Rabu, 16 Mei 2012

iqi yang kuning!!


hakikat yang kena diakui adalah muka iqi semakin ke arah babahnya...
hilang sudah wajah seiras mamanya...
itu memang tidak boleh disangkalkan lagi...

foto ini ditangkap semalam ketika makan malam...
kerjasama yang amat baik sekali diberikan oleh hero kecil...
sekarang iqi sudah boleh makan makanan yang relevan untuknya selain dari bubur...
jemu juga kalau hari-hari disuakan bubur...
dan kerana itulah jika makan di luar harus juga meng-order makanan yang boleh dimakan iqi...
makanya gigihlah aku cuba menvariasikan menu untuknya...
gembira siot apabila usaha kita itu menampakkan kejayaan...
habis dan licin selicinnya di makan oleh hero kecil...
baguslah kan?





mimik muka yang amat teruja untuk makan...
menariknya adalah iqi tidak pernah tolak apa sahaja yang dihidangkan di hadapan asalkan bukan telur...
sebab makanan itulah yang membuatkan mukanya gatal-gatal...
apapun,aku gembira melihat hasil tumbesaran si kecil yang memberangsangkan itu...

:):)

Tiada ulasan: