hajat untuk masak nasi ayam bukhari agak lama dipendamkan...
sudah di-print dan ditampal pada peti sejuk sebelum bercuti di thailand...
jadi tetiba semalam terbuka hati mahu mencuba...
pagi-pagi terus ke pasar basah kawasan rumah dan beli bahan-bahannya...
tengaharinya terus masuk ke dapur...
aku tiru bulat-bulat resepi ini...
iqi dan wan lepak di rumah jiran bujang yang baru berpindah...
sesi berkenalan sesama mereka,hehehhehe...
wan hanya pulang setelah iqi merengek mahukan susu...
aku pula masih terkial-kial menyiapkan makan tengahari...
cubaan menidurkan iqi berjaya dilakukan oleh wan...
dan akhirnya usaha aku ini membuahkan hasil...
maka sempurnalah menu hidangan aku yang agak ringkas ini...
ayam aku carik-carikkan supaya senang dikunyah oleh iqi...
dan bersesuai sangatlah dengan tekak aku,wan dan iqi...
:)
adios!!!
notakaki:harus lebih rajin mencari resepi baru sempena bulan ramadhan ini...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan