Khamis, 3 Mei 2012

harap-harap semuanya okey sahaja!!


bercampur baur perasaan ini tatkala kali pertama menghantar iqi ke rumah orang...
pagi tadi dia agak blur-blur sedikit...
maklumlah rumah itu sangat asing baginya...
sampai di pejabat terus menelefon makcik milah bertanyakan keadaan iqi...
Alhamdullilah seperti dijangkakan tiada apa-apa masalah...
malah dia gembira bermain bersama kakak farah yakni anak kepada makcik milah...
harap-harap ianya akan baik-baik sahaja sampai jam 6.00 petang...

inilah agaknya yang dikatakan perasaan seorang ibu apabila menghantar anak kepada orang lain untuk dijaga...
berbeza apabila emak sendiri menjaganya...
namun aku kena bersikap positif....
Insya-Allah anakku itu mampu berdikari dan menyesuaikan diri dengan apa yang sedang dialaminya...
langkah pertama sebelum dia melangkah ke alam sekolah adalah mendedahkan dia dengan persekitaran di luar kepompongnya...
anak lelaki harus kuat dan kental...
betul tak?



notakaki:emak dan adik nombor dua telah selamat sampai di bandung...cuti-cuti sambil menenangkan fikiran kata mereka...emmmmm!!!

Tiada ulasan: