Isnin, 7 Mei 2012

saya suka jumaat,sabtu dan ahad!!!


okey,bermula jumaat lagi sudah aku mulai rasa riang ria...
siangnya duduk berdua sementara menanti kepulangan wan...
jam 8.00 malam ada temujanji di kedai makan bapa mertua...
projek besar antara 2 beranak yang berkaitan dengan perniagaan...
borak punya borak mata pun mulai mengantuk...
sabtunya tiada apa-apa aktiviti pun dilakukan...
hanya rehat,makan dan tidur...
berguling-guling sambil melayan hero kecil...
petangnya singgah ke taman tasik titiwangsa untuk menghirup udara petang...
dan selepas itu terus pulang ke rumah wangsa maju kerana ada tetamu mahu datang...
sangat terkejut kerana pengantin baru,abang sham dan kak ieda sudi menjengah ke teratak kami...
siap bawa ole-ole untuk iqi...
agak kalut juga ketika ini kerana mereka memberitahu saat-saat akhir...
jadi,tidak sempatlah aku menyediakan juadah istimewa...
hanya nasi goreng dan satay yang mampu dihidangkan...
gembira tak terkata kami suami isteri di atas kunjungan pengantin baru ini...
pelbagai-bagai benda yang diborakkan...
gelak ketawa kami dengan keletah abang sham yang tidak pernah berubah...
lebih-lebih lagi kalau bab melawak...
abang sham memang best!!!


ahad pagi kami 3 beranak terbabas sampai jam 9.00 pagi...
terima kasih kepada iqi kerana bangun lewat...
memberikan rehat kepada babah dan mama...
seakan-akan memahami keletihan kami di malam harinya...
terus bersiap untuk ke kenduri kahwin di desa pandan...
selesai bersalaman dengan pengantin kami pun meminta diri pulang...
singgah sebentar di kedai cat...
hasrat yang terbantut selasa lepas akhirnya dapat ditunaikan...
jadi,minggu ini bermulalah operasi mengecat bilik tidur kami dan hero kecil...
tak sabar mahu melihat hasilnya...

percayalah,beginilah hujung minggu kami...
sentiasa padat dengan aktiviti yang tiada kesudahannya...
bila iqi sudah setahun melanconglah agenda yang dinantikan...
sabar itu kan indah!!!


notakaki:warna cat yang dipilih adalah warna hijau!!!


Tiada ulasan: