Isnin, 9 Julai 2012

corat coret KRABI:03


pagi isnin kami bangun jam 9.00 pagi...
minivan datang jam 10.00 pagi gitulah...
tak sabar mahu balik sebab rindu sangat dengan iqi...
kami sampai hatyai dalam jam 4.00 petang...
bas pula akan bertolak kira-kira jam 6.30 petang...
jadi aku dan wan ambil kesempatan untuk pusing melihat bandar hatyai...
duit lebihan yang ada kami beli t-shirt untuk kaum adik beradik masing-masing...

pengalaman naik bas memang menyeronokkan...
selesa yang amat sangat...
harga pun berpatutan...
check pasport adalah di sempadan thailand dan malaysia yang diberi nama DANOK...
memang happening giler pekan ini...
yang banyak keluar masuk adalah plat kereta dari kedah...
senang sebenarnya check pasport di thailand...
tiada kawalan ketat langsung...
malah tidak pula disuruh membawa beg turun ke bawah...
cuma yang lama sikit bilamana masuk bukit kayu hitam...
semua barangan harus dibawa turun...
jika ada barang yang mencurigakan kena buka beg tersebut...
apapun aku sangat gembira dengan pengalaman manis ini...



sepanjang perjalanan kami membutalah...
sesekali tersedar juga aku ketika bas menurunkan penumpang di stesen tertentu...
akhirnya,tiba jua di pudu raya sekitar 5.00 pagi..
ambil teksi dan hati terus menjadi teruja mahu memeluk hero kecil...
sesampainya di rumah emak dia sedang lena diulit mimpi...
tak mahu ganggu kerana masa panjang lagi...
selepas subuh aku langsung tak boleh tidur...
wan sambung tidur bersama hero kecil...

begitulah rentetan siri percutian ala mengembara aku dan wan...
jika ditanya bagaimana perasaan aku,sudah tentulah gembira yang amat sangat...
kami mengambil masa 2 bulan sahaja untuk merancang percutian mini ini...

terima kasih kepada emak sebab sudi jaga ra'if rifqi...
mujurlah iqi berkelakukan baik dan tidak meragam mencari mamanya...
selepas ini siri percutian akan diteruskan jua..
mungkin ke tembok negara jiran...
Insya-Allah jika ada rezeki dan masa terluang...


salam isnin yang damai~~~~~




Tiada ulasan: