Selasa, 27 Ogos 2013

Kelahiran Anak Kedua - Auni Nur Raiqa binti Mohd Ridzuan


Ops..aku belum buat entry pasal kelahiran anak kedua aku rupanya..
Jadi layanlah cerita aku yang biasa-biasa saja nie..

19/03/2013 (ISNIN)

Pergi check-up di PPUKM seperti biasa..
Selalunya ditemani Wan tapi kali ini aku keseorangan saja..
Sebelum jumpa doktor,ibu mengandung kena masuk bilik no.5 untuk di-scan perut..
Best tau sebab dapat tengok keadaan baby..
Masa scan kali pertama didapai air ketuban tiada..
Tapi baby okie je dalam perut..
Jururawat rujuklah pakar scan untuk pastikan..
Setelah diperiksa hasilnya sama..
Makanya,dia panggil doktor untuk periksa sekali lagi..
Keputusan tetap begitu..

Terus masuk bilik doktor dan diberi penerangan mengenai risiko air ketuban kering..
Aku pun telefonlah Wan suruh segera ke hospital..
Doktor cadangkan supaya masuk wad..
Depan Wan diterangkan keadaan aku dan bayi..
Seram sejuk aku bila dia bagitau akan masukkan satu rod kecil untuk mempercepatkan contraction..
Apa lagi yang mampu aku buat,menyerah diri sajalah..
Bila kena warded aku pun telefon emak..
Minta dia tengok-tengokkan Eky..
Wan pula pergi kerja seperti biasa..
Petangnya dia,Eky dan emak datang melawat aku..
Jangan tak percaya boleh lagi aku bawa Eky berjalan-jalan..
Serius,langsung tak terasa sakit..

Bermalamlah aku di wad sambil ditemani pesakit-pesakit yang seangkatan aku..
Tunggu juga bila sakitnya mahu datang..
Tapi hampa..
Lebih baik tidur lagi enak..
Terlajak sampai jam 6.30 pagi..

20/3/2013 (SELASA)

Konsep PPUKM adalah jam 7.00 pagi dia dah kemas-kemas katil pesakit..
8.00 pagi sarapan sudah terhidang depan katil..
Sedang makan doktor datang..
Katanya pagi nie air ketuban akan dipecahkan..
Oh Tuhan,mimpikah aku..
Aku pun buat-buatlah lambat makan..
Telefon Wan dan suruh dia datang cepat-cepat..
Nanti tak sempat pula temankan aku bersalin..

Maka berbaringlah aku atas katil khas..
Doktor apa lagi terus jalankan kerja dialah..
Fuh...sakit gila bila air ketuban dipecahkan..
Eky dulu sedar-sedar air dah keluar..
Cuma tunggu bukaan 9cm baru masuk labour room..
Selepas itu,mulalah aku rasa sakit..
Doktor seluk dah 4cm..
Terkejut aku mendengarnya..
Aku request kat doktor mahu tunggu suami datang..
Mujurlah doktor tue benarkan..

Wan pun datang sambil bawa beg baju aku dan baby..
Terus ke labour room..
Dipasangkan segala bagai wayar kat badan aku..
Dalam hati berdoa cepat-cepatlah proses ini berjalan..
Sakit memang sakit tapi aku buat-buat relax je..
Yang tak bestnya bila ada bukaan doktor akan seluk..
Sakitnya hanya Allah yang tahu..
Serius aku tak suka cara doktor nie..
Pada aku,tak perlulah kerap seluk..
Bila dah 9cm barulah bertindak..
Geram teramatlah sangat..
Luahan itu aku lontarkan pada Wan..
Kerana tak tahan sangat aku minta epidural..
Sempat pula doktor tue terangkan kesan pengambilannya..
Tak kiralah aku tetap mahu ambil..
Dahlah asyik kena seluk ditambah pula kesakitan yang berganda-ganda..
Tak terdayalah aku nak bertahan..
Proses epidural tak lama mana pun..
Ianya dicucuk kat tulang belakang kita..
Lepas berjaya masuk dapat rasa jarum tue bergerak..
Sejuk yang amat sangat..
Kesan serta merta adalah seluruh badan akan gatal-gatal selama 10 minit
Tapi serius setiap kali datang contraction tak rasa sakit sangat-sangat..
Macam angin lalu saja..

Okie,bila bukaan dah 9cm doktor suruh aku bersedia..
Kepala baby dah semakin nampak..
Berbekalkan pengalaman aku push sekuat hati..
Syukur dipermudahkan urusan bersalin kali nie..
Terdengarlah tangisan anak kedua aku..
Diletakkan bayi atasbadan aku..
Kecil bebenar bayi aku nie..
Tak kisahlah janji semuanya selamat..
Amin..!!

2.34kg,itulah berat bayi kedua aku..
Eky ,2.64kg..
Lahir jam 1.40 tengahari..
Kecil saja anak-anak aku semasa dilahirkan..
Lebih kurang sama saja kelahiran mereka...
Tapi Alhamdullilah kedua-duanya secara normal..

Pengalaman bersalin setiap anak adalah berbeda..
Namun yang kedua nielah yang paling banyak dugaan..
Sampaikan kena ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan..
Muntah yang teruk semasa 3 bulan kehamilan..
Dengan tak laratnya mau bangun pagi..
Berkatnya Allah memudahkan proses bersalin..
Syukur sangat-sangat..

Raiqa genap 5 bulan usianya..
Sudah pandai meniarap..
Boleh diajak main..
Paling suka bila diagah..
Terus menjerit dan ketawa..
Panggilan Eky kepada Raiqa adalah "Adik"..
Riuh rumah aku bila 2 beradik tue bermain..
Seronok yang tidak terbilanglah..

Sepasang sudah anak aku..
Kegembiraan berganda sempena Hari Raya nie..
Hadiah yang tak ternilai bagi kami suami isteri..
Sasaran 2 anak sebelum masuk usia 30 tahun dah tercapai..
Semestinya cabaran membesarkan mereka sedang menanti..

Jangan tanya bila aku mahu tambah lagi..
Rasanya cukuplah dengan apa yang ada kini :)..



Notakaki : Kemeriahan Aidilfitri masih terasa..Tiap-tiap minggu ada saja jemputan..Makanya,kita tutup dapur..!!






Jumaat, 23 Ogos 2013

Jumaat Yang Barakah..




Notakaki : Takziah kepada keluarga mangsa tragedi bas di Genting Highland..Allah lebih mengetahuinya..!

Rabu, 21 Ogos 2013

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 02

Bangun agak lewat sikit..
Macam malas nak pergi sarapan..
Tapi sayang pula kalau tak guna voucher
Hari terakhir sarapan agak meriah sedikit..
Sampaikan tak tahu nak makan apa..
Eky paling banyak makan..
Lepas bihun goreng dia makan roti bakar..
Bagus jugalah sebab taklah kalut nanti nak cari kedai makan..
Kita kasi perut kenyang baru senang hati mahu pulang..

Jam 11.00 pagi semua orang sudah siap..
Mujurlah ada buggy datang angkut barang-barang kami..
Selesai check-out tunggulah van yang akan membawa kami ke jeti Pangkor..
Sementara tue,apa kata kita rakamkan gambar untuk kenang-kenangan..














Tamatlah sudah siri percutian raya di Pulau Pangkor..

Bye-Bye Pangkor..!

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 01~~Edisi Renang


Masih lagi di hari kedua..
Petangnya kami turun ke swimming pool..
Kali nie aku anak beranak mandi..
Raiqa okie saja..
Tak menangis langsung..
Selesa bila berada dalam air..
Suka aku tengok aksi dia..
Cara yang sama kami lakukan pada Eky di mana tahap umur begitulah dia telah diajar berenang..
Ada setengah pendapat mengatakan tidak elok bagi bayi berendam lama-lama..
Macam-macam alasan yang diberikan..
Pada aku mudah,ajarlah secara berdikit-dikit..
Mengikut tahap umur dan kemampuan mereka..
Dedahkan dari awal lagi..
Tidaklah budak itu terkena kejutan budaya situasi..

Aktiviti renang adalah menyeronokkan..
Ianya semacam satu terapi yang sukar diungkapkan..
Tak percaya silalah cuba..!

 









Malamnya selepas dinner lepak di lobi..
Sambil tue layan nyanyian dari pemuzik yang diundang..
Oleh kerana ini malam akhir emak belanja minum di Kopitiam Cafe..




Berakhirlah cereka drama kisah di hari kedua..
Peace..!

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 01


Liat gila nak bangun pagi hari kedua di TDR..
Dingin dan sejuk satu badan aku..
Memang tepat pilihan kami menginap di resort nie..
Mirip suasana kampung betul.
Anak-anak dan emak tidur dengan lenanya..

Benda pertama yang kami lakukan adalah bersarapan..
Dapat voucher untuk 4 orang..
Syukur sebab ramai yang tak turun makan lagi..
Jadi bolehlah bersarapan dengan tenteram..

Eky bila nampak kolam renang apa lagi,terkinja-kinjalah..
Maka,Wan temankan Eky..
Manakala aku dan emak balik ke resort..
Bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya..

Kami sepakat untuk berjalan-jalan di sekitar Pangkor..
Takkan mahu memerap dalam resort saja..
Bosanlah nanti..
Di sini ada perkhidmatan teksi aka van bagi mereka yang ingin bersiar..
Caj yang dikenakan adalah RM70.00..
Kalau 10 orang maka harganya RM10.00 seorang..
Tapi kebanyakkan lebih suka pergi dengan keluarga sendiri dari berkongsi satu van..
Okie,kita setuju saja sebab bukan selalu datang kan..?







~KILANG SATE~

Pelbagai makanan laut di jual di sini..
Rambang mata nak buat pilihan..
Harga masih boleh diterimalah..
Tapi tak bestnya kilang ini milik kaum Cina..
Jadi haruslah lebih berhati-hati..
Gigih aku baca labelnya dengan teliti..
Faham-fahamlah kan..






~TAMAN FU LIN~

Majoriti penduduk kampung di sini adalah bangsa Cina..
Tempat yang pemandu pelancong bawa bangunan ini..
Senang cerita ianya adalah sebuah kuil..
Tak ada apa yang menarik pun cuma kehadiran ikan naga membuatkan ramai orang ke sini..
Warna ikan tersebut seakan-akan putih keemasan..
Ada lagi yang besar tapi tak sempat pula nak captured..
Sepanjang deretan terdapat kedai cenderamata..
Tapi kami tak beli pun kecuali topi Upin Ipin..
Eky bila nampak saja karektor kartun kesayangannya tu terus letak kat kepala..
Apa lagi bayar jelah,hahahah..





* GALERI PANGKOR

Damai hati tatkala melangkah masuk terdengar bacaan Surah Yassin..
Galeri ini memaparkan sejarah asal wujudnya Pangkor..
Aku baca sikit-sikit saja..
Sekadar menambah pengetahuan..











~KOTA BELANDA~

Ini adalah tempat tinggalan semasa Belanja menjajah..
Ada terowong rahsia tapi kerajaan negeri dah tutup..
Tak bagi pelancong masuk..
Sebab terdapat unsur khurafat..
Kata pemandu pelancong,ada yang datang untuk mencuba nasib menilik nombor..
Oh..syirik tue..Berdosa..!







Kami singgah makan di Teluk Nipah..
Sebelum itu,pemandu pelancong membawa kami bersiar-siar sekitar pulau..
Agak besar juga pulau ini..
Banyak pembangunan dan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri..
Baguslah tue kan..
Untuk pengetahuan,Menteri Besar Peraksekarang asalnya dari Pangkor..

Ramah tamah juga pemandu pelancong kami..
Ke mana saja kami mahu pergi dia bawa..
Tak terikat langsung dengan masa yang diperuntukkan..





Nampak katil apalagi kita rehatkan badanlah..
Sambung nanti ye..

Selasa, 20 Ogos 2013

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 00


Raya keempat ditemani emak,aku sekeluarga telah bercuti di Pulau Pangkor..
2  adik aku tak dapat ikut sebab kerja..
Kami berkampung di sana selama 3 hari 2 malam..
Dan resort yang kami menginap adalah di TELUK DALAM RESORT (TDR)..
Ingatkan tak ramai tapi bila sampai jeti Lumut terkejut aku..
Semua bangsa ada termasuk pelancong asing..
Semestinya niat mereka sama seperi aku mahu menghabiskan sisa cuti sendiri+cuti sekolah dengan sebaiknya..

Sampai jeti terus ke kaunter feri..
Untuk maklumat TDR merupakan resort pensendirian..
Jadi bila selesai bayar tambang feri mereka akan terus ambilkan beg dan tag nama..
Feri yang akan dinaiki tidak bercampur dengan penumpang lain..
Dan bila tiba di jeti Pulau Pangkor ada pula van yang sedia menanti..
Senang dan mudah..








Tak jauh pun TDR dari jeti Pangkor..
Tapi sepanjang jalan memang dirasakan suasana kampung..
Sampai saja terus dihidangkan "welcome drink" iaitu air sirap selasih..
Meluru ke kaunter untuk seisi check in..





Kami memilih Cempaka Bungalow (Garden View)
Dalam rumah nie ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..
Memang luas dan selesa habislah..
Mahu bawa emak jalan-jalan haruslah bagi yang terbaik..
Emak suka kami pun suka..
Chill....!








Tunggu cuaca redup baru boleh pergi berenang..
Kasi anak-anak dan emak rehat dahulu..
Mujurlah aku bawa meegi..
Jadi itulah makanan untuk alas perut..
Aktiviti yang ditunggu Eky adalah ke swimming pool..
Maka marilah kita tengok aksi-aksi hero kecil aku tue..












Pulang ke resort untuk bersihkan diri..
Jam 8.00 malam terus ke Sekampung Cafe untuk makan malam..
Satu kepala RM30.00 ye..
Terima kasih kepada suami belanja..
Bukan selalu buat bakti begini katanya,hahahha..
Bab makan aku memang no komenlah..
Janji kenyang sudah..






Usai makan kami lepak-lepak kat lobi hotel..
Awal lagi mahu tidur..
paling suka tentulah Eky..
Berlari-lari sambil ketawa..
Gembira tengok aksinya..
Sambil-sambil tue dapatlah captured beberapa foto untuk dijadikan memori..









Lengkap siri cerita hari pertama di TDR..
Balik resort apa lagi JOM KITA BERADU...
Sekian..:)