Selasa, 8 Mei 2012

yeah..rutin kembali normal!!!


Alhamdullilah emak dan angah selamat sampai di rumah jam 1.00 pagi tadi...
tak dapat sambut di depan pintu kerana kami 3 beranak sudah dibuai mimpi...
tapi adalah juga borak-borak biasa masa tengah sarapan tadi...
dari riak wajah emak tiada langsung kepenatan...
sama seperti biasa...
oh...emakku memang superwoman sama seperti anaknya...

agak kelakar iqi pagi tadi kerana langsung tidak mahu duduk bersama opahnya...
maklumlah sudah lima hari tidak ketemu...
sudah lupa agaknya pada bau badan opahnya itu...
asyik mahu didukung oleh mamanya sahaja...
asal opah mahu main dan dukung menangis pula hero kecil...
memang tidak pernah dia berkelakuan demikian...
makanya aku layankan sahaja peel dia...
selepas beberapa minit dipujuk,dirayu dan diacuh-acuh,akhirnya iqi mahu berada dekat dengan opahnya...
syukur dipermudahkan segalanya...


dan hari ini pergi kerja dihantar oleh encik suami...
mujurlah punch card tidak merah...
seperti hari-hari sebelum ini,rutin harian kembali sedia kala...
tiada lagi gusar di hati memikirkan hal pengasuh...
teman-teman bertanya sampai bila iqi harus dijaga oleh opahnya...
lantas aku menjawab,biarlah masa yang menentukan...
dalam situasi sekarang iqi adalah penawar kepada emak sejurus pemergian arwah ayah...
memerlukan masa untuk memulihkan semangat emak yang agak menurun ketika ini...
bak kata wan,luar nampak tenang tapi dalam hati siapa yang tahu...
seorang ibu tidak akan menunjukkan kesedihannya di hadapan anak-anak...
sumber kekuatan emak kini adalah anak,menanti dan cucu...

dan semoga kesedihan itu akan beransur-ansur hilang...
Insya-Allah!!!


notakaki:gambar hari ini yang penuh dengan keceriaan....baju lama yang sudah boleh dipakai..namun masih belum puas hati dengan berat badan ini..harus lebih berusaha lagi...okey!!!

3 ulasan:

wanie berkata...

jom futsal esok?

mamaelly berkata...

ihih cam kenal je tudung

ZUERA berkata...

jumaatlah seh...okie dokie