Khamis, 10 Mei 2012

bulan ini bulan sangap!!


dengan kenaikan gaji baru ini aku sudah berniat mahu menyelesaikan segala hutang tertunggak...
jadi bolehlah tarik nafas sedikit untuk bulan seterusnya...
banyak juga hutang yang telah langsai dengan jayanya..
roadtax yang sepatutnya renew bulan mac habis dilangsaikan...
pinggan mangkuk yang telah ditempah sama jiran sebelah telah selamat habis dibayar...
hati sudah berkenan mana boleh ditahan-tahan lagi...
puas hati sangat-sangat apabila dapat memiliki set pinggan mangkuk itu...
selepas itu,aku bagi duit sebanyak RM500 kat emak untuk membeli barangan aku,wan dan iqi...
siap buat senarai barangan yang aku mahu itu...
semuanya untuk persiapan raya yang tak lama menjelang...
seperti biasa barang akulah yang paling banyak...
kain-kain yang pelbagai rekaan,corak dan bentuk menjadi minat aku...
bosanlah asyik pakai baju yang sama sahaja ke tempat kerja...
dengan saiz badan yang dirasakan agak ideal kini sudah masanya aku menempah baju baru...

memang agak pokai aku bulan ini...
duit nafkah yang wan bagi telah siap-siap aku beli 3 bakul pampers dan 5 susu iqi...
selalunya tidak begitu tetapi kali ini entah kenapa aku berperangai demikian...
mungkin hormon dalam badan sudah bertukar...
eh ada kena mengena ke....biarkanlah...
jadi untuk itu aku agak berjimat bulan ini...
duit kecemasan harus disimpan...
manalah tahu sebarang kemungkinan yang di luar jangkaan kita...
lebih-lebih lagi kini wan kerap ber-outstation...
kalau boleh aku tak mahu keluarkan duit simpanan ASB mahupun iqi...
selagi masih boleh bertahan aku cekalkan hati...
agak-agak sebaliknya jalan terakhir minta sahaja pada suami...
betul tak?

setakat ini masih belum terjadi kes aku minta duit tambahan selain dari membeli keperluan anak...
malu sebenarnya walaupun itu merupakan kewajipan sang suami...
duit nafkah yang diberikan memang mencukupi...
akan tetapi normallah orang perempuan kadangkala tersasar dalam berbelanja...
nafsu yang satu ini agak sukar dibendung...

jadi tinggal lagi 2 minggu mahu gaji...
terasa lambat namun apa boleh buat...
sabar jelah :)

Tiada ulasan: