Rabu, 30 Mei 2012

biru melambangkan ketenangan...


aku sedang mengajar diri untuk memilih warna selain dari pink...
apa sahaja warna yang sesuai dengan kulit muka aku cuba...
barulah meriah sikit almari baju dengan pelbagai corak warna...
setuju!!!



trend mewarna warnikan corak baju turut aku lakukan kepada iqi...
bila membeli baju hero kecil aku selalu alihkan pandangan untuk tidak melihat ke arah warna biru...
aku variasikan warna-warna pelangi itu supaya menampakkan keceriaan apabila dipakai olehnya...

oh okie gambar di atas kejadian yang berlaku sabtu lepas...
menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat wan...
diadakan di dewan rebung menara telekom malaysia...
besar sungguh dewan ini...
amat selesa sekali terutamanya kepada hero kecil...
oleh kerana iqi sudah mulai pandai berjalan maka diajaknya mama menjelajah satu dewan...
kami datang agak lewat sedikit iaitu pada jam 2.30 petang...
senang sedikit bila pergi dalam waktu sedemikian...
sebab boleh pilih mahu duduk di ceruk mana-mana pun...
berapa kali mahu ambil makanan tiada masalah...
yang penting boleh duduk lama-lama sambil berborak dengan kawan-kawan...
betul tak?



lihatlah betapa terujanya iqi bila bersosial begini...
suka bebenar dia kerana ramai yang dok layan...
orang gelak dia pun gelak...
paling best adalah ketika seisi bergambar...
cakap sahaja 1,2,3 terus memberi kerjasama...
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,kakakakka....

babahnya langsung tidak mengikut tema...
baju yang dipakai wan adalah hadiah dari sang isteri sempena hari jadinya...
buat masa ini sudah 2 kali disarungnya baju itu...
tak kisahlah berapa kali pun dia mahu pakai...
asalkan dijaganya dengan baik sudah memadai...
sebab harganya seperti membeli 5 pek susu iqi...
:)

Tiada ulasan: