Rabu, 9 Mei 2012

semalam yang hangat!!


ya,semalam hari yang menggembirakan buat kami sekeluarga...
lebih-lebih lagi untuk keluarga mentua...
selesai urusan di TM Cyberjaya terus pecut ke rumah untuk mengambil iqi...
awal-awal sudah telefon emak supaya menyiapkan iqi...
selepas itu,menuju ke tempat karaoke seperti yang dimesej oleh adik ipar,ikram...
maka berkumpullah wan serta keempat adik beradik lelakinya...
adik ipar belanja karaoke sempena memperkenalkan bakal tunangnya...
yang menariknya adalah semua ahli keluarga termasuk ipar duai dan cucu turut serta sekali...
tak ketinggalan bapa mertua dan isterinya...
memang meriah betul...

amat puas hati dengan ruang karaoke itu...
besarnya seakan-akan satu bilik ruang tamu...
bolehlah anak kecil berlari berkeliaran berkejaran sesama mereka...
kami menyanyi dari jam 7.45 malam hinggalah 10.45 malam...
yang bagusnya pusat karaoke ini ada menyediakan bilik solat untuk pelanggannya...
idea yang sungguh bagus...
maka bernyanyilah sekalian ahli keluarga dengan riang ria...
iqi seperti biasa tiada apa-apa masalah sepanjang berada di situ...
bergelak sakan dia bermain bersama sepupu-sepupunya...


oleh kerana masa masih panjang maka ikram telah berbesar hati belanja makan KFC...
mujurlah restoran itu dekat dengan pusat karaoke...
dan beramai-ramailah kami menikmati hidangan istimewa ini sambil dihiburkan dengan nyanyian dari artis amatur...
seronok yang begitu asyik sekali hinggakan lupa hari sudah gelap...
tiada langsung rasa penat...
bukan senang mahu berkumpul sebegini...
maklumlah masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri...
keluarga adalah segalanya walau apapun yang berlaku...
darah yang mengalir itulah yang menjadi penyambung silaturrahim...
tiada istilah dendam di hati mereka adik beradik walaupun berlainan fahaman,ideologi dan pendapat...
bila berkumpul semuanya menjadi satu...
betul kata orang,air dicincang tidak akan putus...

habis waktunya pulanglah kami menuju ke destinasi masing-masing...
jelas tergambar kegirangan di wajah masing-masing terutama abah(bapa mertua)...
akhirnya,situasi kembali seperti sedia kala...
sengketa anak beranak dapat dilupakan...
mungkin kematangan usia telah menjadikan adik beradik wan meleraikan segala dendam yang telah lama disimpan...
setiap manusia melakukan kesilapan...
siapa kita untuk menghukum sesama manusia...
aku pasti abah bangga dengan pencapaian anak-anaknya...

yang membuatkan aku terharu di mana kelima-lima anak lelaki(adik-beradik wan) berpeluh sambil memohon maaf di atas segala keterlanjuran mereka...
hari sejarah semalam di mana mereka dapat menerima makcik (isteri abah) yang telah dinikahinya itu hampir 15 tahun dengan hati yang redha...
kuasa Allah telah melembutkan hati yang ibarat kerikil sebelum ini...
tiada lagi tembok pemisah antara keluarga baru abah dan mereka...
dan terlerailah segala dendam itu...
syukur kepada Illahi atas segalanya...
arghhhh,tetiba syahdu!!!

balik rumah terus masak bubur iqi...
sementara kedua-dua beranak lena dibuai mimpi..
percayalah aku hanya boleh melelapkan mata pada jam 1.00 pagi...
tetapi yang menariknya aku boleh pergi kerja dengan bersemangat hari ini...
aktif seperti selalu!!


notakaki:beginilah bilik karaoke tersebut..hassil encik google kerana tidak sempat bergambar dek kesibukan menyanyi,melayan anak-anak buah serta bersembang!!

Tiada ulasan: