Selasa, 10 Julai 2012

tak ada tajuk!!!


sejuk hati bila melihat gambar ini...
suci,bersih dan mulus itu yang boleh aku ungkapkan...
akan menjangkau setahun usianya pada 18/7/2012...
masih teringat detik ketika membawa perut...
macam-macam rasa ada...
akan tetapi yang paling manis ketika mendengar tangisan pertama dia...
segala kesakitan hilang serta merta...

ah...rindu moment indah itu!!!



kami merancang mahu tambah anak tahun hadapan...
tak mahu tangguh-tangguh lagi sebab sudah bersedia dari segi fizikal dan mental...
umur pun sedang-sedang elok untuk menimbang cahaya mata lagi...
anak itukan penyeri rumahtangga...
tabiat anak yang sedang membesar adalah melasak...
lumrah alam kanak-kanak...
gembira sebenarnya melihat keaktifan mereka ini...
sekurang-kurangnya dengan kepanjangan akal itu membuatkan otak anak-anak menjadi lebih kreatif...
aku akui walaupun penat tapi kegembiraan melayan teletah dia mengatasi segalanya...
cabaran sebagai ibu,isteri dan wanita bekerja menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat...
hari-hari yang dilalui begitu indah...
lebih-lebih lagi ketika hujung minggu...
segala yang kami lakukan untuk iqi dan "bakal" adik-adiknya...
kasih sayang yang ditumpah tetap akan sama...
itu yang kami harapkan...

kami tidak mengejar wang ringgit...
sebab aku percaya pada setiap rezeki yang Tuhan berikan...
ya..bekerja itu wajib...
malah merupakan satu ibadat...
akan tetapi usahlah bekerja mencari wang segunung sedangkan detik bersama keluarga diabaikan...
wang boleh dicari akan tetapi keluarga tiada gantinya...
betul tak?

apa yang aku cari adalah KEBAHAGIAAN...
Tuhan telah membuka mata aku di mana tiada yang lebih berharga dari keluarga...
DIA temukan jodoh buat aku...
berkahwin dan mendapat anak...
PHD untuk aku sebenarnya...



satu lagi yang aku tunggu-tunggu adalah disegerakan pertukaran ke kl dengan secepat mungkin...
malas rasanya mahu duduk di sini melayan kerenah birokrasi yang entah apa-apa...
hati sudah menjadi tawar okie...
dan bila ada rasa demikian maka apa yang berlaku sekeliling tidak dihiraukan...
hanya jauhari mengenal manikamnya....
~~~~~~


notakaki:terima kasih bapa mertuaku sebab menaja satay di majlis hari jadi iqi sabtu ini...rezeki namanya tue!!!

Tiada ulasan: