Khamis, 12 Julai 2012

terima sajalah!!!


sudah 2 hari iqi demam dan batuk...
semalam lepas jumpa doktor panel terus aku bawa dia pergi pejabat...
syukur dia berkelakuan baik...
cuma keaktifan berjalan itu sukar dihalang walaupun jelas nampak kesugulan di matanya...
mood pun seperti suam-suam kuku...
jadi hari ini aku duduk rumah demi menjaga kesihatan dia...
sentiasa berfikiran positif di mana aku andaikan dia hanya demam mahu besar...
maklumlah tak sampai seminggu usianya mencecah 1 tahun...

Alhamdullilah selera makan dia hari ini berganda-ganda...
aku cuba bagi dia madu...
mujurlah diminum tanpa muntahkan balik...
aku terima ujian menjelang majlis harijadi dia sabtu ini sebagai dugaan...
kesabaran telah aku titipkan awal-awal lagi...

dengan ketiadaan wan hari ini dan esok maka aku harus kuatkan diri dari segi emosi dan fizikal...
apalah sangat ujian kecil ini jika dibandingkan dengan ibu bapa yang lain...
benar kata orang,bila kita mempunyai anak di situlah terletaknya nilai KESABARAN...
pengalaman memegang gelaran ibu banyak mengejar aku sifat-sifat mahmudah...
aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Insya-Allah!!

Tiada ulasan: