Isnin, 16 Julai 2012

keterujaan iqi bila ke taman permainan!!!


tepat jam 5.00 petang kami membawa iqi bersiar siar sambil menghirup udara segar di taman tasik titiwangsa...
asalnya seperti mahu berjoging...
tapi atas alasan penat sebab seharian mengendalikan majlis harijadunya pada hari sabtu...
maka aktiviti semalam adalah sekadar melayan dia bermain-main saja...
seperti biasa hujung minggu ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak ke sini...
berpimpin tanganlah kami bertiga meronda sekitar tasik ini...
iqi tentulah seronok melihat ramainya kanak-kanak sebaya dia...
asyik tergelak saja budak kecil itu...

jumpa taman permainan terus dia bersorok girang...
meronta-ronta diminta dilepaskan tangannya...
aku dan wan layankan saja kerenah dia...
permainan kesukaan dia adalah papan gelongsor...
turun dan naik adalah perkara yang diminati...
lain-lain permainan dibuat endah tak endah...
sejak dapat kaki iqi amat agresif dan laju benar pergerakkan...
mata kena selalu ditumpukan memerhatikan tingkah laku dia...
berpeluh okie jika bawa dia berjalan-jalan di mana-mana...
tapi jujur aku suka sangat melihat keaktifan dia itu...
sekurang-kurangnya dapatlah peluh aku keluar,hehehhehe....






cukup selama 1 jam di sini...
singgah sekejap di kedai mamak...
pekena teh tarik dan meegi goreng panas...
apa yang pasti selepas makan dan mandi ketiduran hero kecil sampai ke pagi ini...
jelas keletihan yang amat sekali...




notakaki:foto terakhir ini adalah paling aku suka...jelas tergambar kegembiraan hero kecil aku!!!

Tiada ulasan: