Rabu, 2 Mei 2012

cuti yang sangat awesome!!


penat berjalan-jalan masih terasa...
sabtu bermulalah aktiviti bersama keluarga...
walaupun ada perhimpunan BERSIH yang entah apa-apa itu,tidak mencacatkan program kami pulang ke kampung di melaka...
singgah-singgah di rumah makcik dan nenek saudara untuk bertanyakan khabar...
tuan rumah menyambut bukan sebarangan kosong tetapi dijamu dengan lauk pauk yang tersangatlah mengundang kelaparan...
paling dinantikan adalah ikan masak asam...
masakan wajib orang melaka...
maka makanlah kami sepuas-puasnya sehinggakan licin semua lauk yang telah dihidangkan di depan mata...
kekenyangan sampaikan tertidur di rumah orang,hahahha....
sebelum pulang singgah dahulu di pusara arwah ayah...
selepas itu,terus pulang ke ibu kota tercinta...

ahad 9.00 pagi agenda ke sungkai, perak...
majlis perkahwinan abang sham yang harus dihadiri...
wajib datang kerana sudah terlalu lama menantikan abang sham naik pelamin...
kami sampai dalam jam 11.00 pagi...
ingatkan kami yang paling awal tetapi dalam khemah orang sudah mulai ramai menjamu selera...
apa lagi,kami pun isikan perut makan dengan sekenyang-kenyangnya...
dan hilanglah diet aku selama 2 hari ini dengan acara makan...
oh..cuaca sangatlah terik...
oleh kerana keluarga abang sham mengenali kami suami isteri maka dapatlah aku menumpang rehat di rumah tuan tanah...
pakej termasuk sekali dengan mandi,menyalin pakaian si kecil,tidur dan tumpang borak juga...



apa yang menariknya adalah pengantin lelaki datang dengan iringi motor berkuasa besar...
sesuailah dengan jiwa abang sham yang baru berjinak-jinak dengan sukan permotoran...
tiada acara sanding cuma makan beradap sahaja...
selepas makan,pengantin telah diminta untuk mendendangkan sebuah lagu untuk hiburan para tetamu...
hahah...memang sportinglah isteri abang sham ini...

kami pulang ke kuala lumpur kira-kira jam 3.30 petang...
hero kecil amat gembira begitu juga dengan mama dan babahnya...
walaupun cuaca panas iqi tetap riang seperti selalu...
sampai-sampai sahaja di rumah apa lagi rehat sepuasnya-puasnya....

niat di hati mahu kerja pada hari isnin...
tetapi kepala terasa berpinar-pinar dan terus ke klinik kita...
dapatlah aku MC untuk 1 hari sahaja...
tugas menjaga iqi diambil alih oleh wan sementara aku mahu tidur..
bangun-bangun sahaja wan mengajak ke pavillion untuk membeli belah...
oh...satu lagi terapi yang amat nikmat...
hasilnya dapatlah aku rembat beberapa helai baju dan seluar untuk diri sendiri...
paling banyak hasilnya tentulah kepada hero kecil...
syukur Alhamdullilah!!!

semalaman pula adalah hari duduk di rumah...
seperti biasa selesai semua kerja-kerja rumah...
minggu ini aktiviti mengecat bilik tidur si kecil...
em.tidak sabar mahu melihat hasil selepas ditata rias...

alangkah bagusnya jika cuti aku banyak lagi...
pasti banyak agenda yang akan dilakukan...
sangat pasti:)

Tiada ulasan: