itu bakal meningkatkan lagi kos penyokong yang bakal hadir terutama sekali buat penyokong Terengganu yang bakal mengharungi perjalanan yang jauh.

aku dengar cerita ramai penyokong Terengganu memboikot untuk tidak turun ke Shah Alam bagi menyaksikan secara langsung perlawanan akhir itu n sehingga penjualan tiket di Kuala Terengganu dikatakan ditangguhkan kerana tiada pembeli.. Kerajaan Negeri pula terpaksa memberi subsidi 50% untuk para penyokong yang hendak turun ke Shah Alam.. bermakna Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk cover balik harga tiket sebenar..!!

menyusahkan orang betul FAM ini,huhuh!!


Diharapkan masalah ini tidak terbawak-bawak sampai bila-bila.. jika ini berterusan nescaya stadium akan kemabali sepi seperti 10 tahun yang lepas..

pikir2kanlah!!

Selasa, 25 Oktober 2011

deepavali aka pesta cahaya

Esok kesemua penganut Hindu akan meraikan pesta cahaya yang disambut setiap tahun.. Depavali gabungan perkataan "dipa" yang bermaksud cahaya dan "gavali" yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 pada bulan Aipasi dalam kalender Tamil setiap tahun.

Di negara kita sambutan Deepavali tidak kurang meriahnya dimana penganut Hindu akan mendi minyak sebagai lambang penyucian dan semangat
selesai mandi minyak mereka akan ke kuih dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga....

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijirIn pelbagai warna . Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka....

notakaki:aku berjiran dengan bangsa india...sangt peramah,baik da mesra orngnya..rajin bersembang dan bertolak ansur dalam segala hal...
inilah dinamakan 1 malaysia!!!

HAPPY DEEPAVALI...
VANAKAM!!

mertuamu mertuaku jua!!!!

pagi tadi sementara menunggu wan bersiap ke pejabat sempat jugalah aku menonton rancangan semanis kurma...
siaran ulangan agaknya kot...
tajuknya adalah mertua vs menantu...
panel terdiri dari dr hj fadzilah kamsah manalah yg seorag lagi aku lupalah...
org biasa sahaja...bukannya selebrti,hahhaha!!!!
isu yg dikupas oleh panel2 amat bernas sekali...
bernas juga pandangan yg diberikan oleh ahli panel terutama pakar motivasi dr haji fadzilah kamsah...

pelbagai permasalahan yg berlakulah dalam masyarakat kita apabila menyentuh hal ini...
sama ada ibu mertua tidak serasi dengan menantu ataupun sebaliknya...
kenapa hal ini terjadi ye?
aku pun sendiri kurang pasti...
sebab mengikut pengalaman, aku memang tiada ibu mertua,ehhehhe
kalau hendak bagi pendapat boleh sahaja...

jadi kesimpulannya,sayangilah ibu bapa mertua kita seperti mana ibu dan bapa kandung kita sendiri....
banyak ganjaran pahala apabila kita berbakti kepada mereka....
biasalah orsng tua kan?
pelbagai ragam mereka yg kita kadg2 sukar hendak difahami...
kita pun akan melalui fasa yg sama suatu hari nanti....
entah2 macamana pula peel
kita ye???
harap2 tidak menyusahkan anak2 pula kan...
diberi kesihatan yg baik dan sejahtera hendaknya
Amin...

oh.....rindu pula kat emak!

Isnin, 24 Oktober 2011

saya sangt sibuk

oh minggu ini amat sibuk bagi saya...
banyak urusan di pejabat...
khamis ini ada kursus kat PD....
huhuhu...semoga aku tabah menghadapi mingu2 ini dengan jadual yg agak padat...
inilah harga yg perlu dibayar sebagai wanita bekerja.....

Piala Malaysia-misi ke-33 tidak berjaya!!

hai semua...
isnin kembali lagi...
hari ini jalan sangt2 clear
kalaulah hari2 begini kan bagus....

kempen Piala Malaysia sudah sampai ke penhujungnya...
rasanya semua sudah sedia maklum bahawa perlawanan akhir akan berlangsung sabtu ini di mana akan menemukan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan....
keputusan separuh akhir kedua tidak memihak kepada pasukan kegemaranku,Selangor...
kalah di tepat lawan dengan jaringan 1-2 tidak melayakkan pasukan Red Warrior menempah tiket ke perlawanan akhir...
lantaran itu misi ke-33 merebut piala berprestij tinggi negara itu tidak dapat dicapai....
makanya tahun depan Selangor harus bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut...


takpe,Selangor dah menang sebanyak 32 kali....kira hebatlah tue

untuk final nanti,aku lebh berpihak kepada Negeri Sembilan walaupun ramai menjangkakan Terengganu mempunyai kelebihan...
kenapa aku pilih Negeri Sembilan???
sebab ada kembar dua orang tue lah,hahahhaha!!

gatalkan aku nie!!!!
:)

Ahad, 23 Oktober 2011

hujung minggu saya duduk rumah sahaja..

salam hujung minggu semua...

aktiviti aku minggu ini agak padat juga
semalam, kerja2 pemasangan kabinet dapur telah berjaya dilaksanakan...
agak lama juga kerja2 berikut dilakukan iaitu dari jam 930 pagi hingga 530 petang....
makanya duduk rumah sahajalah...
malamnya pula sibuk berkemas menyusun barangan yg hendak diletakkan di dalam kabinet tersebut...
hasilnya sangat menggembirakan kami suami isteri...
tak sia2 tunggu lama2 kerna ianya menepati citarasa kami berdua...
selepas ini harus menumpukan perhatian kepada almari dalam bilik pula....
mengikut rancangan kami mahu memasang almari baju yg kekal...
tak perlu ubah2...
senang sedikit ada almari tetap ini
kami memerlukan almari sedemikian kerna mahu menampung baju2 aku yg terlalu banyak...
maklumlah orng perempuan bajunya lagi banyak dari org lelaki....
malaslah hendak beli 2 almari kerna ianya akan menyempitkan ruang...

aku belajar ini pun dari majalah ikea...
cantik juga kalau ada almari tetap ini....
banyak benda boleh diletakkan....

baiklah kita berhenti dulu cerita pasal hal ini....

petang ahad seperti biasalah aku akan hantar rifqi ke rumah emak aku...
dulu aku agak sedih,gundah dan hiba...
namun kini perasaan itu dapat aku atasi...
apalah hendak dilayan sangt perasaan itu kerna rumah emak dan aku bukanlah jauh...
kalau terlalu rindu aku singgahlah rumah emak,hahahhaha

memang best kalau rumah emak dekat dengan kita

jumaat lepas rifqi demam dan makanya terpaksa aku ambil cuti.
demam selepas kena cucuk untuk 3 bulan agaknya????
doktor cakap demam biasa sahaja...
tak perlu risau apa2...
cuak juga aku bila emak telefon pagi jumaat mengatakan anakku menangis semalaman...
alhamdullilah selepas balik dari berjumpa doktor rifqi tersenyum padaku...
bermain riang seperti biasa...


tak ada apa2lah zura...demam2 biasa je tue
anak mama kuat orangnya,hehehhee


itu sahaja cerita aku di hujung minggu.....

duduk di rumah itupun kadang2 sangt indah!!!!!

Khamis, 20 Oktober 2011

supermak moden...

semalam dalam jam 11 malam baru aku sampai rumah...
fuh padat betul aktiviti aku kebelakangan ini...
pulang dari kerja singgah rumah emak...
tengok anak dan selepas itu terus ke tesco membeli barangan dapur...
hujan yg lebat telah menyebabkan jalan sesak di sana sini...
sampai sahaja ke tesco dalam jam 9.00 malam...
adalah dalam 2 jam aku menghabiskan masa di sana...
harus membeli brgan dapur waktu hari bekerja kerana hari minggu terlalu penuh umat manusia...
tak tertanggung rasanya bersesak2 dan beratur panjang di kaunter pembayaran...

kemudian wan pula lapar dan semestinya singgah di kedai makan...
wan sahaja yg makan,aku hanya minum air sahaja...
yg ada dalam fikiran hanya nampak tilam kat rumah...

sampai sahja di rumah terus letak barangan yang dibeli di dalam peti ais...
cuci muka dan terus tidur...
manakala wan pula berjaga sampai 2 pagi kerana menyiapkan kerjanya...

apa yg ingin aku sampaikan di sini...
sudah 4 hari aku kembali bekerja dan apabila pulang sahaja ke rumah aku langsung tak sempat tengok tv...
selepas mandi aku akan basuh baju dan sambil2 itu lipat baju
sementara menunggu baju dibasuh aku kemaslah rumah ala kadar dan gosok baju
habis semua kerja barulah aku baring
apabila sudah baring apalagi terus terlena hingga ke pagi...
tidur mati,dan tak sedar langsung
nampak sangt yg aku ini sangt keletihan...
hendak ber-fb pun agak terhad ketika ini...
bayak urusan aku harus selesaikan...

supermak betul aku ini....

dari mana aku dapat tenaga yer?

jawapannya.aku sendiri pun tidak tahu!!

Rabu, 19 Oktober 2011

CINTA,SAYANG,SUKA&MINAT

Assalamualaikum!~

Cinta

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita..Segala apa yang kita buat, kalau boleh semua hendak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tidak maku sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat bodoh sahaja)


Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita akan tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, perasaan rindu itu tidak wujud walaupun seminggu tidak berhubungan…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita..)


Minat

Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Kategori manakah kalian semua,hahaha??

wanita itu indah

Wanita itu indah
Allah menciptakan wanita
Dengan mata yang teduh
Senyum yang menenangkan
Suara yang menyejukkan

Wanita itu indah
Tidak peduli coklat atau putih
Hitam atau kuning
Tinggi atau pendek
Gemuk atau langsing
Tetap ada pesonanya

Wanita itu indah
Tempat anak-anak berlari mencari ketenteraman
Tempat anak-anak belajar mengenai dunia
Tempat anak-anak belajar mengenai kasih sayang
Tempat anak-anak belajar bahawa wanita itu indah

Wanita itu indah
Tempat suami mencari kedamaina
Tempat suami berkongsi suka dan duka
Tempat suami melimpahkan kasih dan sayangnya

Terima kasih ya Allah
Engkau telah menciptakan aku sebagai seorang wanita
Segala kenikmatan Kau berikan aku menadah kesyukuran
Kerna Engkaulah berhak ke atas diriku
Aku pasrah!!

Sesungguhnya menjadi wanita itu sangt indah

mengapa hospital ampang

sebenarnya cadangan awal hendak bersalin di hospital KPJ...
maklumlah wan ada kad ING dan hospital KPJ termasuk dalam hospital panel syarikat tempat wan bekerja....
hendak juga rasa layanan dan kemudahaan dari hospital ini...
sebab ramai yg canang hospital KPJ sangt bagus kemudahan dari segi peralatan dan layanannya...
cas untuk bersalin normal kad tersebut hanya cover
sebanyak rm3000

tetapi setelah sampai waktu hendak bersalin aku menukar fikiran...
bukan apa adalah lebih baik aku bersalin di hospital kerajaan yg sudah tentunya percuma walaupun terpaksa di bedah....
sebab kadang2 apa yg kita rancang tidak sama dengan ketentuan dari-NYA...
manalah tahu tiba2 berlaku komplikasi di saat akhir mahu bersalin...
berlaku perkara2 yg tidak dingini dan terpaksa menghuni hospital beberapa hari..
dan pasti jumlah cas bayaran akan beribu-ribu lemon harganya...
mahunya menangis kami suami isteri....

bertolak titik dari alasan itu makanya aku telah memilih hospital ampang sahaja....
kerna ramai kawan2 aku yg mencadangkan hospital ini...
lokasinya pun tidak jauh dari rumah aku...
kalau melalui MRR2 hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja...

alhamdullilah,akhirnya aku bersalin jua di hospital ampang...
aku ditempatkan di wad ketiga...
pasrah menerima kerna sedia maklum akan kesesakan wad bersalin setiap hari,masa,minit dan saat...
tak kisahlah janji selesa dan tempat tidur yg selesa aku sudah bersyukur...
segala2nya berjalan dengan lancar...
dan yg paling aku suka impian aku itu bersalin normal tercapai....


prosedur bersalin pun sangat senang...
doktor dan jururawat banyak membantu aku...
terima kasih kepada jururawat2 di sana yg membantu mengajar aku cara2 penyusuan yg betul...

senang cerita,aku sangt berpuas hati dengan perkhidmatan hospital ampang

selepas ini bolehlah bersalin di hospital ini lagi,kakakka!!!!

bangkitlah wahai gergasi merah kuning

malam tadi duduk berdua lagi...
sambil melipat baju layan perlawanan bola sepak antara selangor dan terengganu...
kesudahannya berpihak kepada pasukan lawan,terengganu dengan jaringan 2-0...
agak kecewa sedikit dengan keputusan tersebut....
lebih2 lagi pasukan merah kuning kecundang di tempat sendiri...
namun mereka mempunyai satu lagi peluang menebus kekalahan tersebut apabila bertandang ke kuala terengganu...
walaupun misi ini agak sukar tapi ianya tidak mustahil untuk mengejar jumlah jaringan tersebut...

bola itu kan bulat....
macam2 boleh terjadi!!!

sejak akhir2 ini kembali meminati selangor..
dulu masa zaman2 azman adnan selalu juga aku ikuti liga malaysia ini...
rajin jugalah pergi stadium bila gergasi merah kuning beraksi...
namun sejak zaman kejatuhan selangor maka ianya telah melenyapkan minat aku itu...
tetapi aku tidak pernah berpaling ke pasukan lain....
gergasi merah kuning tetap di hati,hahahha!!!

notakaki:mungkin sebab safik rahim kot agaknya minat kembali,hehhehe??

jangan jeles!!!

saya budak baru belajar!!

aku memang seorg yg tidak tahu memasak
aku memang seorg yg jarang ke dapur
aku memang seorg yg tidak pernah menonton rancangan masakan...


senang cerita yg aku ini kalau bab2 memasak memang mengaku kalahlah...
dari bujang sampailah sudah kahwin perkara masak memasak ini aku pandang enteng sahaja...
langsung tidak menarik hati aku untuk belajar,hahaha
terukkan?

3 bulan pertama kahwin memang ashik makan kedai sahaja...
membungkus makanan sudah menjadi rutin harian
kdg2 terdetik di hati aku sampai bila harus begini?
aku bernasib baik sebab wan langsung tidak pernah bersuara...
sebab dia sedia maklum yg aku memang tidak reti memasak....

langkah pertama yg aku lakukan adalah mencari resepi dari en.google
aku dahulukan resepi yg mudah2 dahulu macam nasi goreng,mee goreng,bihun goreng dan seangkatan dengannya
sudah agak pandai barulah aku mencuba masakan berlauk...
paling mudah adalah ayam...
dari en.google aku mencuba resepi seperti ayam masak merah,kari ayam,masak rendang,ayam masak kunyit dan apa2 jenis masakan berlaukkan ayam lah...
selepas itu barulah beralih ke resepi ikan...
setakat ini itu sahaja yg baru aku pelajari....
masih bertatih2 lagi dalam dunia masakan....
soal sedap atau tidak itu perkara nombor utama...
pokoknya aku sudah melakukan sedaya yg termampu...
aku ikhlas belajar memasak walaupun itu bukan minat aku....
banyak yg harus aku pelajari dari semasa ke semasa....

benar kata org,apabila kita sudah punyai suami secara automatik kita sudah tahu masak
tak kisahlah seringkas mana masakan kita itu asalkan dari air tangan kita sendiri ianya begitu nilai sekali
juga mendapat pahala lagi
air tangan seorg isteri memang sukarditandingi di mana2,hahahha....

aku masih terus belajar dan belajar memantapkan skill masakan aku...
kadang2 ada juga aku bertanya pada kawan2 di pejabat...
wah,diorg lagi teror masak....maklumlah otai kan?

apa yg mampu aku simpulkan,setinggi mana kita seorg wanita ke dapur jua lah...
memang sejak azali itulah peranan kita sambil dibantu oleh suami sekali sekala...!!!!

notakaki:teringin sekali aku hendak buat nasi beriani..mungkin suatu hari impian itu akan tercapai...bila masanya aku pun tak tahu...
tak salah ada impian kan??

salam pagi rabu yg indah!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Dirgahayu-Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Agong ke-14

Menjunjung Titah, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu telah melantik Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong ke - 14.
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja telah dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Badlishah.
Baginda yang juga lulusan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Wadham College Oxford United Kingdom, pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Manakala Sultan Muhammad V, telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

DAULAT TUANKU!!!!

apabila manusia pentingkan diri sendiri


Gambar diatas adalah peristiwa yang berlaku di China..
dimana kanak-kanak berusia 2 tahun yang menjadi mangsa manusia yang pentingkan diri sendiri.. kanak-kanak yang sedang berada di tengah jalan di sebuah pasar dikatakan dilanggar sebuah van.. lebih malang van itu beredar meninggalkan kanak-kanak yang dilanggar itu tanpa peri kemanusiaan langsung.

Sejurus selepas pelanggaran itu ada beberapa orang yang berada disekitar tempat kanak-kanak tu terbaring dan mereka hanya melihat sahaja.
kenapa masih ada manusia seperti ini..??

kedua ibu bapa kanak-kanak malang itu melahirkan rasa tidak puas hati keatas apa yang berlaku pada anak mereka. kedua-dua pemandu van yang melanggar kanak-kanak itu telah ditahan oleh polis.

Apa sifat kemanusiaan terhadap setiap insan itu sudah pudar..??

sehari tanpa rifqi

salam semua
semalam aku dan wan berdua2an di rumah tanpa rifqi...
sebelum itu aku melawat anakku itu selepas waktu bekrja..
alhamdullilah dari pengamatan aku rifqi sangt gembira tinggal di sana...
tiada apa2 masalah pun untuk anakku menyesuaikan diri...
emak aku beritahu yg anakku suka tgk rancangan baby tv
sambil tengok tangan dan kakinya bergerak akitf...
syukur sangt2 di mana anakku boleh membawa dirinya ketika aku dan wan bekerja...
selesai sudah sesi penjagaan anak...

sehari tanpa anak di sisi serba sedikit janggal rasanya
selepas menjenguk rifqi aku menyibukkan diri membuat kerja2 rumah yg tertangguh...
dengan cara itu dapatlah aku mengubat sedih sehari tanpa anak,huhuhu
selesai tugas2 tersebut aku apalagi terus tidur...
hari ini pergi kerja bersama2 suami seperti tiada apa yg berlaku....
pada aku,jangan melayan sangt perasaan kita kerna akibatnya memakan diri sendiri...

sapa tak sayang anak oi????


namun inilah yg dinamakan pengorbanan....
bukan aku tidak boleh menghantar rifqi ke rumah orang namun ini atas permintaan emak aku sendiri...
tangan darah daging sendiri tidak sama seperti orang lain...
atas kepercayaan itu makanya kami bersetuju emak menjaganya...

kini aku harus menumpukan perhatian kepada hal2 kerja pula....
aku sedang membiasakan diri untuk membahagiakan tugas2 di rumah dan pejabat...
untuk makluman jadual wan kini akan padat sehingga hujung tahun...
makanya aku harus menguruskan hal rifqi seorg diri sambil dibantu oleh keluarga..
memang agak mencabar namun semuanya itu akan aku lalui dengan tenang...

apabila wan ada tugas luar aku akan tidur di rumah emak aku,hahhaha
nasib baik ada keluarga yg tinggal berdekatan...
jadi semuanya itu akan memudahkan tugas aku untuk menjaga rifqi lebih2 lagi dengan usia rifqi yg hari ini sudah memasuki angka 3 bulan...
setiap hari jumaat hingga sabtu adalah hari yg diperuntukkan untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama2....
betul kata orang sepakat membawa berkat!!

hidup berumahtangga harus ada kesepakatan...
banyak benda yg harus dibawa berbincang lebih2 lagi tentang anak...
aku cuma mengharapkan agar segalanya dipermudaahkan oleh Allah..Amin!

Isnin, 17 Oktober 2011

kembali melaporkan diri..........

salam semua...
hari ini aku sudah mulai kembali bertugas..
maka bermulalah kehidupan baru sebagai seorang penjwat awam yg berdedikasi...
haha...ayat tak boleh blah...
seperti biasa seawal jam 6 pagi sudah bangun...
setelah bersiap suami isteri terus memecut ke pejabat...
sesampai sahaja di pejabat ramai kawan2 yg tegur bertanya kabar aku dan rifqi...
alhamdullilah setakat jam ini semuanya berjalan dengan lancar...
perasaan berbelah bagi lebih2 lagi mengenangkan anak di bawah jagaan emak...
setakat ini aku belum telefon emak lagi...
mungkin petang nanti baru telefon...
bukan apa,aku takut tidak dapat menahan perasaan sedih sahaja bila dengan suara rifqi
harap2 rifqi baik2 sahaja di sana....

Selasa, 11 Oktober 2011

tegarkah aku?????

dinginnya tubuh ini walaupun keadaan cuaca sangt panas di luar sana...
sejak akhir2 ini sakit belakang kerap datang
adakah ini kesan dari selepas bersalin?
atau aku terlalu aktif walaupun telah dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti berat...
aku sememangnya seorg yg degil...semua nasihat tersebut aku langgar sebab aku bukan jenis orang yg suka duduk diam...
cuti bersalin yg sepatutnya dimanfaatkan untuk berehat tiada makna bagi aku....
hampir setiap minggu ada sahaja aktiviti yg akan aku lakukan....
selalunya bangun2 sahaja dari tidur aku terus buat kerja rumah....
mengemas rumah,basuh baju,mandikan anak,memasak dan pelbagai kerja harian yg aku lakukan...
senang cakap aku memang tak reti duduk diam...
pernah satu hari wan tegur akan sikap aku ini...
dia suruh aku berehat saja kerna esok masih ada....
kadang2 aku terlebih rajin mengemas rumah walaupun jam sudah 10 malam....
hahaha....tak tahulah kenapa aku begini?
aku memang tak boleh duduk diam...

semasa bersalin dulu pun sama sahaja...
sebab itulah aku bersalin senang,hehehe
doktor pun kata begitu...katanya senang kamu bersalin ye....
apa motif aku tulis entry ini....
tidak ada apa2 cuma sekadar luahan kosong sahaja...

aku pun terkejut sebab berat badan aku turun secara mendadak...
walapun belum mengenai sasaran yg ditetapkan namun aku bersyukur kerana seluar jeans lama aku sudah boleh pakai...
satu pencapaian yg membanggakan...
namun aku tidak boleh cepat puas hati kerana harus menurunkan lgi terutama di bahagian pinggul....
mungkin faktor keaktifan aku menjadi salah satu faktor berat badan aku cepat turun...
aku memang mahu berjoging tetapi buat masa ini memang tidak boleh...
harus menunggu sehngga rifqi berumur 6 bulan...
percaya atau tidak satu jamu pun belum aku makan lagi,hahahha
terukkan aku ni???

pada aku sebagai wanita kita kenalah aktif baru kita mendapat kecergasan yg semaksimum...
apabila kita aktif penat itu menjadi soal kedua...
hampir semua kerja rumah aku lakukan sendiri tanpa bantuan wan....
itu menjadikan aku seorg yg kuat,berdikari dan cekal...
mungkin sebab aku kahwin dengan pemain bola serba sedikit ianya telah mempengaruhi diri aku...
apapun semuanya terpulang pada diri sendiri...
tepuk dada tanya diri!!!

apabila kita aktif,sakit2 jarang datang

kesimpulannya,aktifkan diri anda selalu!!!!

berkelah di ulang tahun perkahwinan.....

salam....
sempena ulang tahun perkahwinan pertama wan telah membawa kami sekeluarga ke port dickson...
jumaat malam,7/10/11 wan bagitau esok bangun pagi kerana kita akan pergi berkelah...
destinasinya adalah port dickson...
wah,gembiraya....
kata wan dia minta maaf sebab hanya mampu pergi PD saja...katanya hotel semuanya sudah penuh maka dia mengambil keputusan untuk berkelah saja....
aku ok sahaja..tiada bantahan..
rasa sayu juga sebab berkali2 dia minta maaf sebab ulang tahun perkahwinan kali pertama tak disambut secara besar2an...
aku faham...
kekangan masa kan?
tak kisahlah sambut di mana2 pun asalkan ada satu keluarga cukup membahagiakan..



kami sampai kira2 jam 11 pagi...
selpas wan pasang khemah terus landing reht2 kn badan..
angin yg sepoi2 bahasa menambahkan kemengantukan mata ini,hehhe
jadi sempatla aku tiduor dalam 30 minit,hahaa
anak aku pula sangt2 cemerlang...langsung tak meragam

bagus anak mama...syabas!!!!

selepas sahaja sembahyang zohor,kami terus ke laut...
wan sahaja yg mandi...
aku dan rifqi sekdar main2 air sahaja...
sekali lagi rifqi telah memberi aksi yg cemerlang kerana dia langsung tidak takut air...
bila aku letak sahaja kakinya di dalam air terus gelak keriangan...
wah,nanti apabila rifqi sudah besar bolehlah bawa berenang...





kemuncaknya acara memotong kek yg di sponsor oleh encik suami...

terima kasih atas percutian hebat ini....

selpas ini bolehlah pergi berkelah lagi,hahhaa

suka sangt!!!!!

Isnin, 10 Oktober 2011

10.10-setahun sudah bersama

assalammualaiku semua...
alhamdullilah hari ini genap setahun usia perkahwinan kami..
fasa pertama yg dilalui dengan cukup bahagia..
segala dugaan dan cabaran berjaya dihadapi...
tarikh keramat yg kami sama2 pilih setelah mengikat tali pertunangan 14.3.2010....



belum cukup setahun kehadiran muhammad ra'if rifqi melengkapkan hidup kami suami isteri...
ianya juga telah menambahkan keceriaan serta ikatan kasih sayang...
3 bulan hadirnya rifqi ke dunia telah menghadirkan rezeki buat kami..
lebih2 lagi kepada wan..syukur sangt2 kepada Allah atas segala kurniaan ini....


semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat...
amin!!!!

Jumaat, 7 Oktober 2011

pagi yg carca marba...

salam jumaat penghulu segala hari...
syukur kepada Allah kerana masih diberi pelung bernafas di bumi-NYA ini...
seperti biasa tiada yg menarik ingin aku coretkan di sini...
hampir setiap hari rutin yg sama aku jalani...
untunglah ada anak menemani aku...
kalau tak mati kutu aku dibuatnya...

perancangan untuk hari hujung minggu ini agak2 samar... .
memandangkan ulang tahun pertama perkahwinan aku jatuh pada hari isnin makanya sambutan akan disambut pada hari ahad...
panjang sikit masanya...
kemana destinasinya masih menjadi kejutan kepada aku,hahahha
namun pada firasat akulah mungkin wan akan ajak makan2 di luar atau sambut di rumah sahaja bersama anak2...
tak kisahlah meraikan di mana2 sahaja yang penting ada suami dan anak sudah memadai...
namun hari yg istimewa haruslah disambut di tempat yg menarik kan?
mahu juga dilayan seperti permaisuri jugakan?
bila lagi kan?

petang ini bajet 2012 akan diumumkan
harap2 ada sesuatu yg menarik menanti kami rakyat berpendapatn sederhana ini..
jika tiada pun kita harus bersyukur dengan apa yg ada...
masih ada lagi insan2 yg lebih susah dari kita...
muhasabah diri semoga kita menjadi manusia yg lebih insaf
chewah.......berfalsah pula aku..

maaflah pagi ini aku agak blur kerana tidur ku diganggu oleh rifqi yg awal2 pagi sudah bangun...pas zohor ini rasanya ini berduet tido bersama2 anak ku ini!!!!

akhir kata,jadilah pasangan yg terbaik jgn kita lupa asal usul,hahahha

Khamis, 6 Oktober 2011

mahukan percutian bertiga

aku adalah seorg yg suka melancong...
masa bujang dulu tiap2 tahun mesti aku melancong...
tak kira melancong dalam atau luar negara....
sebulan sebelum bernikah pun sempat lagi ke negara jira,hehhehe
aku paling sukakan aktiviti snokling
rasa tenang sahaja apabila berada di dalam air...
sambil itu dapat menikmati keindahan terumbu karang...
sungguh indah ciptaan Allah...
SUBHANALLAH!!!!!

untuk tahun 2011 ini langsung aku berkesempatan untuk berlibur..
angan2 selepas bersalin mahu melancong bertiga lebih2 lagi ulang tahun berkahwinan tinggal kurang seminggu lagi...
namun akibat kekangan masa membantutkan semuanya itu...
jadual wan sangt2 padat pada tahun ini...
ditambah pula kini kami sedang meng-renovate rumah...
selepas itu ashik ulang alih ke ipoh untuk menguruskan hal pembelian rumah lagi...
jadi masa bila hendak melancongnya???
harus menyelesaikan hal2 yg penting dahulu...
melancong bila2 pun boleh pergi...
tunggu rifqi besar sedikit baru seronok pergi melancong,hehehehhe

tahun ini tahun yg agak sibuk bagi kami suami isteri...
hajat untuk mengubahsuai rumah hampir2 tercapai...
kerana rumah aku sudah jadi macam tapak pembinaan,hehehe
syukur dapat menunaikan hajat di hati..
apabila semuanya sudah selesi barulah ke agenda seterusnya iaitu melancong...
yeahhhhhh!!!!

notakaki:sedang menunggu jadual wan yg tidak sibuk kerana katanya ingin menyambut ulang tahun perkahwinan...masanya belum dapat dipastikan namun tempatnya tsangt2 pasti,hehee...
kesimpulannya harus bersabar menanti kefreean encik ridzuan

Selasa, 4 Oktober 2011

terrajin sudah

hari ini aku terlebih rajin...
sebabnya,pukul 5 pagi aku sudah bangun...
selepas itu apa mimpi aku terus ke dapur masak nasi goreng untuk bekalan wan ke pejabat...
inilah kali pertama selepas bersalin aku bekalkan sarapan pagi,hahhaa
ter-rajin pula lah aku hari ini....
wan pul terpinga2 dia apabila melihat aku di dapur tadi...
terus tangannya mengusap kepala aku mahu memastikan samua ada aku ini sakit atau sebaliknya...hahhaha
kelakar pun ada sebenarnya...

diharapkan kerajinan ini berpanjangan selamanya...
mood masak pun sudah kembali...
cakap sahaja mahu masak apa sedaya upaya akan aku usahakan...
goggle kan ada!!!

notakaki:bila bangun pagi2 bgini habis semua kerja rumah telah beres...oh nikmatnya menjadi surirumah!!1

Isnin, 3 Oktober 2011

sejuk hati melihat kamu...


sejuk perut melihat gambar ini...
hilang segala rasa sakit detik2 bersalinkan kamu...
sayang kamu sangt2!!!

persetankan semuanya itu...

monday blues kembali lagi..
bagi aku hari2 adalah sma..
oh...lagi 2 minggu sahaja rutin harian kembali normal seperti biasa...
bangun pagi terus ke tempat kerja....
petang pulang ke rumah maka bertukarlah karektor...
pastinya aku akan merindui saat2 begini...
menjadi surirumah sementara waktu adslah sesuatu yg sukar untuk dilupakan...
anak adalah segalanya...
apabila anak ada di depan terus lupa tentang makan minum mandi dll..
anaklah yg akan didahulukan....

apabila semakin dekat hari untk bekerja makin bercampur baur persaaan ini...
namun fatamorgana hidup harus diteruskan...
fasa pertama telh aku lalui dengan jayanya...
kini fasa kedua yg aku sendri tidak tahu adaka aku mampu lakukan...
menjadi ibu,isteri dan wanita yg bekerja sekaligus...
untuk menjadi supermak memang memerlukan kesabaran yg sangt2 tinggi..
aku ykin boleh lakuksn walaupun agak samar2...
aku percaya selg kita lakukan dengn ikhlas Allah akn memudahkannya...

persetnkn semuanya itu...
kerana bahagia itu sedang melingkari hari2 aku bersama mereka yg tersayang!

Sabtu, 1 Oktober 2011

hujung minggu yg membahagiakan!!!

fuh penat aku sebab mengemas rumah tadi...
alhamdullilah dapur dan bilik air telah siap dengan jayanya...
hasilnya sangt memuaskan...
memenuhi kehendak aku dan wan...
walaupun tak segah mana namun kami tetap berpuas hati...
hendak buat mahal2 tak mampulah..
asalkan nampak cantik di mata kami dan dapat memberi keselesaan sudah memadai...

mujurlh wan balik awal hari ini..
jadi dapatlah kami mengemas bersama2..
rifqi pula sangt baik hari ini...
selepas mandi dan diberi bekalan susunya tidur sehingga jam 11 malam tadi...
itupun bangn sebab mahu susu...
puas minum dia sambung balik tidur...

bagus anak mama...bagaikan memahami tugas mama dan babah!!

kami harus menyelesaikan mengemas malam ini juga kerana sabtu wan aa perlawanan bola sepaknya....
manakala ahad pula harus menghadiri rumah abg wan di serdang...ada makan2 sedikit bersama keluarga....wajib hadir tue!!!
beginilah setiap hujung minggu kami...ada sahaja aktiviti untuk dilakukan...
aku harus bersyukur walaupun waktu bersama keluarga terhad namun kami sedaya upaya akan meluangkan masa dengan mempelbagaikan aktiviti....
semasa berdua dulu selalunya kami akan pergi menonton wayang,berkaraoke,melancong,mengemas rumah bersama2 dam bermacam lagilah..
jarang sekali kami menghabiskan masa di rumah kerana wan seboleh2nya akan memastikan aktiviti kami diisi...

namun apbila sudah bertiga ini lagilah linch pergerakan kami suami isteri...
buat permulaan kami mhu menyesuaikn rifqi dengan persekitaran luar...
maka pusat membeli belah pilihan kami...
sebagai contoh,apabila hendk membeli barangan dapur selalunya kami akan pergi ke tesco...
wan tolak troli manakala aku tolak stroller,hehehe
adilkan begitu?
setakat ini alhamdullilah rifqi sangt baik apabila berada di luar...
tidak membawa apa2 masalah sepanjang kami mendedahkan dia dengan dunia luar...
dia sangt baik apabila orang lain mendukungnya...
begitu juga ketika berada di mana2 sahaja....
jika berterusan begini senanglah mama dan babah membawa rifqi melancong...
jalan jauh2 pun tidak perlu risau....
syukur sangt2...


baiklah mata sudah menunjukkan tanda2 kemengantukkan..

isikan hari minggu dengan yg tersayang...

adios!!!!!!