Selasa, 17 Julai 2012

majlis hari jadi hero kecil!!!


Alhamdullilah majlis meraikan genap setahun RA'IF RIFQI BIN MOHD RIDZUAN akhirnya terlaksana juga...
ianya cuma dibuat secara kecil-kecilnya...
jemputan pun terdiri dari keluarga terdekat dan jiran-jiran...
untuk menu utama iaitu bihun goreng aku masak sendiri...
anggaran dalam 50 orang begitulah...
satay telah ditaja khas oleh bapa mertua...
emak aku pula sedekahkan agar-agar lumut dan buah-buahan...
makanan sampingan seperti keropok telah digoreng awal-awal lagi...
minuman dibuat sendiri oleh wan...
hanya 4 kudapan makanan ringan untuk budak-budak...




deko hiasan aku memang amat ringkas...
itupun aku beli melalui seorang kawan...
goodies pula aku sediakan dalam 30 orang...
memang seronok budak-budak bila mendapat beg goddies tersebut...
ada dalam 8 jenis makanan ringan aku letakkan...
kek aku tempah dengan kawan adik aku...
aku serahkan bulat-bulat tentang hiasan dan corak pada kek itu...
jadi hasil perbincangan maka aku memilih italian rainbow cake...
ramai yang puji kek itu sangat sedap dan cantik :)...





anak-anak jiran adalah tetamu terawal...
kek terpaksa aku potong awal sebab iqi memang tak boleh duduk diam...
jadi babah yang teman iqi potong kek...
jam 2.30 petang tetamu mulai datang...
maka tugas melayan tetamu pun bermula...
dengan keaktifan iqi mana mungkin boleh bergambar sakan...
dan inilah gambar yang ada...
kamera rasmi belum aku lihat lagi...
sebab tukang tangkap gambar iaitu adikku sangat sibuk...
belum sempat jumpa untuk melihat hasil tangannya...


t
etamu datang bersilih ganti...
aku hanya dapat rehat menjelang waktu maghrib saja...
ketika itu barulah dapat bagi mandi dan terus bagi dia makan...
dari siang sampailah ke saat itu dia tak reti duduk diam...
berjalan ke sana ke sini...
seronok sangat berjumpa dengan sepupu-sepupu dan kawan-kawan baru...
penat sudahlah tentu...
tapi serius kami gembira dengan kehadiran keluarga yang datang...
secara tidak rasmi majlis ini berakhir kira-kira jam 10.30 malam...
ada ahli keluarga yang terpaksa datang malam sebab siangnya ada urusan lain...
letih dan mengantuk bagaimana pun tetamu harus diraikan...
mujurlah iqi dalam pukul 8.00 malam sudah tidur...

pulang saja tetamu terakhir lekas-lekas kami berkemas...
terasa kepuasan sebab majlis kecil-kecilan ini berjaya...
yang penting menu utama licin selicinnya:)...
syukur!!!

kami sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa hadiah...
kehadiran akli keluarga itu yang lebih penting kan?
Alhamdullilah hampir kesemua mereka datang...
kami bergelak,bergurau senda dan berkongsi cerita...
anak-anak buah telah menceriakan majlis harijadi itu...
kegembiraan iqi lebih utama dari segalanya...
untuk dia semuanya ini,hehehhehe!!!


notakaki:esok genaplah SETAHUN umurnya hero kecil aku itu....satu tahun yang terindah kami suami isteri lalui...dan moga detik-detik manis itu berterusan sehingga akhir nafas...Amin!!!

2 ulasan:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya berkata...

tinggi nyer kek dia,,
iqi, jenis tak takut org yek,, kalau alya,, org dtg,, kompom duk dlm bilik menyorok,, he,,he,, ikut perangai apak,,,

wanie berkata...

sori datang lewat..tapi majlis yg fun!