Rabu, 23 Mei 2012

semoga aku cekal...


sejak semalam aku sudah mula berpuasa...
opss bukan puasa sunat rejab ye...
puasa qada menghabiskan saki baki semasa berpantang...
ya,aku sedang berpantang ketika ini...
hari ketiga raya baru cukup 44 hari tempoh pantang itu...
setakat ini baru 4 hari jumlahnya...
makanya masih ada 26 hari yang harus diselesaikan...
niat aku tidak mahu membayar fidyah...
puasa seperti di bulan ramadhan itu...
tak perlu memberat-beratkan sesuatu yang sememangnya mudah...
salah aku juga sebab tidak menggantikan awal-awal lagi...
sekarang mahu atau tidak lakukan dengan hati yang ikhlas dan cekal...

aku sasarkan hanya puasa ketika waktu bekerja...
manakala 2 hari cuti itu agak sukar dilaksanakan...
kena masak untuk anak dan suami...
takkan hendak diajaknya sama berpuasa sama...
tidak sesuai okey...
dengan aktiviti yang padat mana mungkin aku dapat menahan diri...
ke sana ke mari memenuhi undangan kahwin musim cuti sekolah...
ditambah pula dengan kegiatan anak beranak yang sememangnya tidak reti duduk rumah...
akan tetapi akan aku cuba sedaya yang mampu...
Insya-Allah!!!

semalam menu berbuka aku adalah laksa yang dimasak oleh emak...
tengahari emak sudah telefon supaya jangan makan diluar...
dimasak juga daging masak kicap...
terlebih rajin katanya...
sejak iqi ada jadual tidur senang sedikit mahu memasak...
cara dan pemikiran emak sama serupa dengan aku...
jika wan tiada di rumah begitulah yang aku lakukan...
melayan teletah hero kecil...
bermain-main,bergurau manja dan berkejaran sesama sendiri...
bila sampai waktu tidur dia akan merengek...
suakan susu dan tertidurlah hero kecil dalam tempoh 2 jam...
di situlah aku akan ambil kesempatan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh...
nikmat hidup kurniaan Illahi...
sebab banyak benda yang boleh dibuat...
bila semua kerja rumah dapat dibereskan barulah boleh berjimba ke mana-mana...
nasihat emak adalah rumah harus kelihatan bersih dan kemas supaya dapat menghindari suami berpeleseran selalu...
tak susah sebenarnya buat semua ini...
asalkan mendapat kerjasama dari sang suami perkara yang dianggap sesetengah orang sangat susah akan menjadi mudah...
:)


notakaki:bulan ini dan jun kena kuatkan hati...harus selesaikan baki puasa sebelum berbulan madu di tanah besar indochina!!

1 ulasan:

sharEna berkata...

gigih ganti puasa yer.hehe...kite awal2 mmg dh ganti. so mmg puasa sunat ajelah =)

bestnya h/moon kat china ek? jgn lupe cerita dlm blog nnti yer =)