Khamis, 31 Mei 2012

hero sepanjang hayat!!!


masuk sahaja usia 10 bulan iqi sudah menunjukkan kebolehannya berjalan...
bermula dari berdiri,berjalan dan jatuh dilakukan penuh gigih sekali...
nah,kini aku mampu tersenyum melihat perkembangannya yang di luar jangkaan itu...





hero yang akan kami didik dengan sebaik mungkin...
hero yang akan menjadi kebanggaan kelak...
hero yang akan menjadi abang long kepada adik-adiknya nanti...
hero yang akan menggembirakan hati mama dan babah...
hero yang segala-galanya buat kami berdua...

segala-galanya kini sudah kembali normal...
keputusan wan untuk menarik diri dari arena bola sepak aku terima dengan lapang hati...
maka bekerjalah dia semula sebagai site engineer di UEM BUILDERS...
sebagai suri di hatinya tentulah aku orang yang paling gembira dengan keputusan itu...
ternyatalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...
itu memang sangat pasti
:)

Rabu, 30 Mei 2012

biru melambangkan ketenangan...


aku sedang mengajar diri untuk memilih warna selain dari pink...
apa sahaja warna yang sesuai dengan kulit muka aku cuba...
barulah meriah sikit almari baju dengan pelbagai corak warna...
setuju!!!



trend mewarna warnikan corak baju turut aku lakukan kepada iqi...
bila membeli baju hero kecil aku selalu alihkan pandangan untuk tidak melihat ke arah warna biru...
aku variasikan warna-warna pelangi itu supaya menampakkan keceriaan apabila dipakai olehnya...

oh okie gambar di atas kejadian yang berlaku sabtu lepas...
menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat wan...
diadakan di dewan rebung menara telekom malaysia...
besar sungguh dewan ini...
amat selesa sekali terutamanya kepada hero kecil...
oleh kerana iqi sudah mulai pandai berjalan maka diajaknya mama menjelajah satu dewan...
kami datang agak lewat sedikit iaitu pada jam 2.30 petang...
senang sedikit bila pergi dalam waktu sedemikian...
sebab boleh pilih mahu duduk di ceruk mana-mana pun...
berapa kali mahu ambil makanan tiada masalah...
yang penting boleh duduk lama-lama sambil berborak dengan kawan-kawan...
betul tak?



lihatlah betapa terujanya iqi bila bersosial begini...
suka bebenar dia kerana ramai yang dok layan...
orang gelak dia pun gelak...
paling best adalah ketika seisi bergambar...
cakap sahaja 1,2,3 terus memberi kerjasama...
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,kakakakka....

babahnya langsung tidak mengikut tema...
baju yang dipakai wan adalah hadiah dari sang isteri sempena hari jadinya...
buat masa ini sudah 2 kali disarungnya baju itu...
tak kisahlah berapa kali pun dia mahu pakai...
asalkan dijaganya dengan baik sudah memadai...
sebab harganya seperti membeli 5 pek susu iqi...
:)

WW-TIGA GENERASI!!



hiburan sahaja:setia kasih!!


Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia


notakaki:sudah sebulan tak berkaraoke...rindu pula!!

Selasa, 29 Mei 2012

pertukaran yang dinantikan!!


perkara yang aku tunggu-tunggu adalah permohonan bertukar ke kl dipercepatkan...
lambat bebenar untuk menunggu pengganti yang mahu ke putrajaya...
harap-harap usahlah memakan masa selama setahun...
6 tahun di sini aku rasakan sudah tiba masanya untuk berhijrah...
bertukar angin terutamanya soal kerja yang hari-hari membuatkan aku naik muak...
dalam ada rasa begitu aku lakukan sebaik mungkin tugas itu walaupun hati ini meronta-ronta mahu ke kl...
jiwa aku bukan di putrajaya...
dilahir dan dibesarkan di ibu kota besar membuatkan aku lebih selesa di sana...
hiruk pikuk kesibukan kl sebenarnya menggamit kerinduan bilamana terlalu lama berada di luar kawasan...
kl sudah semacam kampung pada aku...

bonus tambahan bilamana bertemu jodoh pula dengan orang kl...
senang,mudah dan fleksibel untuk ke mana-mana pun...
tiada timbul soal giliran kalau musim raya...
sama ada rumah keluarga sendiri mahupun mertua tiada sekelumit masalah pun...
dari semasa melamar,bertunang dan berkahwin urusan sangat mudah...
tak perlu difikirkan hal penginapan dan pengangkutan...
berapa jauhlah sangat rumah keluarga aku dan wan..
masih dalam kategori zon bandar lagi...

mujurlah aku dan wan masih ada kampung lagi...
jadi jika mahu lari dari ibu kota kami pergi sahaja...
berjalan-jalan sambil merasai nikmat menjadi orang kampung...
menariknya apabila orang kl balik kampung selalunya layan memang terbaik...
terutamanya bab-bab masakan...
dari pagi hinggalah membawa ke malam bermacam-macam hidangan disediakan...
sesekali mencuba makan apa salahnya...
orang berbudi kita berbahasa...

orang kampung ataupun orang bandar sama sahaja...
yang membezakan adalah adat resam,cara pemikiran dan sosio ekonomi...
malah jangan terkejut jika orang kampung lebih kaya berbanding dengan orang bandar...
pokok pangkalnya diri sendiri...
betul tak?


di mana bumi dipijak di situ langit menjunjung!!!

katanya tak macam suami isteri!!


mc semalam aku dan wan pergilah ke bangkok bank...
uruskan hal berkaitan dengan penginapan kami semasa bercuti nanti...
oleh kerana jam sudah pukul 4.00 petang...
kaunter pun mahu tutup jadi kami dipelawa ke bilik tetamu di dalam pejabat...
isilah 2 borang seperti diarahkan...
serah duit untuk dimasukkan ke dalam akaun penama dan berboraklah dengan pegawai bank tersebut...
banyak jugalah yang dibualkan...
rupa-rupanya pegawai perempuan tersebut berasal dari pattani..
ditanya soalan pergi beramai-ramai atau berdua...?
dan aku jawablah berdua...
ditanyanya lagi,sudah berkahwinkah kalian berdua...?
aku dan wan mengangguk secara serentak...
katanya,nampak macam bukan seperti suami isteri pun...
lagak seakan-akan kawan-kawan sahaja...
kami saling berpandangan dan tersenyum semasa sendiri...

jadi memang benarlah kata teman-teman...
gaya,percakapan serta tingkah laku kami tetap tidak pernah berubah...
masih mengekalkan momentum sama seperti sebelum berkahwin...
sampai ke malam topik itu menjadi bualan hangat kami...
bergelak sakan di bilik tidur mengingatkan riak muka pegawai perempuan tersebut...
dunia oh dunia!!!!


notakaki:sama ada wan yang masih kelihatan seperti orang bujang ataupun aku yang nampak muda belia lagi jawapannya masih samar-samar lagi :)


WWW 1 milik Sultan Johor!!



plat nombor WWW 1 akhirnya menjadi milik sultan johor...
harga bidaan yang tertinggi iaitu sebanyak RM520.000...
untung bebenar jadi orang kaya kan?
Agong pula memegang nombor plat WWW 5...
oklah tue!!!


Jumaat, 25 Mei 2012

peringatan untuk diri!!!


dulu-dulu rajin jugalah aku update status kat facebook...
rasa seronok pula bila buat begitu...
lama-lama terdetik rasa annoying dengan diri sendiri...
rasa seperti 'apahal aku nak kasitau dekat semua orang apa aku nak buat dan mana aku nak pergi sedangkan orang yang wajib tau adalah laki aku je?

kita tidak tahu siapa yang memerhatikan kita...
juga tidak tahu adakah orang yang baik depan kita betul-betul menyukai kita seperti di riak wajahnya...
atau ada udang di sebalik batu...
manalah tahu kekerapan kita mengemaskini status membuatkan orang menyampah...
lebih-lebih lagi orang yang nampak sahaja luaran baik namun di dalam hati busuk sebusuknya...

entri ini juga ingatan untuk aku jugak sebab emak makin kerap pesan jangan terlalu melebih-lebih di dunia fana ni...
musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang terang di depan mata....

hehhehe:)

bertuah rakyat kelantan!!



pemimpin ini memang sangat merendah diri...
ciri pemimpin islam memang sudah terserlah padanya...
beliau tidak memerlukan pengawal keselamatan yang mengiringi pun...
tiada istilah protokol langsung...
rumah beliau cuma rumah kampung biasa...
pemimpin yang menjadi guru agama kepada murid-muridnya...
sangat sederhana karakter pemimpin ini...
nyah-kan soal politik kerana ideologi masing-masing berbeda...

persoalannya,masihkah ada pemimpin yang sebegini di malaysia...

jawapannya,tanya diri anda!!

Khamis, 24 Mei 2012

tempat ini sungguh nyaman!!!




nyaman kan!!!
percutian seterusnya adalah di sini...
bila dan ketikanya aku sendiri pun tak tahu...
Allah saja yang Maha Mengetahui...

Oh,Tuhan kabulkan permintaan hamba-Mu ini!!
Amin...

kahwin itu amat mudah!!!


aku hanya keluarkan duit belanja kahwin cuma RM5k saja...
yang itu termasuk upah baju sanding+mekap+pelamin+jurugambar+barang-barang hantaran...
katering ditaja khas oleh arwah ayah dan emak...
cenderamata untuk tetamu dikongsi oleh adik nombor dua dan bongsu...
plastik beg makcik-makcik kongsi duit...
bunga telur busu yang secara sukarela mahu merebus seterusnya menjadi penaja...

majlis kenduri aku berlangsung dalam keadaan sederhana...
tiada upacara dikir barat,tari menari atau apa-apa acara simbolik...
memang itu yang aku ingkinkan...
hiasan pelamin dan gaya baju semasa bersanding atas pilihan aku...
soal mekap terpulang kepada mak andam untuk menata rias...
itupun masih dikatakan perkahwinan yang mewah pada pada masyarakat umum...
yang membuatkan mereka berkata begitulah adalah makanan yang sangat-sangat sedap...
ayam goreng yang dihidang masih panas...
lauk daging masak hitamlah yang paling cepat habis...
sampai ada yang menambah sampai 2 atau 3 kali...
kerana itulah emak terpaksa tuan katering menambah hidang lauk ayam goreng...
tak sangka sambutan yang teramat meriah sekali...

untuk belum lagi mereka-mereka yang menepung tawar semasa kami bersanding...
memang aku langsung tidak menyenaraikan senarai tetamu yang akan menepung tawar...
perut lapar pun masih terus tersenyum,beb...
pengacara majlis tue memang aku suka...
cara penyampaian dia langsung tidak membosankan...
bersilih ganti suara mereka yang gemar berkaraoke...
dari zaman 60-an hinggalah terkini semuanya dirangkumkan menjadi satu...

dekorasi di meja hidang untuk tetamu dan meja beradap juga menarik perhatian aku...
pandai tuan katering ini menghiasnya...
sebelum melangkah ke pelamin,kami akan melalui pintu gerbang...
lain dari yang lain bebenar hiasannya...
pendek kata,bijak sungguh emak dan arwah ayah memilih katering tersebut...
kos kesemua pakej katering+khemah+pengacara majlis+tambahan ayam goreng 200 ekor+kek 3 tingkat adalah RM13k saja...
berbaloi-baloi sangat dengan layanan yang disediakan...
jadi selepas ini bolehlah gunakan khidmat katering ini lagi bila adik nombor dua mahu kahwin...

duit hantaran RM8k yang diberikan pihak lelaki berjaya tidak disentuh oleh aku...
aku laburkan ke dalam ASB...
hajat hati mahu mengadakan di dewan memang tak dapatlah...
kerana semuanya telah penuh...
jadi,adakan sahaja di kawasan rumah sudahlah...
itupun sudah cukup menggembirakan dan melegakan hati ini...

sejujurnya,aku anggap ianya amat mudah untuk kami berdua...
kami tetapkan tarikh nikah 10/10/10...
2 minggu kemudian barulah diadakan majlis sanding...
kami pecahkan menjadi 2 majlis supaya dapat menumpukan majlis nikah terlebih dahulu...
kos untuk nikah ditanggung sepenuhnya oleh wan termasuk dengan katering...
anggaran untuk makan adalah RM1k...
tetamu yang hadir adalah kira-kira seramai 100 orang...
penuh majlis al-bukhary itu dengan kaum keluarga kedua-dua belah pihak...
selesai majlis akad nikah barulah boleh fokus kepada resepsi masing-masing...
kelebihan kami yang berasal dari kuala lumpur telah memudahkan segala urusan...
urusan penginapan dan pengangkutan memang langsung tiada apa-apa masalah...

secara keseluruhannya,kos belanja kahwin aku adalah dibawah RM20k...
duit-duit yang diberikan kepada tetamu aku serahkan bulat-bulat kepada emak dan arwah ayah...
lepas habis kesemua majlis maka bermulalah kehidupan baru aku dan wan...
masuk-masuk sahaja rumah Alhamdullilah perabot telah tersedia...
dalam sibuk-sibuk menguruskan hal kahwin sempat juga membeli perabot...
semuanya rezeki yang dipermudahkan oleh Illahi...
setiap bulan ada sahaja peruntukkan yang sama-sama kami agihkan untuk kehidupan setelah menjadi suami isteri...
berdikit-dikitlah kami menyimpan wang supaya ianya tidak melayang ke benda yang tidak bermanfaat...
moment yang paling tidak boleh dilupakan dimana kesepakatan kami membersihkan dan mengecat rumah bersama-sama...
begitu juga ketika membeli perabot...
bergaduh manja berselisih pendapat telah mengeratkan ikatan sebenarnya...
bila dikenang-kenang kemabali pasti akan tersenyum sendiri...

duit bukanlah segalanya...
apa yang penting kebahagiaan...
susah senang berdua tanpa ada keluhan...
itu sangat mahal okie

:):):)

katakan tidak pada GEMUK!!


aku bukan jenis kaki makan...
aku hanya makan bila perlu sahaja...
keseronokan makan tiada lagi dalam kamus hidup aku...
sebab aku tak suka nampak besar dari usia...
aku buat begitu bukan atas desakan sapa-sapa...
semuanya datang dari kemahuan aku sendiri...
menjaga kesihatan adalah matlamat aku dari dahulu...
orang yang jaga pemakanan pun boleh kena pelbagai penyakit...
inikan pula yang tidak menjaga...
aku paling takut dengan kolestrol...
ianya adalah penyebab utama sebelum penyakit 3 serangkai itu datang...
harus diingat bahawa penyakit kini tidak mengira usia...
bila-bila masa saja ianya boleh datang...
jika boleh aku mahu kelihatan sihat walaupun telah dimamah usia...

contohnya terbaik adalah emak...
dia masih sihat,teramat jarang sakit dan sentiasa aktif walaupun telah bersara...
kerja-kerja rumah semuanya emak lakukan sendirian...
petua emak adalah jangan malas...
usah ajar badan kita berehat terlalu lama...
jaga makan terutama di waktu malam...
makan nasi biarlah sekali sahaja...
berhenti makan sebelum kenyang...
dan jangan terlalu kerap tidur...

namun aku tidaklah ekstrem dalam menjaga bab-bab ini...
cuma di waktu pagi aku langsung makan makanan bergoreng...
menurut kevin zahri,sangat bahaya jika setiap hari kita mengambil sarapan pagi dengan memakan makanan bergoreng,nasi lemak,roti canai dan seangkatan dengannya...
harus bersarapan kerana ianya dapat menambahkan tenaga...
gantikan ruji tersebut dengan roti gandum,oat,telur setengah masak,bubur atau tofu...


jika ada kelapangan ataupun larat aku akan berjoging...
naik turun tangga di pejabat pun sudah cukup baik sebenarnya...
aktif bergerak juga bagus okie...
walaupun agak sukar mendapatkan berat badan ideal dahulu sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana usaha aku itu menampakkan hasil...
kena selalu positifkan fikiran supaya setiap usaha ada jalannya...

sudah sebulan aku tidak berat...
semalam bila aku lakukan keputusannya boleh membuat aku tersenyum...
sebelum ini berat 58kg telah turun kepada 55kg...
memang itulah target berat badan yang aku sasarkan...
aku harap dengan puasa qada yang sedang aku jalani ini sedikit sebanyak mempengaruhi berat badan...
Insya-Allah...
tidaklah aku mahu kurus seperti lisa surihani,hehehhe...
asalkan dapat memakai baju-baju lama itu cukup memadai...
jika cakap mahu kurus namun tiada usaha pun tak guna juga...
itu yang aku selalu cakap di depan cermin...

tiada alasan kita sebagai wanita mengatakan tiada masa untuk semua itu...
pokok pangkal atas usaha dan kemahuan kita sendiri...
perempuan bila sudah kahwin banyak yang harus dijaga...
bukan sahaja dari segi memasak,cekap membuat kerja rumah ataupun menjaga anak...
tetapi aspek penampilan diri dan tatarias juga kena dititikberatkan...
usah lupa penjagaan dalaman juga...
namun biarlah ianya bersifat sederhana..
setuju!!


notakaki:kempen katakan tidak pada gemuk ditujukan kepada diri sendiri...tiada kena mengena dengan orang lain okie...jangan terasa lebih-lebih!!!

Rabu, 23 Mei 2012

lemahnya ketika ini!!


penat siot rasa hari ini...
simptom PMS beginilah...
tak ada mood langsung waima bercakap dengan orang...
2 hari berpuasa ini langsung aku tak bangun sahur...
jam loceng awal-awal aku setkan jam 6.00 pagi...
aku rasa ke-lemah-an aku ini bukan berpunca dari itu...
kata hati mengatakan yang "bulan" akan muncul tidak lama lagi...
harap-harap biarlah "ia" datang minggu depan...

semalam aku singgah ke kl sentral sekejap...
beli tiket untuk pergi melancong sambil berbulan madu...
hujung bulan 6 tarikhnya itu...
hajat wan untuk membawa aku berbulan madu hampir terlaksana...
mujurlah emak dengan rela mahu menjaga iqi...
percutian yang langsung tiada dalam kalendar kami tahun ini...
hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-dua katanya...
aku terima cadangan wan dengan rasa yang gembira...
lebih seronok bilamana tempat yang akan dilawati ada air...
bolehlah melepaskan gian yang sudah lama diimpikan...
rindu sangat-sangat pada pulau...

aku rasa tiada masalah pergi bercuti berdua tanpa anak...
tipulah kalau aku kata rasa itu biasa-biasa saja...
rindu sudah tentulah membuak-buak...
namun bila memikirkan bilalah lagi peluang ini akan dapat...
jadi aku positifkan diri agar kuatkan hati...
lagipun iqi dijaga oleh emak...
tiada apa yang perlu dikhuatiri sangat...
aku dan wan pergi pun tidak lama...
harapan aku agar semuanya berjalan seperti yang dirancang...
kini aku sedang menghitung hari mennanti detik itu...
teruja sudahlah tentu kerana dari mula hubungan ini halal sampailah iqi sudah 10 bulan mana pernah bercuti berdua...
kadang-kadang aku fikir cara ini molek untuk memperkukuhkan kasih sayang...
tetapi usah amalkan selalu...
naluri keibuan aku mana boleh berpisah kerap begini dengan MUHAMMAD RA'IF RIFQI...

sungguh!!



notakaki:urusan hotel dan aktiviti telah aku bereskan...terima kasih kepada kawan-kawan atas tunjuk ajar kalian...muahss!!!

WW-sangat lain rupanya itu




notakaki:tudung ini membuatkan rupa aku lain benar..atau perasaan aku sahaja?

tahniah nazmi faiz!


aku sudah mula perasan pemain muda ini sejak tahun lepas...
umurnya ketika itu baru 17 tahun...
jika tidak silap dia bersekolah di sekolah sukan bukit jalil(SSBJ)...
tengok dari cara dan gayanya ada potensi untuk maju ke hadapan...
dan semalam bila aku baca berita harian,dia telah mengikat kontark bersama kelab S.C Beira Mar selama 3 tahun....
kelab ini memang aku tak pernah dengar...
tapi katanya kelab divisyen 1 di portugal...
sekurang-kurangnya ada jugalah anak melayu malaysia yang bermain di kelab luar negara...
satu kebangggaan buat kita sebenarnya...


3 tahun berada di negara orang...
pengalaman yang tidak akan ditolak oleh mana-mana pemain bola sepak okie...
lihatlah pemain antarabangsa seperti messi menimba ilmu di negara orang...
yang penting duit berkepuk-kepuk...
hahahhaha :)



tahniah dik nazmi!!


semoga aku cekal...


sejak semalam aku sudah mula berpuasa...
opss bukan puasa sunat rejab ye...
puasa qada menghabiskan saki baki semasa berpantang...
ya,aku sedang berpantang ketika ini...
hari ketiga raya baru cukup 44 hari tempoh pantang itu...
setakat ini baru 4 hari jumlahnya...
makanya masih ada 26 hari yang harus diselesaikan...
niat aku tidak mahu membayar fidyah...
puasa seperti di bulan ramadhan itu...
tak perlu memberat-beratkan sesuatu yang sememangnya mudah...
salah aku juga sebab tidak menggantikan awal-awal lagi...
sekarang mahu atau tidak lakukan dengan hati yang ikhlas dan cekal...

aku sasarkan hanya puasa ketika waktu bekerja...
manakala 2 hari cuti itu agak sukar dilaksanakan...
kena masak untuk anak dan suami...
takkan hendak diajaknya sama berpuasa sama...
tidak sesuai okey...
dengan aktiviti yang padat mana mungkin aku dapat menahan diri...
ke sana ke mari memenuhi undangan kahwin musim cuti sekolah...
ditambah pula dengan kegiatan anak beranak yang sememangnya tidak reti duduk rumah...
akan tetapi akan aku cuba sedaya yang mampu...
Insya-Allah!!!

semalam menu berbuka aku adalah laksa yang dimasak oleh emak...
tengahari emak sudah telefon supaya jangan makan diluar...
dimasak juga daging masak kicap...
terlebih rajin katanya...
sejak iqi ada jadual tidur senang sedikit mahu memasak...
cara dan pemikiran emak sama serupa dengan aku...
jika wan tiada di rumah begitulah yang aku lakukan...
melayan teletah hero kecil...
bermain-main,bergurau manja dan berkejaran sesama sendiri...
bila sampai waktu tidur dia akan merengek...
suakan susu dan tertidurlah hero kecil dalam tempoh 2 jam...
di situlah aku akan ambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh...
nikmat hidup kurniaan Illahi...
sebab banyak benda yang boleh dibuat...
bila semua kerja rumah dapat dibereskan barulah boleh berjimba ke mana-mana...
nasihat emak adalah rumah harus kelihatan bersih dan kemas supaya dapat menghindari suami berpeleseran selalu...
tak susah sebenarnya buat semua ini...
asalkan mendapat kerjasama dari sang suami perkara yang dianggap sesetengah orang sangat susah akan menjadi mudah...
:)


notakaki:bulan ini dan jun kena kuatkan hati...harus selesaikan baki puasa sebelum berbulan madu di tanah besar indochina!!

Selasa, 22 Mei 2012

kisah ahad yang ceria!!


hari minggu seharusnya diisi untuk keluarga...
itu aku setuju 100%...
tiada bantahan okie...
limitasi terhadap aktiviti bersosial dengan kawan-kawan sudah menjadi hal yang sangat tidak penting kini...
jika mahu melakukan hanya waktu-waktu tertentu...
sebenarnya tak banyak aktiviti pun...
cuma sejak akhir-akhir ini pelbagai agenda yang berlaku secara tidak sengaja...
misalnya hari ahad lepas,di mana pagi-pagi telah mendapat panggilan dari busu mengatakan kepuk dan batu nisan akan dipasang hari itu...
jadi perbincangan ringkas antara suami isteri berlaku dengan pantas sekali...
ketika itu aku sedang memasak menyiapkan sarapan pagi...
selesai memberi makan kepada hero kecil maka bersiaplah apa yang patut...
apa yang menarik adalah kami lakukan dalam suasana yang aman tanpa kelam kabut...
mujurlah hero kecil memberi kerjasama yang baik di mana dia khusyuk menonton televisyen...
sesambil itu babahnya melayanlah kerenah dia bermain basikal...




setelah bersiap terus diambil emak dan adik-adik...
biasa perjalanan mengambil masa 2 jam...
tetapi hari itu jalan raya sungguh lenggang...
sekaligus masa sampai adalah 1 jam 30 minit sahaja...
di sini pelbagai aksi iqi yang sempat dirakamkan...
budak 10 bulan ini mana reti duduk diam...
ada saja benda yang mahi diusik dan digodek...
sampaikan babah turut menjadi mangsa usikkannya..
perilaku yang terkadang mengundang tawa kami di dalam kereta...




sampai-sampai terus menuju pada hidangan tengahari yang telah disediakan khas untuk kami...
cuaca ketika ini memang amat panas sekali...
memaksa aku menanggalkan baju iqi...
nasib baik dia tidak merengek ataupun menangis...
anak yang lasak persis babah dan babah...
itu kata busu dan suaminya...
selesai menjamah selera duduklah kami di bawah pokok sambil melihat suami busu membakar sampah...
untuk makluman rumah kampung ini adalah tinggalan atuk dan nenek...
memang tiada siapa yang duduk...
kesepakatan telah dibuat dimana rumah ini telah diserahkan kepada busu...
cuma sebulan sekali beliau akan balik untuk meninjau-ninjau...
kadang-kadang diajaknya kami sekali balik...
barulah meriah sikit....



kami lepak sehingga jam 5.00 petang...
sebelum balik wajib mandi kerana air di kampung amat nyaman sungguh...
terasa segar sikit badan ini untuk meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota...
singgah sebentar di kubur arwah ayah...
rutin yang telah menjadi sebulan sekali untuk menziaragi pusara arwah ayah...
sangat berpuas hati dengan hasil kerja batu nisan rakan sekampung arwah...
apapun bulan 6 ini kami akan pulang kembali...
membuat majlis tahlil kecil-kecilan...
hasil perbincangan tadi semua sudah sepakat dengan tarikh,jemputan dan hidangan...
syukur segalanya dipermudahkan...

tiba ke ibu kota agak lambat...
ini kerana ada kemalangan di senawang...
dalam jam 8.00 malam barulah memasuki tol sungai besi...
adik kedua buka mulut mahu belanja makan...
terus ke kedai gayah station di desa pandan...
sate dia memang sedap ye...
ayam dan dagingnya amat lembut...
begitu juga dengan kuah yang rasanya sedang pedas...

melangkah kaki di rumah masing-masing buat hal sendiri...
apa lagi yang diimpikan adalah melelapkan mata...
hero kecil dari dalam kereta sudah dibuai mimpi...
:)



notakaki:minggu depan bermulalah kenduri kahwin di sana sini...sekali lagi aktiviti padat!!

Isnin, 21 Mei 2012

kisah A B & C!!


orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar...
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat...
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca...

 maka

janganlah perasan yang diri kamu itu terlalu sempurna hinggakan terpaksa berlaku hipokrit...
kita ini hanya manusia...
dosa kita...
pahala kita...
lebih kurang sama.
cuma aplikasinya di lain situasi dan masa...

berhentilah hidup berpura-pura

sekian :)

Jumaat, 18 Mei 2012

isteri kena cantik untuk suami!!!




isteri kena cantik untuk suami...
tapi berapa ramai sangat di antara kita yang pakai ala kadar di rumah tapi berpakaian berhias beria-ia di luar...
aku mengaku aku tergolong dalam kalangan yang begini...
pada aku cukuplah mengenakan pakaian yang relevan dan bersolek tipis...
memakai minyak wangi juga digalakkan...
usahlah nampak terlalu selekeh dengan menempek bedak sejuk ketika waktu siangnya...
itu cara aku...

definisi isteri kena cantik untuk suami juga membawa erti harus jaga maruah suami...
makanya jika di luar berhiaslah dengan ala kadar...
pakaian yang bersesuaian dengan situasi...
yang penting mendapat keredhaan dari sang suami...
apa orang mahu kata biarkan sahaja...
asalkan kita rasa selesa dan kena pada tempatnya itu sudah memadai...

bagi aku tentang individu berpakaian tidak menjadi hal...
soal pakaian sangat remeh untuk aku...
jika dia memang suka berskirt pendek,berkebaya,berbaju kurung,blaus atau sebaliknya ikut suka dia lah...
mentaliti aku amat-amat terbuka...
kerana aku telah melalui fasa perubahan dari semasa ke semasa...
dari remaja yang gemarkan skirt aku bertukar kepada seluar jeans...
apabila berkerja di sektor kerajaan perlahan-lahan aku belajar memakai baju kurung...
dan akhirnya bertudung...
bukan mudah mahu melakukan perubahan...
semuanya memerlukan ruang dan masa...
setiap orang ada cerita di sebalik apa yang telah dilalui...
jadi hormati pendirian individu itu...

syukur aku selesa dengan apa yang aku pakai kini...
walaupun bertudung masih mampu berfesyen...
tahu akan batasan seorang wanita,isteri dan ibu...
Alhamdullilah!!


notakaki:cantik seseorang itu bukan terletak pada paras rupa..semua harus kelihatan cantik..yang penting gembira dengan apa dilakukan...setuju!!

Khamis, 17 Mei 2012

kurus itu hanya tinggal impian atau akan jadi realiti ye!!


sejak diet menjadi harapan aku untuk mendapatkan berat badan sebelum bersalin...
memang ada penurunan tetapi masih belum puas hati...
hendak dikatakan susah hati tidak juga...
berjoging dan berdiet telah aku lakukan...
aku bukan jenis yang cepat mengalah...
ada jugalah beberapa helai baju lama yang muat dipakai...
baju kurung sedang elok disarungkan...
oh setiap kali melihat bentuk badan akan ada sedikit rungutan...
bagaimana lagi yang harus aku lakukan...
komen teman-teman sangat positif...
kata mereka nampak juga kesan dari berdiet...
tetapi empunya diri yang masih belum mampu menarik nafas lega...

jika ditanya wan dia lebih sukakan badan yang begini...
tak kurus dan tak gemuk...
bukanlah dia tidak suka bentuk badan aku yang dulu...
cuma katanya tubuh badan yang kini sangat ideal...
aku tak suka bila waktu bergambar...
terkadang terserlah ketembaman pipi tatkala tersenyum...
bahu pun terasa seperti agak lebar sedikit...
ataupun mainan perasaan aku sendiri...
tidaklah aku malu dengan keadaan diri sekarang...
malah sangat bersyukur atas kurniaan dari Illahi...


akan tetapi aku tidak boleh menolak keinginan hendak badan seperti dahulu...
lumrah namanya wanita pasti mahu kelihatan cantik...
tak kisahlah sama ada sudah berkahwin atau sebaliknya...
kata wan,sudah nampak hasil dietan selama ini...
cuma prosesnya memakan masa sedikit...
teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa...
sekurang-kurangnya dengan menjaga pemakanan dan bersenam dapat menggelakan penyakit...
itu kata sang suami yang sangat memberikan motivasi...

walaupun terdapat kata-kata yang kurang enak didengar aku malas mahu layan...
selagi termampu akan aku teruskan usaha gigih ini...
mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku...
tahun hadapan target untuk mengandung lagi,hahahha....
jadi kenapa harus bersedih lantas memberi kesan dalam seharian...
buat seperti biasa dan kekalkan berat yang kini...
dikhuatiri juga bilamana kurus seperti dahulu usaha untuk mengandung akan terbantut...
buat mengikut kadar kemampuan yang ada...
janji sang suami tiada komen tentang isu ini...
betul tak?


notakaki:gambar pagi tadi sebelum masing-masing berlawan arus mencari rezeki!!

luahan kecil dari insan kamil!!!


aku paling benci dengan manusia yang suka bercakap tentang hal yang dia tak tahu dan selepas itu sampaikan cerita tak berasas kepada orang yang tak tahu apa-apa...
senang cerita,dok canangkan kepada orang ketiga cerita yang 100% tak betul...
paling menambah sedap dalam cerita itu bagitau aku nampak kurang ajar bercakap dengan suami dengan memanggil wan panggilan "awak"...
lagi satu,aku tak keluar makan tengahari sebab aku orang kl dan semestinya tidak campur urusan orang lain...
apa kejadahnya fakta bodoh ini...
aku tak ada masalah dengan orang begini walaupun aku sendiri tak tahu kenapa dia tak bertegur dengan aku...
dan aku langsung tak pernah terlintas di hati memburukkan orang begini meskipun banyak cerita pasal dia aku tahu...
selantang-lantang mulut aku ini tidaklah sampai aku hendak jaja cerita orang lain...
yang membuatkan aku bengang adalah di mana aku bermasalah dengan orang lain dan kenapa dia yang terlebih rasa...
seperkara lain yang dia dok canang spekulasi bodoh itu kepada orang ketiga yang tak tahu apa-apa itu apa halnya...
perkara ini aku ketahui bilamana orang ketiga itu mahu mendengarkan penjelasan dari mulut aku sendiri...
hati aku sejuk dimana sebelum bertanya orang ketiga meminta maaf...
bagus pendekatan orang yang kuanggap sebagai kakak..
sudah tak ada cerita lain ke yang mahu berbual...
sampaikan aku tak makan tengahari jadi bahan gosipan...
memang menyirap aku jumaat lepas...
mahu rasanya lempang muka dia dan terus pergi sahaja...

dari aku bujang lagi kata-kata dia memang sungguh tak membina...
nasihat yang langsung tidak boleh pakai...
aku ingat lagi kata dia yang aku harus jaga badan dan muka,jika tidak laki aku akan carilain...
peh...berani kenyataan itu keluar dari mulut dia...
janganlah dok samakan kehidupan rumahtangga orang lain dengan apa yang kau pernah lalui...
sepatutnya ucapankanlah kata-kata peransang ataupun berbaur nasihat...
apa dia ingat semua suami seperti itukah?
baru beberapa bulan kahwin laki sudah ada perempuan lain...
bergaduh sesama sendiri melibatkan keluarga sendiri dan mentua...
walaupun aku tak tahu keseluruhan cerita tapi dari tingkah laku dia aku boleh agak...
pernah juga aku ternampak dia menangis...
tapi tidak pernah sekali aku mahu masuk campur...
cermin diri terlebih dahulu sebelum memperkatakan tentang hal orang...
ikut suka hati kamilah mahu mencorakkan rumahtangga yang akan dibina...
aku percaya jika niat berkahwin kerana Allah pasti tiada apa-apa masalah...
ranjau dalam hidup berkelamin memang akan ada...
terpulang pada pasangan itu sendiri menanganinya...
semua ketentuan datangnya dari Yang Maha Esa...
lakukan segala dengan terbaik selepas itu berdoa dan akhir sekali bertawakal sahaja...
itukan konsep yang dianjurkan oleh Islam..

banyak sebenarnya benda yang menyakitkan hati bila bercakap pasal dia...
cuma aku ini bukan manusia yang mahu keruhkan keadaan...
berdiam diri itu lebih baik...
walaulah ketika mengandung prestasi kedatangan aku agak teruk...
tak pernah terlintas di hati meniru tandatangan bos...
7 kali punch kad aku merah ye...
aku jumpa bos dan terangkan sebabnya...
sama ada bos mahu percaya atau sebaliknya itu terpulang...

syukur Alhamdullilah sepanjang melayari bahtera rumahtangga tiada perkara yang merunsingkan aku...
masing-masing tahu tanggungjawab...
kekurangan yang ada dari hari ke hari diperbaiki...
selalu aku tanamkan dalam diri bila bekerja fokus terhadap tugas di pejabat...
hal-hal pejabat tidak pernah aku bawa ke rumah...
hari-hari yang dilalui walaupun rutin hariannya sama tetap menggembirakan...
setakat ini memang sangat-sangat aku berterima kasih kepada Tuhan...

terkadang orang membuat andaian yang salah apabila seorang isteri tidak memanggil suaminya "abang"...
sedangkan sang suami tiada langsung ambil kisah tentang hal ini...
tidak pernah disuarakan isu yang dianggap remeh...
perilaku kami yang tampak seolah-olah seperti orang belum berkahwin mengundang rasa kagum teman-teman sebenarnya...
ini kisah benar okie...
kami masih mengekalkan momentum perlakuan,percakapan,minat dan aktiviti ketika belum bernikah dulu...
harus diingatkan setiap pasangan suami isteri ada cara mereka yang tersendiri...
asalkan masing-masing tahu batasan tiada salah pun...
perlukah setiap kemesraan itu ditonjolkan di mata umum...?
salahkah kami bermesra dengan acuan yang amat kami senangi...
selagi suami cara itu mendapat redha suami itu tidak menjadi hal okie...

wan tahu bagaimana sikap,cara dan tingkah laku aku...
aku tahu bagaimana mengimbangi hubungan kami di khalayak umum,rumah dan kamar beradu...
tak perlu pertikaikan cara orang lain andai di mata nampak seperti tidak menghormati sang suami...
usah terlalu mencari kesalahan orang sedangkan kita masih belum mencapai piawaian seorang isteri solehah...
aku masih belajar dan akan terus belajar...
tolong fahami cara dan norma kehidupan orang lain...
jika tampak aku seperti bersosial sila pandang dari pelbagai sudut...
sosial yang bagaimana itu yang dikatakan seorang isteri yang tidak taat suami...
adakah aku minum,merokok atau merewang di kelab-kelab pada waktu malam...?
jenis aku memang suka berkawan dari semenjak bujang lagi...
aku mengaku aku sangat suka lepak di kedai mamak sambil berborak dengan kawan-kawan...
jika tidak ditemani wan,haruslah ada adik ataupun teman sejenis...
percampuran antara laki-laki dan perempuan yang dianggap kawan perlulah dikhalayak ramai dan bukannya berborak secara berduaan...
itu sah-sah salah di sisi agama ataupun masyarakat...
perkahwinan tidak pernah menghalang pasangan itu melakukan apa yang pernah dilakukan semasa bujang asalkan ada limitnya...

aku sedar masa tidak akan berulang kembali...
aku punyai anak yang perlu diberi contoh yang baik...
dan aku bukanlah jahil sehingga perkara demikian tidak diberi keutamaan...
hidup dalam dunia ini sangat mudah...
cuma stigma mentaliti orang melayu yang banyak sangat pantang larangnya...
Tuhan bagi akal jadi kita tahu mana yang baik atau buruk...
kena ingat bahawasanya manusia itu berubah-ubah...
kita tidak tahu pengakhiran nafas terakhir kita bagaimana...
jadi jika mahu beramal pun pandanglah dari sudut positif...
kondem mengondem bukan budaya Islam...

kesimpulannya,jangan suka cari silap orang...
karmanya akan berpatah balik kepada kita...
aku dulu pun pernah melakukan kesilapan...
namun aku bersyukur Tuhan tunjukkan jalan...
walaupun masih banyak kepincangan di sana sini sekurang-kurangnya aku belajar baikinya...


masih bahagia dan berharap bahagia itu akan kekal hingga hujung nyawa...
Amin!!

drama seindah sakura yang best!!!



drama yang sedang aku layan ini memang agak menarik juga...
lebih-lebih lagi dengan lakonan mantap dari fasha sandha...
sesuai dengan watak gadis kampung yang masih belasan tahun...
tak perlu bermekap tebal...
pembawakan imej fasha sandha dalam drama ini bertetapan dengan skrip dan jalan cerita...
jia sedih maka tergambarlah riak muka itu...
nampak ikhlas dan menusuk kalbu...
aku rasa semua setuju dengan apa yang aku katakan ini...
memang tidak boleh disangkal lagi akan bakat lakonan pelakon wanita ini...

jadi selepas ini harus masak awal...
sambil menonton drama ini layan iqi dan bagi dia makan...
indahkan hidup ini :)

Rabu, 16 Mei 2012

basikal dan rambut baru hero kecil!!!



gambar yang ditagged oleh angah di facebook...
ingatkan aku orang yang pertama akan melihat aksi iqi dengan basikal baru...
rupanya mak ngah dia merampas kuasaku itu,hehehhe...
dari riak muka nampaknya gembira sahaja...
cuma basikal itu lebih besar dari susuk tubuhnya itu...
tak kisahlah janji boleh pakai lama...
bolehlah selepas ini pergi taman dibawanya basikal itu...
bertambah lagi satu aktiviti hujung minggu kami bertiga...
suka sangat!!!


notakaki:gaya rambut baru iqi...baru nampak kemas sikit!!

cinta yang sempurna-kangen band

Bagai bintang dilangit
Begitu cinta kita
Tak kan pernah binasa
Meski terhapus masa

Terima kasih tuhan
Kautelah sempurnakan
Telah engkau ciptakan
Dia untuk diriku

Aku bukan pujangga
Yang pandai rangkai kata
Yang ku punya hanyalah
Hanya segenggam cinta

Saat kita melaju diatas dua roda
Pegang erat pundakku saat meninggalkan ku

Lupakan aku bila itu terbaik untuk mu
Jangan pernah kau tanyakan cinta yang tersisa
Yang kau pun tak punya
Biarlah

Aku akan pergi
Tinggalkan semua
Cinta ini selamanya

Patahkanlah sayapku
Saat ku mencoba
Berpaling dari kasih dan sayangmu
Maka bunuhlah aku bila aku mencoba berpaling dan mencari penggantimu

Bagai bintang dilangit
Begitu cinta kita
Tak kan pernah ternoda
Meski terhapus masa


notakaki:best gak layan depa nie!!

mari kita ke tesco!!


pagi semalam aku balik rumah wangsa maju...
tujuannya adalah mahu berehat dan tidur sepuas-puasnya...
kepala berpinar-pinar sejak dari hari isnin lagi...
pagi selasa pula memang tak larat langsung...
jadi minta tolong emak jagakan iqi...
dan lega rasa bilamana dapat tidur dengan nyenyak...
tolak ketepi soal makan...
yang penting ketika itu adalah TIDUR...
bukan niat mahu menambahkan beban emak tapi sumpah keadaan diri tidak mengizinkan...

petangnya pula wan cadang hendak membeli basikal untuk si kecil...
terus ke rumah emak dan menyiapkan si kecil...
kira-kira jam 5.00 petang bergegaslah kami ke tesco ampang...
diajaknya juga emak namun ditolak mentah-mentah...
telahan aku mungkin emak mahu berehat sama seperti aku...





sungguh nikmatnya membeli belah ketika waktu begini...
dimana tidak perlu bersesak dengan lautan manusia...
membuat pilihan juga senang,selesa dan efektif...
akhirnya apa yang dicari dapat diperolehi...
maka selepas itu bolehlah aku dan wan mencari barangan untuk diri sendiri...
manakala iqi pula dibuai mimpi yang indah-indah...
2 jam di dalam tesco dibantainya tidur sehingga tidak sedarkan diri...


notakaki:Alhamdullilah dengan rezeki yang lebih bulan ini...syukur!!

iqi yang kuning!!


hakikat yang kena diakui adalah muka iqi semakin ke arah babahnya...
hilang sudah wajah seiras mamanya...
itu memang tidak boleh disangkalkan lagi...

foto ini ditangkap semalam ketika makan malam...
kerjasama yang amat baik sekali diberikan oleh hero kecil...
sekarang iqi sudah boleh makan makanan yang relevan untuknya selain dari bubur...
jemu juga kalau hari-hari disuakan bubur...
dan kerana itulah jika makan di luar harus juga meng-order makanan yang boleh dimakan iqi...
makanya gigihlah aku cuba menvariasikan menu untuknya...
gembira siot apabila usaha kita itu menampakkan kejayaan...
habis dan licin selicinnya di makan oleh hero kecil...
baguslah kan?





mimik muka yang amat teruja untuk makan...
menariknya adalah iqi tidak pernah tolak apa sahaja yang dihidangkan di hadapan asalkan bukan telur...
sebab makanan itulah yang membuatkan mukanya gatal-gatal...
apapun,aku gembira melihat hasil tumbesaran si kecil yang memberangsangkan itu...

:):)

WW-syok sendiri!!!





Selasa, 15 Mei 2012

wordless edisi SELASA!!



nasib malang buat MUFC!!



liga perdana inggeris(EPL) melabuhkan tirainya ahad lepas menyaksikan manchester city (MCFC) menjadi juara buat kali pertama dalam era millenium setelah kali terakhir memenanginya 48 tahun yang lalu...
sementara manchester united (MUFC) pula hanya mendudui tangga kedua liga...
dan yang paling malang sekali untuk MUFC adalah langsung tidak memenangi apa-apa kejuaraan pada musim ini...

takpe,tahun depan cuba lagi!!

Isnin, 14 Mei 2012

jalan-jalan sempena hari ibu!!


proses mengecat bilik telah berjaya disiapkan sabtu lepas...
terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan encik suami...
sasaran sebelum maghrib harus selesai akhirnya dapat dicapai...
jadi,misi mengecat menjelang hari raya dapat disempurnakan...
gembira hati ini...

berbalik kepada entry asal...
okie,HARI IBU telah disambut di sungai wang...
bila seronok bilamana encik suami mahu belanja isteri dan anaknya...
oh..peluang yang tidak mungkin dilepaskan...
horey!!!

sampai sahaja di sungai wang terus ke bahagian lelaki...
tukang belanja wajar diberi keutamaan terlebih dahulu...
selepas itu barulah membeli pakaian dan keperluan si kecil...
akhir sekali barulah giliran yang diraikan...
memang menarik apabila dapat membeli belah sebegini...
Alhamdullilah rezeki wan kali ini lebih...
makanya dikongsi bersama-sama...
syukur!!!




satu kejutan dari wan semalam...
tak sangka impian telah menjadi kenyataan...
serius,memang sudah lama mengidamkannya...
baru bulan lepas aku kumpul duit untuk mendapatkannya...
tergamam bila wan mengajak ke booth samsung dan pilih mana sahaja yang berkenan di hati...
bercampur baur perasaan aku ketika itu...
mahu sahaja dipeluknya sang suami...
hadiah sempena hari ibu katanya...
apapun jutaan terima kasih kepada encik mohd ridzuan atas pemberian itu...
rasanya selepas ini tidak apa lagi yang dimahukan...
akan datang itu tak tahu lagi,hahhahaha!!!


notakaki:galaxy tab 7.0 yang menjadi idaman di hati...Alhamdullilah tertunai jua...syukur!!!




Jumaat, 11 Mei 2012

hatiku hatimu!!


sudah aku katakan...
jiwa aku sepenuhnya milik kamu...

dan sudah aku taruhkan...
segala kudrat hanya untuk kami...

aku ikrarkan padamu seluruh ragaku..
dan aku janjikan menerimamu seadanya...

lalu kau tersenyum...
kau genggam tanganku..
kau peluk dakap seeratnya..

manis benar senyum kau ketika itu!!


notakaki:kata-kata yang secara spontan ditaip..ada bakat tak?

bahagianya 10 bulan itu!!


18/5 ini iqi akan berusia 10 bulan...
maknanya tinggal lagi 2 bulan genaplah setahun hero kecil...
wah...kejap masa itu berputar...
bila dia besar pasti aku akan merindui detik dia bergelar bayi...
melihat dia membesar di depan mata adalah sesuatu yang tiada nilainya...
permata hati babah dan mata yang satu buat masa ini...
Alhamdullilah dalam tempoh 10 bulan ini iqi dikurniakan kesihatan yang baik...
dan semoga ianya akan berterusan sehingga dia meningkat dewasa...
sama seperti ibu bapa yang lain mendoakan agar iqi menjadi anak yang baik,mendengar kata dan sentiasa riang menjalani kehidupannya...
sudah menjadi tugas babah dan mama memberikan didikan di dunia dan akhirat yang sebaiknya untuk dia...
biarpun aktif dan semakin panjang akal namun kami tidak pernah mengeluh...
penat sekalipun akan cuba aku luangkan masa bermain-main dengannya...


yang lebih menggembirakan hati apabila melihat kesungguhan iqi berjalan selangkah demi selangkah...
meskipun baru 3 atau 4 langkah kemudian jatuh dan bangun kembali namun tetap membanggakan...
kata-kata semangat sentiasa kami berikan...
sambil bertatih berjalan iqi ketawa...
melihat sahaja kelibat aku di pintu maka terpacul panggilan "mama"...
dipeluknya erat seakan melepaskan rindu...
anak yang satu ini sangat manja dengan babahnya...
maklumlah babahnya jarang ada di rumah...
jadi fahamlah aku bilamana babah ada di rumah bertambah kemanjaannya...
muka dan peel iqi mirip ke arah babahnya...
begitu juga dengan susuk tubuh dan ketinggiannya...
fotostat yang 100%...

cepatlah 2 bulan...
tak sabar menanti 18/7 itu...
:)


notakaki:cerita disebalik gambar ini adalah dimana ketika babah bertanya mana lidah dan sepantas kilat itulah reaksinya..bahagia siot!!

selamat ulang tahun mr ridzuan!!


hari ini hari besar untuk encik mohd ridzuan bin tushan aka pak uda aka zuan aka amir aka wan...
wow...banyak sungguh nama glamer sang arjuna aku...
ada cerita disebalik gelaran-gelaran tersebut...
abaikan sahaja kerana ianya tidak penting...




hanya mampu memberi ucapan di telefon sahaja...
dia tiada di sini..
ada kerja di pulau pinang...
malam ini barulah dia akan pulang...
bercakap hal ini,semalam aku singgah ke sungai wang...
jalan-jalan sambil melihat hadiah apa yang sesuai untuk diberikan...
ditemani adik tersayang langsung ke parkson...
katanya ada jualan murah...
maka naiklah aku ke bahagian lelaki...
sasaran utama aku adalah t-shirt atau minyak wangi...
memandangkan harga minyak mencecah ratusan ringgit lantas aku batalkan niat itu...
setelah proses pemilihan akhirnya dapatlah aku sambar satu t-shirt yang pada pandangan mata aku amat sesuai dengan citarasa wan...
jenama apakah itu biarkan sahaja...
mujurlah potongan diskaun itu telah menyelamatkan bajet aku...
hanya itu yang mampu aku berikan...

tahun ini sambutan amat ringkas sekali...
tiada kek mahupun makan di luar seperti dahulu...
namun aku telah bertekad akan memasak hidangan kegemaran wan...
jadi nantikan sahaja malam ini...


SELAMAT ULANG TAHUN KE-28 untuk suami disayangi...
moga-moga Allah merahmati kamu,memberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...
terima kasih atas semua keringat dan kasih sayangmu terhadap mama dan rifqi...
ketahuilah bahawa kami amat menyayangimu...
cinta kamu selamanya!!!


notakaki:bukan t-shirt itu yang aku maksudkan!!!

Khamis, 10 Mei 2012

apa punya iklan nie





mengucap panjang aku bila tengok iklan ini...
sampai begitu sekali kan...
seolah-olah menjatuhkan maruah wanita...
jika mahu melariskan produk pun beretikalah...
aduhai...masyarakat kita semakin parah...

jadi nilaikanlah sendiri!!

bulan ini bulan sangap!!


dengan kenaikan gaji baru ini aku sudah berniat mahu menyelesaikan segala hutang tertunggak...
jadi bolehlah tarik nafas sedikit untuk bulan seterusnya...
banyak juga hutang yang telah langsai dengan jayanya..
roadtax yang sepatutnya renew bulan mac habis dilangsaikan...
pinggan mangkuk yang telah ditempah sama jiran sebelah telah selamat habis dibayar...
hati sudah berkenan mana boleh ditahan-tahan lagi...
puas hati sangat-sangat apabila dapat memiliki set pinggan mangkuk itu...
selepas itu,aku bagi duit sebanyak RM500 kat emak untuk membeli barangan aku,wan dan iqi...
siap buat senarai barangan yang aku mahu itu...
semuanya untuk persiapan raya yang tak lama menjelang...
seperti biasa barang akulah yang paling banyak...
kain-kain yang pelbagai rekaan,corak dan bentuk menjadi minat aku...
bosanlah asyik pakai baju yang sama sahaja ke tempat kerja...
dengan saiz badan yang dirasakan agak ideal kini sudah masanya aku menempah baju baru...

memang agak pokai aku bulan ini...
duit nafkah yang wan bagi telah siap-siap aku beli 3 bakul pampers dan 5 susu iqi...
selalunya tidak begitu tetapi kali ini entah kenapa aku berperangai demikian...
mungkin hormon dalam badan sudah bertukar...
eh ada kena mengena ke....biarkanlah...
jadi untuk itu aku agak berjimat bulan ini...
duit kecemasan harus disimpan...
manalah tahu sebarang kemungkinan yang di luar jangkaan kita...
lebih-lebih lagi kini wan kerap ber-outstation...
kalau boleh aku tak mahu keluarkan duit simpanan ASB mahupun iqi...
selagi masih boleh bertahan aku cekalkan hati...
agak-agak sebaliknya jalan terakhir minta sahaja pada suami...
betul tak?

setakat ini masih belum terjadi kes aku minta duit tambahan selain dari membeli keperluan anak...
malu sebenarnya walaupun itu merupakan kewajipan sang suami...
duit nafkah yang diberikan memang mencukupi...
akan tetapi normallah orang perempuan kadangkala tersasar dalam berbelanja...
nafsu yang satu ini agak sukar dibendung...

jadi tinggal lagi 2 minggu mahu gaji...
terasa lambat namun apa boleh buat...
sabar jelah :)

abaikan bilamana putus cinta!!


sesuatu telah terjadi kepada seorang kawan yang agak rapat...
maka penulisan ini tujukan khas untuk teman tapi mesraku itu...
tips dari seorang yang pernah mengalami pengalaman yang serupa...

bila putus cinta kita akan rasa sangat down betul?
rasa macam banyak sudah berkorban untuk dia...
tertanya-tanya kenapa dia tidak menghargai dan pelbagai lagi persoalanlah bermain di kepala...
kadang-kadang kita akan rasa macam sangat tak berguna...
dan mulalah menyalahkan diri sendiri...
itu realitinya!

sebenarnya perasaan itu normal sahaja...
tidak hanya dalam percintaan sahaja...
malah dalam kerjaya pun kalau sesuatu berlaku  kita akan jadi begitu...
ini adalah kerana kita sudah meletakkan harapan yang tinggi...
dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa-apa...
jadi janganlah menyalahkan diri sendiri kerana dengan demikian kita akan rasa lebih teruk lagi...
berapa banyaknya pergorbanan selama memadu kasih kalau dia ditakdirkan pergi dia tetap juga akan pergi meninggalkan kita...

apa yang terjadi selepas itu kita pasti akan menangis hingga tidak sedarkan diri...
okey,menangislah semahu-mahunya...
tidak salah menangis tetapi tetapkanlah satu tempoh di mana kita wajib berhenti berkabung dan bangkit semula membina hidup baru...
menangis adalah terapi yang sangat bagus di mana segala macam emosi yang terbuku dapat dilepaskan...

selalu sangat aku jumpa  terutama perempuan yang putus cinta akan keluarkan ayat,"susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.."
opss sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami  dia tidak akan tergamak melukakan hati kalian..
dan ayat "you deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat tipikal ye...
mula-mula sahaja rasa susah lama-lama hidup pasti akan berubah...
banyak cara boleh dilakukan selepas hidup bersendirian...
buat apa menyeksa hati dengan memencilkan diri dari bersosial...
bangun dan terus bangun supaya tidak nampak lemah...

bila kita baru putus cinta percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta...

* lelaki yang dah lama setia menunggu kamu...
* lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air
   yang keruh.. 
* lelaki yang betul betul kamu baru jumpa aka kawan baru...

nasihat aku jangan terlalu tergesa-gesa mencari pengganti...
dulu aku masa putus cinta aku selalu ingatkan diri supaya jangan tambahkan watak dalam masa terdekat...
apa yang aku buat adalah pergi snokling di pulau tioman...
lakukan hobi yang diminati sambil mengubat lara di hati...
lupakan yang telah berlaku dan bergembira sepuas-puasnya...
nah,di situlah aku bertemu jodoh...
pulang sahaja ke kuala lumpur kami masih tetap berkawan...
adalah dalam 3 kali begitu wan melamar mahu menjadikan aku teman istimewa...
masa itu sumpah aku langsung tiada apa-apa perasaan terhadap wan...
walaupun dianggap sebagai teman istimewa tingkah laku kami tidak menggambarkan sedemikian...
tiada istilah sayang,anje,darling atau seangkatannya terpacul dari mulut masing-masing...
entah bila perasaan sayang itu hadir aku sendiri pun tak pasti...
cuma sepanjang tempoh "bercinta" aku amat senang dengan wan...
minat dan kegemaran kami sama iaitu suka berkaraoke,bersukan dan menonton wayang...
wan tidak memaksa atau mengongkong apa yang aku mahu dibuat...
apa sahaja jenis pakaian yang aku sarung dia terima...
karakter kami memang amat berbeza...
aku dengan perangai yang gila-gila dan banyak cakap sementara wan agak cool...
bila aku tengah marah dia hanya jadi pendengar sahaja...
sampai sekarang begitulah sikapnya...
untuk kali ini tiada sasaran berapa lama tempoh percintaan yang ditetapkan...
perasaan aku pun tidaklah sekuat mana pun...
aku telah setkan dalam otak agar tidak terlalu mengharap atau terburu-buru untuk ke langkah seterusnya...
tapi kita hanya merancang namun takdir Tuhan sungguh cantik sekali...
tak disangka-sangka wan melamar di dalam kereta...
tanpa bunga mahupun cincin dia berkata dalam nada yang agak tenang...

wan:saya ingat dalam bulan 3 atau 5 ini nak melamar awaklah..jadi tarikh terpulang kat awak...

aku:awak nie biar betul..tak pernah pun bincang hal ini...(masih terpinga-pinga)

wan:takpe,awak fikirlah dulu..lau sudah ada keputusan bagitau je..saya terima!!

tengoklah betapa ringkasnya lamaran itu...
lari dalam kebiasaan pasangan yang bercinta...
tapi sejujurnya aku sangat tersentuh...
hal kahwin memang tidak pernah disebut oleh wan...
dan aku pula tidak pernah memberi bertanya ke mana arah tujuan hubungan ini...
kesan putus cinta telah sedikit sebanyak membuatkan aku lebih berhati-hati...
secara ringkasnya,kadangkala benda yang kita tak jangka akan berlaku boleh jadi itulah yang akan memberi kegembiraan...
setiap apa yang terjadi pastu ada hikmahnya...
dan kini aku percaya pada keajaiban itu...


jadi kawan ikut sahaja aturan kehidupan ini...
usah sedih-sedih...
hidup ini singkat dan janganlah disia-siakan dengan air mata.
hidup memang begini,dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba...
hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang ria...
esok pula tiada siapa yang tahu...
inilah kehidupan okie!!!


notakaki:esok harijadi encik suami..masih terfikir mahu diberikan apa?