Selasa, 29 Mei 2012

pertukaran yang dinantikan!!


perkara yang aku tunggu-tunggu adalah permohonan bertukar ke kl dipercepatkan...
lambat bebenar untuk menunggu pengganti yang mahu ke putrajaya...
harap-harap usahlah memakan masa selama setahun...
6 tahun di sini aku rasakan sudah tiba masanya untuk berhijrah...
bertukar angin terutamanya soal kerja yang hari-hari membuatkan aku naik muak...
dalam ada rasa begitu aku lakukan sebaik mungkin tugas itu walaupun hati ini meronta-ronta mahu ke kl...
jiwa aku bukan di putrajaya...
dilahir dan dibesarkan di ibu kota besar membuatkan aku lebih selesa di sana...
hiruk pikuk kesibukan kl sebenarnya menggamit kerinduan bilamana terlalu lama berada di luar kawasan...
kl sudah semacam kampung pada aku...

bonus tambahan bilamana bertemu jodoh pula dengan orang kl...
senang,mudah dan fleksibel untuk ke mana-mana pun...
tiada timbul soal giliran kalau musim raya...
sama ada rumah keluarga sendiri mahupun mertua tiada sekelumit masalah pun...
dari semasa melamar,bertunang dan berkahwin urusan sangat mudah...
tak perlu difikirkan hal penginapan dan pengangkutan...
berapa jauhlah sangat rumah keluarga aku dan wan..
masih dalam kategori zon bandar lagi...

mujurlah aku dan wan masih ada kampung lagi...
jadi jika mahu lari dari ibu kota kami pergi sahaja...
berjalan-jalan sambil merasai nikmat menjadi orang kampung...
menariknya apabila orang kl balik kampung selalunya layan memang terbaik...
terutamanya bab-bab masakan...
dari pagi hinggalah membawa ke malam bermacam-macam hidangan disediakan...
sesekali mencuba makan apa salahnya...
orang berbudi kita berbahasa...

orang kampung ataupun orang bandar sama sahaja...
yang membezakan adalah adat resam,cara pemikiran dan sosio ekonomi...
malah jangan terkejut jika orang kampung lebih kaya berbanding dengan orang bandar...
pokok pangkalnya diri sendiri...
betul tak?


di mana bumi dipijak di situ langit menjunjung!!!

Tiada ulasan: