Jumaat, 6 Julai 2012

corat coret KRABI:01


malam pertama yang kami lakukan adalah pergi bersiar-siar...
bolehlah melihat kehidupan malam rakyat krabi...
dan paling penting perut harus diisi kerana bekalan meegi yang dibawa tidak berapa kenyang,hehehhehe...
atas tinjauan rambang di carian google kami telah makan di gerai tempat jalan yang ada tanda bulan bintang dan halal...
sama ada halal atau sebaliknya tawakal sajalah...
untuk malam pertama kami hanya makan bubur...
cuma diletakkan ikan bilis dan telur...
malam kedua kami makan nasi goreng...
tiada sayur,daging mahupun ayam...
memang ada MCD di sini...
akan tetapi aku tidak mahu ambil risiko makan...
sebab dikatakan ianya daging babi...




hanya 5 minit jarak antara hotel dan walking street...
jam 8.00 malam waktu thailand sudah ramai pelancong yang berada di sini...
ramai yang datang dari eropah...
selebihnya aku perhatikan dalam kelompok asia saja...
memang havoc bandar aonang ini...
apa saja barangan cenderahati ada dijual...
cuma kena pandai tawar menawar...
diskaun akan diberikan jika kita pandai dalam urusniaga...
biasanya di tangan peniaga ada kalkulator...
tekan dan letak harga yang kita mahukan...
kalau munasabah peniaga selalunya akan bersetuju...
tetapi ada juga yang kedekut memberi diskaun...
orang yang begini aku malas layan dan terus cabut ke kedai lain...

sempat juga aku dan wan layan live band...
sedap sangat alunan muzik yang dilontarkan...
tak masuk dalam,cuma berdiri di luar saja...
rata-rata dimonopoli oleh pelancong asing...
jangan risau tentang pakej aktiviti sepanjang berada di sini...
terdapat deretan agensi pelancongan di kiri dan kanan...
kena rajin bertanya sebab sesetengah agensi ini akan menekan harga yang tidak lojik...
aku dan wan telah bersepakat untuk pulang ke kl dengan menaiki bas...
mahu merasa pengalaman yang lain pula...
dengan harga 800bht aka RM80.00 yang meliputi pengangkutan minivan dari krabi ke hatyai...
manakala bas ke kl kami akan naik dari hatyai...
memang murah dan berbaloi dengan bajet kecil kami itu,hehehehehe...







tambang tut-tut aka teksi sebanyak 20bht bersamaan RM2.00 jika penat berjalan...
tapi kami lagi selesa berjalan kaki...
banyak tempat boleh diterokai dan lebih puas rasanya...
hampir kesemua ceruk walking street kami jelajahi...
tiada apa yang menarik untuk aku beli...
namun sebagai kenang-kenangan aku rembatlah 2 helai t-shirt dan FM...
untuk kaum keluarga wan mencadangkan agar beli di hatyai saja...

hampir 3 jam kami meronda di walking street...
kaki pun mulai lenguh...
sementara mata hampir terkulai layu...
kena pastikan mendapat rehat yang cukup...
sebab esoknya aktiviti yang dinantikan akan dilakukan...



namun godaan fruit shake telah membantutkan hasrat terus ke hotel...
wan minum yang watermelon sementara aku apple...
lega tekak aku dan aotomatik hilang pula penat berjalan...
aku utarakan cadangan untuk pergi berurut...
akan tetapi dibantah bulat-bulat oleh wan sebab dia sudah mengantuk...
tunggu saja malam esok katanya...
maka pasrahlah aku mendengar kata-kata dari sang suami...

sampai bilik apa lagi terus peluk bantal...
dan ketiduran kami suami isteri sambil diulit mimpi yang indah-indah belaka ~~~~

1 ulasan:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya berkata...

zura,, gambar skedua tu gambar apa? pelik semacam jerk...