Rabu, 23 Mei 2012

lemahnya ketika ini!!


penat siot rasa hari ini...
simptom PMS beginilah...
tak ada mood langsung waima bercakap dengan orang...
2 hari berpuasa ini langsung aku tak bangun sahur...
jam loceng awal-awal aku setkan jam 6.00 pagi...
aku rasa ke-lemah-an aku ini bukan berpunca dari itu...
kata hati mengatakan yang "bulan" akan muncul tidak lama lagi...
harap-harap biarlah "ia" datang minggu depan...

semalam aku singgah ke kl sentral sekejap...
beli tiket untuk pergi melancong sambil berbulan madu...
hujung bulan 6 tarikhnya itu...
hajat wan untuk membawa aku berbulan madu hampir terlaksana...
mujurlah emak dengan rela mahu menjaga iqi...
percutian yang langsung tiada dalam kalendar kami tahun ini...
hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-dua katanya...
aku terima cadangan wan dengan rasa yang gembira...
lebih seronok bilamana tempat yang akan dilawati ada air...
bolehlah melepaskan gian yang sudah lama diimpikan...
rindu sangat-sangat pada pulau...

aku rasa tiada masalah pergi bercuti berdua tanpa anak...
tipulah kalau aku kata rasa itu biasa-biasa saja...
rindu sudah tentulah membuak-buak...
namun bila memikirkan bilalah lagi peluang ini akan dapat...
jadi aku positifkan diri agar kuatkan hati...
lagipun iqi dijaga oleh emak...
tiada apa yang perlu dikhuatiri sangat...
aku dan wan pergi pun tidak lama...
harapan aku agar semuanya berjalan seperti yang dirancang...
kini aku sedang menghitung hari mennanti detik itu...
teruja sudahlah tentu kerana dari mula hubungan ini halal sampailah iqi sudah 10 bulan mana pernah bercuti berdua...
kadang-kadang aku fikir cara ini molek untuk memperkukuhkan kasih sayang...
tetapi usah amalkan selalu...
naluri keibuan aku mana boleh berpisah kerap begini dengan MUHAMMAD RA'IF RIFQI...

sungguh!!



notakaki:urusan hotel dan aktiviti telah aku bereskan...terima kasih kepada kawan-kawan atas tunjuk ajar kalian...muahss!!!

Tiada ulasan: