Selasa, 29 Mei 2012

katanya tak macam suami isteri!!


mc semalam aku dan wan pergilah ke bangkok bank...
uruskan hal berkaitan dengan penginapan kami semasa bercuti nanti...
oleh kerana jam sudah pukul 4.00 petang...
kaunter pun mahu tutup jadi kami dipelawa ke bilik tetamu di dalam pejabat...
isilah 2 borang seperti diarahkan...
serah duit untuk dimasukkan ke dalam akaun penama dan berboraklah dengan pegawai bank tersebut...
banyak jugalah yang dibualkan...
rupa-rupanya pegawai perempuan tersebut berasal dari pattani..
ditanya soalan pergi beramai-ramai atau berdua...?
dan aku jawablah berdua...
ditanyanya lagi,sudah berkahwinkah kalian berdua...?
aku dan wan mengangguk secara serentak...
katanya,nampak macam bukan seperti suami isteri pun...
lagak seakan-akan kawan-kawan sahaja...
kami saling berpandangan dan tersenyum semasa sendiri...

jadi memang benarlah kata teman-teman...
gaya,percakapan serta tingkah laku kami tetap tidak pernah berubah...
masih mengekalkan momentum sama seperti sebelum berkahwin...
sampai ke malam topik itu menjadi bualan hangat kami...
bergelak sakan di bilik tidur mengingatkan riak muka pegawai perempuan tersebut...
dunia oh dunia!!!!


notakaki:sama ada wan yang masih kelihatan seperti orang bujang ataupun aku yang nampak muda belia lagi jawapannya masih samar-samar lagi :)


Tiada ulasan: