Jumaat, 13 Julai 2012

syabas daphe iking!!


malam tadi aku layan siri 9 soalan...
tetamunya adalah daphe iking...
satu soalan yang menarik perhatian aku adalah,bagaimana dia menjalani kehidupan selepas memeluk islam?
dia jawab dengan keadaan yang tenang dan tutur kata amat petah...
penuh dengan senyuman dan gelak tawa...
aku tiada masalah dengan cara pakaian dia...
sebab itu hak masing-masing...

yang buat aku terkesima adalah jawapan dia untuk persoalan tadi...
dia katakan pendorong terkuat adalah suami...
sebagai mualaf suaminya banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan...
dia pun ada menghadiri kelas usrah...
belajar mengaji,mendalami Al-Quran dan hukum hakam agama Islam...
katanya lagi ramai yang bertanya,bilakah mahu berhijab...
jawapannya mudah di mana langkah pertama dia adalah dari segi pakaian...
dulu dia agak seksi jugalah...
dengan seluar pendek dan baju tube...
dada sentiasa terdedah dan berpakaian seolah-olah artis barat...
bila masuk islam dia cuba berubah secara perlahan-lahan...
dari skrit pendek ke skirt panjang...
dan dari terdedah kini dadanya tertutup...
dia temui ketenangan yang tak pernah langsung dia dapat...

persoalannya di sini amat mudah...
bila seorang manusia mahu berubah arah hidupnya tiada yang diperlukan kecuali hanyalah semangat...
berdikit-dikit ke hulu selepas itu berenang-renang ke darat...
pada aku kisah silam itu cebisan warna kehidupan...
sampai waktu benda-benda macam ini kita akan sedar sendiri...
dengan kejahilan masa silam sedikit sebanyak mengajar kita banyak benda...
dari situ kita belajar akan kesilapan kita...
aku akui hampir tersasar dengan pancaroba dunia remaja aku...
tapi mujurlah Tuhan masih sayangkan aku...
berkawan dengan lelaki yang pelbagai status membuatkan aku matang...
dunia clubing telah aku tutup dalam kamus hidup...
tidak pula aku war-warkan tentang keputusan aku untuk merubah...
cuma lebih baik menolak perlawaan mereka itu...
cuma bila tertalu-talu soalan diajukan maka aku menerangkan keadaan sebenar...
syukur sebab mereka tidak membantah malah menghormati prinsip aku yang baru ini...

kisah daphne iking dan aku ada sikit persamaan...
dunia yang pernah kami lalui banyak mengajar tentang hidup...
alam yang kekal abadi adalah alam kematian...
ajaibnya perasaan ini aku alami adalah ketika bersalin dahulu...
petunjuk demi petunjuk telah meyakinkan bahawa aku harus berubah...
semua tentang rutin harian,percakapan,pergaulan dan tingkah laku harus dirombak...
jadi aku ambil inisiatif untuk melakukannya secara perlahan-lahan...

menjadi muslim yang baik adalah matlamat aku...
cuma aku perlukan masa,ruang dan semangat dari yang tersayang...
aku hanya mahu ketenangan dan yang selebihnya terserah pada takdir Illahi...:)


salam hujung minggu semua!!

Tiada ulasan: