Jumaat, 11 Mac 2011

Kaki hadap kiblat masa tidur

Aku rasa korang sumer mesti selalu dilarang dan mengelakkan untuk tidur kaki hadap ke kiblat kan??
Aku pown same jek. Tapi, tadi aku dah terbaca dalam satu buku neyh. Soal-jawab pasal agama.
Dijawab oleh Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara.

Dan terungkailah persoalan yang selama ni membelengu kepala otak masing-masing.

Tidur kaki hadap kiblat takpe. Nape lak aku sesuka hati cakap camtu??


Bukan, Ustaz Azhar kata :
" Disunatkan tidur menghadap kiblat yang dimaksudkan tidur menghadap kiblat ialah diandaikan apabila kita bangun daripada tidur kita akan terus menghadap kiblat. Ini bermakna, dalam keadaan tidur terlentang dan ditinggikan sedikit kepala dan kaki menghala kiblat. Bila bangun, badan terus akan menghadap kiblat."




Jadi, lepas ni, tidak menjadi suatu kesalahan lah kalau korang tidur menghala kiblat asalkan adab-adab yang disebut tadi diikuti.

notakaki : Tapikan, make sure telinga korang ni alert bila dengar azan. Kalau spesis tido mati, azan surau sebelah rumah pown tak sedo, baik tak payah kaki tuh hadap kiblat ! huhu

Tiada ulasan: