Jumaat, 18 Julai 2014

HB Ra'if Rifqi


Assalammualaikum..

Genap 3 tahun umurnya Ra'if Rifqi hari ini..
Wah,dah besar anak Mama..
Malam nanti kita celebrate ye Eky..
Mama doakan agar Eky sentiasa di bawah lindungi Allah..
Membesar dengan baik aktif, ceria dan soleh..




HB Eky..!!

Khamis, 17 Julai 2014

Bila Raya Makin Dekat..


Makin besar makin lain muka si manis Raiqa..
Dah mirip Babahnya pula..
Memang pun sebab dia lebih manja dengan Babah..
Tidur kena ada Babah di sebelah..
Kalau tak jangan harap matanya akan tutup..
Tak senang duduk okie..

Syukur juga sebab Wan dah tak perlu out-station..
Dapatlah dia bantu jaga anak-anak..
Lama tak membebel kat sini..
Rindu pula rasanya,hahahah..

Cuti Nuzul Quran kami ambil peluang ke Jalan Tar..
Beli baju untuk Eky, Raiqa dan Wan..
Aku punya sebelum puasa dah beli,heheheheh..
Pergi naik motosikal je..
Raiqa tinggal dengan Opah..
Malas nak bawa kereta sebab malas nak tempuh jem dan cari parking..

Niat hati memang nak ke Jakel..
Katanya ada sale baju melayu Aaron dan Zizan..
Alhamdullilah dapat juga rembat baju hero dan Babahnya..
Harga memang berbaloi-baloi..
Baju Raiqa tak ada pula saiz yang sesuai..
Maka panjanglah langkah kami 3 beranak..
Pusing punya pusing dapat jua..
Perasaan haruslah lega sebab jumpa warna sedondon..
Tinggal nak pakai di pagi raya saja,kikiki..



Sekali lagi kuih raya adalah kuih telunjuk..
Beli dalam 5 jenis rasanya dah cukup..
Memandangkan kami orang KL tak ada masalah giliran..
Ikut jadual pagi raya akan ke rumah bapa mertua..
Dan petang lepak rumah emak..
Lepas Asar bertolak ke kampung arwah ayah di Melaka..
Tidur satu malam..

Hari Khamis dah masuk kerja..
Minggu depannya hari Rabu hingga Jumaat cuti balik..
Buat apa lagi pergi jalan-jalan lah..
Hip-hip horrey..!!