Khamis, 31 Oktober 2013

Cerita Harinie..!!


Hello..!!


Mood cuti kembali menceriakan hati..
Ke mana pula destinasi kali nie..?
Okie tak jauh mana pun..
Dekat saja..
Memanfaatkan masa dan cuti yang masih berbaki lagi..
Semua dilakukan untuk anak-anak..

Seperti biasa bila tibanya cuti hotel akan penuh..
Takpe aku faham..
Jadi untuk elakkan bosan gigihlah aku google tempat yang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga..
Syukur pencarian itu berjaya..

Dah ada anak ini kenalah rajinkan diri berjalan-jalan..
Tak semestinya harus pergi jauh-jauh..
Apapun aktiviti yang dilakukan yang penting keseronakan bersama..
Macam aku lebih suka tengok apa minat anak..
Lepas tue berbincang suami isteri dari segi bajet dan kemampuan..
Tak mahulah bila hujung bulan "kering"..
Aku dah tanamkan dalam hati walau apapun duit kecemasan perlu ada..

Untuk elakkan cuti diganggu..
Perkara pertama haruslah selesaikan kerja-kerja tertunggak..
Entah kenapa banyak pula kerja yang datang..
Makanya,marilah lakukan dengan hati terbuka dan lapang dada..
Positifkan diri saja..
Setakat nie syukur Alhamdullilah proses kerja berjalan dengan baik..
Cuma mula-mula agak kaget..
Dan banyak jugalah bertanya..
Lama-lama gembira pula berada di sini..
Penerimaan kawan-kawan pun baik..
Ada masanya kalau tak kemana-mana tengaharinya kami keluar makan bersama..

Hampir setiap hari aku dan Wan akan sarapan pagi sama-sama..
Maklumlah arah tujuan seiring..
Jadi manfaatkan peluang yang ada sebaiknya..
Gelak-gelak dan berborak tentang apa saja..
Dating selepas kahwin indah tau :)..
Apatah lagi bila sudah punyai anak..
Chill..!!

Isnin, 28 Oktober 2013

Bila Sesekali Balik Kampung..!



Semalam punya gambar..
Balik dari kubur lepak-lepak kejap kat kampung..
Niat mahu tidurkan 2 beradik nie..
Tapi tinggal impian je..

Bila hujan turun terus meluru hero kecil kat laman..
Mujurlah tak ada kilat..
Kalau tak mahunya aku larang..
Seronok tengok aksi Eky yang sememangnya hantu air..
Rugi pula tak bawa baju lebih..
Jika tak mahunya aku join sekali Eky main hujan..
Peace..!

Minggu depan saja ambil cuti hari Isnin..
Ada rancangan bersama keluarga kecil..
Tak jauh pun destinasinya..
Idea dari Wan..
Makanya aku ikut saja..!!



Hello Mello Isnin..!!


Hai..

Pagi yang penat sebab semalam jam 8.00 malam sampai KL..
Balik kampung kejap..
Ada kenduri saudara terdekat kahwin..
Sebelum balik singgah kubur arwah ayah..
Pejam celik dah 2 tahun arwah pergi..
Rindunya kami sekeluarga kat arwah hanya Allah yang tahu..
Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmah..
Dan tenang di samping Pencipta yang abadi..
Ameen..!!

Sabtu tak buat apa..
Duduk rumah dengan anak-anak selesaikan urusan suri rumah..
Sebelum balik kerja Wan suruh bersiap..
Sebab mahu berjalan-jalan di AEON Wangsa Maju..

Dan hasil "tengok-tengok"..
Dapatlah rembat walker untuk Raiqa..
Masa tue ada diskaun..
Jadi belilah untuk mainan si adik..


Ada baiknya beli walker nie..
Senang mahu buat kerja rumah..
Lebih-lebih lagi bilamana Wan tak ada kat rumah,kuikukui..



Saja tempah mini coklat nie..
Tak ada sambut apapun..
Untuk makan-makan seisi keluarga..
Okie,walaupun lewat tak jadi hal..
Tahun depan kan ada lagi,hahaha...
In Sha Allah..!!



Notakaki : Aku malas buat ulasan Bajet 2014..Apa yang dapat terima saja..Cakap banyak pun tak ada efeknya..!!







Jumaat, 25 Oktober 2013

Assalammualaikum Jumaat..!!



Dua beradik ni macam pakat bangun jam 6.00 pagi..
Selalunya masih di lena ulit mimpi lagi kedua-duanya..
Kelakarnya, Eky terus ke dapur..
Jadi fahamlah aku bahawa perutnya minta diisi..
Maka gorenglah kentang..

Hari ini keluar lambat sikit..
Alang-alang Eky dah bangun luangkan masa dengan anak-anak..
Tetiba datang ilham mahu EL saja..
Bila difikirkan rugi pula cuti hari Jumaat,kakakaka..

Al-Fatihah untuk keluarga arwah Norazita pegawai Ambank yang meninggal dunia..
Rasanya semua orang tahu kisah ini..
Polis cepat-cepatlah tangkap pembunuh tue..
Biar kematian arwah terbela..
Kejam dan sadis sungguh perlakuan mamat nie..
Semoga suami dan anak-anak arwah tabah menghadapi dugaan yang hebat ini..
Sama-samalah kita doakan ye..

Lately,semacam satu trend bunuh membunuh nie..
Takut bila dikenangkan..
Sebab murah sangat harga sebuah nyawa kan..?
Semoga Allah melindungi kita semua..
Ameen..!!!


Notakaki : Tengahari rasa nak cabut balik rumah Wangsa Maju..Kemas rumah sebab esok ada orang jauh nak datang jenguk..!




Khamis, 24 Oktober 2013

Bila Tak Ada Keja..




Ini namanya orang tak ada kerja..
Sementara nak tunggu jam 5.00 gedik-gedik ambil gambar sendiri..
Bukan selalu buat beginikan,kuikuikuikui



Yang nie hasil tangan Mr. Ridzuan..
Tukang tangkap gambar sapa lagi..
Tentulah Mama Eky dan Raiqa..
Peace..!!!

Rabu, 23 Oktober 2013

Pemimpin Contoh..!!





BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI



Notakaki : Aku memang respek Sultan Brunei sejak dahulu lagi..Kaya tapi sangat merendah diri..Semua kekayaan dikongsi bersama rakyatnya..Semoga Allah merahmati kepimpinan beliau..

Selasa, 22 Oktober 2013

Eky oh Eky..!!


Anak bujang yang akan menyibuk bilamana aku kat dapur..
Dulu laratlah dukung..
Sekarang aku surrender..


Budak nie makin lama makin melasak..
Kegemaran lain adalah melukis..
Sangat manja dengan Babahnya..
Sampaikan makan pun Babah yang suapkan..

Eky oh Eky..
Membesarlah dengan riang,aktif dan cerdik ye..!

Isnin, 21 Oktober 2013

Raiqa oh Raiqa..!!



Semalam genap 7 bulan usianya Auni Nur Raiqa..
Berat terakhir masa 6 bulan adalah 5.5kg..
Kalau ikutkan memang tak normal..
Tapi aku okie saja..
Tak ada masalah dengan hal tue..
Sebabnya Raiqa bukan jenis yang kuat makan..
Rata-rata kawan aku cakap anak perempuan memang begitu..
Namun aku bersyukur Raiqa seorang yang aktif..
Perkembangannya kini adalah sedang belajar merangkak..
Tak boleh duduk diam..
Habis satu rumah diselongkarnya..

Mudah menangis bila sendirian..
Harus ada teman di depan mata..
Jadi mangsanya adalah Wan dan Eky,hahahah..
Setakat nie belum ada tanda pertumbuhan gigi..
Kecil-kecil macam tu pun kalau bab menjerit dialah paling kuat..


Kini kami terpaksa membeli buaian eletronik..
Babahnya dah tak larat dodoi..
Dan lagi satu senang sikit bilamana aku mahu buat kerja..
Maklumlah ada masanya Wan terpaksa balik lambat..
Jadi bukan mudah mengurus anak-anak kecil seorang diri ya..
Walaupun boleh saja Emak tolong tapi aku tak mahu menyusahkan dia..

Lagi satu,telinga aku dah kebal dengan cakap-cakap orang pasal kecilnya Raiqa..
Yang mampu aku lakukan adalah senyum..
Tak ada efek langsung pada aku pun..
Bukan cakap besar tapi itulah perkara yang aku pratikkan sejak dulu..
Mereka yang komen bukan ahli keluarga mahupun orang yang rapat..
Jadi mengapa kita mahu stress..
Pedulikan kata-kata mereka..
Nikmatilah hari-hari indah bersama anak-anak..
Itu lagi best..


Dalam soal penjagaan aku bukanlah seorang yang cerewet..
Kadang-kadang bila ambil Raiqa balik..
Sembang-sembanglah kejap dengan pengasuh dia..
Adalah beberapa kali dia bagi Raiqa makan bubur yang dia masak..
Aku dengar dengan hati yang terbuka..
Begitu juga dengan Wan..
Memula dulu segan jugalah..
Tapi makcik tue bagitau takpe..
Benda kecil katanya..:)

Pada aku selagi anak aku dijaga dengan baik sudah cukuplah..
Selebihnya aku tawakal kepada Allah..
Kalau nak samakan Emak sendiri jaga memanglah lain.
Tidaklah aku letakkan 100% kepercayaan..
Tapi setiap kali tengok riak muka Raiqa yang gembira tatkala mahu diambil pulang..
Sekurang-kurangnya hilanglah rasa gusar..

Untuk anak kecil ini aku harapkan agar dia membesar dengan sihat..
Menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..
Terus ketawa dan comel selamanya..
Ameen..!

Family Day UEM 2013..!!


Kita layan gambar sajalah ye..
Agak banyak..
Jangan jemu dan marah okie..!
























Paling happy tentulah anak-anak..
Melayan mereka mandi merupakan terapi terbaik..
Syukur cuaca tidaklah panas..
Walaupun ramai orang tapi kami anak beranak tetap enjoy..


Jumaat, 18 Oktober 2013

Aidiladha 2013..!





Raya Aidildha yng agak sederhana tapi penuh kesyukuran..
Bertandang ke rumah adik dan nenek saudara Emak..
Orang yang paling suka tentulah Eky dan Raiqa..
Asyik ketawa dan senyum sepanjang hari..
Oklah tue kan:-)


Notakaki : Recycle balik baju raya Eky dn Raiqa..Begitu juga baju Babah dan Mamanya..Jimat sungguh!

MC 3 Hari..!


Bersiaran dari rumah..
3 hari dapat MC..
Sebabnya demam,batuk dn selsema..
Semalam yang paling tak tahan..
Malamnya boleh pula satu badan menggigil..
Terasa macam kena cucuk..
Jadi pergilah ke Klinik Kita..
Terus doktor ambil darah..
Takut kena denggi..

Sampai sekarang masih menunggu keputusannya..
Katanya jam 10.00 pagi staf Klinik Kita akan telefon..
Dalam hati berdia agar janganlah dapat apa-apa penyakit..
Tak suka kena warded..
Kesian anak-anak dan suami..

Apapun sakit itu ujian kecil..
Kita terima dan tempuh dengan redha..


Notakaki : Berharap dapatlah ke Sunway Lagoon esok sempena Family Day tempat kerja Wan:-)

Jumaat, 11 Oktober 2013

3 Tahun Sudah..!!


Semalam 10.10 merupakan ulang tahun ke-3 perkahwinan aku..
Sekejap saja masa berlalu..
Sepanjang tempoh tue banyak juga ranjau sama ada suka duka kami lalui bersama..
Lebih bermakna sebab dikurniakan sepasang cahaya mata..
Rezeki pun semakin bertambah..
Bersyukur sangat-sangat..

Tak ada sambutan pun..
Sebab aku dan Eky demam..
Cuma untuk makan malam aku masak ayam masak lomak berapi-rapi....
Gagahkan diri jugalah ke dapur..
Bukan selalu pun aku rajin masak..
Jadi sediakanlah menu yang termampu,heheheh...





Ada kisah sedih semalam
Wan pulang jam 5.30 petang..
Then,dia bagitau yang dia kena langgar dengan kereta Preve..
Mahu terlopong aku mendengar cerita yang badannya melantun atas kereta..
Mujurlah orang yang langgar tak lepas tangan..
Terus dibawa Wan ke Hospital Taman Desa..
Hasil scan didapati tiada kecederaan dalaman..
Tapi harus berjaga-jaga juga..
Manalah tahu kemudian hari..

Aku redha apa yang terjadi..
Doa seorang isteri agar Allah melindungi Babah kepada anak-anak aku..
Amin..!!!


Notakaki : Sah menjadi isteri tepat jam 2.15 petang dengan sekali lafaz..!!

Rabu, 9 Oktober 2013

Taman Permainan..!


Sepatutnya semalam pergi joging..
Tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir..
Sebab teman berlari malas..
In Sha Allah kalau tak aral petang nie pergilah..
Kalau dia tak mahu join maka pergi soranglah jawabnya..
Peace..!!

Jadi kami bawalah Eky main-main kat taman..
Saja bawa dia menghirup udara petang..
Sesambil tue bolehlah keluarkan peluh sikit..
Sejak pejabat dekat dengan rumah kami sedaya upaya isikan masa dengan aktiviti berfaedah..
Untuk makluman,jarak perjalanan dari rumah ke pejabat tak sampai 5 minit..
Itu kalau naik motosikal..
Naik kereta adalah dalam 10 minit..
Cepatkan..!




Puas berlari ke sana sini terus ambil adik..

Hari-hari macam nie kan best..!!

"Love You Mr Arrogant" - I like..!!


Habis cerita "Cinta Jannah" aku layan pula yang nie..
Paling aku suka watak heroinnya..
Happy go lucky dan jenis selamba..
Walaupun kadang-kadang dia menangis tapi masih dengan perangai gila-gila..

I like this woman,hahah

Sebelum jam 7.00 malam aku akan pastikan anak-anak dah mandi..
Kalau joging aku cuma luangkan masa selama 1 jam..
Jadi pukul 6.oo petang lepas ambil Raiqa,aku uruskan dua beradik tue dulu..
Masak bergantung pada situasi dan kerajinan..



Tepat 7.00 malam terpacaklah aku depan tivi..
Sambil tonton sambil melayan anak..
Tapi masih boleh tumpukan perhatian lagi..
Wan pun sama-sama tonton ye..
Eky macam biasa kasi tengok Upin Ipin senyaplah dia..

Tamat siaran,solat bergilir-gilir barulah kita makan malam..!!



Notakaki : Tak suka perempuan lembik-lembik..Sikit-sikit nangis..Bosan...!






Selasa, 8 Oktober 2013

Babah dan Anak-Anaknya..!!



Foto ini menunjukkan yang kedua-duanya sah anak Babah..
Terutamanya hero kecil aka Eky..
Raiqa sama adil..
Tapi kalau bab dodoi dalam buaian dia lebih suka Babah yang ayunkan..
Kadang-kadang jenuh berdodoi bukannya tidur..
Terbuntang mata sambil tersenyum manis..
Oh..anak perempuan memang mengada-ngada sikit..
Apapun kerenah mereka berdua amat menghiburkan..

Inilah rutin harian waktu malam bilamana semuanya kenyang makan..
Si abang akan suruh Babah main game Candy Crush..
Kalau tak dilayan mahu mengamuk itu budak..
Raiqa seperti biasa sangat mesra dengan kamera..
Gaya senyum yang bisa mencairkan hati..

Anak oh anak..!!!


Notakaki : Setiap Selasa dan Rabu adalah hari bermandi peluh di Kompleks Sukan Kampung Pandan..!!


Isnin, 7 Oktober 2013

Inilah Keluarga Saya..!!




Notakaki : Eky dan Raiqa penghibur hati yang tiada nilainya buat kami suami isteri..Syukur!!

Rangkuman Cerita..!!



Minggu baru yang menyegarkan..
As usual my weekend is fun..
Mari mulakan dengan ulasan tentang preview movie KL Gangster2..
Jumaat lepas tepat jam 12 tengahari aku dah keluar pejabat..
Takut kalau lambat jalan sesak..
Lokasi menonton di GSC Times Square..
Waktu siaran jam 12.30 tengahari..
Tengok sorang-sorang..
Durasi cerita selama 1 jam 50 minit..
Keseluruhannya aku bagi 4.5 bintang..
Maknanya memang berbaloi-baloi okie..
Hasil sentuhan Shamsul Yusof kali nie boleh dibanggakan..
Puas hati sesangat..
Paling aku suka watak Rosyam Nor aka Tailong..
Zizan memang kelakar habis..
Aoran Aziz dan Adi Putra seperti biasa lakonan mereka menyakinkan..
Begitu juga dengak pelakon yang lain..
Semuanya best....
Aku syorkan pergilah tengok..
Kerusi hampir penuh masa hari Jumaat tue..
Jadi apa tunggu lagi..
Mohlah kita ke panggung,heheheh...!




Tak banyak aktiviti yang kami lakukan semalan dan kelmarin..
Lepas makan tengahari bawa anak-anak jalan ke taman permainan..
Habiskan masa kat sana..
Cuma semalam singgah ke AEON Maluri beli barang dapur untuk rumah Emak..
Itulah rutin bulanan sejak 2 tahun nie..





Hari nie sampai Jumaat ramai bebudak pejabat pergi Langkawi..
Sunyi sikitlah..
Tak kisahlah janji kerja aku berjalan seperti biasa..!




Jumaat, 4 Oktober 2013

Cerita Hari Ini dan Semalam...!!


Semalam aku cuti sebab jaga anak..
Emak temankan makcik aku pergi Nilai..
Jadi untuk elakkan kebosanan aku bawalah budak berdua tue kat Tesco Ampang..
Sebelum tu,pergi Klinik Kita cucuk Raiqa 6 bulan..
Senang buat kat klinil panel sebab bila-bila masa boleh datang..
Stress kalau buat kat Klinik Kesihatan..
Ada anak kecil nie mana boleh tunggu lama-lama..
Banyak ragamnya terutama bila dia menangis..
Jadi,manfaatkanlah kad panel suami..

Secara perkemabangan keseluruhan check-up Raiqa memuaskan juga..
Beratnya cuma 6.4 kg..
Walaupun Raiqa kuat makan tapi badannya ringan..
Tak kisahlah janji dia membesar dengan sihat dan aktif cukuplah..
Dalam usia 6 bulan Raiqa sudah meniarap,membebel dan sedang cuba merangkak..
Solid food telah diberi..
Buat masa nie Raiqa belum boleh makan bubur..
3 kali aku masak boleh pula dia muntahkan balik..
Takpe,lain anak lain tekaknya..
Kita tunggu umur dia 8 bulan pula..
Jangan cepat panik dan putus asa..

Pertama kali menguruskan anak pergi jalan-jalan tanpa suami baik-baik saja..
Hendak kata kelam kabut tidaklah juga..
Mujurlah dalam kereta Raiqa tidur..
Letak dalam car-seat selesai masalah..
Eky pula kasi tengok Upin Ipin senyaplah dia..
Tak beli apa-apa barang pun..
Cuma lepak kat tempat permainan kanak-kanak..
Bayaran hanya RM3.00 sekali masuk..
Apa lagi melompat gumbiralah si Eky..
Itu memang tempat kesukaan dia..
Aku perhatikan saja gelagat dia..

Rentetan status FB aku pasal seorang minah yang dok cakap hal aku kat kawan-kawan di sini mendapat perhatian..
Ada juga kawan yang mesej tanya apa cerita sebenar..
Jangan risau aku tak terasa apapun..
Itu resam dunia..
Tak kenal maka tak cinta..
Nanti dah kenal baru dia tahu aku nie macamana orangnya..
Kita relax dan cool sudah..
Baru indah hidup nie..

Rehat nie cadangannya mahu ke panggung wayang..
Layan cerita KL Gangster 2 seorang diri..
Apa ada hal..
Takkan nak duduk 2 jam kat opis..
Kematu okie..
Ramai kata cerita nie best..
Nanti aku buat ulasan ye..
Tungguuuuuuu...!!!

Dalam otak banyak rencana bila datangnya hari Jumaat..
Inilah untungnya kerja di KL..
Nak kemana-mana pun senang..
Banyak pula tempat boleh pergi selain balik rumah,hahahha...
Takpe perlahan-lahan kita aturkan okie..!!



Notakaki : Family Day tempat kerja Wan hujung bulan nie kat Sunway Lagoon..Tak sabarnya..!!






Rabu, 2 Oktober 2013

Rancangan Masa Depan..!



Awal-awal lagi aku dan Wan telah bincang..
Sebelum anak-anak sekolah perlu ada aset penting seperti rumah dan kereta..
Biar buat bajet dari sekarang..
Supaya akan datang boleh maintain dari segi bajet isi rumah...
Yuran sekolah anak zaman millenium bukan seperti 10 tahun lepas..
Itu belum masuk lagi baju sekolah,buku-buku dan seangkatan dengannya..
Semuanya memerlukan duit..
Jadi haruslah menyimpan dari sekarang..

Untuk Eky aku dah bukakan akaun SSPN..
Bayar melalui potongan gaji..
Senang dan mudah..
Raiqa pula tunggulah bila dia dah setahun nanti..
Duit-duit raya mereka aku masukkan dalam akaun Tabung Haji..

Rasanya semua ibu bapa buat begitukan..
Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa depan..
Tengah sihat waalfiat nilah kena ada simpanan..
Malang tidak berbau..
Dua perkara yang mahal kini adalah pendidikan dan perubatan..
In Sha Allah kalau ada rezeki lebih akan ambil insurans untuk anak-anak..
Aku buat berdasarkan kemampuan diri..

Rasa bertuah juga sebab dah ada rumah..
Walaupun apartmen okielah tue..
Asalkan selesa untuk kami sekeluarga itu dah cukup..

Walaupun nampak macam banyak komitmen..
Aku bersyukur Allah permudahkan hidup kami..
Setakat ni taklah terasa sesak sangat..
Makan minum dan pakaian kami tiada masalah..
Kalau hendak bercuti kami plan-lah awal-awal..
Dapat laki yang tak banyak songeh memang best..

Target aku 10 tahun akan datang mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran..
Paling penting ilmu agama dapat diserapkan dalam jiwa mereka..
Sama-samalah kita doakan yang terbaik ye..

Kita hanya mampu merancang selebihnya kuasa Yang Maha Esa..!!


Tempat Baru Memang Syok...!!!





Gambar tiada kena mengena dengan tajuk..
Saje letak sebagai pembuka bicara..
Tetiba rindu pula dengan 2 budak kecil nie..
Makin besar makin banyak perangai yang mengeletekkan hati..
Anak oh anak..

Sudah 3 minggu aku di tempat baru..
Syukur aku cepat menyesuaikan diri..
Suasana kerja agak berbeda di AG..
Siapa sangka dalam Istana Negara ada pejabat kecil..
Bayangkanlah sebuah rumah banglo mampu memuatkan lebih kurang 50 staf..
Terdapat bilik air ,bilik mesyuarat dan pantry..
Kagum seketika..

Kerja aku agak mudah di sini..
Hanya menguruskan urusan makanan bila ada mesyuarat..
Lagi satu kerja adalah menyelia dan mengemaskinikan fail-fail..
Selebihnya hanya kerja-kerja sampingan yang sesekali saja datang..
Oleh kerana ianya jabatan kecil jadi tiada kafeteria..
Rata-rata mereka akan punch-card then barulah pergi sarapan..
Tengahari agak meriah sebab Jalan Istana terkenal dengan ikan bakar yang lazat,mengiurkan dan yang penting ianya murah..

Dari segi pergaulan memang tak ada masalah..
Bekerja dalam kelompok yang kecil membuatkan kami cepat mesra..
Kalau boring-boring aku lepak kat perpustakaan..
Baca suratkhabar sambil bersembang..
Harap-harap aku serasilah bekerja di sini..

Semalam 1 hari aku di Arkib Negara..
Ada kursus HRMIS untuk pegawai-pegawai baru..
Pergi sana pun macam makan angin..
Sebab semuanya telah aku isikan..
Mereka di sini baru lagi berjinak-jinak dengan HRMIS..
Mana kawan-kawan yang minta bantuan aku dengan hati terbuka tolong ajarkan..
Kongsi ilmu yang aku tahu..

Tak sia-sia aku berpindah di sini..
Jika dulu kelam kabut bilamana hendak ke pejabat..
Sampaikan langsung tak sempat make-up..
Kini aku bersyukur segalanya dipermudahkan..
Ada hikmahnya di sebalik dugaan yang telah dilalui lampau..
Allah tahu apa yang terbaik untuk umat-NYA..
Harus yakin dan jangan cepat mengeluh..

Setiap jalan pasti ada penyelesainnya melainkan MATI..

Setuju..!!!