Khamis, 10 Mei 2012

abaikan bilamana putus cinta!!


sesuatu telah terjadi kepada seorang kawan yang agak rapat...
maka penulisan ini tujukan khas untuk teman tapi mesraku itu...
tips dari seorang yang pernah mengalami pengalaman yang serupa...

bila putus cinta kita akan rasa sangat down betul?
rasa macam banyak sudah berkorban untuk dia...
tertanya-tanya kenapa dia tidak menghargai dan pelbagai lagi persoalanlah bermain di kepala...
kadang-kadang kita akan rasa macam sangat tak berguna...
dan mulalah menyalahkan diri sendiri...
itu realitinya!

sebenarnya perasaan itu normal sahaja...
tidak hanya dalam percintaan sahaja...
malah dalam kerjaya pun kalau sesuatu berlaku  kita akan jadi begitu...
ini adalah kerana kita sudah meletakkan harapan yang tinggi...
dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa-apa...
jadi janganlah menyalahkan diri sendiri kerana dengan demikian kita akan rasa lebih teruk lagi...
berapa banyaknya pergorbanan selama memadu kasih kalau dia ditakdirkan pergi dia tetap juga akan pergi meninggalkan kita...

apa yang terjadi selepas itu kita pasti akan menangis hingga tidak sedarkan diri...
okey,menangislah semahu-mahunya...
tidak salah menangis tetapi tetapkanlah satu tempoh di mana kita wajib berhenti berkabung dan bangkit semula membina hidup baru...
menangis adalah terapi yang sangat bagus di mana segala macam emosi yang terbuku dapat dilepaskan...

selalu sangat aku jumpa  terutama perempuan yang putus cinta akan keluarkan ayat,"susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.."
opss sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami  dia tidak akan tergamak melukakan hati kalian..
dan ayat "you deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat tipikal ye...
mula-mula sahaja rasa susah lama-lama hidup pasti akan berubah...
banyak cara boleh dilakukan selepas hidup bersendirian...
buat apa menyeksa hati dengan memencilkan diri dari bersosial...
bangun dan terus bangun supaya tidak nampak lemah...

bila kita baru putus cinta percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta...

* lelaki yang dah lama setia menunggu kamu...
* lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air
   yang keruh.. 
* lelaki yang betul betul kamu baru jumpa aka kawan baru...

nasihat aku jangan terlalu tergesa-gesa mencari pengganti...
dulu aku masa putus cinta aku selalu ingatkan diri supaya jangan tambahkan watak dalam masa terdekat...
apa yang aku buat adalah pergi snokling di pulau tioman...
lakukan hobi yang diminati sambil mengubat lara di hati...
lupakan yang telah berlaku dan bergembira sepuas-puasnya...
nah,di situlah aku bertemu jodoh...
pulang sahaja ke kuala lumpur kami masih tetap berkawan...
adalah dalam 3 kali begitu wan melamar mahu menjadikan aku teman istimewa...
masa itu sumpah aku langsung tiada apa-apa perasaan terhadap wan...
walaupun dianggap sebagai teman istimewa tingkah laku kami tidak menggambarkan sedemikian...
tiada istilah sayang,anje,darling atau seangkatannya terpacul dari mulut masing-masing...
entah bila perasaan sayang itu hadir aku sendiri pun tak pasti...
cuma sepanjang tempoh "bercinta" aku amat senang dengan wan...
minat dan kegemaran kami sama iaitu suka berkaraoke,bersukan dan menonton wayang...
wan tidak memaksa atau mengongkong apa yang aku mahu dibuat...
apa sahaja jenis pakaian yang aku sarung dia terima...
karakter kami memang amat berbeza...
aku dengan perangai yang gila-gila dan banyak cakap sementara wan agak cool...
bila aku tengah marah dia hanya jadi pendengar sahaja...
sampai sekarang begitulah sikapnya...
untuk kali ini tiada sasaran berapa lama tempoh percintaan yang ditetapkan...
perasaan aku pun tidaklah sekuat mana pun...
aku telah setkan dalam otak agar tidak terlalu mengharap atau terburu-buru untuk ke langkah seterusnya...
tapi kita hanya merancang namun takdir Tuhan sungguh cantik sekali...
tak disangka-sangka wan melamar di dalam kereta...
tanpa bunga mahupun cincin dia berkata dalam nada yang agak tenang...

wan:saya ingat dalam bulan 3 atau 5 ini nak melamar awaklah..jadi tarikh terpulang kat awak...

aku:awak nie biar betul..tak pernah pun bincang hal ini...(masih terpinga-pinga)

wan:takpe,awak fikirlah dulu..lau sudah ada keputusan bagitau je..saya terima!!

tengoklah betapa ringkasnya lamaran itu...
lari dalam kebiasaan pasangan yang bercinta...
tapi sejujurnya aku sangat tersentuh...
hal kahwin memang tidak pernah disebut oleh wan...
dan aku pula tidak pernah memberi bertanya ke mana arah tujuan hubungan ini...
kesan putus cinta telah sedikit sebanyak membuatkan aku lebih berhati-hati...
secara ringkasnya,kadangkala benda yang kita tak jangka akan berlaku boleh jadi itulah yang akan memberi kegembiraan...
setiap apa yang terjadi pastu ada hikmahnya...
dan kini aku percaya pada keajaiban itu...


jadi kawan ikut sahaja aturan kehidupan ini...
usah sedih-sedih...
hidup ini singkat dan janganlah disia-siakan dengan air mata.
hidup memang begini,dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba...
hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang ria...
esok pula tiada siapa yang tahu...
inilah kehidupan okie!!!


notakaki:esok harijadi encik suami..masih terfikir mahu diberikan apa?

2 ulasan:

wanie berkata...

lebih nampak cool dari menunjuk2..moga kau bahagia selamanya.
aku sayang ko..muahsss

ZUERA berkata...

Amin!