Isnin, 14 Mei 2012

jalan-jalan sempena hari ibu!!


proses mengecat bilik telah berjaya disiapkan sabtu lepas...
terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan encik suami...
sasaran sebelum maghrib harus selesai akhirnya dapat dicapai...
jadi,misi mengecat menjelang hari raya dapat disempurnakan...
gembira hati ini...

berbalik kepada entry asal...
okie,HARI IBU telah disambut di sungai wang...
bila seronok bilamana encik suami mahu belanja isteri dan anaknya...
oh..peluang yang tidak mungkin dilepaskan...
horey!!!

sampai sahaja di sungai wang terus ke bahagian lelaki...
tukang belanja wajar diberi keutamaan terlebih dahulu...
selepas itu barulah membeli pakaian dan keperluan si kecil...
akhir sekali barulah giliran yang diraikan...
memang menarik apabila dapat membeli belah sebegini...
Alhamdullilah rezeki wan kali ini lebih...
makanya dikongsi bersama-sama...
syukur!!!




satu kejutan dari wan semalam...
tak sangka impian telah menjadi kenyataan...
serius,memang sudah lama mengidamkannya...
baru bulan lepas aku kumpul duit untuk mendapatkannya...
tergamam bila wan mengajak ke booth samsung dan pilih mana sahaja yang berkenan di hati...
bercampur baur perasaan aku ketika itu...
mahu sahaja dipeluknya sang suami...
hadiah sempena hari ibu katanya...
apapun jutaan terima kasih kepada encik mohd ridzuan atas pemberian itu...
rasanya selepas ini tidak apa lagi yang dimahukan...
akan datang itu tak tahu lagi,hahhahaha!!!


notakaki:galaxy tab 7.0 yang menjadi idaman di hati...Alhamdullilah tertunai jua...syukur!!!




1 ulasan:

wanie berkata...

untung lu bai.baru seorang anak dapat tab.mashuk laki lu ye