Isnin, 16 Julai 2012

B.E.R.J.A.Y.A!!!


dalam dunia ini ada dua pilihan untuk naik ke atas...


SATU
dengan usaha bersungguh-sungguh...
setiap yang dilakukannya akan dilaksanakan dengan cemerlang...
usaha dan terus berusaha...
naik pangkat,naik gaji,membina keluarga dan berjaya semuanya atas usaha diri sendiri...
dan juga dengan izin Tuhan semestinya...


DUA
dengan menjatuhkan orang lain...
sesiapa yang dikhuatiri menghalang laluannya akan dijatuhkan dengan apa cara sekalipun...
satu demi satu kepala dipijak dan sampailah dia ke takhta...
takhta yang baginya dianggap satu kejayaan...
mesti kena jatuhkan orang lain sama ada cara halus atau sebaliknya...


pilihlah landasan yang mana dirasakan kita mahu...
tiada siapa melarang mahupun paksa...
pilihan di tangan kita sendiri...
penyudahnya adalah satu yakni setiap rezeki sudah ditentukan dengan syarat harus BERUSAHA...

:)

Tiada ulasan: