Isnin, 7 Mei 2012

27 tahun hidup!!!


makin aku hidup makin aku kenal dunia...
dunia yang indah tapi banyak perkara yang menakutkan...
sedikit sebanyak menjadikan aku lebih berhati dalam setiap perkara...
cuma sekali ada juga yang terlepas pandang...
episod silam telah lama luput...
satu pun aku tak mahu dan akan ingat...

fokus utama adalah apa yang ada kini...
kini aku boleh ketawa dengan puas-puas...
aku bangga dengan apa yang dimiliki...
kurniaan indah manusia yang bergelar suami adalah yang tiada toloknya...
dan anugerah maha hebat sedang membesar di hadapan mata...
siapa sangka kehidupan bahagia ini sedang aku tempuhi...
sungguh besar rahmat-MU Ya Allah...
sangat cantik percaturan-MU untuk aku yang serba naif ini...
hikmat dan nikmat yang berjuta-juta rasanya...
syukur kuselalu....

masa hadapan tiada dalam kotak pemikiran...
apa sahaja yang terbentang akan kulalui dengan sabar...
tiada yang mustahil kerana aku percaya semuanya ini dugaan...
tidak seronok hidup di muka bumi jika tidak dicuit dengan secebis ujian...
hanya masa dan takdir yang menentukan...


terima kasih Tuhan!!!

Tiada ulasan: