Jumaat, 18 Mei 2012

isteri kena cantik untuk suami!!!




isteri kena cantik untuk suami...
tapi berapa ramai sangat di antara kita yang pakai ala kadar di rumah tapi berpakaian berhias beria-ia di luar...
aku mengaku aku tergolong dalam kalangan yang begini...
pada aku cukuplah mengenakan pakaian yang relevan dan bersolek tipis...
memakai minyak wangi juga digalakkan...
usahlah nampak terlalu selekeh dengan menempek bedak sejuk ketika waktu siangnya...
itu cara aku...

definisi isteri kena cantik untuk suami juga membawa erti harus jaga maruah suami...
makanya jika di luar berhiaslah dengan ala kadar...
pakaian yang bersesuaian dengan situasi...
yang penting mendapat keredhaan dari sang suami...
apa orang mahu kata biarkan sahaja...
asalkan kita rasa selesa dan kena pada tempatnya itu sudah memadai...

bagi aku tentang individu berpakaian tidak menjadi hal...
soal pakaian sangat remeh untuk aku...
jika dia memang suka berskirt pendek,berkebaya,berbaju kurung,blaus atau sebaliknya ikut suka dia lah...
mentaliti aku amat-amat terbuka...
kerana aku telah melalui fasa perubahan dari semasa ke semasa...
dari remaja yang gemarkan skirt aku bertukar kepada seluar jeans...
apabila berkerja di sektor kerajaan perlahan-lahan aku belajar memakai baju kurung...
dan akhirnya bertudung...
bukan mudah mahu melakukan perubahan...
semuanya memerlukan ruang dan masa...
setiap orang ada cerita di sebalik apa yang telah dilalui...
jadi hormati pendirian individu itu...

syukur aku selesa dengan apa yang aku pakai kini...
walaupun bertudung masih mampu berfesyen...
tahu akan batasan seorang wanita,isteri dan ibu...
Alhamdullilah!!


notakaki:cantik seseorang itu bukan terletak pada paras rupa..semua harus kelihatan cantik..yang penting gembira dengan apa dilakukan...setuju!!

1 ulasan:

..::Mama Chrysalis::.. berkata...

Ya....saya sokong....bukan baju yang jadi ukuran....
Berhiaslah dalam keadaan besederhana....kan...:-)

Salam Jumaat.....