Khamis, 26 Julai 2012

kenapalah penat sangat nie!!


jadual tidur aku sekarang tak menentu...
jika iqi tidur awal maka cepatlah aku lelap mata...
tapi sejak masuk setahun belum angka 11 jangan harap dia akan tidur...
jadi terpaksalah aku mengambil altervatif lain bagi cepatkan mata dia mengantuk...
selain main puas-puas aku dapat idea iaitu sediakan makanan yang ringkas seperti nestum,buah-buahan campur yogurt ataupun keropok lekor...
saja aku buat begitu sebab mahu biarkan dia tidur lena tanpa menganggu tidur aku...
letih beb bila terpaksa bangun untuk bagi dia susu...
kadang-kadang aku langsung tak sedar dia menangis...
yang rajin buat adalah wan...

aku akui bulan puasa kali ini stamina aku agak kurang...
selepas berbuka terus mata aku mengantuk...
tak tahu sebab apa...
okie,aku memang tak bersahur berat...
menu aku adalah kurma,roti cicah milo atau ratah lauk saja...
dari belum kahwin sampailah kini perut aku ada masalah bila makan waktu sahur...
hari isnin dan selasa aku cubalah makan...
tapi hasilnya sangat teruk di mana sampai pejabat perut aku jadi sebu dan muntah...
tak tahan rasanya menanggung kesakitan...
makanya mulai semalam sampailah bila-bila aku tekad tak mahu makan berat semasa sahur...
cukuplah sekadar buah kurma dan segelas air suam...

berbalik cerita asal ada cadangan menyuruh aku makan multivitamin sebagai penambah tenaga...
tak kurang yang syorkan ubat tradisional...
tapi serius aku malas mahu ambil...
sebab dulu pernah aku makan jamu dan multivitamin,penyudahnya ke tandas jua...
sumpah,tak sanggup lagi menempuh detik itu lagi...
adalah lebih baik aku gunakan kaedah semulajadi iaitu aktifkan diri dengan melakukan senaman ringan...
sentiasa bergerak ke sana ke sini waktu pejabat...
rasanya ini yang terbaik buat aku...

aku harapkan ianya akan kembali normal minggu hadapan...
dan dapatlah aku memahami jadual tidur hero kecil...
bila wan pergi terawih dengan siapa lagi iqi nak bermanja...
mungkin dia tidur lewat sebab mahukan perhatian dari aku kot?
yelah...waktu bermain 5 hari bekerja adalah terhad...
adalah lebih baik aku tidak terus mengeluh tentang hal ini...
layankan saja kerenah dia...
sebab bila dia sudah besar nanti pasti aku akan merindui moment begini...
betul tak?


notakaki:dapat bonus raya...yeah bolehlah pakai masa cuti-cuti di kota singa nanti,hehehhehe!!!

Tiada ulasan: