Isnin, 23 Julai 2012

tips-tips sepanjang berpuasa!!!


TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

* ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak...
* lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme...waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam...
* minum banyak air terutama air kosong kerana ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak...
* elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan...

TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA

* jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa kerana ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
* kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak...
* kurangkan makanan tinggi gula...
* kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat...minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan...ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
* elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet...biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin...
* kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas...

TIPS BERBUKA PUASA

* jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum...
* makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak...
* adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa...kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral...
* hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur...begitu juga buah-buahan serta lebihkan minum air kosong...
* hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu...elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu .
* kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam...selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman...


notakaki:bulan puasa bukan bulan pesta makanan...fikir-fikirkanlah!!!

Tiada ulasan: