Khamis, 24 Mei 2012

katakan tidak pada GEMUK!!


aku bukan jenis kaki makan...
aku hanya makan bila perlu sahaja...
keseronokan makan tiada lagi dalam kamus hidup aku...
sebab aku tak suka nampak besar dari usia...
aku buat begitu bukan atas desakan sapa-sapa...
semuanya datang dari kemahuan aku sendiri...
menjaga kesihatan adalah matlamat aku dari dahulu...
orang yang jaga pemakanan pun boleh kena pelbagai penyakit...
inikan pula yang tidak menjaga...
aku paling takut dengan kolestrol...
ianya adalah penyebab utama sebelum penyakit 3 serangkai itu datang...
harus diingat bahawa penyakit kini tidak mengira usia...
bila-bila masa saja ianya boleh datang...
jika boleh aku mahu kelihatan sihat walaupun telah dimamah usia...

contohnya terbaik adalah emak...
dia masih sihat,teramat jarang sakit dan sentiasa aktif walaupun telah bersara...
kerja-kerja rumah semuanya emak lakukan sendirian...
petua emak adalah jangan malas...
usah ajar badan kita berehat terlalu lama...
jaga makan terutama di waktu malam...
makan nasi biarlah sekali sahaja...
berhenti makan sebelum kenyang...
dan jangan terlalu kerap tidur...

namun aku tidaklah ekstrem dalam menjaga bab-bab ini...
cuma di waktu pagi aku langsung makan makanan bergoreng...
menurut kevin zahri,sangat bahaya jika setiap hari kita mengambil sarapan pagi dengan memakan makanan bergoreng,nasi lemak,roti canai dan seangkatan dengannya...
harus bersarapan kerana ianya dapat menambahkan tenaga...
gantikan ruji tersebut dengan roti gandum,oat,telur setengah masak,bubur atau tofu...


jika ada kelapangan ataupun larat aku akan berjoging...
naik turun tangga di pejabat pun sudah cukup baik sebenarnya...
aktif bergerak juga bagus okie...
walaupun agak sukar mendapatkan berat badan ideal dahulu sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana usaha aku itu menampakkan hasil...
kena selalu positifkan fikiran supaya setiap usaha ada jalannya...

sudah sebulan aku tidak berat...
semalam bila aku lakukan keputusannya boleh membuat aku tersenyum...
sebelum ini berat 58kg telah turun kepada 55kg...
memang itulah target berat badan yang aku sasarkan...
aku harap dengan puasa qada yang sedang aku jalani ini sedikit sebanyak mempengaruhi berat badan...
Insya-Allah...
tidaklah aku mahu kurus seperti lisa surihani,hehehhe...
asalkan dapat memakai baju-baju lama itu cukup memadai...
jika cakap mahu kurus namun tiada usaha pun tak guna juga...
itu yang aku selalu cakap di depan cermin...

tiada alasan kita sebagai wanita mengatakan tiada masa untuk semua itu...
pokok pangkal atas usaha dan kemahuan kita sendiri...
perempuan bila sudah kahwin banyak yang harus dijaga...
bukan sahaja dari segi memasak,cekap membuat kerja rumah ataupun menjaga anak...
tetapi aspek penampilan diri dan tatarias juga kena dititikberatkan...
usah lupa penjagaan dalaman juga...
namun biarlah ianya bersifat sederhana..
setuju!!


notakaki:kempen katakan tidak pada gemuk ditujukan kepada diri sendiri...tiada kena mengena dengan orang lain okie...jangan terasa lebih-lebih!!!

Tiada ulasan: