Khamis, 10 Mei 2012

anak dan rezeki!!


terbaca blog seseorang tentang perancangan keluarga...
tentang tempoh masa yang ditetapkan untuk memperoleh anak pertama...
tidak salah merancang,itu hak masing-masing...
aku mendapat anak hasil bunting pelamin...
tidak sempat berbulan madu atau merancang percutian selepas hubungan itu halal...
agak sedikit ralat sebenarnya namun aku terima benih cinta yang satu ini sebagai hadiah perkahwinan...

orang kata, ala baru kahwin enjoylah puas-puas...
nanti ada anak sudah tak bebas bergerak...
mana-mana pergi kena bawa sekali anak...
tiada masa lagi bersosial dengan kawan-kawan...
sudah tidak boleh membeli belah beria-ia untuk diri sendiri sebab kena habis untuk anak pula...
dan pelbagai alasan lagilah...

okay, sejujurnya aku tidak nafikan perkara-perkara yang 'dah tak boleh' di atas memang berlaku...
bila ada anak semua perhatian 100% tertumpu kepadanya...
anak adalah keutamaan kini...
tetapi disebalik apa yang dikorbankan itu kebahagiaan hidup bertiga ini memang sukar dihuraikan dengan kata-kata...
anak ini mengubah hidup suami isteri...
apabila anak dilahirkan kita juga ibarat dilahirkan semula...
sikap dan perwatakan kita akan segala-galanya berubah...
dan biasanya ke arah yang lebih baik dari sebelumnya...

ada yang kata bila anak lahir kadangkala boleh merenggangkan hubungan suami isteri...
janganlah dilihat pada sudut negatif sahaja,...
pandang dan nilailah dari konteks yang meluas...
berfikirlah secara positif...
sebenar-benarnya kehadiran anak itulah pengerat CINTA...

untuk tempoh sebulan dua selepas bersalin memanglah agak kelam kabut sedikit...
buat-buat untuk yang kali pertama menjadi ibu...
mana mahu uruskan anak lagi selepas itu hendak uruskan suami dan akhir sekali barulah diri sendiri...
semuanya memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi...
ketika ini suami akan rasa sedikit terabai dek kerana kedatangan orang baru...
akan tetapi jika kena pada cara dan keadaan semuanya akan menjadi mudah...
di sinilah masing-masing akan belajar tentang erti sabar...
dan bermulalah tanggungjawab kedua-duanya terhadap anak...
segalanya datang secara semulajadi...

memang seronok dan gembira okey...
tambah-tambah kini iqi sudah ada waktu tidur yang agak tetap...
kami akan biarkan dia main sampai penat...
memasuki jam 10.00 malam  dia akan merengek mahukan susu...
sambil minum susu sedikit demi sedikit matanya terpejam...
kemudian barulah mama dan babah boleh bercinta...
tengok televisyen bersama-sama sambil melipat baju...
berborak tentang apa yang berlaku seharian...
berkongsi cerita,masalah dan luahan hati masing-masing...
kadang-kadang layan bola sepak EPL berdua...
jika wan sedang menyiapkan tugasan pejabat aku terus tidur...
itukan salah satu cara menyemarakkan hubungan suami isteri...

bahagiakan masa berdua dan bertiga dengan sebaiknya...
kalau mahu privasi berdua lakukan sahaja...
namun harus ada limitnya...
janganlah merumitkan perkara yang sememangnya mudah dilakukan...
boleh sahaja keluar makan berdua tanpa anak...
tengok wayang,berjoging,bersukan malah tengok wayang sekalipun...
mentaliti harus sentiasa positif...
tiada istilah rasa bersalah ataupun berdosa jika kemana-mana tanpa anak...
syaratnya senang iaitu gembira dengan apa yang dilakukan...

tentang kewangan pula Alhamdulilah rezeki tetap ada...
anak itu ada rezekinya sendiri...
tetap cukup makan minum...
tetap boleh membeli belah...
aku akui perbelanjaan memang bertambah namun keperluan anak masih mampu disediakan...
siap boleh buat saving account untuk anak lagi...
senang cerita semuanya akan menjadi mudah bilamana kita tahu menguruskan wang dengan betul...
sebenarnya tidak adil untuk kata kewangan makin terbeban bila ada anak...
tetapi kita lebih banyak belajar tentang mana yang menjadi keutamaan dulu...
paling best adalah aku tetap masih boleh bergaya,ahahahhahah...

anak itu rezeki...
anak itu pengerat cinta dan penghubung kasih sayang...
anugerah dari Allah...
entah bila lagi kita dapat merasakan moment ini lagi...
jadi jangan sesekali anggap kehadiran anak akan menambah beban dalam rumahtangga...
mengurangkan perasaan cinta suami isteri...
tak elok tue!!!

smile :)

Tiada ulasan: